Thursday, March 31, 2011

Asal usul april fool..

Fool’s Day atau April Fool mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang telah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol. Ia telah jatuh ke tangan tentera-tentera Kristian. Akibatnya penduduk-penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri mereka. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha menghapuskan semua orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Islam ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan mereka ini ada yang mempercayai dan tidak kurang pula ada yang risau sekiranya tawaran tersebut hanya merupakan satu penipuan semata-mata. Maka mereka yang mempercayainya tanpa berlengah-lengah telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokkan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk-penduduk Islam ini. Mereka tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar manakala orang-orang Islam yang berada di sekitarnya telah dibunuh kesemuanya tidak kira lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudian diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan pada setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol, tetapi juga di serata dunia di mana ia juga banyak diabadikan dalam bentuk perayaan-perayaan yang lain secara tidak langsung. Yang menyedihkan, hari ini orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa itu turut meraikan April Fool tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara mereka sendiri.

Wednesday, March 30, 2011

Kem Nur Al-Falah Lanjutan di Pulau Bidong, Terengganu

Assalamualaikum kawan2...

Kali ni kisah Shahida dan kawan2 ke Pulau Bidong demi Misi Menyelamatkan Bangsa...
Buat masa ni biarlah gambar yang bercerita kerana Shahida masih terikat dengan assignment yang belum selesai dan tarikh exam yang semakin hampir... InsyaAllah, ada masa, Shahida akan ulas sedikit sebanyak tentang Program ni...





Visi & Misi diutamakan... Demi Alif, Ba, Ta, Kita_sudah_Tiada_Masa!!

Wednesday, March 23, 2011

Final Exam datang lagi....

Menghitung hari.... 23 March,24,25,26..... 10 April Exam Financial!! Sosial Entrepreneurship pun!! WarggHH!! Banyak nya nak kena study.... Hujung minggu ni pergi kem... 18 hari tolak 4 = 14 hari je... Chapter untuk Financial ada 13 semuanya, social plak chapter tak pasti tapi kena faham pasal jenis2 social eship... Tiga! 1. Activism, 2. Self-Help (Beneficiaries), 3. Philantrophy... Sebenarnya belum arif tentang nak bezakan 3 types ni, sO chaiyo'2!! Shahiha boleh! study, study, study!! Financial pulak 70 soalan Objektif (A, B, C, D, E) tapi semua fakta! Shahida, siapkan sosial & PPTA tau, t dah boleh study!! Gambate! (^_^)(")



Malunya!!!!

Hahaha... macam manalah hari ni boleh panggil En Dzul dengan nama En Zuraimi... eheh! Patutla En Dzul buat xtau je jalan menonong nak kejar solat berjemaah asar kat surau UMK...

Dalam otak duk mikir 'em, nama dia D.Z.U.L, nama panjang... em, em... EN DZURAIMI!'

"Encik Zuraimi, Encik Zuraimi, nak tanya soalan jap..."

'En Zuraimi' jalan je buat dek...

Eh, nape dengan Encik Zuraimi ni?? Buat tak layan je aku panggil... (bluurrr..)

EH!

Techno = En Zuraimi, Social equal tu.... EN DZUL! EN DZULKIFLI la!!!

"Encik Dzul, En Dzul, sorry, sorry, silap panggil..." ehehehe... =p camne la boleh silap ni! Ni mesti gara2 baru abis lecture techno, nama En Dzul pun dah jadi En Zuraimi... kehkehkeh...

En Dzul senyum je, gaya nak cepat, muka basah dengan air wudhu' dah tu...

"Ada apa?" tanya Encik Dzul dengan muka manis dia tu.

Shahida pun buka mukadimah dan sepecut kilat menghabiskan soalan pasal assignment Sosial..
"Begini, ...." dan bla bla bla.....

Erm, kenapa rasa macam suara ternaik degree lantunan? Bedal je la... cakap dengan En Dzul cam cakap jarak 2 meter kot hehe... gelabah sebab malu tadi kot, suara pun dah tak boleh nak control. Aduh, jatuh saham saya depan En Dzul, seb baik En Dzul dah kawen.. hehe...

Setelah selesai bertanya dan berjawab.. (ehehe.. bahasa apa tu? tak kisah la... bedal je!)

"wEH Devi, maluuunya, Shahida silap panggil nama En Dzul!"

"Tu la aku pelik, kenapa ko panggil Encik Zuraimi padahal En Zuraimi takdek pun.." kata Devi...

Tiba-tiba, nampak kelibat Panir...

"You ar... Suara you saya boleh dengar..."

