WeLcOmE...

Kepada pengunjung blog ni, terima kasih kerana memberi sokongan.. walaupun saya baru berjinak-jinak dengan blog, moga saya dapat membawa manfaat kepada kita semua dan berkongsi pengalaman sebagai seorang muslim, anak, kakak mungkin, dan juga sebagai pelajar... mungkin ini adalah peluang untuk saya membantu adik-adik di luar sana yang masih mencari-cari apakah impian masa hadapan mereka. saya bukanlah sehebat pakar motivasi, tapi berminat untuk berkongsi pengalaman bersama orang luar... sekian, salam perkenalan dari saya... ^_^

Saturday, January 29, 2011

Perjalanan hidup ku teruskan

Bismillahirrahmanirrahim

Perjalanan semalam amat memenatkan menaiki bas Shamisha yang ntah apa-apa. Memang lepas ni dah tak curang pada Mutiara. “Oh Mutiara, sudilah kamu menerima diriku ini semula.. Ampunkanlah kecurangan diriku ini, berikanlah peluang kali kedua, sesungguhnya aku takkan mensia-siakan kamu lagi selepas apa yang telah Shamisha lakukan terhadapku.” Hahaha… cam skema je ayat.

Memanglah geram. Janji pukul 8.15 malam akan bertolak dari Pengkalan Chepa tapi 8.30mlm dari PC menumpang bas ke Ipoh. Fuh, dengan bagasi yang besar, beg laptop + kek birthday.. wa malu sih! Naik bas tumpang tu nasib baik berkenalan dengan seorang cikgu dari Sek Men Keb Pengkalan Chepa 1 (SMKPC 1)>> Kak Suzi. Owh, sungguh bersyukur Kak Suzi pun ke timur-Terengganu. Maknanya satu bas.

Then, sampai di Tesco KB dalam pukul 9.00 malam. Fuh, ramai giler orang. Tunggu punya tunggu, 10.30 malam baru bas sampai. Apa ni? Kat tiket 9.30 bertolak dari Tesco! Benci tau! Kalau barang sikit xpela jugak.. ni… huh! Dengan kek kat tangan, nasib la saying duit.. hehe..

Ingatkan dah selesailah masalah bila dah naik bas. Mata sekejap terlena tak hingat dunia, sekejap tersedar. Tengok jam pukul 12.05, buka lagi, malas nak tengok jam, bukak lagi, lagi dan lagi. 1.25pagi, tiba di terminal Kuala Terengganu. Alahai…

A: Sumbat doh!! Guana toh wat kerja gini. Jual tiket ngatuk!

Ada 4-5 orang Chinese yang tiket bertindan. Dah ada pemilik. Tiket diorang warna biru. Shahida punya merah. Saya tak bersalah key.

A: Memang bukan salah awak. Saloh orang jual tiket tu. Kalau nak marah pun lepas ni lah. … blablabla… Doh guana ni? Tokkan sebab awok 3 orang kitaorang nak kena tunggu lama.. ada 2 je tempat kosong lagi.. yang lain tu kena diri la.. heh heh.. & blablabla..

Logikkah nak berdiri selama 3 jam ke Kuantan?

B: naik jelah, lewat doh ni..

Tengah diorang bincang, pak cik driver g blakang…

Shahida: Pak cik, nanti nak berhenti tepi jalan boleh?

D: Boleh. Awak nak berhenti mane?

S: Beserah.

D: Oh, jauh lagi. Eh, kita dok lalu situ, lalu kot highway sungai ular.

S: Ha? Terus ke Kuantan? Okey.

Okey? K.O! Siapa nak ambil Shahida nanti kat terminal tu? Sedihnya.. budgetla kalau sampai 4.30 pagi, siapa nak ambil??!!!

Selepas perbincangan kat luar tadi habis, naiklah diorang dengan seorang@2 yang kena duduk tanpa seat. Tak pasti sebab tengah pening dengan masalah negara.

Dah cancel Mak De janji nak ambil kat tepi jalan.

