Friday, September 28, 2012

Graduate Enhancement Assistance Training (GREAT) Part 1

Bismillahhirrahmanirrahim,

GREAT telah dibahagikan kepada 3 module bagi para siswazah UMK iaitu;
a)                  Untuk pelajar yang mahu makan gaji
b)                  Untuk pelajar yang mahu menjadi usahawan, dan
c)                   Untuk pelajar yang mahu menyambung pelajaran kepada peringkat Master.



So, kita go through dulu dengan Part A. Ceramah pertama mengenai Senario Pasaran Kerja Semasa oleh Encik Luqman Ahmad wakil dari Unit Perancang Ekonomi, Prime Minister’s Department Putrajaya.
Pertama sekali, beliau menerangkan mengenai fungsi Economic Planning Unit (EPU) iaitu secara ringkasnya adalah berfungsi untuk menentukan polisi Negara, membangunkan Ekonomi Negara, dan membekalkan belanjawan Negara.

Menurut beliau, Statistik pengangguran di Malaysia sejak 80-an adalah sebanyak 4% sahaja dan ianya dianggap tiada pengangguran. Average GDP Malaysia pula ialah 6.3%. (tak tahu apa tujuan pernyataan ni, siapa tahu, tolongla terangkan, hehe..)

Pasaran pekerjaan sekarang ialah MODERN AGRICULTURE dan SKILLED CATEGORY. Skilled Category merangkumi sector professional seperti Manager and Senior Manager serta Technician and Associate Professional. Namun, apa yang penting soft skill setiap siswa amat lah penting untuk menembusi pasaran pekerjaan terutamanya dalam English skill! Penceramah amat menekankan para siswazah untuk mempelajari bahasa Inggeris kerana Government sekarang conduct interview semuanya di dalam bahasa Inggeris.

Penceramah juga memperkenalkan Program GEMS yang Shahida pernah sebut sebelum ini. Silalah kawan2 jenguk2 www.mygemsportal.com.my. Jangan lepaskan peluang ini di mana Kerajaan telah memperuntukan berjuta ringgit untuk membangunkan projek ini di bawah pengendalian Khazanah Negara.



Selain itu, penceramah juga ada menyebut bahawa critical needs dalam industri Palm Oil ialah mereka memerlukan pekerja berkelulusan PhD dalam bahagian Research and Development (R&D).

Kesimpulan dari ceramah Encik Luqman ialah, inflasi di Malaysia adalah rendah, pengangguran rendah, dan eksport kita adalah tinggi. Maka, ekonomi Malaysia adalah stabil dan peluang kerja adalah BANYAK! So, kawan2, jangan risau akan menganggur dan janganlah cepat berputus asa dalam mencari rezeki. Rezeki ada di mana-mana, Cuma kita yang perlu usahakan. >nasihat untuk diri sendiri juga! Huhu<

GRADUAN ASPIRE 2012 CAREER & POSTGRADUATE FAIR

Bismillahhirrahmanirrahim,

Assalamualaikum kawan2!! RinduuuuuNYA nak berBlogging! Alhamdulillah, kita lupakan novel sebentar untuk luang masa perkongsian kita bersama. Alaaaaa, CD Adobe Illustrator CS4 depan mata tapi mood nak berseni tak datang2 pun dikala bersenang-lenang ni. Tengokla nanti, time dah busy dengan tugasan kerja dan sebagainya, mula la tangan ni nak gatal2 ber’Adobe Photoshop’ nya, ber’Illustrator’nya.. huhu, biasa la tu Shahida, xley nak kata apa daa..


Okey, camnilah, Shahida nak berkongsi pengalaman masa pergi ke GRADUAN ASPIRE 2012 CAREER & POSTGRADUATE FAIR kat KLCC pada 30 Jun yang lepas. Memandangkan ramai lagi kawan2 yg tercari2 kerja, Shahida nak kongsila apa yang Shahida jenguk2 kat sana. Salah satu syarikat yang menarik minat Shahida ialah syarikat pwc. Masa kat Career Fair tu tengok dia punya job placement banyak kepada financial, accounting, gitu2la.. tadi tiba2 tergatal tangan buka buku cenderahati pwc ni dan ternampak salah satu branch dia ialah Standard Chartered. Wah, yang Shahida tahu Standard Chartered tu International Bank. So, kawan2 cuba2 la mohon career kat sana.. InsyaAllah kalau Allah tetapkan rezeki korang kat sana, adalah.. cuba search kat link ni >>> www.pwc.com/my/careers.



Tak cuba tak taukan.. Berdasarkan bacaan Shahida dalam buku cenderahati dia ni, diorang sangat2 mengalu-alukan fresh graduate! FRESH GRADUATE you all.. Jangan tak percaya, memang dua-tiga bulan ni Shahida dah dengar pendapat beberapa rakan. Salah satunya from Kak Nina;

“Akak beritahu tak dalam resume yang akak pernah bekerja?” tanya Shahida.
“Tak pun. Sekarang ni expectation syarikat berbeza between Fresh Graduate dengan yang pernah bekerja.”
“Kenapa?”
“Sebab Fresh Graduate ni otak diorang still fresh, apa orang suruh diorang ikut je and akan buat kerja bersungguh-sungguh. Idea diorang pun banyak…”
“Oo…”
Case yang sama dengan Kakak sepupu saya;
“Kak Ya dah pergi ke interview kat syarikat pembinaan tu?”
“Dah. Tak dapat pun.. diorang demand, nak fresh graduate..”

Begitulah apa yang Shahida dengar daripada diorang. Wallahualam. Dan sebenarnya memang banyak peluang untuk Fresh Graduate dalam pasaran kerja terutamanya dalam Business Administration. So, janganla korang buat pekasam plak sijil Ijazah korang tu tau.. Rakan2 yang sama course dengan Shahida sepatutnya bersyukur tau, boleh dikatakan 90% Syarikat yang terlibat dalam Career Fair tu mencari siswazah dalam bidang Admin. Pelajar Sains Asli dan Gunaan yang sepatutnya risau sebab pilihan diorang amatlah terhad.

Apa2 pun, apa yang kita belajar tak semestinya menjadi kerjaya kita. So, jangan la memilih sangat kerja.. Bermula dari bawah pun tak salah. Seperti ibu saudara Shahida yang memegang Ijazah Ekonomi dari UUM. Dia bermula sebagai operator di LHDN dan sekarang dah memegang jawatan Pegawai di sana. Walaupun dia memohon menggunakan sijil SPM, apabila dah berada dalam sesuatu organisasi tu, barulah kita akan tahu peluang2 pekerjaan yang lebih besar dalam syarikat. Kat dunia millennium ni, kita kena berfikir kreatif dan bijak menggunakan peluang.

Satu lagi Shahida nak bawa sebuah cerita pengajaran, seorang penceramah ada bercerita bahawa 20 orang pelajar hospitality dari IPTA pernah membuat internship di sebuah hotel. Diorang diberikan kerja remeh-temeh seperti housekeeping, lipat napkin, susun pinggan dan sebagainya. Diorang tak tahan. 2 bulan lepas tu diorang berhenti, tukar tempat praktikal. Okey, fine! Itu yang diorang pilih. Tetapi ada sesuatu yang diorang dah lepaskan.

Pengurus hotel tu call Supervisor diorang..

“Sebenarnya saya dah pilih 10 orang dari student you untuk jadi permanent staff kami. Kami bukan beri mereka kerja remeh-temeh tanpa sebab. Untuk seorang manager, dia mesti tahu asas2 kerja orang bawahan mereka. Sebab tu saya beri mereka tugasan tersebut supaya mereka tahu bagaimana untuk melatih pekerja bawahan mereka kelak.”

Lihat, tidak sabar itu merugikan diri… Bersabarlah dengan setiap dugaan walaupun ketika menjalani Latihan Industri mahupun apa jua yang kita lakukan. Jika kita lakukan dengan ikhlas, kita tidak akan rugi malah member jiwa yang tenang dan kita mudah disenangi orang.  Wallahualam…

Agak ramai syarikat yang menyertai Career Fair ni, korang cubalah tengok di http://aspire.graduan.com.my
Yang lain yang dapat menarik minat Shahida masa tu ialah seperti Bank Pembangunan dan Khazanah Negara. Bukan apa, Shahida memang minat untuk jadi Usahawan, so nak tengok peluang2, pinjaman, dan kursus yang diorang sediakan. Maybank pun tak ketinggalan. Naza World, TalentCorp, Sime Darby, Intel, RHB, Malaysia Airport dan banyak lagi. Kebanyakan diorang mengalu-alukan penghantaran resume secara terus. Tapi, permohonan secara online melalui website diorang pun ada terutamanya Sime Darby, kalau nak mohon, click >> www.simedarby.com/careers

Fuh, banyakla, NSTP, Utusan pun ada.. hari tu shahida ada daftar jugak untuk Utusan dan dah dipilih untuk temuduga tapi sayang temuduga tu bertindan dengan interview Shahida ke Program Perdana Leader Fellowship. Alhamdulillah walaupun Shahida dah lepaskan satu peluang, peluang satu lagi Shahida Berjaya grab. Syukur sangat2…

DAN, Shahida sangat2 galakkan kawan2 yang belum nampak peluang pekerjaan untuk try mohon join program GEMS under Khazanah Negara. GEMS ni stand for GRADUATE EMPLOYABILITY MANAGEMENT SCHEME.. korang terjemah la sendiri, hehe, tapi ianya sangat2 bagus! Dia ada 2 program iaitu yang pertama untuk asah interpersonal skill kita especially in speaking English. Then, second program adalah 6 bulan on-the-job training.. suka, suka, suka.. ini la yang bagus tau… ianya melibatkan Government Link Companies (GLC), Public Listed Companies (PLCs), Multinational Companies (MNCs), Small & Medium Enterprises (SMEs), Non-Govermental Organisations (NGOs), and selected Government Agencies (GAs). Yang penting, diorang noted that’ “Part 2 will provide valuable working experience and knowledge to support participants’ future growth. Allowance ada disediakan. Siapa berminat, cuba la check kat sini bila tarikh pendaftaran, interview dan sebagainya >>> http://www.mygemsportal.com.my. Dengar cerita kerajaan dah habiskan 4++juta untuk program ni. Hope korang jangan la lepaskan peluang ye..



