Showing posts with label Keusahawanan. Show all posts
Showing posts with label Keusahawanan. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

PUNB? Perantisan Bermula di alam Maya

Assalamualaikum Muslimin dan Muslimat yang dikasihi Allah sekalian.

Pertama sekali, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak! ^_^
Ahlan Wasahlan ya Ramadhan! Semoga kita semua memperbaiki amal di bulan yang barakah ini, in shaa Allah.

Hari ni tiba2 mendapat ilham untuk menyambung entry Perantisan PUNB, namun mata yang silau dek cahaya netbook ini menghadkan penulisan. Oleh itu, moga kita masih diberi ruang dan peluang untuk berkongsi pengalaman di masa hadapan. Anyway, Sakinah, Shahida dah reply message kamu pada komen PART II PUNB. Hope menjawab persoalan. Disebabkan Kinah juga, Shahida jumpa entry mengenai Margin Kasar ni, harap dapat memberi manfaat kepada rakan2 yang mahu belajar berniaga walaupun shahida pun baru belajar bertatih dalam industri perniagaan Butik Pengantin..

Tingkatkan margin kasar
Oleh MARK BILLINGTON

TIADA yang diktiraf secara lebih universal dalam menentu ukur prestasi perniagaan kecuali margin kasar. Ini menimbulkan persoalannya, kenapa dan mengapa, ia penting?
Margin kasar adalah nilai jualan selepas ditolak dengan kos jualan langsung. Dalam erti lain: jika jualan ialah sebanyak RM2,000 dan kos jualan ialah RM1,200, margin kasar ialah RM800 atau 40 peratus daripada jualan itu.

Mengapa ia sangat penting? Secara ringkas, lebih tinggi margin kasar, lebih untung anda akan peroleh. Ini mungkin nampak mudah tetapi juga adalah cara untuk membezakan cara perniagaan dijalankan. Jika margin kasar seorang tukang emas ialah 50 peratus dan pengendali pelancong ialah 20 peratus maka peniaga yang kedua perlu menjual dua setengah kali ganda nilai untuk mencapai margin kasar yang sama. Oleh itu, margin kasar adalah perbandingan asas unik untuk membezakan perniagaan. Ia bukan sahaja membuat perbandingan merentasi pelbagai sektor tetapi juga merentasi sempadan negara.

Tambahan pula, untuk mengira keuntungan sesebuah perniagaan, anda hanya perlu menolak overhed perniagaan daripada margin kasar. Jika margin kasar berjumlah RM1,000 dan overhed pula berjumlah RM600, untung bersih ialah RM400. Overhed biasanya tetap pada jangka pendek, oleh itu margin kasar adalah penunjuk baik keuntungan dan boleh dikira dengan agak mudah.

Ini adalah penting bagi memastikan dalam semua rundingan perniagaan, margin kasar tinggi yang sewajarnya boleh dicapai. Dalam sesetengah sektor perniagaan di mana permintaan telah jatuh, ia menjadi amat sukar untuk perniagaan mengekalkan margin kasar dan kebanyakannya tidak mempunyai pilihan tetapi mengurangkan harga jualan sekali gus memberikan impak besar terhadap pendapatan mereka. Persoalan yang lebih penting, berikutan ekonomi serantau telah mula mendapati persekitaran perniagaan kian pulih, ialah bagaimana untuk membangunkan semula dan meningkatkan margin kasar. Terdapat beberapa cara, termasuk:

# dengan meningkatkan harga-harga jualan
# dengan mengurangkan kos pembelian bahan secara langsung
# dengan menambah baik jualan bercampur
# dengan mengurangkan pembaziran, kemusnahan dan kecurian stok
# dengan memperkenalkan rangkaian produk istimewa atau sementara

Apakah setiap satu menglibatkan?

1. Meningkatkan Harga-harga Jualan

Kebanyakan PKS mempunyai kekangan ke atas harga ditetapkan untuk produk mereka - sememang tipikal ditentukan oleh harga runcit yang disyorkan atau kos barangan spesifik. Bagaimanapun, dalam kebanyakan kes pengaruh terbesar pada harga jualan perniagaan ialah persepsi mereka 'apa trafik yang akan ditanggung'. Dalam keadaan peruncit, lokasi berperanan penting - seperti cawangan pesaing yang berdekatan, dan sifat perdagangan (biasa atau jualan sekali sahaja). Malah jika ada kesempatan (seperti kekurangan sesuatu produk) membolehkan sama ada peningkatan sementara atau tetap. Sekali-sekala ia adalah berbaloi untuk meningkatkan harga, sekurang-kurangnya ke atas rangkaian terpilih, untuk mewujudkan kesan terhadap permintaan.