Pejam celik, pejam celik.. sampai kat Dungun bas berhenti turun makan, pejam balik, celik..katne dah ni? Dah dekat kot.tunggu, tunggu, dan tunggu.. terlelap balik. Eh, dah kat simpang pergi Balok, dah dekat ni.. jap2..jalan ni..aa..pasni..berapa mi..nit laaa…gi..ni?.. terlelap balik! Ish, mate2… Tiba2

“Kuantan, Kuantan!!” Ops, dah sampai. Hmm, biarlah diorang turun dulu… Aik, kenapa sikit je yang keluar? La, bas ni nak gi Temerloh pulak ke? Aiseyman. Silap percaturan. Turun. Jam! Hm, pukul 5.30pagi. Tolong!!! Camne nak mintak tolong mak cik ni? Tunggu jela sampai pagi. Owh, seronoknya mak ayah jemput diorang, diorang dan diorang tu… Akhirnya call umah atok, please mak cik.. Terima kasih ya Allah. Mak Cik kerja. Bolehla tolong ambil on the way pergi Taska.

6.38 pagi “okeyla Mak Tih, kite macam nampak kereta Mak Cik.”

Handset masuk poket. Eh, silap kereta. Bukan. Tunggu lagi. Myvi ke tu? Lip Lap Lip Lap lampu side kanan bagi signal. Mak Cik kot. Tepon.

“Assalamualaikum, mak cik ke tu?”

“Waalaikummussalam. Mak cik la ni.”

“ Owh, okey! Jap ea kita datang.”

“Okey!”

Shahida pun menuju ke kereta Myvi tersebut.

‘Ek, tak pakai tudung? Biar betol Mak Cik ni!’ sambil terus menarik bagasi besar + kek mendekati Myvi.

‘Eh, bukanlah, macam cina je’ jap, tengok betol2 dulu..

‘Hmm, ma.cam.Ci,na.sung.guh!” Ya Allah, salah orang! Malunya.. Aiseyman.. confuse2..

“Assalamualaikum, Mak Cik kat mana?”

“Waalaikummussalam. Mak Cik kat rumah atok lagi ni”

‘Hah? Kat rumah atok lagi? Aduhai, camnelah boleh salah bina ayat tadi.. mesti Mak Cik pun jadi salah tafsir soalan… ahaks! Padan muka! Lain kali tanya tu biar terang! Hahaha.. gelakkan diri sendiri.

“Tunggu mak cik kat Alamoda. On the way dah ni”

“Okey!”

Wah, malunya, malunya….sambil menarik bagasi tu sepanjang tepian terminal menuju ke Alamoda. Alamak! Sunyinya kat sini. Ya Allah, selamatkan hambamu ini.

…tunggu…tunggu…dan tunggu…

Akhirnya! Pergi beli makanan dan tiba di Taska…

Faikah a.k.a Ika

Ariyan a.k.a Riyan

Qaseh

Melayan tiga kanak2 dalam likungan 2 tahun ni.. suke2…

Ika banyak mulut tapi malu2 sikit.. Kakak pun malu! Huhu.. seronok jugak main dengan diorang… main kereta vs robot transformer. Haha.. dulu masa kecik2 tak dapat main..

Datang lagi seorang..

Baby Affan

Affan takut dengan orang. Mula2 jela… pastu, okey dah. Tapi dia tak nak orang lain dukung. Mak Tih Tik je yang boleh. Ala, comelnya dia senyum. Manis! Eh, buah apa dalam botol Affan tu? Kismis? “Mak dia la tu isi.” Kata Mak Tih.

‘Oh, mesti nak anak dia bijak ni. Dah ajar minum serat2 berkhasiat dari kecik.’ Bagusnya kalau ada kajian yang tepat.

Then, kitaorang main masak2. Masak ikan..haha.. ada lada benggala sekali..

“Riyan, potong ikan ni, goreng..” kata Shahida member arahan kepada si kecil.

Riyan pun berlakon memotong patung anak ikan emas tu. Then, Masukkan dalam kuali. Huhu..

“Riyan, teko mana?”

“Ni..” sambil tunjuk Jag air. Hihihi..

“Bukan, teko yang tu..”

“Yang ni?” dengan suara polos budak2..

“Aa..betol. Riyan buat air teh ya”

“Riyan masak air.” Kata Riyan.

“Okey.”

“Hey!” Riyan sound Qaseh.

“Qaseh, jangan kacau abang main.” Mak Tih bersuara.