Selain tu, bagi kawan2 yang nak sambung master, don’t worry pasal pembiayaan sebab kerajaan kita dah sediakan satu program pembiayaan iaitu MyBrain15 untuk meningkatkan pemegang Master dan PhD dalam Negara kita.. korang usha2 la laman web KPT untuk maklumat lanjut dan kebaikan korang… Selamat Berjaya kawan2!! Hope kita dapat kecapi kejayaan bersama2.. See You All soon sebab Shahida terikat dengan jadual program yang pad 6 bulan nanti, x tahu bila boleh online lagi, take care semua, jaga Iman, hiasi peribadi.. ^_^

p/s: Yang penting kita berani mencuba! Rezeki tak datang bergolek. Kita yang perlu usahakannya. Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal = DUIT.. huhu… Gambate ne!! =)

Sunday, May 6, 2012

ThE 100th post!!

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia!! aHahaha... tetibe je...

Wah, dah lama tak menge"post", rindu rasenya...
Alhamdulillah masih diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk terus bernafas di muka bumi ini.
Alhamdulillah juga, baru lepas makan nasi yang Kak Ya and Kak Niza jual. Sedaap jugak.. ^_^ Sekarang ni semua orang nak berniaga.. Yela, zaman kemelesetan di tahun akhir pengajian. duit PTPTN tulah nak buat belanja, beli buku, ambil lesen, yuran pengajian, bayaran Graduation night dan macam-macamla...

WAh, dah 6bulan lebih berlalu selepas Final Exam Sem 6, masuk sem 7 dah jadi Super Senior!! hehe.. tapi apa yang hebatnya kalau junior pun tak hormat kita.. hmm, Allah tu Maha Adil.. tengok la macam mane nanti..

Actually banyak yang nak kongsi tapi kerana kekangan masa disebabkan Thesis, pertandingan Business Plan Start-Up, Entrepreneur Visit dll just nak cerita sedikit la apa yang dah dilalui dalam beberapa bulan ni...

Semester ni memang berbeza sebab bilik kami dah kehilangan Devi, sekarang dapat roomate baru, adik junior-Hakimah.

Awal2 sem memang fikir tak nak aktif dalam apa2 program tapi tup2 minggu pertama dah terlibat dengan Pesta Konvo UMK... jadi AJK Sukaneka tu awak.. huhu... nak cerita lebih lain kali deh... masa tu jugak Aten join KOSISMA, dapat la jumpa di tanah Kelantan ni.. ^_^ lepas jadi AJK, kitaorang main Innorace plak... mencari pengalaman terakhir bersama rakan2. sem depan dah terpisah buat praktikal di tempat masing2 then konvo baru jumpa...

Then minggu2 lain hidup cam biasa sehinggalah Shahida join Katty dan adiknya Yusri ke Konvo kakak mereka di UUM, Sintok Kedah. Pengalaman menyeronokkan walaupun di tengah2 keluarga Katty... Berkenalan dengan Kak Siti Mariani a.k.a Kak Ni yang sempoi.. Anak2 sedara Katty yang nakal... Yaya dan Irfan...

~

"Cik Jah!!!!" jerit Yaya setelah ternampak kelibat Katty.

"Yaya!!!" Katty pun terus angkat and peluk Yaya..

"Sayang Yaya!" kata Katty.. dipeluk, diciumnya budak tu. Happynya!

Then muncullah Irfan dengan muka 'nerd'nya.. haha.. jangan terpedaya dengan muka Irfan tu, dah kenal baru tau.. hehe.. maaf Kak Jah, ngutuk anak sedara kamu...

Irfan amatlah nakal, dalam kereta kalau Yaya @ Irfan tak tidur, jangan haraplah dunia akan aman. Teringat satu scene Irfan merajuk..

"Yaya, bagi air kat Irfan sikit." kata Kak Siti @ Che Ngah merangkap Mama budak2 ni.

"Tak nak" Yaya buat muka tak bersalah. Yelah, Yaya baru pulih semangat menangis sorang2 dalam kereta lepas bangun tidur sebab kami pergi makan kat warung.

Irfan buat muka sepOsen. Jebik.

Katty pandang Irfan tanpa belas kasihan dan berkata sambil tersengih2 "Aku rasa tak kesian pun tengok muka Irfan ni Che Ngah. Dah biasa. Dia buat la macam mana pun.."

Irfan dengar je sambil mencebik. Air mata mula bergenang. Kuasa Allah, budak 3 tahun semua benda dia dah pick-up. Irfan berpaling kepada Mama dia.

"Tak baik mu Jah, terasa diaa.." kata Che Ngah.

Yaya mula kesian kat adik dia..

"Ipan, nah!" sambil hulur air. Yaya menghalang pengedaran aircond ke belakang. Yusri a.k.a Pok Yie dia dah kepanasan kat belakang.

Irfan merajuk. Buat tak tahu sambil tekup muka di bahagian sendal tangan dan menggeleng.

"Yaya, takpela adik tak nak. Sian Pok Yie tak kena aircond." kata Che Ngah.

"Tak nak. Yaya nak bagi air kat Ipan." jawab Yaya.

"Yaya pulak masalah.." kata Che Ngah.

"Eh, Yaya, ada air lain la. Mama lupa Mama dah beli air untuk Ipan. Yaya duduk ya.."

Yaya pun angguk faham dan kembali duduk dekat Cik Jah dia..


~~

Yang tak boleh blah nya time Ipan duduk belakang kereta dan menyembur Cik Jah nya..

"Che Ngah! Apasal walaupun kereta mu ni ada bumbung tapi aku rasa macam ada air hujan??" ha ha ha.. apa daa...

~~~

Pergi Jeram Linang. Tapi maaflah kata, tak berapa enjoy sebab banyak perkara berlaku. Mana tidaknya, ayam busuk, perjalanan panjang (tapi nasib baik singgah Machang beli KFC murah tepi jalan.. haha.. ada jugak KFC jual kat gerai.), mandi sekejap je, hujan, makan malam asing2... argh.. tak yah cerita pun takpe.

~~~~

Itu je?? BetOL!! Hari2 lain busy dengan assignment, assignment, assignment! Selagi PPTA ni tak masukkan data dan di analisis. Memang lah tak boleh bergerak.. Kemudian, Shahida teruskan perjuangan dalam subjek elektif Financial Planning lagi... Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah hambamu ini, Moga rajinlah hambamu ini belajar..

Wah, teringat malam sampai di Kelantan selepas cuti semester.

Ada ke patut pak cik bas tu bagi saya task pergi beli sabun basuh di 7Eleven pagi2 buta dalam pukul 6.15pagi.. SabOr je laa...

E'eh, ni dah rewind ni.. hehe..

Yelah, sepanjang cuti semester ditemani baby baru.. Baby Syafie!!! aLaaa adik AnGaH Busyuk2... tembam! Comel! macam Kakak Amin dengan Abang Jojo dia dulu.

Tahun ni beraya sakan Shahida dengan Fatin. Kami buat 6 jenis kuih raya. Yang tak boleh tinggal ialah Tart Nenas! Kali ni Tart Nenas memang nostalgik punya.. adunan pertama kami buat, jem Nenas tertinggal di rumah sedangkan proses mengadun dan memasak semuanya di Batu Hitam. Alih2 masa adik balik rumah nak pergi ambil Jem, hujan lebat. Argh!! hilang 2 tenaga pekerja dan kami terpaksa teruskan usaha dengan 3 tenaga pekerja sahaja; Shahida, Fatin, Umi. Syafiqah dan Syafiza memang dah terkandas terus kat rumah. Mak tak bagi redah hujan. Tapi, diorang demam jugak lepas tu. hehehe...

Hari2 seterusnya kami buat biskut Dahlia, Chipsmore, Almond Snow, Almond London, dan Kuih Nestum. Wah, cayaLah! ^_^

Tahun ni jugak Shahida jahit langsir baru untuk rumah. Warna Coklat kegemaran ku... Sarung kusyen pun baru warna biru ikut warna bunga langsir. Tahun ni raya makan satay segar dan sedap! Manis! Cukup rempahnya! Persediaan awal, tak macam tahun2 lepas. Tidur pun awal dalam pukul 2 lepas kemas2... cuma ada la jugak suatu yang menyedihkan di akhir Ramadhan.

