WeLcOmE...

Kepada pengunjung blog ni, terima kasih kerana memberi sokongan.. walaupun saya baru berjinak-jinak dengan blog, moga saya dapat membawa manfaat kepada kita semua dan berkongsi pengalaman sebagai seorang muslim, anak, kakak mungkin, dan juga sebagai pelajar... mungkin ini adalah peluang untuk saya membantu adik-adik di luar sana yang masih mencari-cari apakah impian masa hadapan mereka. saya bukanlah sehebat pakar motivasi, tapi berminat untuk berkongsi pengalaman bersama orang luar... sekian, salam perkenalan dari saya... ^_^

Friday, March 2, 2012

Bershopping, Berhujan dan Ter'Beli' Payung yang tak Dirancang

Salam ukhuwah semua

Hari-hari sekarang kena aktif mengepost, huhu.. sedang memenuhkan ilmu di dada untuk menjadi pakar SEO. Menyahut cabaran Encik Azmi insyaAllah, huhu... mana tau boleh fight Encik Azmi, boleh dapat ranking dalam Alexa Malaysia.. hehehe...

Wah, hari ni rancangan sebenar nak jumpa Mak Imah, nak pesan buku rujukan SPM adik tapi lain jadinya.

Memang kalau ikutkan nak pergi McD dengan Kak Bella and Zila maghrib tadi. Tapi, tapii.. tak sempat kami nak berlama tunggu teksi, hujan dah rintik2. Kami pun tukar rancangan ke Jusco dulu mencari mesin deposit Maybank untuk transfer duit untuk adik Kak Bella. Huh, kami melintas jalan macam anak ayam kot. Yang penting, Shahida depan sekali, macam Mak Ayam pulak.. hish, bukan Mak Ayam yang jual anak ayam tu tau.. huhu, mintak jauh!

Kami kemudian singgah di Petronas dulu, alamak, ada Keychain Upin Ipin versus baby, coomeL! aih, tepi dia ada payung. 'Berapa harganya ni?' terdetik dalam hati nak beli tapi tak jadi.. Ala, Petronas pun tak ada mesin deposit Maybank. CIMB ada la.. hmm.. So, kitaorang pun menuju ke Jusco.

Sampai-sampai Jusco, terus cari Mesin Deposit tu, tak ada jugak. Nasib, nasib.

"Jomla kita gi makan dulu, malas nak fikir." kata Kak Bella.

Huh, pilih punya pilih, diorang makan Nasi goreng Seafood dengan Sup Gear Box. Huh, Shahida? On diet laa.. huhu.. diet la sangat! Kenyangla makan Kuew Tiaw Cik Mah tadi. So, sebab ari Ahad aritu teringin nak makan Blueberry Cheese Tart kan, laju la kaki ni melangkah ke kedai kek. Fuh, ingatkan RM2.50 sebijik, sekali RM2.80 daa.. taapiii, rasa die.. hmm, heaven giler, penuh lemak berkrim, cair dalam mulut.. emm, dap, dap nyee.. Tak caya? cuba try.. kat Food Court Jusco Equin Park tu je pun..

Waktu beli Tart tu nampak satu family..

"Ha, adik pilih, nak kek mana.." kata si Ayah.

"Emm, emm..." tengah memikir agaknya adik tu.

"Orang nak yang ni, yang ni.." kata kakak dan abang si Adik. Huhu, bithday siapa sebenarnya ni?? Si Ayah dan Emak hanya melihat. Huhu, bahagianya. Bila la tiba masa Shahida pulak bawak anak-anak gi jalan beli kek birthday, sambut kat luar ek?? Mesti seronok berjalan dengan suami dan anak-anak. Huhu.. berangan kuat!

Then, satu lagi adegan nampak seorang adik yang agak manja cara percakapannya..
"Abang, adik nak nasi.." kata si Adik kepada si Abang. Muka si Abang selamba je..aduhai, dah la Shahida tak pernah ada abang, mesti seronok ada abang kan? boleh melidungi kita... Teringat kisah Izzati mendapat surat cinta pertamanya pada umur 9 tahun di darjah 3. huhu.. Opss, sowry zati! Terpecah ahsia.. hehe... Hmm, masa tu abang dia cari budak yang hantar surat tu kat dia.. emm, bestnya ada abang yang melindungi kita kan, kan.. takpelah, moga Shahida mendapat suami yang mampu melindungi dan memimpin Shahida kelak. Amin, amin Ya Rabbal Alamin.

Eh, sambung balik cerita. Niatnya nak balik terus tapi Ter'singgah' pulak kat bahagian tudung Z&Z. Aduh, Kak Bella dah berkenan, Zila dah berkenan jugak, Shahida??

"Zila, try la dulu tudung ni"

"Cee Shahida yang try.." kata Zila.

"Shahida, warna ni masuk dengan baju kerja.." kata Kak Bella.

"Okey, orang try ea.." Shahida pun start la melilit selendang tu atas kepala.

"Waa.. sesuai dah tu Shahida, boleh la.." kata Kak Bella.

"Alaa..." Huh, dalam hati mengira-ngira, mencongak-congak duit.

"Sekali-sekala Shahida, mak saya kata kita kerja penat-penat, biarlah beli something yang nampak kan.." kata Kak Bella.

"Ooo, mentang-mentang semua dah pilih satu sorang kan.." kata Shahida perli bergurau.

"La, bukan la Shahida. Sekurang-kurangnya merasa la jugak gaji.."

Okey, fine! Shahida amik.. huhu.. kalah gak ngan diorang.

Dah lepas bayar nak terus balik taaaaaaapppiiiii HUJAN LEBAT daaaa... uhukhuk, terpaksa bertapa dalam Jusco! Pusing belakang, huh, cantiknya kot tuu..

"Kak Bella, nak try.." kata Shahida.

"Pergilaa.."

Apa lagi, laju la kaki ni pergi fitting room. Waa.. muat2.. tapi, tapi.. no money, no talk okey! Okey, okey, window shopping cukup! huhu..

Alahai, bosan la tunggu hujan berhenti!

"Jomla kita beli payung.." a'ah, kalau tunggu jugak hujan ni, mau kami kena halau ngan Guard Jusco.. huhu.. Jalan punya jalan cari kedai yang ada payung, last-last singgah Watson.. Pilih punua pilih, Zila still ngan Payung pilihan hati berwarna Ungu, Kak Bella;"Saya nak warna ni".., dan Shahida masih keliru; "biru muda atau biru tua??"... "Eh, warna Maroon! teringat kat payung lama, Shahida nak warna maroon laa..".

"Berapa harga ni?"

"Yang ni berapa?" tanya kitaorang bertindih-tindih, padahal ambik design sama je. huhu.. sehinggalah..

"Kat sana ada scan harga.." kata Pak Cik Guard. Hahaha, wat malu je.. beria pilih payung sampai orang perhati dan dengar apa yang kitaorang cakap.

Kaki pun bergerak ke scanner.

"Oh, RM10.90.. eh, Kak Bella pun amik Maroon ke?? Alaa... orang nak Maroon..." kata Shahida.

"La, kan saya dah cakap tadi.."

Hmm, mengalah la, mengalah.. saya ambil warna biru tua..

Wah, akhirnyaaaaa.. Ter'Beli' jugak tudung dan payung.. ahaks.. malam ni betul-betul exercise... dari rancangan awal nak naik teksi pergi McD, akhirnya ianya menjadi senaman kaki dan mata yang sihat... haha... senaman kaki berjalan ke Jusco, senaman mata- Shopping tanpa dirancang.. huhu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...