Saturday, April 28, 2012

Bersih 3.0 #[kecelaruan]#

Assalamualaikum, 

Tiba-tiba rasa nak mengepos mengenai isu Bersih ni.. bak kata kawan saya, "apa la guna diorang berarak ramai2? Buang masa je.." .. Hmm, ada betul nya..

Pandangan saya pulak; "Mereka perjuangkan demi anak bangsa akan datang. right?"

Actually kalau nak kata saya serba tau, memang tak khatam blajar pasal politik pun. Tapi sikit-sikit tu ambil tau la juga. Terfikir juga 'Kalau mereka buat bantahan, siapa yang akan bagi maklum balas terhadap bantahan tu?" Macam soalan bodoh pun ada. Mesti la kerajaan kan? So, macam mana proses untuk memastikan perkara tu semua berlaku? Kenapa tak buat memorandum ikut protokol? Hmm, zaman sekarang kan banyak rasuah. So, pasti any cadangan akan disekat jika tidak memberikan kelebihan pada sesebelah pihak. 

Tengok dekat Youtube mengenai isu polis merempuh protester tu tak tau nak salahkan siapa. Macam mana kereta polis tu boleh pecah? Mesti ada sebab kenapa diorang tiba-tiba naik angin. Yang tiba2 pergi pukul wartawan yang tak bersalah tu kenapa? Macam-macam la..

Setuju dengan post seorang kawan, mesti dia tau..

apakah konklusi dari perhimpunan bersih?nak kata KL bersih boleh cari video tgk sendiri la. yg penting byk kerosakkan, ada kemalangan. so korang dpt tak pe yg korang nak dr Bersih nie. sy sokong tuntutan mereka tp sy tak sokong cara mereka menuntut. Apa2 pun solat jgn tinggal... Bende nie x penting langsung klu nak wat alasan tuk tinggal solat. Selamat maju jaya.

Dari awal lagi dia kata tak setuju dengan tindakan ni tapi Shahida bantah. Then, hari ni keluar pergi Midvalley, waktu pergi memang lengang, tapi time balik tunggu KTM fuh.. lama la jugak, terpaksa lepaskan 2 train sebab ramai orang yang join Bersih baru balik. Maybe campur dengan orang yang balik shopping di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC skali. So, sekarang dah nampak effectnya satu dalam kehidupan saya. Naik Rapid KL pulak, awal-awal bus pilot dah cakap, jem di KL.. tiba2 tengah berdiri tu terdengar pak cik dalam bas tu duk tazkirah Zila mengenai perhimpunan Bersih.

"Ramai orang luar yang join tu.. Orang KL takkan buat macam tu. Yang join ramai yang dibayar..."

tuutttt.. di situ, Dibayar?? Ada kemungkinan tak?

Then, Shahida melawat facebook kawan2, nampak satu post yang duk maki hamun polis sedangkan kawan tu seorang yang beragama. So, ke mana hilangnya adab sopan yang Islam kita anjurkan selama ini?

Hmm, baru terfikir, masa naik KTM tu, ada kakak sebelah ni cakap dalam phone dan Shahida terdengar dia cakap.. "Ju dah selamat ni, dah boleh balik.." selamat masuk komuter kot..

Tiba-tiba dia naik suara "Kita penat balik kerja, diorang balik ShopPING.." ada tekanan suara dihujung ayat. Aii, marah kak.. itu hak orang kalau mereka nak shopping. Agaknya dia marahkan penumpang2 yang balik dari 'sana'. 

Tapi dalam keadaan yang berhimpit-himpit tu, Alhamdulillah, terdengar suara orang mengaji. Cuba selidik, betul ke? BetuLLlll... Alhamdulillah, sejuk perut ibu mengandung.. Mak dia berdiri sebelah Shahida je pun, tengah memaut palang besi tempat yang sama Shahida berpaut. Tengok tu, dalam ramai yang berdemonstrasi, ada lagi umat Muhammad yang masih patuh pada ajaran Allah. 

Kawan Shahida selalu pesan, siasat dulu, jangan nak jatuhkan hukum dulu. So sekarang, Shahida bukan nak jatuhkan hukuman pada sesiapa, tapi kalau ada yang boleh bagi penerangan yang jelas pasal isu BERSIH ni dengan jelas kepada Shahida, amatlah bersyukur.. Kalau siasat kat Youtube, media cetak / massa pun sekarang semua dah tak boleh percaya. Sebab? Sebab semua ada propaganda sendiri dan masing-masing manipulasi cerita tu untuk kepentingan sendiri. Kenapa kita tak hidup aman je? Buat kerja masing-masing, fikirkan mati kan lagi bagus, banyakkan amal ibadat, bantu orang yang susah. Tapi tu la, apa yang Shahida amati, dunia kita dah penuh dengan rasuah, kalau kita buat dengan cara yang betul pun, takdek orang akan kisah. Malah kita akan dipersalahkan kalau mempertahankan sesuatu yang betul. Yang bagi rasuah makin kaya, yang ambil rasuah dah tak tahu haram halal bagi anak bini makan makanan dari sumber yang tak suci.