Peristiwa tu menyebabkan Shahida berbuka tanpa selera.. Gas dapur habis. Kedai banyak tutup. Lampu dapur rosak. Macam mana nak masak dalam keadaan gelap! Kami pun angkat meja makan masuk rumah. Gas dah ada, tapi kepala pulak pendek! Dapur tak nyala jugak.. last2 lauk kami akhir Ramadhan lepas hanyalah daging satay yang di celup tepung... tak sempat nak masak.. tu pun adik masak daging satay tu awal.. kalau tidak?? minum air je la jawabnya... tragis2...

Tapi Alhamdulillah tahun ni dapat join kawan2 sekolah Menengah dulu pergi konvoi beraya. Naik Swiff baru Farahin tuu... kami; Shahida, Lela, Marliana, Atiqah, Annisa, Farahin, Afif beraya sakan ke rumah Shamsul, Hafshahiela, Marliana (berhenti solat), Amirul/Cikgu Hasmah, Cikgu Azifah (cikgu math kitaorang dulu), Shahida dan lastly rumah Afif 3 pupu ku tu dan bertemulah dengan Mak Ngah dan Ayah Wi yang selama ni tak pernah bertemu 4 mata.. hehe..

Time For Latihan Industri a.k.a LI

Warghhh… 1st day of practical… meletihkan, menggerunkan, mengenyangkan, semua ‘me’ pun ada laa..

Dah la semalam tumpang Abang Fairul satu family datang sini. Dalam Farisya Adrina merengek-rengek tak nak tidur dalam kereta, sempat lagi Shahida tidur dalam kereta.. hehe… Kuat tidur betul! Sampai kat Petronas tempat yang dijanjikan berhampiran Bangi, Shahida tak sabar tunggu Mak Imah and Pak Lang. Bukan apa, nak cepat2 sampai tempat Latihan Industri, nak berehat.

Setelah Mak Imah sampai, borak2 sikit dengan Kak Fariha, lambaian terakhir kepada baby Farisya, dan terus berlepas ke rumah Mak Imah. Fuh, cam naik Helikopter pulak! Hehe… Vios terus meluncur laju di atas jalan yang entah ke mana arahnya, yang pasti ke rumah Mak Imah dan Pak Lang. Ceaa.. cam ayat novel plak. Huhuhu… Dah lama tak menulis ni, jadi gian plak. Al-Maklumla, sepanjang semester 7 memang sebatang huruf pun memang susah nak muncul kat blok ni gara-gara busy dengan Thesis dan Business Plan Start-up Competition. Huh, tak cukup tangan, tak cukup ruang nak bernafas, tak cukup tanah nak berjalan, semua benda tak cukup, tapi yang pasti MAKAN CUKUP! Hehehe… Tension camne pun, makan tak boleh tinggal. Macam mana nak kurus ni??? Hmm… sampai tahap Shahida bertanya dan berkata kepada Zila;


“Zila, kalau ko tak puas hati dengan Shahida, cakap jelah ea…”

“Shahida...” Zila tekan sikit suara.. huh, suspend ni…

“…kurangkan makan!” Sambung Zila. Hahahaha.. ingatkan apa tadi…

“Hehe, kena diet la camtu? Pasni jangan tolak makanan kat Shahida dah tau.” Kata2 Shahida disambut gelak oleh Zila dan Kak Su. Nak tau kenapa? Sebabnya, malam tu jugak segala jawapan terjawab... jeng jeng jeng…
“Korang, Shahida nak diet!” kata2 Shahida sebelum mengadap makanan Pasar Malam pada ketika itu. Dan seperti biasa kata2 tu akan disambut dengan gelak kawan2 dengan pelbagai komen.

“Shahida nak diet? Tak percaya.”

“Hmm, kita tengok la nanti camne..” sambung Kak Su sambil sengih2. Hmm, tak caya nak buat camne… Dan sesi makan pun berjalan seperti biasa. Di akhir santapan..

“Kenyangnya. Shahida, habiskan..” kata Kak Bella.

“Shahida, nah popia ni..” Kata Zila.

“Shahida,nah..” Kata Kak Su.

Shahida, Shahida, Shahida… dan mulut ni Ngap, ngap, ngap! Amik ko! Misi Diet ntah campak ke mana. Memang tak boleh la nak diet..

E’eh, balik semula kat rumah Mak Imah. Siap makan dan solat kami pun bertolak ke Seri Kembangan.
Alamak, jalan punya jalan atas lebuhraya Sungai Besi tu boleh pulak terlepas jalan ke Seri Kembangan. Tersebutla al-Kisah kami sesat hingga masuk 2-3 lebuhraya yang Shahida tak tau namanya. Akhirnya call Kak Bella untuk tanya jalan. Masuk round a board, masuk jalan ke-3, jalan terus, U-turn, naik bukit, turun bukit dan saya pun loss..
Argh, katne ni?? Loss in my mind..
“Ce baca alamat tu penuh-penuh..”
Blablabla… PP25..
“Ni PP30” kata Pak Lang sementara Mak Imah senyap tak berkata apa.
Pusing punya pusing, last-last jumpa pun Kak Bella.. huhu.. Alhamdulillah, sampai pun. Tak sabar nak tunggu esok.. hari pertama..
“Zila, nak buat apa ni?” tanya Shahida yang blurr di hari pertama.

“Ko dah download Google Chrome? Sistem ni guna Google Chrome.” Kata Zila.
“Emm, belum. Kan baru format, takdek apa2 pun lagi dalam laptop ni”
Krekk, krekkkk… bunyi pintu pejabat dibuka. Encik Azmi muncul. Erk, malunya nak tegur dulu.
“Encik Azmi, saya baru daftar hari ni, saya nak kena buat apa?”
“Awak dah beritahu En Azril awak daftar hari ni?”
“Dah.” Emmmm, sebenarnya memang dah bagitahu minggu lepas. Hari ni belum message apa2 lagi. Hehehe..
“Kak Bella, belum bagitau lagila..”
“Message la dia..”
“Takpe2, saya call..” kata Encik Azmi.
Dan akhinya Shahida diberi tugas sama macam Zila dan Kak Bella buat minggu lepas. Bezakan travel2 agen yang dah established di Malaysia dan Asia..
Kaji punya kaji sehinggalah Encik Azril muncul. Sesi membentang suka-suki tunggang-langgang bahasa rojak Melayu 65%, English 35% hehe.. Redha je la Encik Azril oi dapat anak buah camni..
Time for lunch!! YES, Encik Azril belanja makan McDonald! Alhamdulillah, kenyang.. Erghhh… ups, dalam proses nak kenyang tu, makan habis sopan tau. Yang kunyahan terakhir Spicy Chicken Burger tu la tak boleh blah, arghh.. tolong, tolong, tercekik. Tutup mulut, tutup mulut. Cepatla burger hancur dalam kunyahan mesin mulut berkuasa kura2 ni… urgh, urgh.. Control ayu la konon Shahida tu. Huhu.. Lastly, Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang bernafas, Shahida masih diberi peluang untuk habiskan praktikal dengan jayanya.. haha.. baru ingat nak buat kerja praktikal dengan bersungguh-sungguh, sekali, dapat tugas lagi dahsyat dari zila and Kak Bella, cari alamat syarikat dan jadi spy… uhukhukhuk… seb baik tak batuk depan En Azril. Depan je baik rupanya budak ni. Hehe… Takpe, cabaran nih. Then cari nama2 blog yang famous, Gud luck Shahida!! Penat… nak g mandi, rehat2, sambung kerja sikit malam ni.. nyte, nyte… Hmm, apalah menanti esok selepas meeting yang agak tegang tadi… Yup, meeting dengan IT advisor and adik Encik Azril sekali. Yang penting, jangan kotorkan karpet dia. Huuhu… InsyaAllah kami akan jaga amanah. Moga Business orang Melayu pun boleh Berjaya. Aminnn…..

Laporan Penderaan Otak!!! ToLoongggg...


Dengan ini, saya Wan Nurshahida melaporkan Siti Nabila Bt Mohd Shukor Dan Nur Suzila Bt Mohd Sabri telah melakukan penderaan mental terhadap saya DENGAN TIDAK MEMBENARKAN SAYA BERCAKAP mulai sekarang hingga malam!! Arghhh, dah la tadi present kerja depan Boss punya lah debar! Siap lipat2 tangan, patah2 jari. Seb baik tak patah betul2.. huhu..

"Shahida, jangan la takut." kata Kak Lily.

'Aduh, camne tak nak bagi debar ni. Boss boleh tanya berapa percent dah siap...'

"Er, er.. dah hampir siap" jawab Shahida.


"Berapa peratus?" tanya En Azril.

"Em, ntah" haha.. jawapan yang kayu pun boleh jawab.

"Eh, takkan la awak tak tahu. Kalau awak rasa macam dah nak siap ke. Anngar je la.."

"Em, em.. dalam 75%" haha.. antara yakin dengan tak yakin.

"Kalau 75%, berapa hari lagi boleh siap?"

"Emm, emm..." Ah sudah, datang dah gagap ni! Berapa hari ek? Kalau boleh, sampai siap baru nak cakap. Haha.. pemalas ek ko Shahida!

"Yela, saya anggap kalau dah 75%, mesti dah nak siap. kalau sehari cukup?"

