Tuesday, June 24, 2014

Fasa Hidup Baru

Tanggal 2 Jun berlaku lagi satu perubahan dalam hidup Shahida..

Kini Shahida dah tidak sebumbung dengan Zila, sayu hati rasa bila pulang mengambil barangan bila lihat Zila keseorangan.. Dulu, Zila selalu balik lewat, Shahida temankan Zila makan malam sama-sama.. Dulu, Zila makan sambil tengok Running Man, Shahida yang temankan.. Dulu, shahida malas nak turun pergi Pasar Malam, Zila yang tolong belikan, Zila belanja pun ada.. Kadang-kadang Zila cuti, kitaorang masak sama-sama, makan sama-sama.. Terkadang ada penambah seri, Ahlami, Kak Bella, Shahida Sekinchan datang bersilih ganti.. Kadang-kadang kami luangkan masa pergi ke KLCC Park tengok pancutan air berwarna-warni kat sana.. Kami rasa hidup terisi, ada kawan-kawan penyeri hidup.. sekarang dah lain.. Shahida sedih tinggalkan Zila.. Dah pernah ajak duduk sekali tapi Zila tak nak.. Zila, jomla pindah sini.. Mesti best, sini ramai kawan.. Hidup tak sunyi, selalu gelak ketawa, menangis pun bersama.. in shaa Allah semoga PERSAHABATAN baru yang terjalin akan berkekalan hingga Jannah.. Persahabatan lama kita erat-eratkan lagi..

New Phase, New Friends..

Rumah ni kami tinggal berenam.. Ayu, Yuz, Ekin, Lia, Teha, dan Shahida.. Alhamdulillah pengunjung utama kami Sue, Ahlami, Gee, Ida, Nida dan kawan-kawan seperjuangan.. Achik pun dah sampai sini.. huhu..

"Esok Sue start exam", luah shahida teringatkan Sue sambil tangan melipat kain.

"Jom kita call Sue", cadang Ekin walaupun masa tu tengah seronok berkaraoke bersama Ayu dan Lia sementara Yuz tengah sibuk bermessage, huhu..

"Kita nyanyi lagu Sahabat untuk Sue nak?" cadang Ekin lagi..

"Nak! Jom-jom.." sahut kami semua..

Ekin call Sue menggunakan Line, tak dapat..

"Kita call guna mobile phone number la.."

Truut, truut, truut, Truut..

"Ekin conduct tau, cakap satu dua tiga tau.. kita wish Sue sama-sama.." cadang Shahida..

Ekin angguk sambil sengih. Panggilan telah disambung.. Ekin pun memulakan kiraan, cukup nombor tiga..
"Good Luck Sue!!" ucapan dari 5 orang bergabung menjadi satu.. huhu.. Sue dihujung talian hanya gelak mendengar ucapan dari kami.. Tiba-tiba rasa rindu pada Sue.. Sue suka sakat Shahida. Kata Sue, seminggu sekali je boleh sakat Kak Shida.. huhu.. ikut la Sue, asalkan Sue bahagia.. ^_^

"Alamak, talian terputus," kata Ekin.

"Laa, nape?" tanya Shahida.

"Tertekan button, hehe.." jawab Ekin sambil mendail semula..

"Okey, pasni kita nyanyi sama-sama ya.." arah Ekin. Panggilan disambung dan tangan Ekin terus menekan butang pada cursor laptop dan lagu Sahabat dendangan Najwa Latiff terus berkumandang.. Suara kami pun bersatu menyanyikan lagu tersebut khas untuk Sue tersayang..

"Kau ada dikala ku suka, dikala ku duka.. lalalala.." ada juga lirik yang terlupa, kami gelak sakan. ahahha..

Eh korang, Shida rasa macam emak pun ada.. Hahaha.. Yelah, ibarat anak-anak tengah berkaraoke, emak duk syok melipat kain yang basuh pagi tadi.. huhu..

Alamak, tak best nyanyi jauh, tak hingat lirik, huhu.. Dari tangan duk sibuk melipat kain, terus Shahida beralih dekat dengan laptop dan sama-sama berkaraoke dengan diorang.. huhu..

"Kaulah yang selalu, selalu menemaniku... Sahabatku.." sampailah kami habis nyanyi, Sue gelak je dihujung talian memasang telinga.. 

"Good Luck Sue, belajar leklok.." pesan Shahida.. ada lagi pesanan penaja dari Ayu, Ekin dan Lia tapi dah lupa, hehe..