Satu lagi, fitnah memfinah ni pun dah banyak sangat dekat blog2, jangan lah nak tingkatkan SEO sampai mereka-reka cerita sehingga orang percaya. Semua tu hanya membawa kepada kerosakan je. Artis-artis yang hidup aman harmoni pun boleh jadi berantakan sebab sesetengah orang yang suka mereka cerita. Kalau kita doakan kebahagiaan mereka kan lebih baik. Doakan yang mereka akan mendapat hidayah melalui pasangan mereka. Jika  dua2 kurang akhlak dan akidahnya, moga mereka bertemu dengan jalan yang benar. 

Mengenai isu PTPTN pula, mahu dimansuhkan? Kedengaran orang2 sekeliling berkata, "Negara dah la banyak berhutang, pastu nak PTPTN free, tau guna, tak tau nak bayar. Lama-lama negara pun tak ada duit, pastu rakyat nak makan apa?".. hmm, perlu dikaji lagi..

Isu2 ni asyik berlegar je dalam kepala otak ni sejak semakin dekat dengan pilihan raya. 

"Kenapa Malaysia tak buat macam Russia? Mereka buat pilihan raya secara aman je, just edar flyers untuk minta undi calon2 wakil rakyat diorang, tiada manifesto, tak perlu berbalah-balah." kata seorang kawan.

Betul jugak tu, sampai pernah terfikir nak bubar je semua parti dalam Malaysia ni. Tapi nanti siapa pulak nak uruskan hal negara kan? Pastu, siapa pulak nak bekerja kalau semua rakyat tiba2 boleh duduk senang lenang tak payah kerja, makan free, tidur free, semua free.. Memang tidaklah kan.. Sebab tu la hukum Allah tu semua ada sebab.

Bersetuju dengan kata2 ini akan membawa keamanan kerana apa guna manifesto jika ianya hanya tinggal janji manis semata-mata? Bukan sekadar di tahap Negara berlaku janji2 manis, di Matrikulasi dan Universiti pun perkara yang sama berlaku. Politik berada di mana-mana. Calon2 wakil pelajar berjanji bermacam2 di institusi pelajaran sehingga tahap berjanji mahu membina laluan pejalan kaki berbumbung, tangga baru, telaga untuk kurangkan masalah ketiadaan air dan sebagainya.. namun, apa yang saya teliti, sepanjang calon tersebut menjalankan tugas sebagai MPP, perkara tersebut langsung tidak tertunai. Mungkin ini keputusan yang besar untuk diserahkan kepada seorang pelajar dan mungkin kerana usul mereka telah ditolak oleh pengurusan kolej tanpa pengetahuan umum TETAPI isu2 yang remeh seperti janji agar setiap aktiviti pelajar akan di announce kepada semua pelajar melalui iklan bertampal, flyers dan sebagainya pun mereka tidak dapat tunaikan. Apakah nilai sebuah janji yang mereka pernah taburi dahulu? So, apa gunanya janji jika tidak ditepati? Perlu kah manifesto jika begitu? Malah, apa yang diteliti sebelum ini, manifesto pun melibatkan kemarahan seseorang, mereka saling salah menyalahkan..

Oleh itu, penutup untuk entry ini saya ingin selitkan video ini untuk renungan kita bersama..



Ops, lupa nak beritahu, tadi ada terbaca satu komen ketika memerhati video kekecohan di Sogo dari seorang Indonesian yang cemburu tentang keamanan Malaysia. Dia ada menasihati agar apa yang berlaku di negara mereka pada tahun 1989 tidak berulang di negara kita.. Saya pun belum rujuk perkara tersebut. Semoga negara kita sentiasa aman dan harmoni serta dilimpahi rahmat Allah sentiasa, bersatu dalam menjana hidup yang lebih baik. Harta, kekayaan, kuasa tidak penting. Apa yang lebih utama adalah hidup yang sihat, diberkati dan disayangi orang sekeliling kita. Redha Allah yang kita cari. Buangkanlah sikap mengambil rasuah sebab itulah yang menjadi DURI utama dalam negara kita juga umat Islam sejagat. Jua penting bahawa kita sedar "Jangan MEMBERI Rasuah kerana Rasuah tidak akan wujud jika tiada yang memberi Rasuah." Perkara ni semua berkait-kait. Ianya tidak akan berlaku jika sikap manusia itu tidak tamakkan harta, darjat, dan kuasa. Apalah semua itu jika kita semua tetap akan masuk ke kubur yang isinya adalah ular dan binatang2 berbisa. Apa yang membezakan keadaan di sana adalah amalan IBADAT seseorang. Bahagia itu hanya akan wujud jika kita tahu berSYUKUR. Hargailah orang yang ada di sekeliling anda. Sayangi mereka. Hukum alam; Kita harus memberi untuk menerima.