"Boleh laa.." Eh! "Boleh, boleh" Hai, dah jadi Upin Ipin pulak Shahida ni..
Okey, that;s it! Malam ni kena siapkan tugasan... Waa.. tolong2, Ya Allah, moga hambamu ni kuat la menghabiskan sisa2 praktikal lagi 4 bulan ni. FIGHTING2 SHAHIDA!! YOU CAN DO IT!!

e'EH, nak cerita satu benda lagi.. ada ke patut Kak Bella pi bagitau Kak Lily muka Shahida sama ngan Checupu.. uhukhuk.. malu saya..Taulaaa, saya wat kerja cam kura2... Tidak2, Checupu maaP! Shahida nak jadi Arnab, buat kerja ngan cepat. Doakan Ye kawan2.. amin....

"Kak Lily, sama tak muka Shahida dengan patung ni?" apa?? Kak Bella, malu saya... uhukhuk.. takpe la, just gurauan di hari2 stress bekerja dengan orang. Moga suatu hari akan tercapai impian yang baru dibina. Nak jadi Interior Designer tak kesampaian, moga Wedding Planner nye impian akan menjadi kenyataan, InsyaAllah...

Alamak, tadi Zila tension sebab Shahida pasang lagu2 nyanyian Saiful Apek. Zila kata lagu ntah apa2.. hehe, ampunnnn Zila, Shahida dengan Kak Bella ngantuk tadi tengah kerja, sebab tu alih angin jap lagu tu... Hope Zila tak terasa ya... Gurau mesra je...


"Cinta itu! Boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan, walau pedas hingga mengalir air mata masih mau dimakan jua... Cinta jangan dibuat macam Goreng Pisang, Sungguh enak bila makan panas2, Bila ia sejuk, jadi kurang enak. Ho Ho hO.. hilang sedapnya..."

HAHAHA.. lagu ni la terpaksa ditutup bila Shahida dah tengok Zila mula tarik Earphone dia.. Ampunn tau Zila.. Shahida just nak ceriakan keadaan je.. E'eh, tadi pun baru makan sambal belacan, tangan pun bau lagi.. hehe.. Belanja hari ni RM5.70, kalau kat Kelantan dulu RM2.50 pun dah kenyang makan nasi Komok! Miss Kelantan so muCH! Huh, tu baru untuk tengahari sahaja. Seb baik Mak En Azril bekalkan bihun pagi tadi ada lagi. So, malam ni tak yah kuar dah.. huhu... jimat ckit.. Thanks Auntie!! ^_^

Key Shahida, cepat2 mandi, malam ni siapkan kerja, Gambate Ne!! Chaiyo'2!! YOU CAN DO IT!

Key, laporan siap! cau cin cau dulu... Wassalam...

Nak kongsi cerita je...


Assalamualaikum.. ^_^ mulakan dengan senyuman! Tadi lepas mandi dapat panggilan dari Che Su!

Haha.. Happy2 sembang dengan Che su yang berdebar nak start Latihan Industri esok. Moga dipermudahkan sahabat! Amin....

"Tahniah Puan Shahida" kata Che Su sebaik telefon bertukar tangan dari Kak Bella.

"Haha.." Gelak je Shahida hari ni. Padahal tadi petang tension ngadap tugasan.

'Eh, tahniah apa pulak ni?' kata hati kecil.


"Tahniah PASS Financial!" sambut Che Su. Oh, ada salah faham disitu. Maksud tersirat. Haha..

"Terima kasih." Alhamdulillah tadi check result Exam Financial kat www.insurance.com.my and i'm Pass... Yahooo!!! Seb baik, dah tak yah repeat. Lepas LI dah bebas.. hehe..

Banyak gak sembang dengan Che Su tadi. Daripada bertanya pasal Encik Boss, kenyit2 mata, pasal Kak Bella & En Azmi nak mintak cuti Sabtu ni pasal Abang and Abang sepupu diorang nak kahwin. Kita tengok la esok macam mana reaksi Encik Boss. hehe... dan sehinggalah bersentuh pasal Business Recycling dan Wedding Planner kami.. ^_^ Jadi semangat plak nak wat business bila dapat semangat dari kawan yang suka bidang yang sama. Alhamdulillah.

Tadi petang after kerja pukul 6 Kak Lily ajak pergi rumah dia. Dan kami pun dengan tanpa berlengah menerima pelawaan walaupun dah penat bekerja..

Ceritanya Kak Lily ni baru je menikah dengan husband dia Wong a.k.a Abang Farid yang telah mengucap Syahadah pada 29 September 2009 bersamaan 9 Syawal yang lalu. Cinta pertama yang bertaut kembali selepas beberapa tahun berpisah. Kebetulan Kak Lily baru putus tunang dengan ex dia. Kiranya Cinta Pertama Bertaut kembali la sebab Abang Farid tu memang Cinta Pertama Kak Lily. Huhu.. suka2 je canang cerita orang.. Berkongsi cerita boleh kan?? Yang penting diorang bahagia. Hmm, jodoh kan, kita tak tahu bila, dimana, macam mana pertemuan tu. Dulu pun Kak Lily berpisah dengan Abang Farid sebab dia belum bersedia masuk Islam. Sekarang diorang dah hidup bersama dengan ikatan yang sah. Jodoh, jodoh... memang jodoh diorang kuat. Moga berkekalan Dunia & Akhirat amin....

E'eh, satu lagi pasal adik Encik Boss, huhu.. dia seorang yang cerewet dan selalu marah2 kat kaunter Bank. Pemilik badan yang kena mengadap dia kat kaunter tu hari2 sampai naik menyampah. Last2 jadik bini adik Encik Boss.. hehe.. Jodoh, jodoh... Jodoh tu Allah dah tetapkan sejak azali lagi. Cuma cepat atau lambat je... Emm, jodoh kita camne pulak ni?? Ianya akan terjawab juga suatu hari nanti..

Eh, eh... Shahida nak masukkan satu link la pasal Blog Jiwa2 post, best ceritanya.. korang enjoy la kat sini.

Okey, nak masuk tidur da... kerja tak siap lagi. patutnya tadi report kat Encik Boss tapi dia dah cau dulu.. hehe... Ya Allah, moga permudahkanlah urusanku dan rakan2ku selama kami praktikal ni.. aminn....

Laporan tamat. Wassalam. zzZzzZzzzzz....

KARAK BIN OKE.. jadinya??

Haha... salam ukhuwah semua. ^_^ Apa la yang lawak sangat tu Shahida??

Alhamdulillah, hari ni murah rezeki lagi. Jimat duit, Cik Mah belanja makan tengahari kat rumah dia lagi.. lauk macam2 ada, masak rebung, daging, telur.. fuh, yang lain dah tak nampak sebab banyak sangat pilihan, just amik yang tercapai... hehe..

Eh, KARAK.OKE apa plak entry ni?? Ha, ni la nak citer...


Hari ni taktau la apa angin Encik boss, tibe2 datang dalam pukul 3 petang. First tanya En Azmi,

"WiFi okey Azmi??"

"Lembap. Dari pagi lagi.."

"Kerja seminit jadi berapa minit?" tanya En Boss..

Then, tanpa membuang masa En Boss pun call la P1Wimax... godam punya godam Modem tu, lajula sekejap..

"Fuh, kelajuan 4.7Mega byte..." kata Encik Boss. Happy kejap kawan2 ku yang tension ngadap lappy. Then, line down semula...Arghhh... Dan...

"Dah, siap2, kita pergi Giant, Karaoke..." arah boss. Aik, biar betik? Betul ke apa Shahida dengar ni? Kak Bella dah tutup laptop die, Zila, dan saya last. Cam tak percaya je boss ni, main2 ka??

Kami pun masuk kereta bersama2 Kak Lily & En Azmi.

"Lily, permit bila habis?" tanya En Boss.

"2 Februari 2012. Esok" jawab Kak Lily.

"Hmm, kalau kena tangkap habis Visa, kena apa?" tanya En Boss lagi.

"Sehari RM100, fUH, kalau dah 3-4 hari, abis la duit saya."

"Ooo, tak masuk lokap ke? Kalau masuk lokap, bagus jugak. Boleh kurus.." adui, perli ke??

Haha... kitaorang tumpang dengar dan gelak je... Eh, Kak Lily tak gemuk pun, okey je..

Borak punya borak, sampailah kami ke Giant Seri Kembangan.

"Wah, buku... boleh tukar voucher ni Kak Bella." kata Shahida. Voucher ada RM100 lagi.. hehehe.. aritu dah belikan buku SPM untuk Umi.. FIzik, Kimia, Biologi.. Doa2 rajin la adikku sorang ni sambung cita2 Angah dia jadi interior designer. amin....

Tengah ralit2 tengok buku. Toing, toing... otak tak boleh berfungsi.. Eh, mana semua orang. Sudah.. sesat dah aku sorang2 kat sini... Tiba2 Kak Bella muncul.

"Hey, sini la..." kata Kak Bella sambil tarik Shahida.

"Aik, nak gi mana?" tanya Shahida sambil mata melilau... 'Eh, Karaoke BOX ke, serius betul Boss aku ni..'

"Pilih lagu." arah En Boss.

Adeh.. nak nyanyi lagu apa ye?? Hmm, lagu duet laa... Kehebatan Cinta... Haha... bedal nyanyi belakang bahu Kak Bella. Malu kot.