Ye ke Panir?? Hehe, dah perasan tadi, juz wat2 xtau... Nak wat camne, nasib la muka ni gelap, xdek la kulit nak merah2 cam org Korea tu kan, malu sikit dah merah muka... hihi... Tapi teringin jugak tengok muka sendiri kalau merah2... kikiki... pengaruh Korean Drama betul!

"Nasib En Dzul tu bukan Encik Naqib, kalau tak dah lama dia potong markah ko!" kata Devi. Hehehe...

Saturday, March 19, 2011

Movie2 bersama family!!



Nak tengok cite Dream High!! My adik cakap BEST!! Dah abis pun main kat Tv.... huhu.. Tepon adik semata-mata nak bagitau dah dapat cerita "Secret Garden" dari kawan.. 'Riak kejap' hehe... Tu jelah kerja kalau balik cuti mid-term dengan cuti semester... Aduhai adik2ku, nak exam ngadap gak drama cintan-cintun korean ni, mulalah lalai tak study! Kakak dia pulak se'kaki' je nengok, bukan nak tegur pun.. hihi.. Yelah, rindula tengok drama, movie dengan adik-beradik. Kat asrama tengok dengan kawan2. Masa tonton movielah kami nak bersenda gurau. Kalau tengok movie ke, drama ke, mulut sorang2 mesti tak duduk diam..

"lepas ni jadi apa?"

"Nanti Hero mati ke?"

"Kesiannya, nape heroin mengalah cepat sangat?"

"nape hero tu tak balas pun bila kena tumbuk?"

"eee... gelinya..."

"eee... takutnya"

"Lepas ni mesti dia gi jumpa heroin kan?"

"Hahaha, lawaknya heroin tu tendang punggung hero.."

"Wah, bestnya!!"

"sedihnya..." sambil teresak-esak nangis... kalau mak ada, mak pun sekaki menitis air mata.. hahaha... HA! Time ni la best bila ayah masuk line... "Hmm, mak dia tu orang tak nangis, dia nangis dulu.." usik ayah..

"Mana ada.." dengan suara serak2 basah dengan mata merah mak jawab.. then, sempat lagi tarik hujung lengan baju kesat air mata yang mengalir tu... hahaha... lawak la mak ni...

"Mak dia tu paling minat cerita tamil. Dia suka tengok aksi lawan2.." usik ayah lagi..

HAHAHAHA... kitorang memang takleh tahan gelakla... tengah tengok cerita hindustan, tiba2 cerita tamil jadi mangsa..

"Mana ada, ayah dia tu minat tamil, kulit sama dengan dia..." balas mak..

Kahkahkah... tak sekali-kali mak mengalah.

okey, tontonan diteruskan hingga habis cerita sambil mulut tak kan habis pot pet pot pet kami adik-beradik...

"La, nape ending dia camtu?"

"Cerita ni mesti ada sambungan.."

Blablabla.... macam2 komen... tu kat rumah sendiri, sedapla mengomen... time kat rumah atok...

"kenapa mak hero serang heroin? kan.."

"Ha, mulut tu tak reti diam, tengok je la cerita tu senyap2" kata Mak Cik...

Waa.. kan dah kena sound... huhuhu...

TAPI..

"Angah, kenapa heroin tak cerita..." Huh! Nilah perangai kitaorang satu keluarga, mulut tak kan diam kalau tengok drama... huhu... still bot bet bot bet walau kena sound berapa kilo dari Mak2 sedara... kikiki...

Warghhhh, rindu pulak kat family!!! Biasanya Shahida jarang homesick.. hehe.. dah biasa duduk jauh.. tapi sekarang agak terasa gak la bila mak dah lama tak koL... uhukhukhuk... sabar jelah hati... Kalau Shahida tak call rumah, takkan nya boleh dengar suara mak, suara ayah, Along, adik-adik... Ayah pun amat jaranglah dapat dengar time duduk di perantauan ni.. kalau mak takdek kat rumah je baru ayah angkat. Kira suatu keajaiban la kalau dengar suara ayah yang angkat telefon rumah! hehe... Yelah, dalam 1 semester hanya 1 atau 2 kali je suara ayah kedengaran kat telefon... Anyway, Angah sayang Ayah!! Saaaaayang semua!!! ^_^

Friday, March 18, 2011

Puteriku sayang...

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya... Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?


Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?


Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dari bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?


Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil. Ayah biasanya mengajari puteri kecilnya menunggang basikal. Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu. Kemudian Ibu berkata: "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....


Tapi sedarkah dikau? Bahawa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan prihatin kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.


Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba. Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas: "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.


Saat kamu ditimpa sakit, ayah lah yang terlalu khuatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!". Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut. Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatiri keadaan kamu..