“Eh, Qaseh nak apa ni? Meh sini kat kakak”

Beberapa minit kemudian..

“Air dah masak” kata Riyan.

“Kakak nak air teh”

“Nah” sambil mengunjuk cawan mainan.

“Terima kasih. Tu, Ika nak jugak.”

“Ika nak milo..” Ika berkata. Riyan unjuk satu cawan yang dituang dari Jag. Hehe, ada beza tau!

“Nah, biskut.” Riyan hulur kat Shahida.

“Kakak makan..” kata Shahida sambil pura2 makan.

“Nah, Riyan separuh” Shahida unjuk kayu biskut tu kat Riyan.

Ngap. Berlakon. Huhu..

Then diorang sambung main kereta, rebut2 kereta antara Ika-Riyan-Qaseh. Adoai, Qaseh Nampak je kecik, tak nak mengalah, suka usik barang abang dia, Riyan. Diorang sepupu kot tapi dua2 jadi anak angkat mak sedara diorang. Hm, taklah sunyi kehidupan kanak-kanak diorang kan. Eh, bila besar dah xley sentuh2.. rambut kena tutup.. Muhrim tetap muhrim.. Alahai, boleh jadi novel camni..huhu…

“Ni apa? Dinasour.” Shahida mengajar. Dari bab warna, perbezaan besar kecil, atas bawah, dan segala benda yang ada dalam buku tu.

“Riyan nak kapal terbang”

“Ni apa?” tanya Ika.

Itu, ini, itu, ini… tapi Riyan tetap..

“Riyan nak kapal terbang”

“Kalau nak naik kapal terbang, kena jadi pilot” kata Shahida. ahaha. Benarkah teori itu?

“Riyan bawak kapal terbang ni” sambung Shahida sambil tunjuk gambar Mickey yang tengah pandu kapal terbang tu.

“Boleh.” Kata Riyan.

“Ika duduk kat belakang” Ika gelak..

“Kakak pun nak ikut kat belakang boleh? Riyan bawak kapal terbang.”

“Boleh!” ahahaha, sukanya saya. Riyan comel!

Okey, time to rest. Qaseh tidur, diikuti Affan, Shahida dan siapa ntah lagi.. hehe.. Penat tu.

Jam 1.30 tengah hari.

Amir

Adam

Ifa

Ifa kakak pada Adam. Amir tak ada pertalian darah pun. Ifa dan Adam ibarat Yasmin dan Jojo je. Umur diorang pun beza 2 tahun. Adam paling lawak.

“Adam, jangan kacau Abang” kata Mak Cik kepada Adam yang sedang mengusik Amir yang sedang bermain lego.

“kacau tu apa” ?!!

“Macam mana Adam pergi sekolah, kacau pun tak tahu”

“Dia budak bandar” jawab Shahida. Fakta okey.

“Adam belajar apa kat sekolah?”

“cikgu ajar 1,2,3,4,6,7…” haha…

“Ha, cikgu ajar macam tu? Mak cik nak tanya la cikgu Adam, betul ke dia ajar macam tu.. 1,2,3,4,6,7.. mana hilang 5 nya?”

“Dia memang kira macam tulah kat sekolah Mak Cik.” Kata Ifa si kakak.

“Mak Tih, kenapa baby jalan macam ni?” sambil merangkak sebab dia tengok Affan merangkak.

“Adam masa kecik pun jalan macam tu” kata Mak Tih.

“Taklah, Affan jalan macam ni…” sambil merangkak membuat bulatan.

“Adam jalan macam ni..” sambil berlari pusing2 keliling Amir.

Ya Allah. Memanglah otak budak2.. ligat betul! Huhu… Muka Adam dahla chubby. Geramnya… Kakaknya pulak kurus je… muka amatlah kiut! Besar nanti mesti cantik. Sopan je kakak Adam ni…

“Affan tak pergi sekolah la” kata Mak Cik.

“Bukanlah. Baby tak pergi school.” Ahaha… Adam, Adam…

Akhirnya petang merempuh traffic jam, beli bunga untuk hiasan majlis tunang Eira di Small Garden. Next SSF tapi parking penuh. Balik…

Kat rumah atok, Shahida keluarkan buah Delima khas untuk Atok dari Kelantan sebab tak sempat beli apa-apa untuk atok kat Padang hari tu.