"Tak payah malu2. tujuan kita hari ni bukan nak dengar siapa nyanyi sedap tak sedap, nak tengok confident level je." kata En Boss.

'Adeh, memang la mulut kata gitu. Tapi tang orang lain nyanyi sumbang pun Shahida gelakkan, tyme kita, segaannn saye...'

Nyanyi punya nyanyi, dengar suara sorang2, yang dapat dimanipulasikan ialah... eh'eh... conclusionnya@rumusannya ialah... Juara lelaki disandang oleh En Boss. Dan Juara wanita disandang oleh Kak Lily. Nape diorang tak duet je.. hehe...Lagu penutup adalah En Azmi dengan lagu dari kumpulan Dadali... "Aku, inginkan dirimu... datanggg dan temui aku.." hehe...

"Okey, apa pengajaran hari ni?" tanya En Boss.

"Menyanyilah." dengan confident Zila jawab,

"Ha.. dalam pejabat janganlah sunyi sangat. Pasang la lagu..." kata En Boss.

"Pasaaaanggg..." jawab Shahida. Eh, memang pasang tau. cuma kami je hipokrit bila Boss ada. Hehehe... Bukan sengaja nak jadi hipokrit @ 'munafik' [bak kata adik En Boss], tapi hormat la Boss ada kat pejabat, supaya tak mengganggu interaksi dengan pelanggan di talian ataupun komunikasi dengan Kak Lily dan En Azmi...

oO.. gitu rupanya... sO, see u all next time. Eh, Ahad depan Maulud Rasul. Mintak2 cuti laa Ahad, Isnin, dan Selasa sekali (Thaipusam). Orang nak gi rumah Zila main belut ++ berkubang dalam sawah. Tak pernah lagi ni... huhu... jangan jelez! Ada rezeki kita gi sama2.. hehe... kata Zila, Homestay Sekinchan famous! Cuba korang search kat Internet. Confirm ada, siap masuk TV3 lagi..hehe.. yelah, tempat penggambaran cite Nur Kasih...

Sekian.. Wassalam.

Hari ke-8 praktikal.. toing2 mataku!

Hahaha.. hari ni gelak2 ingat pasal Karaoke semalam.. diorang boleh kutuk Shahida nyanyi lagu Gita Gunawan-Dua Hati menjadi satu... syok sendiri kata diorang..arghhh!!! Patut la diorang gelak2 masa tu.. Stress! Dahla tu, Shahida langsung tak bagi peluang Zila nyanyi.. hehe.. dah tuuu.. mic Zila rosak.. t tak dengar suare la plak.. maap ye Zila. Shahida giler kuasa kejap dapat microphone elok, hi hi hi...


"Ha, Gita Gunawan tu badan dia kecik. Jangan awak nyanyi macam dia sudah.." ek? kata En Boss semalam.. maksudnya badan Shahida besar, suara kena besar la... aduainyela pun... then,


"Na, na na, na na na na... Na, na na, na na na na... " Kak Bella duk peli. Cis! Ada ke patut..

Time lagu Aku Bukan Superman plak, ceh!. apa hal tiap lagu yang Shahida pilih muzik dia slow ek? menyerlahkan suara yang sumbang je.. kikiki... wat malu kat Oram je...

The last one is Nirmala... ni lagi takley blah!

"Patutlaaa tandas office tersumbat." dengan selamba En Boss memerli.. Kak Bella, Zila, Kak Lily & En Azmi mengekek je gelakkan Shahida.. Tak patut, tak patut... =p wek!

Hmm, anyway, target hari ni dah capai 500++ tempat2 menarik kat Malaysia, moga esok makin kuat dan bersemangat kerja. Gambate ne!

Oppss... tadi message Devi, katanya elaun dia RM850!! WoW!! Devi, SILA BELANJA KAMI! huhuhu...

Kitaorang dah buat memorandum. "Siapa dapat Dekan Sem lepas, kena belanja!" Hahaha..cadangan Shahida sebenarnya. Yang pasti, muka2 Dekan ialah Devi, Kak Bella, Zila, dan Kak Niza... Bersiap sedia la korang... eh, ada sapa2 lain nak join memorandum? Boleh2, tapi kena pastikan anda dapat dekan baru boleh join.. hehe.. gurau je.. Kitaorang yang praktikal dekat2 sini 9 orang je... Shahida, Kak Bella, Zila, Kak Ya, Kak Su, Kak Niza, Ahlami, Devi, dan Che Su... Wah, t boleh la kitaorang gi i-city sama2.. hihi.. insyaAllah kalau ada rezeki, ada jodoh, dan ada masa. Hmm, semalam Devi cakap "Kita jumpa lepas duit PTPTN masuk ya..."

"Hmm tengoklah Devi t camne, kitaorang kerja 6 hari seminggu. Cuti pun sehari je.."

"Takpe2, t kita jumpa kat Midvalley ea..."


'Eh, Midvalley?? Ice skating tu katne ea?? Fuh, teringin la nak gi sana, main ala2 Stairway to Heaven pun best nih!' Hahaha berangan sekejap.

"Key, t duit PT masuk, kita jumpa."

... sekian, wassalam.

*p/s: tajuk langsung tak kena dengan entry, hehe...

Saturday, April 28, 2012

Bersih 3.0 #[kecelaruan]#

Assalamualaikum, 

Tiba-tiba rasa nak mengepos mengenai isu Bersih ni.. bak kata kawan saya, "apa la guna diorang berarak ramai2? Buang masa je.." .. Hmm, ada betul nya..

Pandangan saya pulak; "Mereka perjuangkan demi anak bangsa akan datang. right?"

Actually kalau nak kata saya serba tau, memang tak khatam blajar pasal politik pun. Tapi sikit-sikit tu ambil tau la juga. Terfikir juga 'Kalau mereka buat bantahan, siapa yang akan bagi maklum balas terhadap bantahan tu?" Macam soalan bodoh pun ada. Mesti la kerajaan kan? So, macam mana proses untuk memastikan perkara tu semua berlaku? Kenapa tak buat memorandum ikut protokol? Hmm, zaman sekarang kan banyak rasuah. So, pasti any cadangan akan disekat jika tidak memberikan kelebihan pada sesebelah pihak. 

Tengok dekat Youtube mengenai isu polis merempuh protester tu tak tau nak salahkan siapa. Macam mana kereta polis tu boleh pecah? Mesti ada sebab kenapa diorang tiba-tiba naik angin. Yang tiba2 pergi pukul wartawan yang tak bersalah tu kenapa? Macam-macam la..

Setuju dengan post seorang kawan, mesti dia tau..

apakah konklusi dari perhimpunan bersih?nak kata KL bersih boleh cari video tgk sendiri la. yg penting byk kerosakkan, ada kemalangan. so korang dpt tak pe yg korang nak dr Bersih nie. sy sokong tuntutan mereka tp sy tak sokong cara mereka menuntut. Apa2 pun solat jgn tinggal... Bende nie x penting langsung klu nak wat alasan tuk tinggal solat. Selamat maju jaya.

Dari awal lagi dia kata tak setuju dengan tindakan ni tapi Shahida bantah. Then, hari ni keluar pergi Midvalley, waktu pergi memang lengang, tapi time balik tunggu KTM fuh.. lama la jugak, terpaksa lepaskan 2 train sebab ramai orang yang join Bersih baru balik. Maybe campur dengan orang yang balik shopping di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC skali. So, sekarang dah nampak effectnya satu dalam kehidupan saya. Naik Rapid KL pulak, awal-awal bus pilot dah cakap, jem di KL.. tiba2 tengah berdiri tu terdengar pak cik dalam bas tu duk tazkirah Zila mengenai perhimpunan Bersih.

"Ramai orang luar yang join tu.. Orang KL takkan buat macam tu. Yang join ramai yang dibayar..."

tuutttt.. di situ, Dibayar?? Ada kemungkinan tak?

Then, Shahida melawat facebook kawan2, nampak satu post yang duk maki hamun polis sedangkan kawan tu seorang yang beragama. So, ke mana hilangnya adab sopan yang Islam kita anjurkan selama ini?

Hmm, baru terfikir, masa naik KTM tu, ada kakak sebelah ni cakap dalam phone dan Shahida terdengar dia cakap.. "Ju dah selamat ni, dah boleh balik.." selamat masuk komuter kot..

Tiba-tiba dia naik suara "Kita penat balik kerja, diorang balik ShopPING.." ada tekanan suara dihujung ayat. Aii, marah kak.. itu hak orang kalau mereka nak shopping. Agaknya dia marahkan penumpang2 yang balik dari 'sana'. 

Tapi dalam keadaan yang berhimpit-himpit tu, Alhamdulillah, terdengar suara orang mengaji. Cuba selidik, betul ke? BetuLLlll... Alhamdulillah, sejuk perut ibu mengandung.. Mak dia berdiri sebelah Shahida je pun, tengah memaut palang besi tempat yang sama Shahida berpaut. Tengok tu, dalam ramai yang berdemonstrasi, ada lagi umat Muhammad yang masih patuh pada ajaran Allah. 