Saya mahu bawa satu lagi kisah pendek untuk kita ambil iktibar. Jika kita bekerja dengan gaji RM2000 tapi usaha RM5000, balasannya kita tidak akan nampak sekarang kerana balasan Allah itu tidak segera kerana Allah tahu apa di hati hamba-hambaNya. Tetapi jika sebaliknya, kita bekerja sambil lewa untuk kerja dengan gaji RM5000, pasti rezeki anda akan ditarik oleh-Nya dengan pelbagai cara. Lagipun apalah kekayaan jika hidup bingung memikirkan jika harta itu dicuri tetapi lebih beruntung orang yang miskin kerana mereka tidak perlu risau memikirkan harta. Alah, semua ni ada dalam facebook kan? Satu lagi ni kisah dari seorang guru Shahida mengatakan rakannya tidak dinaikkan pangkat walaupun telah 10 tahun berkhidmat dalam syarikat. Seorang sahabat bertanya kepada Mak cik tersebut "Bagaimana dengan pendidikan anak-anak kakak?"

"Alhamdulillah, mereka semua masuk universiti dan ada yang sudah bekerjaya dalam bidang perubatan.."

Alhamdulillah, syukur itu perlu. Kita lihat di sini, bukankah indah balasan Allah untuk umat-umatNya yang beriman, tidak diberikan balasan dalam bentuk wang tunai tetapi ganjaran anak-anak yang berjaya dan solehah untuk kakak tersebut. Jika diperhatikan ini bukan sekadar sebuah cerita tetapi cuba perhatikan disekeliling kita, sebenarnya ramai orang yang baik dan yang jahat itu sukar ditemui kecuali ketika diri kita sedang di uji dan memang kita yang mencari jalan yang gelap itu. Lagipun, keadilan sudah sukar untuk ditara. Lelaki yang mencuri susu tin untuk anaknya dihukum penjara bertahun-tahun tetapi orang yang membuat kesalahan yang lebih besar hanya ditahan minimum hanya 2-3tahun. Baru-baru ini pula isu denda untuk perempuan joget tiang hanya perlu membayar RM26?? Di mana letaknya harga sebuah agama? Akidah mereka begitu murah diukur. Jika begitu rendah denda yang dikenakan, memang perkara ini tidak akan dapat dibasmi sampai bila2. Mana kan tidak, upah mereka lagi lumayan daripada harga denda tersebut. Duit bukan lagi menjadi masalah kepada mereka. 

Sungguh indah jika hukum undang2 Islam itu dapat dilaksanakan. Hudud, hukum ini akan memberi pelajaran kepada yang melihat dan menanamkan rasa gentar kepada mereka supaya tidank mengulang apa yang dilakukan oleh si pelaku. Cara2 untuk melakukan hudud potong tangan pun ada garis panduannya, cuma orang yang tidak meneliti hukum itu tidak tahu. Pemotongan tangan mengikut sistem hudud zaman dahulu, minyak panas akan disediakan agar setelah pergelangan tangan dipotong, ianya akan segera dicelup ke minyak panas untuk mematikan sel dan memberhentikan pendarahan. Jika di zaman moden ini, bukankah lebih banyak cara untuk mengurangkan kesakitan, kenapa ianya masih tidak dapat dilaksanakan? Isu pelbagai kaum dan agama pula yang menjadi benteng kepada permainan politik, yang itu kita perlu fikirkan dengan lebih mendalam, bersatu memberi penerangan kepada setiap wakil bangsa tentang hikmah yang terkandung dalam setiap aturan Allah.. Wallahualam.. 

p/s: dengar2 ada kwn yg xnak mengundi. Tetapi bukankah pasal memilih pemerintah ni dah ada sejak zaman para sahabat? Jika kita tidak mengundi, bukankah semua itu akan dipersoalkan nanti di akhirat kelak? Tetapi memilih pemimpin juga perlulah pada yang berakhlak dan beragama kerana jika berlaku penganiayaan akibat tersilap pilih wakil rakyat, kita juga akan dipersoalkan nanti di Akhirat sana.. Wallahualam. 

No comments:

Post a Comment