2. Mengurangkan Kos Pembelian Bahan Secara Langsung

Mengurangkan kos harga input bergantung terutamanya terhadap 'kelebihan' terhadap para pembekal. Jika anda merupakan pelanggan utama anda dijaminkan diskaun-diskaun besar. Jika anda adalah pelanggan kecil yang mewakili tiada perkongsian tidak penting jualan para pembekal anda tidak mungkin boleh menyakinkan mereka untuk mengurangkan bayaran. Bagaimanapun, jika anda mampu menawarkan bayar waktu terima kepada para pembekal anda mungkin boleh berunding untuk mendapatkan diskaun ke atas harga barangan sebagai balasan. Secara alternatif dimiliki oleh sebuah syarikat, yang memberikan kelebihan pembelian secara pukal, seperti sebuah rantaian besar, boleh membantu dalam perundingan untuk mengurangkan harga 
pembelian.

3. Menambah baik Jualan Bercampur

Jika sesebuah perniagaan menjual dua produk, A dan B, dan produk A mempunyai margin kasar sebanyak 30 peratus dan produk B sebanyak margin kasar 20 peratus maka margin kasar keseluruhan akan ditingkatkan dengan menjual lebih banyak produk A dan kurangkan produk B. Namun kalau, satu produk baru - C - boleh ditawarkan pada margin kasar 50 peratus, ternyata jelas ia lebih manfaat untuk dijual, dengan syarat ia boleh dilepasi tanpa kenaikan overhed. Dalam keadaan ekonomi yang sukar, adalah lebih penting untuk menumpukan sumber-sumber pada bahagian-bahagian perniagaan yang memberikan pulangan lumayan untuk pelaburan dalam overhed. PKS perlu cepat untuk mengenal pasti rangkaian produk yang memberikan margin kasar tertinggi dan pada masa yang sama pantas untuk bertindak untuk menyesuaikan produk bercampur untuk memaksimumkan margin apabila ini boleh dicapai tanpa sebarang kerugian keseluruhan dalam perolehan.

4. Mengurangkan pembaziran, kemusnahan dan kecurian stok

Bahagian ini membolehkan kebanyakan perniagaan meraih keuntungan besar dalam peratusan margin kasar mereka. Kecurian dijangka mewakili dua peratus daripada pendapatan perniagaan runcit. Ini mewakili peningkatan berpotensi melebihi 10 peratus dalam margin kasar jika ia boleh dibasmikan. Dengan keuntungan yang berpotensi seperti ini, adalah berbaloi untuk mempertimbangkan semua langkah keselamatan.
Perancangan teliti dan ramalan adalah alat penting supaya semua tahap pengeluaran dan stok cukup bagi memenuhi permintaan tetapi tidak berlebihan sehingga perniagaan perlu menawarkan diskaun ke atas barangan yang tidak terjual atau membuang stok tidak tahan lama yang menjangkaui tarikh luput, kerana ini juga akan memberi kesan ke atas margin kasar.

Perubahan secara tiba-tiba dalam persekitaran ekonomi di Malaysia dan negara lain di rantau Asia Tenggara pada 2008 dan 2009 bermakna perancangan tepat dan ramalan adalah amat mencabar. Kebanyakan perniagaan telah ditinggalkan stok yang tidak terjual dan telah mengurangkan harga dan menawarkan diskaun yang banyak bagi mencatat jualan. Berikutan persekitaran perniagaan kembali pulih dan menunjukkan pertumbuhan dalam sesetengah sektor, ramalan dan perancangan tepat kekal sebagai kemahiran penting bagi memastikan output perniagaan sepadan dengan permintaan tetapi tidak menghasilkan pengeluaran yang berlebihan yang disusuli dengan pengurangan dalam margin kasar.

5. " Memperkenalkan Rangkaian Produk Istimewa atau Sementara

Peniaga seharusnya mengkaji semula semua rangkaian produk atau perkhidmatan utama secara berkala. Kajian semula seharusnya merangkumi jualan produk yang diwakili dan sama ada mereka menyumbang secukupnya kepada margin kasar. Soalan penting yang harus ditanya termasuk: perlukah anda mengurangkan sedikit margin kasar produk-produk atau perkhidmatan? Terdapat rangkaian produk lain yang boleh diperkenalkan yang memberikan margin lebih besar? Apakah reaksi pelanggan? Adakah ia akan menarik para pelanggan baru? Apakah akibat lain yang akan disusuli? Kebanyakan perniagaan di Malaysia telah menunjukkan fleksibiliti hebat berhubung itu baru-baru ini dan menunjukkan bahawa mereka boleh mengubah model-model perniagaan untuk mengekalkan keuntungan meskipun berdepan dengan ketidaktentuan dalam pasaran.