“Meh sini nak koyok” kata Mak Cik. Shahida hulur pisau dan pinggan selepas disuruh. Delima tu besar sangat.

“Hm, tawar.” Lepas Mak Cik dan Atok rasa delima tu.

“Atok, ni pisang salai dari Padang”

“Rasalah mok” kata Mak Cik.

“Mu beli delima ni berapa?”

“3 RM10 tok”

“Sini pun sama..”

“Mu beli mana ni?” tanya Mak Cik.

“Kat Kelantan je”

“Ceh, ingatkan dari Padang. Beria aku ingat dari Padang.” Ahahaha.. tak kata, tak kata…

“Mak Cik, ni kain sulam dari Padang”

“La, duit Mak Cik beli suruh mu belanja kat sana”

“Uih, cantik sulam dia…” Wah, rasa dihargai kejap..ahaha.. Terima Kasih Husniyah! Niyah yang tolong pilih tu masa kat Bandara Minangkabau. Huhu…

“Atok, kita ada beli keropok kulit kerbau untuk mok, kalau atok nak, kita nak tinggal separuh”

h, tak payah la. Atuk bukan makan pun.”

“Ha, kalau mok mu tak nak makan, senang je.. sorang je mu boleh bagi. Mu tau sape?” tanya Mak Cik memberi cadangan.

“Pak Longmu la. Suka makanan pelik2 ni…” dah jangka. Hehe.. dulu Pak Long pernah makan telur apa ntah yang ada kaitan dengan kuda something… ehehe..

Petang, jumpa Eira kat umah atok kebetulan dia nak ukur baju, kecek sikit2, pasang2 telinga pasal majlis tunang dia, then dah malam. Mak Long dan Pak Long tiba dari Keratong. Tolong create blog untuk Mak Cik. Tak sempat complete blog, Syafiza datang menjemput.

Okey, dah sampai rumah! oH YeAH!! ^_^

Along dah tidur. Awalnya.

“Angah, kek siapa ni?” tanya Syafiza.

“Birthday adik bila?”

“Bulan 2”

“Tau, berapa haribulan? Lupe..” hehe..kakak apa la camni..

“Kek adik ke? Lambat lagi”

“Syafiza, tolong bukak jap kek tu, nak ambik gambar”, saje je berdalih. Memang dia pun yang macam budak tak cukup umur merengek-rengek mintak kek setiap kali call rumah.

Shahida pergi cari kamera. Manalah kamera ni??

“ahaha.. Kek kite la Ngah” kata Syafiza.

‘Happy Birthday Along, Angah, Achik, Atih, ~Adik~’

Tulah yang tertera atas kek. Sukanya adik saya! Angah sayang korang!

“Ambik gambar guna phone la, kamera Angah dah tak cantik gambar dia.” Hmm, bilalah nak beli DSLR? One day la tu.

“Benda apa dalam beg tu?” tanya mak. Confuse kot tengok besar sangat. =)

Ada la mak..hehe… saje je nak suruh mak tertanya-tanya.

Bukak bagasi besar tu. First, selipar ayah.

“Ayah, muat tak ni?” sambil hulur kat kaki ayah. Sian ayah asyik pakai butt je sebab kaki Ayah gout tak surut2 bengkak.

“Hahaha..muat2..”

‘Alhamdulillah’, selama ni beli baju, selipar raya untuk ayah selalu tak muat.

“Untuk mok mu takdok ke?”

“Ada, jap.. ni ha mok, selipar Bata yang mok nok tu..”

“Saiz 5? Kaki mok besor la”

“Dia panjang sikit je mok, kita ukur dah. Kaki kita pun lebih.”

Mak sarung selipar ke kaki. “Molek dah ni”

‘Okey la tu’ Mak Happy, Ayah Happy, Mak Cik Happy, Atok Happy, Adik Happy. Okey la tu! Alhamdulillah… Saya suka bila orang sekeliling saya bahagia. Seronok, puas! Tapi, Mak Na.. mintak maaf, tak sempat waima nak beli tudung dari Kelantan pun untuk Mak Na. Lain kali ya.

