Giatmara Pasir Gudang
Tempat di mana Aku menimba ilmu, mengenal software Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop.
Alhamdulillah, 6 bulan pelajaran teori yang sangat seronok, dan 3 bulan yang sangat bermakna dalam mengaplikasikan ilmu yang dipelajari.
Graphic Design and Advertising (GDA)
Aku rindu. Kerana suasana pembelajaran itu sudah berakhir, tetapi ilmu itu sentiasa menjadi peneman ku. Moga ianya menjadi ilmu pengetahuan yang dapat aku gunakan untuk membantu masyarakat yang berkongsi minat yang sama, in shaa Allah.
Guru yang Shida sangat hormati En Mohd Nor Hamzah Bin Hambali dan En Norhisham Bin Ab Razak. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa cikgu-cikgu.
Perjalanan untuk mengikuti kursus ini bermula dengan permohonan online di http://giatmara.edu.my/language/ms/permohonan-online/ atau pada yang berminat boleh juga menghantar borang secara manual ke Giatmara berdekatan anda..
Syarat-syarat kemasukan ke Giatmara ini sehingga umur 40 tahun manakala umur paling muda adalah berumur 16 tahun.
Para pelatih juga akan menerima Elaun sebanyak RM200 setiap bulan. Yuran pendaftaran kemasukan pelatih pun tak banyak, dalam RM150 sahaja. Penginapan Transit bergantung pada setiap Giatmara dan ada yuran transit bulanan. Kebanyakan pelatih tinggal berdekatan, jadinya tak ramai yang tinggal di transit. Pelatih yang tinggal jauh macam Shida memang perlukan kemudahan transit ni sebab saudara mara yang paling dekat pun tinggal di Pulai Indah, tak larat tu nak ulang alik setiap hari. huhu.. Kalau dari transit, jalan kaki 6 minit pun dah sampai.
Peringkat Pertama Permohonan - Isi Borang Online
Pada peringkat ni, kita perlu isikan maklumat asas dalam borang online dan wajib memilih tiga Giatmara yang kita nak. Macam Shida, shida mohon;
1) Giatmara Kuantan - Graphic Design and Advertising
2) Giatmara Pasir Gudang - Graphic Design and Advertising
3) Giatmara Wangsamaju - Graphic Design and Advertising
Nampak tak kat situ, Shida memang mohon kursus yang Shida minat sahaja. Lagipun nanti masa interview, panel akan tanya juga betul ke kita minat kursus tu. Kalau minat kita sebenarnya bahagian Photography, so panel akan bantu kita untuk tukar ke jurusan tu juga, better terus mohon bidang yang kita minat.
Peringkat Kedua Permohonan - Interview
Peringkat interview ni wajib ada salinan ic dan sijil akademik tertinggi.
Ada dua peringkat interview;
1) Ujian Melukis
2) Ujian Lisan
Waktu ni para panel akan menilai hasil lukisan kita dan melihat sejauh mana minat kita dalam bidang Graphic. Time ni boleh pulak dapat soalan "awak datang sini bukan nak cari jodoh kan?" Hahaha.. Tidaklah, sebab memang minat yang mendalam dalam bidang Graphic ni sebab tu la Shida sampai ke Pasir Gudang. Kalau ikutkan pilihan pertama adalah Giatmara Kuantan, tetapi ketentuan Allah, Giatmara Pasir Gudang yang call dulu untu interview dan penempatan. Makanya, disanalah Shida menimba ilmu. Alhamdulillah dapat terus ilmu dari Ketua Bidang Graphic Giatmara yang disegani.
Peringkat Pembelajaran Teori (6 Bulan)
Masuk belajar macam biasa kita ada Orientasi selama seminggu. Then terus masuk kelas-kelas mengikut module NOSS.
Module 1: Pengurusan Keselamatan dan Kecemasan
Module 2: Membangun Kajian Komunikasi Visual
Module 3: Menghasilkan Ilustrasi Vektor
Module 4: Memanipulasi Imej Digital
Module 5: Menghasilkan Rekabentuk Tipografi
Module 6: Menghasilkan Rekabentuk DTP (Identiti Korporat)
Module 7: Menghasilkan Pelbagai Medium Pengiklanan
Module 8: Membangunkan Pengiklanan Lengkap
Antara hasil kerja sepanjang di sana yang dapat Shida banggakan adalah:
Peringkat Pembelajaran Praktikal (3 Bulan)
Pada peringkat ni, semua pelatih akan menjalani latihan industri di tempat pilihan mereka. Kalau dapat syarikat yang besar bestla, silap2 dapat elaun sekali kan. Elaun Giatmara still dapat masa ni RM200 sebulan, kalau company praktikal pun bagi Alhamdulillah, boleh la buat belanja makan, duit minyak pergi balik kerja.
Shida praktikal di Kuantan sahaja..
Ni diorang tengah isi borang manual Giatmara, seorang dah lepas masuk, seorang lagi dah kerja ^_^ |
Athirah dan Suharah, Student Practical KV Muadzam, ni la buat teman gelak tawa usik mengusik sepanjang praktikal =D |
Itu jelah perkongsiannya, nanti nak update gambar suasana belajar kat Giatmara Pasir Gudang ni, mana tau ada yang berminat nak belajar kat sini.. Oh, next entry pun nak share pasal interview VTO untuk sijil mengajar Vokasional, itu antara cabang untuk korang lebarkan sayap dalam industri Graphic ni samada jadi tenaga pengajar di Pusat Bertauliah atau buka pusat latihan sendiri dan boleh join SLDN.
Next entry in shaa Allah.
wassalam.
Assalamualaikum akak nak tnya apa antara soalan yg ditanya semasa interview
ReplyDeleteact dia tkde la tnya yg truk2 cuma dia tnya mcm mna boleh thu pasal bidang ni smua.. dia akn ada kan test lukisan.. simple je.. untuk tgk kreativiti masing2.. giatmara terima smua student tkde yg ditolak.. so lets join giatmara
Delete