Kawan Shahida selalu pesan, siasat dulu, jangan nak jatuhkan hukum dulu. So sekarang, Shahida bukan nak jatuhkan hukuman pada sesiapa, tapi kalau ada yang boleh bagi penerangan yang jelas pasal isu BERSIH ni dengan jelas kepada Shahida, amatlah bersyukur.. Kalau siasat kat Youtube, media cetak / massa pun sekarang semua dah tak boleh percaya. Sebab? Sebab semua ada propaganda sendiri dan masing-masing manipulasi cerita tu untuk kepentingan sendiri. Kenapa kita tak hidup aman je? Buat kerja masing-masing, fikirkan mati kan lagi bagus, banyakkan amal ibadat, bantu orang yang susah. Tapi tu la, apa yang Shahida amati, dunia kita dah penuh dengan rasuah, kalau kita buat dengan cara yang betul pun, takdek orang akan kisah. Malah kita akan dipersalahkan kalau mempertahankan sesuatu yang betul. Yang bagi rasuah makin kaya, yang ambil rasuah dah tak tahu haram halal bagi anak bini makan makanan dari sumber yang tak suci.

Satu lagi, fitnah memfinah ni pun dah banyak sangat dekat blog2, jangan lah nak tingkatkan SEO sampai mereka-reka cerita sehingga orang percaya. Semua tu hanya membawa kepada kerosakan je. Artis-artis yang hidup aman harmoni pun boleh jadi berantakan sebab sesetengah orang yang suka mereka cerita. Kalau kita doakan kebahagiaan mereka kan lebih baik. Doakan yang mereka akan mendapat hidayah melalui pasangan mereka. Jika  dua2 kurang akhlak dan akidahnya, moga mereka bertemu dengan jalan yang benar. 

Mengenai isu PTPTN pula, mahu dimansuhkan? Kedengaran orang2 sekeliling berkata, "Negara dah la banyak berhutang, pastu nak PTPTN free, tau guna, tak tau nak bayar. Lama-lama negara pun tak ada duit, pastu rakyat nak makan apa?".. hmm, perlu dikaji lagi..

Isu2 ni asyik berlegar je dalam kepala otak ni sejak semakin dekat dengan pilihan raya. 

"Kenapa Malaysia tak buat macam Russia? Mereka buat pilihan raya secara aman je, just edar flyers untuk minta undi calon2 wakil rakyat diorang, tiada manifesto, tak perlu berbalah-balah." kata seorang kawan.

Betul jugak tu, sampai pernah terfikir nak bubar je semua parti dalam Malaysia ni. Tapi nanti siapa pulak nak uruskan hal negara kan? Pastu, siapa pulak nak bekerja kalau semua rakyat tiba2 boleh duduk senang lenang tak payah kerja, makan free, tidur free, semua free.. Memang tidaklah kan.. Sebab tu la hukum Allah tu semua ada sebab.

Bersetuju dengan kata2 ini akan membawa keamanan kerana apa guna manifesto jika ianya hanya tinggal janji manis semata-mata? Bukan sekadar di tahap Negara berlaku janji2 manis, di Matrikulasi dan Universiti pun perkara yang sama berlaku. Politik berada di mana-mana. Calon2 wakil pelajar berjanji bermacam2 di institusi pelajaran sehingga tahap berjanji mahu membina laluan pejalan kaki berbumbung, tangga baru, telaga untuk kurangkan masalah ketiadaan air dan sebagainya.. namun, apa yang saya teliti, sepanjang calon tersebut menjalankan tugas sebagai MPP, perkara tersebut langsung tidak tertunai. Mungkin ini keputusan yang besar untuk diserahkan kepada seorang pelajar dan mungkin kerana usul mereka telah ditolak oleh pengurusan kolej tanpa pengetahuan umum TETAPI isu2 yang remeh seperti janji agar setiap aktiviti pelajar akan di announce kepada semua pelajar melalui iklan bertampal, flyers dan sebagainya pun mereka tidak dapat tunaikan. Apakah nilai sebuah janji yang mereka pernah taburi dahulu? So, apa gunanya janji jika tidak ditepati? Perlu kah manifesto jika begitu? Malah, apa yang diteliti sebelum ini, manifesto pun melibatkan kemarahan seseorang, mereka saling salah menyalahkan..

Oleh itu, penutup untuk entry ini saya ingin selitkan video ini untuk renungan kita bersama..



Ops, lupa nak beritahu, tadi ada terbaca satu komen ketika memerhati video kekecohan di Sogo dari seorang Indonesian yang cemburu tentang keamanan Malaysia. Dia ada menasihati agar apa yang berlaku di negara mereka pada tahun 1989 tidak berulang di negara kita.. Saya pun belum rujuk perkara tersebut. Semoga negara kita sentiasa aman dan harmoni serta dilimpahi rahmat Allah sentiasa, bersatu dalam menjana hidup yang lebih baik. Harta, kekayaan, kuasa tidak penting. Apa yang lebih utama adalah hidup yang sihat, diberkati dan disayangi orang sekeliling kita. Redha Allah yang kita cari. Buangkanlah sikap mengambil rasuah sebab itulah yang menjadi DURI utama dalam negara kita juga umat Islam sejagat. Jua penting bahawa kita sedar "Jangan MEMBERI Rasuah kerana Rasuah tidak akan wujud jika tiada yang memberi Rasuah." Perkara ni semua berkait-kait. Ianya tidak akan berlaku jika sikap manusia itu tidak tamakkan harta, darjat, dan kuasa. Apalah semua itu jika kita semua tetap akan masuk ke kubur yang isinya adalah ular dan binatang2 berbisa. Apa yang membezakan keadaan di sana adalah amalan IBADAT seseorang. Bahagia itu hanya akan wujud jika kita tahu berSYUKUR. Hargailah orang yang ada di sekeliling anda. Sayangi mereka. Hukum alam; Kita harus memberi untuk menerima.

Saya mahu bawa satu lagi kisah pendek untuk kita ambil iktibar. Jika kita bekerja dengan gaji RM2000 tapi usaha RM5000, balasannya kita tidak akan nampak sekarang kerana balasan Allah itu tidak segera kerana Allah tahu apa di hati hamba-hambaNya. Tetapi jika sebaliknya, kita bekerja sambil lewa untuk kerja dengan gaji RM5000, pasti rezeki anda akan ditarik oleh-Nya dengan pelbagai cara. Lagipun apalah kekayaan jika hidup bingung memikirkan jika harta itu dicuri tetapi lebih beruntung orang yang miskin kerana mereka tidak perlu risau memikirkan harta. Alah, semua ni ada dalam facebook kan? Satu lagi ni kisah dari seorang guru Shahida mengatakan rakannya tidak dinaikkan pangkat walaupun telah 10 tahun berkhidmat dalam syarikat. Seorang sahabat bertanya kepada Mak cik tersebut "Bagaimana dengan pendidikan anak-anak kakak?"

"Alhamdulillah, mereka semua masuk universiti dan ada yang sudah bekerjaya dalam bidang perubatan.."

Alhamdulillah, syukur itu perlu. Kita lihat di sini, bukankah indah balasan Allah untuk umat-umatNya yang beriman, tidak diberikan balasan dalam bentuk wang tunai tetapi ganjaran anak-anak yang berjaya dan solehah untuk kakak tersebut. Jika diperhatikan ini bukan sekadar sebuah cerita tetapi cuba perhatikan disekeliling kita, sebenarnya ramai orang yang baik dan yang jahat itu sukar ditemui kecuali ketika diri kita sedang di uji dan memang kita yang mencari jalan yang gelap itu. Lagipun, keadilan sudah sukar untuk ditara. Lelaki yang mencuri susu tin untuk anaknya dihukum penjara bertahun-tahun tetapi orang yang membuat kesalahan yang lebih besar hanya ditahan minimum hanya 2-3tahun. Baru-baru ini pula isu denda untuk perempuan joget tiang hanya perlu membayar RM26?? Di mana letaknya harga sebuah agama? Akidah mereka begitu murah diukur. Jika begitu rendah denda yang dikenakan, memang perkara ini tidak akan dapat dibasmi sampai bila2. Mana kan tidak, upah mereka lagi lumayan daripada harga denda tersebut. Duit bukan lagi menjadi masalah kepada mereka. 

Sungguh indah jika hukum undang2 Islam itu dapat dilaksanakan. Hudud, hukum ini akan memberi pelajaran kepada yang melihat dan menanamkan rasa gentar kepada mereka supaya tidank mengulang apa yang dilakukan oleh si pelaku. Cara2 untuk melakukan hudud potong tangan pun ada garis panduannya, cuma orang yang tidak meneliti hukum itu tidak tahu. Pemotongan tangan mengikut sistem hudud zaman dahulu, minyak panas akan disediakan agar setelah pergelangan tangan dipotong, ianya akan segera dicelup ke minyak panas untuk mematikan sel dan memberhentikan pendarahan. Jika di zaman moden ini, bukankah lebih banyak cara untuk mengurangkan kesakitan, kenapa ianya masih tidak dapat dilaksanakan? Isu pelbagai kaum dan agama pula yang menjadi benteng kepada permainan politik, yang itu kita perlu fikirkan dengan lebih mendalam, bersatu memberi penerangan kepada setiap wakil bangsa tentang hikmah yang terkandung dalam setiap aturan Allah.. Wallahualam.. 

p/s: dengar2 ada kwn yg xnak mengundi. Tetapi bukankah pasal memilih pemerintah ni dah ada sejak zaman para sahabat? Jika kita tidak mengundi, bukankah semua itu akan dipersoalkan nanti di akhirat kelak? Tetapi memilih pemimpin juga perlulah pada yang berakhlak dan beragama kerana jika berlaku penganiayaan akibat tersilap pilih wakil rakyat, kita juga akan dipersoalkan nanti di Akhirat sana.. Wallahualam. 