“T-shirt Angah banyak beli saiz L, kecik la pulok.. hmm, aritu 1 jam setengah je, mana sempat nak belek2.. “

“Ih, keciknya!” kata ikah a.k.a Atih.

“memang Angah sengaja beli kecik satu.”

“Boleh bagi Amin”

‘Betul!’

Akhirnya buka laptop, tunjuk gambar2 kat Padang for mak, atih & achik, tulis entry nih, dan nak masuk tidur! Huhu… Tak sabar nak jumpa Amin & Jojo. Esok diorang pergi rumah Batu Hitam. Mak Andak pun cuti sekolah dah ni. Bolehla main puas2 dengan adik2 tersayang ni.. ^_^ Hmm, kalau bawak kek esok, mesti riuh mulut Amin. Rindunya…

p/s: Kek kena tunggu semua ada, baru makan! Umi duduk Batu Hitam sebab esok dia nak jaga Amin & Jojo.. Hello, Angah pun nak main dengan diorang key.. hehe.. tengoklah camne esok..


Read more...

Wednesday, January 26, 2011

wAH.. sEmuA dAH baLik....


Ya Allah, camne ni? Nak balik, teringat kat sorang2 adik-beradik, mak, ayah, atok, mak tih, mak de, mak na, mak imah, mak cik, mak andak... ish.. semua lah... tapi, buat balik apa je? aritu masa kat Padang, Indonesia tu, just diberi masa 1 jam setengah je untuk shopping, sO barang2 yang dah beli hanyalah tudung 3, lukisan 4, t-shirt Jam Gadang; ada la dlm 5-6 helai, telekung utk m.imah, keychain>> dah habis la bg bdk2 kls! =( untuk kawan2 ku diluar dan dalam kota, maaf ye, kali ni x cukup buah tangan. Tunggu Shahida kaya, boleh la sepenuh masa shopping untuk korang. Amin.... ^_^

Sedara mara lain nk bg ap? Ha, keropok kulit kerbau kan ada.. bagi makan ramai2 rasa.. okey jugak kan.. Nak wat idea jahat ni, kita goreng keropok tu, jangan bagitau sape2 pun nama keropok tu, sebab confirm diorang pun hilang selera kan nak makan.. sO, kita tengok apa reaksi diorang selepas makan nanti.. HAHAHA... Idea jahat!

~

Eh, actually nak cerita pasal kelas Retailing & Franchising Management hari ni bersama Dr Naila. Hmm, belajar pasal Walmart Case Study.. tapi hal yg nak cerita ni tak ada sangkut paut pun.. he hehe

"Who is your target market for pet's food?" tanya Dr Naila.

"Animal...." budak2 kuliah jawab... ada banyak tone... yg yakin, dgn yg x yakin. Dr Naila sengih2 je..

"Okey next, Who is your target market for baby's food?"

"Baby...." dengan yakinnya semua menjawab.

"Hahaha..." Dr Naila gelak. "I got the same answer from the previous universities that I have taught before. Baby eat anything you give them. You think you can promote the foods to the babies? Then I will bring the babies here, and you promote your products to them.." sambil gelak2 Dr Naila bagi respond terhadap pelajar2 dia ni.. Hahaha.. sebenarnya diorang dah tau soalan trick tu, tapi sengaja nak gamatkan kelas.. hi hi hi.. Tapi kan, kalau betul la baby2 and binatang2 tu boleh pilih sendiri makanan diorang, camnela.. dalam otak ligat duk imagine.. hihihi.. korang pun sama kan? Gotcha! =)

"So, who is your target market for pet and baby's food?"

"Pet's owner"

"Parents, guardian.."


~~


Devi message tadi, dia dah sampai rumah dalam pukul 4.30pagi.
Then, dia msg lagi>>>