Ketika kamu sudah beranjak muda remaja.. Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!". Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu? Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga.. Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...


Dan yang datang mengetuk pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu, bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?


Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu, ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbual-bual berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?


Saat kamu mulai lebih dipercayai, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya. Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatir dan bimbang. Dan setelah perasaan khuatir itu berlarutan, ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu.. Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya".


Setelah lulus SPM, ayah akan sedikit memaksa kamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata-mata hanya kerana memikirkan masa depanmu nanti. Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.


Ketika kamu menjadi gadis dewasa, dan kamu harus pergi ke kuliah di negeri lain, ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini dan itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati. Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat. Yang ayah lakukan hanyalah menghapuskan sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk bahumu sambil berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang". Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.


Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain. Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...


Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu". Tahukah kamu bahawa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?


Saatnya kamu berjaya sebagai seorang Sarjana, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja meningkat dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya. Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan tanggungjawabnya nanti.


Dan akhirnya.... Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia.. Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik.... Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik... Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"


Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih.... Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya... Ayah telah menyelesaikan tugasnya... Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita... Adalah lelaki yang harus selalu terlihat kuat... Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu. Dan dia adalah orang yang pertama yang selalu yakin bahawa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..


p/s; Shahida dapat notes ni dari seorang guru, dan mungkin ada baiknya jika dikongsi bersama-sama... Karangan ini dari Indonesia, walaupun diubah ayatnya masih ada puitis bahasa Indonesia.. Moga bermanfaat buat kita semua... wallahualam..


Bila baca tajuknya, teringat lagu Puteriku Sayang dendangan kumpulan Hijjaz...


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Lagu ni best, banyak membawa message kepada kaum Hawa agar sentiasa menjaga maruah diri, agama dan negara... Dirinya tak akan musnah melainkan dia sendiri yang menyerah diri kepada lelaki.. Banyak sangat kes zaman sekarang, perempuan tak menjaga batas pergaulan bertepuk tampar tanpa segan silu dan tak mengira haram @ halal, lelaki pulak bagai "pucuk dicita, ulam mendatang", kalau perempuan dah memberi, kenapa dia nak menghalang. Dah lumrah lelaki ada 1 nafsu 9 akal tetapi pada hakikatnya amat sukar untuk menjaga 1 nafsu... Manakala wanita, walaupun dicanang mampu menjaga 9 nafsu menggunakan 1 akal, tetap terjebak dengan masalah sosial.

Amat menyedihkan melihat rakan-rakan yang masih belum terikat dengan ikatan akad nikah bertempuk-tampar tanpa segansilu. Memang anda boleh nyatakan si 'dia' itu bakal suami@isteri, tetapi adakah hukum menghalalkan dengan lesen berasaskan lidah semata-mata?? Wahai rakan-rakan, carilah suami; bapa untuk anak-anak kamu dan kepada lelaki, carilah isteri; ibu kepada anak-anak kamu kerana suatu hari nanti anak-anak kamu juga akan berkelakuan seperti kamu.. Memang, 'iman tak dapat dijual beli' tetapi bentuklah diri kamu untuk membentuk generasi islam yang cemerlang, maka anak-anak kamu akan menjadi seperti acuan yang kamu bentuk... wallahualam...

Sunday, March 13, 2011

islam menjawab...


Non-muslim bertanya.. anda jawab.

Assalamualaikum, SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.... 1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran? Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan? Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha Mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan ? Dalam banyak² kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir? Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa. Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan ? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Ali-Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa? 'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ? Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'Aku' kata jamaknya 'Kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan? Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa? Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Buddha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar" Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Buddha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik" Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Buddha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit" Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan ? Lagi besar penyakitnya kan ? Lembu yang ragut rumput hari² pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi? Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari² sembah Kaabah. Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari² pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul² juga? Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman. Soalan² yang nyatakan di atas, sebenarnya memang benar² ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... Mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was² dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was² dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yang disampaikanpun tak perlu panjang² cukup sekadar ringkas dan padat

Alamak, Filem xdek subtitle!!

Jangan risau, meh Shahida ajar ea, kepada yang belom tahu la kan...

Mula2, buka movie yang korang nak upload subtitle tu...


Okey, ni scene yang takdek subtitle kan... mesti bengangkan, tengok hindustan xdek sari kata.. memangla boleh faham sikit2, tapi kalau filem baru... huish, jenuh nak faham!


Key, so korang masuk kat subscene.com untuk dapatkan subtitle untuk apa2 filem yang korang download xdek subtitle... 'lepas ni xyah risau dah kalau download movie tanpa subtitle, ^_^'. ..


