Rancang perjalanan anda dengan baik. Bukan susah untuk mendapatkan pengalaman yang bermakna bersama rakan-rakan, keluarga mahu pun pasangan anda. Tidak perlu tempat pelancongan yang jauh untuk ditujui. Scanning tempat-tempat rekreasi di sekeliling anda dan nikmati hari-hari yang dilalui dengan hati yang girang!
Sebagai contoh, jika anda tinggal mahupun belajar di sekitar Kuala Lumpur, anda tidak perlu menyesakkan fikiran untuk mendapatkan hiburan di luar kota. Anda boleh berjimat dengan membuat travel trip dalam satu hari sahaja! Bagaimana? Sebelum kita jengah cara yang paling simple untuk pengalaman melancong ‘straight dari rumah’ kita perlu fikir dengan siapa kita akan mengamati hari-hari yang indah tersebut. Untuk yang masih single, pasti kawan-kawan menjadi tempat berkongsi pengalaman, bagi yang baru berkahwin, pasangan menjadi keutamaan dan bagi yang sudah mempunyai anak-anak pasti kehendak anak-anak yang menjadi keutamaan.
Kuala Lumpur adalah syurga pelancongan untuk pelancong dari luar dan dalam negara. Oleh itu, perancangan yang baik dapat memberikan anda pengalaman yang memuaskan di kota raya ini. Antara tempat-tempat yang anda boleh lawati di Kuala Lumpur adalah seperti Kuala Lumpur City Centre (KLCC). KLCC sahaja sudah memadai untuk berlibur satu hari. Kami mencadangkan anda merancang perjalanan yang baik menggunakan laluan keretapi seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM), KL Monorail, Star Line, Kelana Jaya (Putra Line), dan Express Rail Link (ERL). Untuk perjalanan yang lebih lancar bagi yang tidak biasa menggunakan khidmat Malaysia Transit Network Intergration Map ini, disarankan untuk print out / mencetak peta tersebut bagi melancarkan perjalanan percutian anda. Sepanjang perjalanan, jika anda keliru hala tuju anda, jangan malu bertanya, bak kata pepatah “Malu bertanya sesat jalan”!
Apa yang anda boleh lakukan di KLCC? Kami cadangkan beberapa tempat yang anda boleh lawati seperti Petrosains, Galleri Petronas, Aquaria KLCC Aquarium, SkyBridge KLCC, serta bersantai di Taman KLCC.
Petrosains adalah tempat yang banyak menarik ramai pelancong tidak kira waktu cuti sekolah mahupun tidak. Tiket selalu penuh menyebabkan anda perlu tujui tempat ini dengan awal untuk mendapatkan tiket. Jika tidak bernasib baik, anda terlambat untuk menikmati hari anda di sini. Petrosains ini berada di tingkat empat malah anda dengan mudah dapat mengesan kedudukan nya. Di dalam Petrosains ini anda dapat melalui perjalanan sebuah peradaban dalam penciptaan teknologi. Bermula dengan zaman purba hinggalah kepada pelbagai peralatan sains dan teknologi yang telah tercipta hingga kini. Pendedahan secara langsung mengenai sains kepada kanak-kanak dapat memberikan mereka minat untuk terus belajar dalam bidang teknologi. Pengalaman menaiki Replika Helikopter dalam Ribut Taufan serta singgah di Pelantar Minyak dapat memberikan pengalaman yang menarik kepada pengunjung.
Seterusnya, Galleri Petronas pula berada di tingkat tiga di mana ianya memaparkan perjalanan politik, media, serta sosial di Malaysia melalui expose-expose photography yang dipaparkan serta keratan-keratan akhbar yang dipamerkan di galeri tersebut. Di hujung perjalanan anda di galeri tersebut, anda boleh meninggalkan apa-apa message pada kertas yang disediakan dan ditampalkan ke dinding. Di sini anda boleh melihat banyak message-message yang telah ditinggalkan oleh pengunjung-pengunjung yang pernah berkunjung ke sini. Pengalaman akan menjadi lebih indah jika anda dapat melukis dan mewarna bersama anak-anak mahupun pasangan di sini. Perasaan kembali ke zaman kanak-kanak akan menjengah di fikiran anda.
Aquaria KLCC Aquarium pula berada di concourse level dimana anda boleh menyelami dunia lautan dengan lebih dekat. Pengalaman ini pasti menjadi begitu mengasyikkan jika anda hadir dengan pasangan, anak-anak, mahupun rakan-rakan. Pelbagai jenis ikan yang terdapat di sini akan memberikan suasana yang indah lagi jika dilengkapi dengan gambar kenangan anda bersama orang tersayang. Oleh itu, jangan lupa untuk bawa kamera anda bersama sepanjang percutian ini. Walaupun percutian singkat, ianya sangat bermakna untuk setiap insan disekeliling anda.
Bagi yang mempunyai budget lebih untuk percutian singkat ini dan suka melihat pemandangan dari atas, anda bolehlah menggunakan SkyBridge KLCC yang ditawarkan di tingkat 41 dan 42. Harga bagi dewasa adalah RM50 dan kanak-kanak RM25. Disebabkan isu-isu keselamatan dan kapasiti harian jambatan, tiket dikeluarkan secara terhad setiap hari. Terdapat demonstrasi secara digital mengenai apa yang berlaku apabila kilat menyerang sesebuah bangunan yang tinggi. Terdapat pemandu arah yang akan memberi taklimat tentang lawatan anda dan akan berada di sana sepanjang perjalanan di jambatan tersebut untuk menjawab apa-apa soalan dari anda. Jika bernasib baik, anda akan merasai bangunan tersebut terhuyung-hayang ketika angin kuat.
Bagi merehatkan minda yang berserabut, anda juga boleh menikmati hari yang indah di Taman Rekreasi KLCC. Perkelahan ringkas boleh dibuat bersama pasangan, keluarga mahupun rakan-rakan anda. Hanya dengan menikmati makanan fast food seperti McD, anda boleh bersantai bersama-sama orang tersayang. Pemandangan yang indah dan menghijau di kawasan tersebut boleh anda abadikan ke dalam lensa kamera anda. Bangunan Menara Berkembar Petronas ini juga akan kelihatan dengan jelas dari bawah dan anda boleh ber’impose’ dengan kenangan indah di sana.
Rasanya sudah cukup masa satu hari dihabiskan untuk berada di KLCC. Kita akan kembali dengan banyak lagi cara untuk berhibur dan bersantai di masa akan datang.
Bagi yang berada jauh dari kawasan Kuala Lumpur dan ingin menempah hotel untuk percutian anda, bolehlah melayari laman sesawang kami iaitu travelsifu.com untuk menempah hotel. Kini menempah hotel lebih mudah dengan travelsifu.com. Jom Booking Hotel! ^_^
No comments:
Post a Comment