Devi: Devi dah potong pendek rambut. Dah jadi tomboy macam dulu!
Apakah?
Shahida: Sengetla ko ni Devi.. Nak cari pasal dengan abang Yash la tu..
Devi: Memang pun, sekarang tengah gaduh.
Shahida: Ish3x tak dapat dibantuin. Haha... Tula, sape suruh cari pasal..


~~~



okey, siap untuk balik!!

Beg tarik besar 1
Lukisan Padang 1 (takut pecah)
Sweater 1
Beg Laptop 1
dan
Kek sO!

Huhuhu... Syafiza (achik) la ni nak sangat kek, asyik mintak je cam budak kecik..
So, On that cake, Shahida tulis
"Happy Birthday Along, Angah, Achik, Atih, Adik"

Haha nak jugak nama dia... Emm, Birthday ayah pun baru jugak, tapi tak muat la, kek kecik.. Mak pun bakal bulan 3 ni.. erm, ni gara2 nak makan kek jugakla, bedal jela.. hehe...

8.00 malam : Perjalanan KOTA BHARU - KUANTAN
Moga selamat perjalanan, Amin.
Moga selamat kek tak rosak, Amin. Hehe...



Read more...

Tuesday, January 25, 2011

Kenangan Maktab


Assalamualaikum…

wAaa…waA… sobsobsob.. sedihnya baca entry seorang blogger ni >>>ukhti Adawiyah. Teringat kembali kenangan kat Maktab jugak!! Walaupun Shahida tahu blog ni budak2 Maktab tak tahu pun kewujudannya kecuali kawan2 rapat. Shahida tak rapat sangat dengan rakan2 kat Maktab, especially lelaki, tak pandailah nak bergaul dengan diorang. Maybe sebab berbeza gender menyebabkan Shahida malu kot. Kenyataan itu amat benar! Huh, pemalu la konon! Betul la! Bila tengok orang bersahabat dengan lelaki berlandaskan kayu pengukur 'sahabat', Shahida pun nak bergaul dengan diorang tapi mulut ni kaku sangat. Miss communication betollah! Ayat rekaan sendiri, entah betol ke tidak.

Pagi tadi lalu kat sebuah sekolah selepas menghadiri sebuah ceramah technopreneur, “Shahida nak jadi kecik semula macam ni boleh?” soalan dituju kepada Devi yang setia duduk kat sebelah masa dalam bas tu.

“Shahida, ko nak jadi kecik, ko jadi macam cerita ‘I Shrunk the Kids’ tu”, jawab Devi.

“Ala, Shahida nak jadi budak2 semula la, jadi kecik camtu buat apa.. Shahida nak jadi macam, erm, macam cerita apa tu.. Ha! Cerita Conan tu, kan best!”

“Ko jadi kecik macam filem tu pun okey apa, ko boleh tengok kehidupan serangga”

“Tak nak la Devi, tak best! Jadi budak kecik baru best!” dalam hati Shahida terfikir, kalau lah masa boleh diundur, Shahida nak jadi kanak2 yang riang gumbira bersama kawan2, cari banyak pengalaman yang seronok2 sebab Shahida tak ada modal bila nak bercerita dengan kawan2. Sedihnya! Walaubagaimanapun, Shahida still bersyukur, happy sebab Allah anugerahkan sahabat2 yang selalu ceriakan hari2 Shahida tak kira walau ke mana Shahida berhijrah mencari ilmu. Alhamduillah, Segala puji bagi Allah.

Kisah persahabatan masa kecil amat sedikit bersama rakan2 sebaya, walau ada, kenangan yan manis itu hanyalah kenangan bersama arwah aki. Aduhai, rindu dekat Allahyarham. Tiba2 pulak teringat kat Aki. Moga Allah mencucuri roh Aki, amin. Al-Fathihah.

Okeyla, balik semula pasal al-kisah kehidupan Maktab @ MRSM Kuantan.

Kisah bermula ketika Shahida & kawan2 tengah lepak2 kat belakang padang sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Beserah (SMKB).

“Shahida, ko dengan Zati dapat masuk MRSM!! Marliana pun!” jerit Fatin Nadhirah dengan muka sugul.

“Aku, Shayuni, Tiqah tak dapat…” sambung Fatin lagi. Fatin baru je pergi cek result dengan Izzati.

“Ala, sedihnya, kenapa yang lain tak dapat?”

“Syarat MRSM 7A & 8A je..”

“Nape Tiqah tak dapat? Kan ke tiqah 8A jugak?”

“Maybe sebab ujian kecenderungan kot.”



________________________________________________________


Dan akhirnya, kami di sini, MRSM Kuantan. Tiga orang sahabat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Beserah. Perjalanan dari Beserah ke MRSM Kuantan just ambil masa 20 minit perjalanan je. Masa tu tumpang Izzati dengan family dia sebab ayah naik motor, tak muat nak bawak barang.
Hari pertama agak kelam kabut sebab bilik yang Shahida dapat tu, pelajar lain semua tak lapor diri. ‘Malam ni takkan nak duduk sorang?!’ hati kecil mula ketakutan. Dah la tempat baru! Aiseyman!

“Shahida, ko duduk kat compound aku je la, ada katil kosong,” kata Izzati. Kami satu blok G sebab daftar sama-sama tapi Marliana datang lewat, so dapat blok F.

So, nak dipendekkan cerita, lepas perjumpaan satu blok, Shahida pindah masuk bilik Zati. Tapi… kenapa manusia2 kat situ macam tak ada perasaan pun… tak tegur pun kita… Hmm, biarlah! Tidur lagi bagus, penat sangat hari tu. Then, hari demi hari, Shahida kenal seorang demi seorang roomates dan compoundmates Shahida; [Hafnee, Lina, Aida 'da ketua, Shahida] 1 bilik, [Min, Fiza, Farahin Razak, Nisa] 1 bilik, [Farahin Kahar, Miss x] 1 bilik, [Aida Yusof, Izzati], erm, sape lagi sorang ye.. alamak, lupa! Nanti kita tanya Izzati ea.. hehe