Type filem yang korang nak...
contoh; Kuch Kuch Hota Hai


Then, keluarla segala benda nama Filem yang ada sub tajuk tu... Pilihla...


Pilih bahasa yang korang nak..


Muncul la ni, tekan 'Download English Subtitle'


Downloading... then, buka file tempat korang simpan file tu..

Ni file nya....


Copy (tekan Control+C)...


Then, paste kat sini... (tekan Contol+V) pun boleh...


Copy tajuk filem tu...


Replace kat file subtitle tu... Note: jangan delete '.srt' tu tau..


Okey, paste!


At last, dah ada subtitle... TadDA!!!!...


Hope korang dapat manfaatkan.. hihi... hmm, biasanya tengok movie2 ni time tension2, tengah boring.. al-maklumlah, duduk hostel, nak tengok tv memang jarang kan.. walaupun pihak hostel ada sediakan.. malas la nak ngadap tv tu, duk ngadap laptop lagi best! hehe... key, c.u.o.n.e.. haha.. see you on next entry... senyum sokmo! ^_^

Bakarlah jarimu...

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa…lengang, sepi! Maka guru pel...atih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai. Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal. Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra…menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa. So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah letih dan menangis panggil mak ayah. Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal… Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang. Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu. Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu. Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut… Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi… Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya. Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat. Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa…

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut. Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut..,

tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah…

MORAL CERITA : Apabila kita nak lakukan dosa, cubalah kita letakkan tangan kita di atas api. Jika kita mampu menahan kepedihan api tanpa rasa sakit, lakukan dosa tersebut TETAPI jika kita tak mampu. Ingatlah bahawasanya api di dunia ini telah di hilangkan bisa neraka selama beribu2 tahun baru diletak di dunia ni, dan cuba kita bayang dan rasakan kepedihan api sebenarnya iaitu Api Neraka..

Friday, March 11, 2011

Kejohanan Bowling SAK3


Biarlah gambar bercerita.....


team kami! ^_^

team Zila - Underdog! haha...

izzul, mey, zura, kak ma, ama.
.
amik kasut..

pose kejap sebelum main..

Devi beraksi for 1st time in life di arena Bowling.. huhu...


Smartla gambar ni, sape snap ek? hihihi...

*skor untuk Azfar, Devi, Kavita, and Ayu.... Diorang kan ranking nombor 2! Ni baru permulaan..


Suasana riang-ria menyokong kawan2 sambil menghilangkan tension Projek Penyelidikan Tahun Akhir (PPTA)....



sKor untuk Shahida just 191.. okey la tu.. sebab ada satu kali tu nak try wat bola 'lencong'.. memang lencong pun!! Terus masuk longkang! Hahaha... rugi2!!

Anyway, nak wish thanks kat semua kawan2 yang hadir..
Kali ni memang Best!! Enjoy sangat2... Lupa semua masalah assignment sekejap... Lain kali, ada peluang, kita beraksi lagi!! ^_^

Thursday, March 10, 2011

I'm BACK!!! ^_^

Assalamualaikum kawan2...

wAH, dah lama tak ber'blogging'.. huhu.. Rindu2!! 2minggu menghadap assignment, Projek Penyelidikan Tahun Akhir(PPTA), Techno, Strategik... seb tak gila! Biul je kejap otak sebab berapa hari ntah tidur lewat... Dah 2 minggu jugak tak aktif Facebook.. Oh, 4 hari menghitung hari, betoL ke Fb nak tutup? Hihi... Marketing Strategi katakan.. Bak kata En Dzul, bila Fb announce dia nak tutup, Generasi X yang tak pernah join Fb ni mula membanjiri Fb sbbnya diorang akan rasa rugi tak pernah merasai satu arus gelombang global yang berlaku...

'ruginya dulu aku tak pernah tau apa tu Facebook'. Agaknya camtu la Fb dapat meningkatkan jumlah pengguna laman sosial ni... Bijak2!!

Anyway, kita tengoklah nanti kan... Jeng, jENG, JeNG!!

Hmm, cerita pasal ari ni.. baru sat tadi kami 3 roomates makan tengahari berlaukkan sardin bertemankan Kak Bila dan Anis... huhu... Kami bertiga masak... Ting-Tang-Ting-Tung..ALEXANDER!! haha.. trademark Chef Wan kot... 1st time ari Jumaat kami tak kebulur. Kalau tak confirm petang dekat maghrib baru makan.... sebab? sebab Shahida la malas nak keluar.. hehe... ari ni tak dengar dah Devi bebel sebab mulut dia dah kena tutup dengan Ikan Sardi..hehehe...

Key, next nak cite pasai minggu lepas plak on next entry...