Walau apa pun keadaan perniagaan, margin kasar merupakan penunjuk utama kejayaan perniagaan. Pastikan anda mengambil langkah betul untuk memaksimumkan potensi perniagaan anda. Dan jika anda memerlukan bantuan, bincang dengan seorang pakar, seperti seorang akauntan bertauliah, yang boleh memberikan pandangan sebagai orang luar terhadap perniagaan anda dan mungkin membantu mengenal pasti trend-trend dan menanyakan sesetengah soalan yang lebih sukar ditanya apabila anda sibuk terlibat dalam pelbagai kegiatan sepanjang hari.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Semoga ianya bermanfaat..

Wednesday, June 26, 2013

Program Motivasi Siswazah Perantis PUNB 34/2013 (Intake 2) PART 2

Ustaz Zawawi juga ada memberi Formula Ciri-ciri Usahawan, iaitu;
1. Tahu
2. Mahu (Ada kehendak)
3. Mampu (Modal/ Suber Manusia)
4. Tumpu (Khusyuk/Fokus)
5. Selalu (Istiqamah/konsisten/tetap)

Semua ciri-ciri tersebut terdapat dalam perbuatan Solat di mana Kiblat kita ada pada Mata, Dada, dan Hati. Ketika solat, mata itu letaknya pada tempat sujud, dada menghadap kiblat, dan hati mengingati Allah. Semoga pekerjaan kita menjadi Ibadah, in shaa Allah.


11.00am, 14 Jun 2013
Marketing 101
- Merancang dan Mengurus Aktiviti Jualan
Md Rasyidi B. Zainal Abidin

Membina hubungan melalui JUALAN. Bagaimana caranya membina hubungan dengan Prospek (Pelanggan) adalah penting. Yang paling utama, usahawan harus tahu apa yang mereka jual, iaitu; Produk, Servis, mahupun Diri Sendiri.

Terdapat 7 Langkah dalam Proses Jualan, iaitu;
1. Menjana Prospek
2. Nilai Kelayakan Prospek
3. Membina Hubungan
4. Penilaian Keperluan
5. Membangunkan Penyelesaian
6. Sempurnakan Jualan
7. Susulan (Networking)

Fuh, bosan pulak, macam nota semata-mata, nak sambung Master ke Mak Cik Shahida ni? hehe... Mak Cik saya, bukan saya. =p

Sebenarnya, ilmu ini kami pelajari ada tujuannya. Para Perantis akan dinilai bagaimana kami dapat menjual diri kami. Eh, bukan, bukan, jual produk atau servis laa, hehe... Task ini sangat bagus! Adakah anda seMalu Saidina Abu Bakar As-Siddiq untuk berjual, mahupun seGarang Saidina Umar Al-Khattab? Kamu Pasti Boleh Berniaga! Tiada yang gagal dalam berjual-beli dalam aktiviti Mai Beli!! Pengalaman yang tidak akan Shahida lupakan..

"Assalamualaikum Kak, saya ada jual buku. Nak minta masa akak sikit, nak buat survey, boleh?"
 
instead of;
 
"Assalamualaikum kak, kami nak buat survey sikit, boleh tak?"

Itu yang saya pelajari ketika aktiviti di Kursus Induksi. Penjual harus jujur! Bercerita pasal Buku ini, saya cadangkan Anda memiliki buku ini iaitu "Mudahnya Menjemput Rezeki".. Sepertimana saya ceritakan kepada Prospek saya, di sini Shahida nak cerita sedikit mengenai isi kandungan buku ini. Buku ini berkongsi mengenai khasiat Surah Yasin, Al-Waqiah dll. Selain itu, Penulis juga berkongsi mengenai cara-cara untuk memohon kepada Allah dimurahkan rezeki melalui solat hajat. Perkongsian kisah benar yang berlaku kepada orang-orang yang mendapat rezeki tanpa disangka-sangka. Salah satu tajuk yang saya masih ingat iaitu 'Dari Hina jadi Mulia', 'Bos hanyalah sebagai Posmen', 'Sedekah si Penarik Beca'. Sebuah penceritaan yang sangat menarik melalui cara-cara hidup yang mudah untuk anda amalkan untuk menjemput rezeki. Moh beli, Harganya hanya RM18.00 dengan cover yang cantik, anda pasti berpuas hati dengan isi kandungannya yang tidak membosankan..