Sunday, April 22, 2012

Berjalan-jalan di Kuala Lumpur – A day but with exciting experience!

Rancang perjalanan anda dengan baik. Bukan susah untuk mendapatkan pengalaman yang bermakna bersama rakan-rakan, keluarga mahu pun pasangan anda. Tidak perlu tempat pelancongan yang jauh untuk ditujui. Scanning tempat-tempat rekreasi di sekeliling anda dan nikmati hari-hari yang dilalui dengan hati yang girang!

Sebagai contoh, jika anda tinggal mahupun belajar di sekitar Kuala Lumpur, anda tidak perlu menyesakkan fikiran untuk mendapatkan hiburan di luar kota. Anda boleh berjimat dengan membuat travel trip dalam satu hari sahaja! Bagaimana? Sebelum kita jengah cara yang paling simple untuk pengalaman melancong ‘straight dari rumah’ kita perlu fikir dengan siapa kita akan mengamati hari-hari yang indah tersebut. Untuk yang masih single, pasti kawan-kawan menjadi tempat berkongsi pengalaman, bagi yang baru berkahwin, pasangan menjadi keutamaan dan bagi yang sudah mempunyai anak-anak pasti kehendak anak-anak yang menjadi keutamaan.

Kuala Lumpur adalah syurga pelancongan untuk pelancong dari luar dan dalam negara. Oleh itu, perancangan yang baik dapat memberikan anda pengalaman yang memuaskan di kota raya ini. Antara tempat-tempat yang anda boleh lawati di Kuala Lumpur adalah seperti Kuala Lumpur City Centre (KLCC). KLCC sahaja sudah memadai untuk berlibur satu hari. Kami mencadangkan anda merancang perjalanan yang baik menggunakan laluan keretapi seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM), KL Monorail, Star Line, Kelana Jaya (Putra Line), dan Express Rail Link (ERL). Untuk perjalanan yang lebih lancar bagi yang tidak biasa menggunakan khidmat Malaysia Transit Network Intergration Map ini, disarankan untuk print out / mencetak peta tersebut bagi melancarkan perjalanan percutian anda. Sepanjang perjalanan, jika anda keliru hala tuju anda, jangan malu bertanya, bak kata pepatah “Malu bertanya sesat jalan”!

Apa yang anda boleh lakukan di KLCC? Kami cadangkan beberapa tempat yang anda boleh lawati seperti Petrosains, Galleri Petronas, Aquaria KLCC Aquarium, SkyBridge KLCC, serta bersantai di Taman KLCC.


Petrosains adalah tempat yang banyak menarik ramai pelancong tidak kira waktu cuti sekolah mahupun tidak. Tiket selalu penuh menyebabkan anda perlu tujui tempat ini dengan awal untuk mendapatkan tiket. Jika tidak bernasib baik, anda terlambat untuk menikmati hari anda di sini. Petrosains ini berada di tingkat empat malah anda dengan mudah dapat mengesan kedudukan nya. Di dalam Petrosains ini anda dapat melalui perjalanan sebuah peradaban dalam penciptaan teknologi. Bermula dengan zaman purba hinggalah kepada pelbagai peralatan sains dan teknologi yang telah tercipta hingga kini. Pendedahan secara langsung mengenai sains kepada kanak-kanak dapat memberikan mereka minat untuk terus belajar dalam bidang teknologi. Pengalaman menaiki Replika Helikopter dalam Ribut Taufan serta singgah di Pelantar Minyak dapat memberikan pengalaman yang menarik kepada pengunjung.


Seterusnya, Galleri Petronas pula berada di tingkat tiga di mana ianya memaparkan perjalanan politik, media, serta sosial di Malaysia melalui expose-expose photography yang dipaparkan serta keratan-keratan akhbar yang dipamerkan di galeri tersebut. Di hujung perjalanan anda di galeri tersebut, anda boleh meninggalkan apa-apa message pada kertas yang disediakan dan ditampalkan ke dinding. Di sini anda boleh melihat banyak message-message yang telah ditinggalkan oleh pengunjung-pengunjung yang pernah berkunjung ke sini. Pengalaman akan menjadi lebih indah jika anda dapat melukis dan mewarna bersama anak-anak mahupun pasangan di sini. Perasaan kembali ke zaman kanak-kanak akan menjengah di fikiran anda.


Aquaria KLCC Aquarium pula berada di concourse level dimana anda boleh menyelami dunia lautan dengan lebih dekat. Pengalaman ini pasti menjadi begitu mengasyikkan jika anda hadir dengan pasangan, anak-anak, mahupun rakan-rakan. Pelbagai jenis ikan yang terdapat di sini akan memberikan suasana yang indah lagi jika dilengkapi dengan gambar kenangan anda bersama orang tersayang. Oleh itu, jangan lupa untuk bawa kamera anda bersama sepanjang percutian ini. Walaupun percutian singkat, ianya sangat bermakna untuk setiap insan disekeliling anda.


Bagi yang mempunyai budget lebih untuk percutian singkat ini dan suka melihat pemandangan dari atas, anda bolehlah menggunakan SkyBridge KLCC yang ditawarkan di tingkat 41 dan 42. Harga bagi dewasa adalah RM50 dan kanak-kanak RM25. Disebabkan isu-isu keselamatan dan kapasiti harian jambatan, tiket dikeluarkan secara terhad setiap hari. Terdapat demonstrasi secara digital mengenai apa yang berlaku apabila kilat menyerang sesebuah bangunan yang tinggi. Terdapat pemandu arah yang akan memberi taklimat tentang lawatan anda dan akan berada di sana sepanjang perjalanan di jambatan tersebut untuk menjawab apa-apa soalan dari anda. Jika bernasib baik, anda akan merasai bangunan tersebut terhuyung-hayang ketika angin kuat.


Bagi merehatkan minda yang berserabut, anda juga boleh menikmati hari yang indah di Taman Rekreasi KLCC. Perkelahan ringkas boleh dibuat bersama pasangan, keluarga mahupun rakan-rakan anda. Hanya dengan menikmati makanan fast food seperti McD, anda boleh bersantai bersama-sama orang tersayang. Pemandangan yang indah dan menghijau di kawasan tersebut boleh anda abadikan ke dalam lensa kamera anda. Bangunan Menara Berkembar Petronas ini juga akan kelihatan dengan jelas dari bawah dan anda boleh ber’impose’ dengan kenangan indah di sana.

Rasanya sudah cukup masa satu hari dihabiskan untuk berada di KLCC. Kita akan kembali dengan banyak lagi cara untuk berhibur dan bersantai di masa akan datang.

Bagi yang berada jauh dari kawasan Kuala Lumpur dan ingin menempah hotel untuk percutian anda, bolehlah melayari laman sesawang kami iaitu travelsifu.com untuk menempah hotel. Kini menempah hotel lebih mudah dengan travelsifu.com. Jom Booking Hotel! ^_^

Travelsifu.com

Assalamualaikum kawan2,


Dah lama tak menitip khabar, sibuk nak membangunkan laman web company sepanjang praktikal. Macam2 yang jadi sepanjang kami berhubung dengan client. Shahida siap dapat panggilan Datin lagi.. haha... gurauan ni dah jadi sebati dalam rutin harian Shahida, Zila, Kak Bella, Kak Lily, Encik Azmi, and Kak Erma.. huhu.. Inchik Boss jarang join kami.. tapi baru ni dia balik Langkawi still ingatkan kami di sini, dapat coklat Daim!! 1 hari kitaorang habiskan 3suku plastik tau.. haha.. esoknya Kak Lily pulak bawak coklat lagi.. dap dap... sluurrp!

Kisah Datuk B yang bagi Shahida panggilan Datin ni sampaikan setiap panggilan yang Shahida dapat, semuanya Shahida dah set dalam Mind..'Datuk B, Datuk B'.. huhu..

Anyway, sebenarnya nak promote travelsifu.com.



Kepada sahabat2 yang setia membaca di laman ini, atau tiba2 tersinggah ke, jemput2 la ke laman web www.travelsifu.com selain tu, jom la ramai2 kita "Like" facebook travelsifu. Website ni actually tempat di mana anda semua dapat melihat hotel2 yang berada di Malaysia dan membuat tempahan secara online. Harga yang ditawarkan adalah harga bersih, dan tiada caj tambahan dikenakan. Pemilihan hotel menjadi lebih mudah sebab sahabat2 semua boleh membezakan harga dari satu hotel ke satu hotel yang lain. Buat sementara waktu ini travelsifu.com hanya fokus pada market di Malaysia. InsyaAllah tahun hadapan kami akan kembangkan ke Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam. Servis pula asasnya Booking Hotel, tapi akan ada servis tambahan di masa akan datang, Hope anda semua dapat membantu syarikat ini untuk berkembang di industri pelancongan. Jika kita membantu orang lain, insyaAllah Allah akan mempermudahkan urusan kita kelak. Itu pegangan Shahida and hope itu juga menjadi prinsip sahabat2 sekalian. Kita buat sesuatu tidak perlu meminta balasan kerana balasan dari Allah yang Maha Pencipta itu lebih besar nikmatnya. Wallahualam.

p/s: Dah lama x buka blog admin, rupa2nya banyak perubahan, nak biasakan dengan sistem pun, alahai..
ingat nak set 'Read more', tapi banyak guna masa pulak sebab dah ter'type' siap baru nak set kan.. hehe, xpela, lain kali kita perkemaskan lagi...