Note: takut lupa nak bagitau. Hafnee tak dapat tahan homesick, lepas seminggu, dia tukar sekolah, then Yana datang untuk intake ke-2, Yana duduk katil Hafnee. Aida da' Ketua dan Nisa pulak pindah balik Maktab kesayangan diaorang, MRSM Serting. Farahin Razak pun pindah sekolah. Tempat Aida takde pengganti, katil kosong & that's why bilik Shahida menjadi 'keseraman' jugakla bila ada katil tak bertuan. Tempat Farahin Razak diganti oleh Tiey dari Terengganu. Tempat Nisa pulak pun kosong. Misteri Miss x masih belum terungkai. Aduhai.. siapa ye? Hmm, sebelum terlupa juga, kami adalah penduduk compound GENOVIA! oH yEaH!

Dalam masa seminggu orientasi tu macam2 kitaorang buat dan lalui, ada pertandingan Nasyid, pertandingan sukan mengikut rumah, persembahan senior dan banyak lagi. Yang paling tak boleh lupa, waktu tu Izzati tengah ‘homesick’. Menatang apa tu? Dulu pelik jugak dengan bahasa Inggeris ni, rumah sakit? Apa kejadahnya? Maksudnya rindu rumah la tu.

Aiseh, boleh pulak Izzati buat muka sememeh masa senior buat persembahan malam tu. Takpela, biar dia tenang dulu. Dahla suasana tengah gelap. Bahagian depan pentas je yang diberi sedikit pencahayaan. Izzati melayan perasaan. Tiba-tiba.. teNG, teneNG, TEneng, teneg, TEneng, teneng, Tenennnnnggg… trenenenenG!..

‘Huh, APAKAH?’

Owh, lakonan pantomin ke? Buat suspen je. He he he.. Shahida pun tengok la gelagat senior2 atas pentas tu, ada 3 orang ninja turtle tutup muka pakai kain pelekat, seorang terbaring atas lantai bertutup selubung dengan kain pelekat jugak, tergedik-gedik je orang tu dalam kain pelekat tu. Perempuan ke kat dalam tu? Takkan lah pulak! Eh, apa yang diorang bertiga tu buat? Dok geletek2 orang yang tengah baring tu apa hal? Huh, kes skodeng ke tu? Ni bukan setakat skodeng, ni dah tahap meraba ni. Terkuis sana, terkuis sini! Orang dalam kain tu pun tergedik2, macam suke je.. he he he. Tiba-tiba datang seseorang berkopiah dengan temannya memegang lampu suluh… ah sudah, Ustaz tu.. jeng, jeng, jeng!! Makin dekat, makin dekat, dan dekat!

“Hoi, korang buat apa ha? Skodeng ea?” Terkejut ninja2 tu. Apa lagi, larilah diorang! macam tak cukup tanah lari.. Hahaha.. padan muka, sape suruh skodeng anak dara orang!

Ustaz dapat tangkap seorang, “IGATTTTT!!!!” jerit si Ustaz sambil dia dan temannya memegang seorang satu kaki si penjenayah, diheretnya. .. Hahaha rupa2nya Ustaz berkopiah datang nak cekup budak2 bertiga tu skodeng budak perempuan! HAHAHA… dengan kuatnya Shahida gelak tak hingat dunia! Izzati pun berpaling… Ek? Kuat sangat ke Shahida gelak? Lantaklah, lawak sangat.. Hahaha.. Izzati pun memfokuskan pandangan kearah pentas.

Ustaz tu kejar lagi budak2 tu dengan pengikut2 dia.. bertempiaran lari baki 2 ninja turtle tu! Dapat satu lagi…

“Igattttt”…. Hahaha… igat tu tangkaplah kan..

Dan seorang lagi, “igattttt” HAHAHA…

Tiba2 kedengaran hilaian tawa izzati pula bergabung. Hahaha… Shahida memang tak tahan nak gelak. Semua senior2 turtle tu kena heret ibarat diorang daun pelepah kelapa je. Then, persembahan habis! Terkedek2 seorang senior lelaki yang berselubung kain pelekat tadi. Lucunya cara dia lari! Hahaha, gelak lagi!

“Hahaha… Shahida, aku tengok tak lah lucu sangat lakonan tu, ko je yang lebih. Aku tengok kau gelak, aku pun nak gelak. Kau tau tak, ko gelak sampai kakak kat depan ni pusing kat ko! Hahaha..” ish3x, kuat sangat ke? Ops, tutup mulut! Hehehe..

“Ops, tak sengaja la Zati! Lawak sangat!” dengan gelak yang tertahan-tahan Shahida membalas kata2 Izzati. Ha, baru boleh gelak kawan aku sorang ni. He he he.. Okey la tu!


..................to be continue..................



Huh, dah nak tidur! Kita sambung lagi Episod Kenangan di lain hari. Jangan lupa di waktu yang sama.. He he he.. pukul 1 lbh dh ni kot.. Nyte sahabat! Moga esok lebih baik dari hari ini. Assalamualaikum.

Read more...

Jokes.. AhAhAha..

PERFECT EXAMPLE OF CONFIDENCE:

A trainee in a big multinational company dialed CEO by mistake & said,
“Hey, send a hot coffee in accounts Dept in 2 min”
CEO shouted: Do you know with whom u are talking?
Trainee: NO
CEO: I am CEO of the Company.
Trainee in the same tone: Do you know with whom you are talking?
CEO: No
Trainee said: Thank God....!!!
& disconnected the phone

Read more...

Sunday, January 23, 2011

Tazkirah

Assalamualaikum WBT Semua,

Last weekend ada sahabat dengar ceramah Dasyatnya Doa Seorang Ibu oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia last time. Mungkin boleh jadi panduan kita sebagai ibu dan kita sebagai anak kepada ibu.

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

* Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

* Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