Penulis buku ini adalah Saudara Fathuri Salehuddin yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Buku ini telah mencatat jualan sebanyak 8 cetakan dalam masa setahun keluarannya. Semoga ianya membawa manfaat kepada kita semua, in shaa Allah.

Kerana Aktiviti Mai Beli bermula dari jam 6 petang sehingga 10 malam, aktivit seterusnya adalah keesokan paginya bermula dari Kuliah Subuh. 

Oh lupa, kumpulan kami terbahagi kepada 4 kumpulan, iaitu;

Saudagar Semut
(Kumpulan Shahida ^_^)

C'Botak
(Alamak, Kumpulan Kacang Botak)

UMK Services
(Kumpulan Usahawan M*** K*****, tak ingat, hehe)

dan

Seri Beauty
(Kumpulan Collagen, ahli groupnye semua menawan, huhu..)


~ Sekian Part ii ~



Monday, June 17, 2013

Program Motivasi Siswazah Perantis PUNB 34/2013 (Intake 2) PART 1

13 - 16 Jun 2013

Impian Rimba Resort
Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan

Tepat jam 8.30 pagi, 13 Jun 2013 bermulanya jejakku di PUNB. Berdaftar sebagai Perantis Usahawan Muda PUNB. Dengan tekad yang ada dan motivasi yang masih bersisa, aku gagahkan diri untuk teruskan perjuangan ini. Semangat semakin menyusut semenjak menganggur 2 bulan yang lalu tetapi tetap aku gagahkan.

Kata Encik Helmi, Faktor Kejayaan ada 3;
1. Kawan
2. Bacaan, dan
3. Belajar dari kesilapan orang lain.

Bamboo Networking. Seperti biasa didengari tetapi jarang diamalkan dalam perniagaan. Serumpun, mudah dilentur, itulah sifat buluh yang perlu kita teladani. Dalam perniagaan, kita harus membantu sesama usahawan, buangkan hasad dengki. Serumpun kita sebangsa, ayuh contohi sejarah Rasulullah s.a.w. dan membina empayar perniagaan yang pernah kita pelopori dahulu. Tak perlu hasad, tak perlu dengki, setiap orang rezeki berbeza. Banyakkan dhuha, banyakkan doa, kuatkan usaha, tawakal jua. 

Katanya lagi, kita perlu ambil alam sebagai contoh. Pokok Pisang salah satu daripadanya. Ditebang beribu kali, tetap akan tumbuh. Begitu juga dengan Usahawan, berapa kali jatuh pun, perlu bangun juga untuk berjaya! Buah Pisang itu kejayaan bagi pokok pisang, tetapi Kejayaan Usahawan itu apabila mampu berbakti kepada bangsanya! Usahawan yang mewujudkan pekerjaan. Jika kita tidak membantu bangsa kita, siapa lagi... Namun, Usahawan Berjaya terletak pada HATI. Usahawan yang Jujur itu lebih mulia di mata Allah s.w.t..

Perkenalan bermula dengan beberapa peserta dan kami sama-sama membina impian. Kami didedahkan dengan Product Life Cycle dan Strategi-strategi dalam perniagaan oleh Encik Hamimi.


9.00am, 14 Jun 2013
Keusahawanan Islam - Etika dan Amalan
Ustaz Zawawi Bin Zakaria

Ustaz Zawawi ada menyebut tentang bidalan Orang Cina yang membawa maksud "Kalau jatuh bangun semula". Beliau berkisah tentang seorang lelaki berjalan, tersepak batu, dan tertekup mukanya di dalam lopak air sedalam 5 inci, lalu mati. Persoalannya, kenapa? Why? Jawapannya, kerana dia tidak berusaha untuk bangun. Sama sahaja dengan usahawan, jika jatuh, kita perlu bangun. Bangun agar dihujungnya kita akan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat in shaa Allah.
Usahawan itu sentiasa mengejar kemajuan, memperbaharui produk atau servis mereka dari semasa ke semasa. Berbeza dengan Peniaga yang menjual barangan dari orang lain.
6 Syarat sesebuah perniagaan menjadi IBADAH ialah;
1. Niat yang betul.
2. Perlaksanaan tepat mengikut syarak.
3. Perkara Sah mengikut syariat.
4. Tidak meninggalkan perkara asas / teras Ibadah iaitu Solat.
5. Natijahnya mesti baik dan tidak membawa kepada pergaduhan.
6. Dilakukan dengan Optimum.