Ha, banner kat atas ni, shahida yang buat. Okey tak? tapi x dpt masuk website sebab tak kena dengan tema, so just pamer kat blog sendiri pun okey la kan.. ^_^





Sunday, March 18, 2012

Jom Charge Iman!


Assalamualaikum kawan-kawan.. dah lama tak mengepost, rindu pula.. ^_^ Kali terakhir Shahida bercerita pasal kehidupan. Hari ni Shahida nak ajak kita sama-sama mengecas iman, insyaAllah.. Time tengah belek2 facebook, terjumpa link ke blogLangitilahi. Wah, terbaieq!! InsyaAllah, blog-blog macam ni lah bagus untuk kita topup iman. Selalu isi jiwa dengan sesuatu yang lagho, so, kena ambil kesempatan untuk pengisian rohani kita juga. Oh, teringat tiba-tiba. Mak pernah kata, pengisian rohani ni kan termasuk membaca Al-Quran. Korang pernah tak rasa rohani korang KENYANG?? Alhamdulillah, tanpa sedar, Shahida pernah SENDAWA ketika mengaji. Tak sangka punn..


"Erghh.. Alhamdulillah."

"Huh, dah banyak ngaji tu, cukup la lepas muka surat ni. Mak pun dah mengantuk.."

"Aik??" kata Shahida pelik.

"Orang kata, kalau kita sendawa waktu mengaji, maksudnya rohani kita dah kenyang.."

"??!" tak faham.. cuba mencerna dalam otak. Kalau jasmani, kita KENYANG bila kita makan. Sebaliknya, untuk Rohani, kita KENYANG bila kita mengaji.. Oh, faham, faham...

So, sekarang ni korang rasa rohani kita cukup tak makanan kalau kita tiap-tiap hari sibuk dengan pekerjaan dan hanya memenuhi masa dengan hobi berfacebook semata-mata? Kalau kita berkongsi ilmu melalui facebook, Alhamdulillah, terBAEQ! sO, sekarang ni Shahida nak ajak kawan-kawan menghayati artikel dari LangitiLahi ni. (Marilah kita sama2 hayati, renung2kan, dan amalkan, insyaAllah..)

Hidup ini sibuk bukan? Kadang-kadang, kepala kita penuh dengan pelbagai permasalahan yang menyumbat. Masalah diri, masalah keluarga, masalah kerja, masalah rakan-rakan. Segalanya menjadi mehnah dan tribulasi dalam kehidupan.

Sebagai manusia biasa, pasti ada suara di dalam hati kita yang inginkan kerehatan dari kemasyghulan dunia ini. Aku nak rehat! Mungkin itu jeritan jiwa kita.Boleh kah kita berehat dari kehidupan?Mungkin anda kata, mustahil. Kemungkinan anda melihat, kematian adalah satu-satunya cara untuk kita berhenti dari menjalani kehidupan.Tapi pada saya, rehat dari kehidupan ketika kita masih hidup adalah tidak mustahil.Marilah, kita ambil sedikit masa untuk berehat dari kehidupan kita.Duduk, Beriman Sebentar.

Mu’az bin Jabal RA pernah menyebut:


“ Marilah kita duduk untuk beriman sebentar”


Kata-katanya pada awal itu, dilihat pelik oleh para sahabat yang lain.

Namun akhirnya, semua memahami bicaranya. Manusia itu terlalu sibuk dengan kehidupannya.

Hal itu lah, hal ini lah, sehingga dia terlupa untuk mengecas bateri keimanannya kepada Allah SWT, sehingga dia terlupa untuk bermuhasabah akan kehidupannya, akan ketaatannya, akan pengabdiannya kepada Allah SWT.


“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” Surah Asy-Syams ayat 7-10

Maka, dalam kesibukan urusan kehidupan insan itulah, Mu’az bin Jabal RA menyarankan kita untuk duduk walaupun sebentar, untuk kita memperbaharui, memperkuatkan, mengecas kembali keimanan kita. Siapakah Yang Mewujudkan Ruang Ini Buat Dirinya?

Maka persoalannya, siapakah yang memberi ruang dalam hidupnya untuk dia mengecas keimanannya?Bapa saya pernah bercerita berkenaan seorang pemotong pokok. Pemotong pokok itu mempunyai sebatang kapak yang tajam. Lalu dia keluar mencari kerja dengan kapaknya itu. Dia bertemu dengan seorang pemilik hutan, yang ingin menggaji seorang pekerja untuk memotong pokok di dalam hutannya itu. Maka, Si Pemotong Pokok meminta pekerjaan itu.

Hari pertama, dia berjaya memotong 20 batang pokok. Pemilik hutan itu kagum dan Si Pemotong Kayu meminta untuk dia melakukan lagi kerjanya esok. Pemilik hutan mengalu-alukan.

Hari kedua, Si Pemotong Pokok hanya mampu memotong 17 batang pokok. Prestasinya menurun. Dia kehairanan. Kenapa? Lalu dia memberi alasan kemungkinan dia tidak memberikan yang terbaik dalam pekerjaannya hari ini. Lantas dia meminta kepada pemilik hutan untuk datang lagi esok, dan dia berjanji dia akan bersungguh-sungguh.

Hari ketiga, Si Pemotong Pokok bekerja dengan bersungguh-sungguh. Dia menghayun kapaknya kuat-kuat dan laju. Namun, pada penghujung hari itu, dia hanya berjaya menumbangkan 10 batang pokok. Dia amat terkejut. Lebih rendah dari semalam. Semakin hari semakin buruk. Si Pemotong Pokok meminta maaf kepada Pemilik Hutan. Dia berjanji, esok dia akan memperbaiki prestasinya.

Hari keempat, Si Pemotong Pokok bekerja dengan lebih kuat. Dia mencurahkan seluruh tenaganya. Namun, kerjanya semakin perlahan. Untuk menumbangkan sebatang pokok, memakan masa berjam-jam. Akhirnya, di penghujung hari, dia hanya mampu menumbangkan 5 batang pokok sahaja. Dia sedih, dan kehairanan kenapa prestasinya jatuh teruk sedemikian, walaupun dia berusaha kuat. Dia mengadu akan kelemahannya kepada pemilik hutan.

Pemilik hutan tersenyum. Lalu dia berkata:“ Kamu terlupa, mengambil waktu rehat, untuk mengasah kapak kamu dengan baik.” Penutup: Wujudkan Ruang Itu. Cas Keimanan Dirimu.

Ya. Ada waktu, selepas mengharungi pelbagai masalah, mehnah dan tribulasi, kerja dan tugasan, dalam kehidupan yang kita tidak tahu bila penghujungnya hendak menjengah, kita akan rasa keletihan dan kepenatan. Kadangkala kita tersungkur pula di tengah perjalanan.

Hal ini kerana, kita lupa mengambil sedikit masa, berehat untuk mengecas keimanan kita, muhasabah kehidupan kita, hubungan kita dengan Allah SWT. Kita terlupa untuk memperbaiki hubungan kita dengan Akkah, walaupun Allah tidak pernah meninggalkan kita.“ (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)” Surah Ad-Dhuha ayat 3Ambil lah sebentar masa rehat, duduklah berseorangan atau bersama teman, dan bermuhasabahlah akan perjalanan hidup, kondisi hati, dan hubungan kita dengan Allah SWT.

Sematkan azam baru, nyalakan semangat baru, dan suntiklah cita-cita segar untuk perjalanan seterusnya. Dalam setiap perhentian, kerehatan kita itu, kita perbaiki dan pertingkatkan keadaan diri. InsyaAllah, prestasi kita akan tertingkat, semakin tertingkat dan akan terus meningkat.

Mari Menjadi Hamba!

"Dalam keterusan kita melangkah, pastikan ada masa untuk pengecasan iman"

p/s: "Jaga Iman." Itu pesanan yang Shahida pernah terima dari seorang senior sewaktu di Maktab. Alhamdulillah, pesanan tu menyerap ke hati Shahida walaupun Shahida dah lupa nama akak tu. Moga pesanan ini akan menjadi pesanan kita kepada setiap ummah yang menjalin silaturrahim bersama kita. Tidak perlu leteran yang panjang untuk menyampaikan kebaikan.

Wah, kenangan maktab menjengah sekejap. Sikit je, sikit je.. pasai kakak senior ni. Korang tau apa tujuan hidup dia?

"Akak nak jadi orang yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain"

"Cita-cita akak?" tanya kami junior2 yang masih tidak faham erti kehidupan ketika itu. Kenapa cita-cita akak ni pelik sangat padahal dia ambik jurusan Perubatan dan minor dalam Microbiology.

"Kan akak dah cakap tadi, akak nak jadi orang yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain, tak kisah la akak jadi Doktor atau tidak. Yang penting, bermanfaat untuk orang lain dan baik di sisiNya.." terang akak tu.

"Ooo..."

Wallahualam...