* *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

* Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

* Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata Ø Membaca quran sehingga menitis air mata Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

* 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor! Ø Anak Ø Ibu Ø Suami

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J

* Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa.. Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

* Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

* Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

* Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

* *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik

*Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita

* Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit / musibah

* Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, then cakap dengan Allah Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”

Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

* *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

*Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita yang telah tiada!

*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup

* Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu / bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

* Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

* Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

* Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

* Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

**** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

* Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

* *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu / bapa sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita. Besar sangat pahalanya.

* Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit / malu / miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

* Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah

*Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

* Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil

* *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK

**** Ni seram sket masa nak buat hehehe.. mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

Wallahualam.., marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.

if x cube x tau...so why not ..no harm done.....insyaALLAH.....niat kita suci & ikhlas..

p/s: written by my "guru" on Disember 2010... sLamat beramal...



Read more...

Lelaki EGO!! - part i

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan.


Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, "Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak... Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak..."


Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.


"Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,"tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.


Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.


Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.


Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. "Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau," hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.


Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.


"Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang..."


Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,"Love is like a poisonous mushroom. You don't know if it is the real thing until it is too late.."Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.


Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.


Aku bisikkan ketelinganya,"Sayang..saya datang... Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,"pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.


"Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?" jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.


Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.


Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.


Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Di atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.


"Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok," ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.


Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.


"Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?" aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.


"Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi," pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.




......To be continue............








Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...