Nota Kaki dari Ustaz Zawawi:
# Keuntungan Trading tidak boleh melebihi 100% (termasuk kos penghantaran dll).
# Tiada penipuan, dan tidak boleh melebihi harga pasaran.
# Perkara yang membebankan pelanggan tidak dibenarkan dalam Islam. Contohnya seperti Riba.



Thursday, April 11, 2013

PENGUMUMAN, PENGUMUMAN, PROSPER DAH BUKA UNTUK INTAKE 2!!!

Salam Ukhuwah buat semua rakan-rakan dan pengunjung blog yang Shahida sayangi... 

^_^ sudah lama tak berblogging, sekarang tiba masa untuk memulakan kehidupan baru setelah menamatkan tempoh 6 bulan bersama Program Perdana Leader Fellowship di bawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan.

Tujuan Post kali ini adalah, Shahida nak menjemput kawan-kawan yang berminat dalam keusahawanan untuk menyertai program PROSPER - SISWAZAH PERANTIS PUNB.. Permohonan telah dibuka dari 16 Februari 2013 sehingga 10 Mei 2013. Jom kita join sama2.. tapi ada interview nanti. Jangan takut, ianya hanya satu ujian untuk mengetahui sejauh mana minat kita dalam bidang keusahawanan yang kita nak ceburi..
Jomlah sertai Shahida sama-sama.. Kawan-kawan boleh check maklumat kalendar Program di sini

Program ni ada elaun, cukupla RM800 sebulan untuk korang yang baru nak bertatih dan menuntut ilmu dengan Mentor nanti. Belajar betul-betul, serap semua ilmu yang diberikan, ketahui selok belok perniagaan yang anda sendiri pilih, so nanti senang nak jalankan business sendiri lepas tu.


Akhir kata: "Good Luck to kawan-kawan yang dapat exam Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Sabtu ni (13 April 2013), Semoga dipermudahkan segala urusan, amin..."

@Nor Izzati Zakaria @Norrabidah Moiden @Syahidah Arif @Parisman Ajeq @Intan Baizurie @Nursazaliana @Siti Salwa.. dan semualah... ^_^

Monday, August 22, 2011

Suka info ni.. ^_^

Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.

Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.

"Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?"

Apabila ditanya, jawabnya…

Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.

Haa.. sahabat nabi kreatif kan (◕‿-) .. Anda pon kena kreatif kalau nak berniaga..Teruskan berfikir secara kreatif dan pasti anda akan dapat lihat keajaiban dalam jualan anda :D Anda seorang peniaga tetapi adakah anda berjaya menjadi usahawan ?

Peniaga tidak semestinya berjaya menjadi usahawan tetapi usahawan terdiri daripada mereka yang juga menjalankan perniagaan.

Seorang usahawan yang berjaya berkebolehan untuk membuat orang lain percaya kepada idea-ideanya dan juga mempunyai kepercayaan diri sendiri serta karisma untuk menjual idea-idea tersebut.

Ada di antara usahawan yang mencari dan mewujudkan idea mereka sendiri dan ada juga di antara mereka mewujudkan personaliti untuk menarik perhatian kepada diri mereka. Oleh itu usahawan yang berjaya patutlah menjadi seorang yang bijak bercakap dan seorang pendengar yang baik, ikhlas dan boleh menerima pandangan orang lain.

Menurut David Mc Clelland, seorang usahawan boleh berjaya sekiranya mereka bersifat inovatif dan kreatif, berani mengambil risiko, percaya pada diri sendiri, sanggup bekerja kuat, berilmu dan boleh merancang dan menetapkan objektif dan tujuan serta bertanggungjawab didalam segala yang dilakukannya.

Seorang pengurus yang menjadi usahawan mempunyai tiga tugas penting iaitu;
* Dia mempunyai kebolehan untuk mencari peluang yang ada disekelilingnya untuk diri dan juga syarikatnya.
* Dia berkebolehan untuk mengenalpasti sumber-sumber yang ada dan diperluaskan untuk mengambil peluang yang ada.
* Dia boleh menentapkan satu objektif yang realistik untuk membolehkannya mengguna dengan baik sumber-sumber yang ada tadi untuk merebut peluang yang terbuka.

Kesimpulannya seorang usahawan amat peka melibat dan menghidu peluang untuk diciptakan serta diterokai sebagai dibidang keusahawanannya.

Justeru itu adakah anda juga memiliki sifat tersebut? Tepuk dada tanya selera, jujurlah dengan diri sendiri!