Tetiba buka Facebook tengok Sue post..


Key, jaga diri Sue.. makan ubat tau.. Semoga dipermudahkan urusan Sue sem ni.. jawab exam leklok.. Kalau lupa baca selawat banyak-banyak, in shaa Allah dapat ilham dariNya.. ^_^

Kak Shida pun dah nak tidur.. niatnya nak buat novel, tapi at last update blog je, hehe.. good nyte, tata titi tutu.. assalamualaikum..

PERSIDANGAN MEJA BULAT: PERGOLAKAN DEMOKRASI DI MESIR - PERSPEKTIF GENERASI MUDA - Part 4

Krisis Kemanusiaan di Mesir: Pengalaman di Lapangan
- En Mohd Faiz Yusof
Pelajar Perubatan Universiti Al-Azhar

Saudara Faiz merupakan pelajar tahun 5 di Universiti al-Azhar. Dia telah berada di Mesir sejak zaman pemerintahan Husni Mubarak dan telah melihat cara pemerintahan yang berbeza antara Mubarak dan Mursi. Corak pemerintahan di zaman Husni Mubarak adalah dalam bentuk diktator dan menggunakan sistem Amn daulah (polis) serta menggunakan media tertutup. Manakala di zaman Mohamed Mursi, pemerintahan adalah secara moderate dan terbuka.

Melalui pengalaman sepanjang berada di Mesir, Encik Faiz melihat bahawa rakyat Mesir tidak menjiwai Revolusi. Setelah peristiwa Arab Spring, rakyat tidak bercakap mengenai pembangunan mahupun kemajuan, mereka menyerahkan sebulat-bulatnya kepada tampuk pemerintahan. Mereka membuat media sendiri melalui kedai-kedai kopi secara verbal, penyampaian mesej melalui lukisan graviti di dinding-dinding bangunan, juga menggunakan media sosial facebook, dan twitter. Perancangan El-Sissi sangat terperinci dengan mengajak rakyat menjatuhkan Mursi melalui lukisan seperti “Irhal” yang membawa maksud berambus berserta gambar Mursi yang bakal dijatuhkan. Kesan daripada kekurangan media televisyen, mereka melakar gambar televisyen yang membawa mesej yang serupa untuk menggulingkan kerajaan sedia ada. Di Mesir, politik mereka tidak begitu meluas dan sokongan yang diberikan kepada Mursi adalah 50%-50%. Melalui propaganda El-Sissi, dapat dilihat bahawa rakyat tidak kisah siapa yang memerintah, apa yang penting isu ekonomi mereka selesai.

Menurut Saudara Faiz, ketika malam diumumkan kerajaan telah diambilalih oleh tentera El-Sissi, dia sedang berada di restoran untuk menikmati makan malam apabila siaran langsung yang memaparkan barisan kepimpinan baru El-Sissi dan sekutunya. Didapati bahawa hanya 4 orang yang menangis di atas kejatuhan Mursi manakala pelanggan lain yang merupakan rakyat Mesir bersorak gembira dengan pengambilalihan kuasa tersebut. Pada malam tersebut, jalan ditutup dan jalan dipenuhi oleh penyokong El-Sissi yang mana dalam kalangan mereka terdapat muslimah-muslimah yang bertudung dan berniqab (purdah). Hal ini jelas menunjukkan mereka bukanlah mengalami krisis agama semata-mata tetapi masalah fahaman politik yang tidak jelas kerana pemikiran mereka tertutup sejak zaman pemerintahan Mubarak dan sukar menerima perubahan. Mereka tidak kisah siapa yang memerintah.

Setelah itu bermulalah demonstrasi secara aman terhadap penggulingan Mursi di medan rabaah yang telah mengumpulkan 1 hingga 2 juta penduduk Mesir. Mereka berpengkalan di sana selama sebulan dan selama mereka berada di medan Rabaah, mereka menyediakan dapur untuk memasak, klinik mini, anggota keselamatan dan lain-lain keperluan asas di sana untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kudeta El-Sissi menjangkakan rakyat Mesir akan lemah menjelang Ramadhan tetapi jangkaan mereka meleset, malah demonstrasi semakin hebat di bulan yang penuh kemuliaan itu. Selama 30 hari di sana, mereka menjalankan ibadah tahajjud beramai-ramai, SubhanAllah. Rakyat risau akan terlepas subuh menyebabkan mereka tahajjud beramai-ramai sepanjang malam sehingga subuh dan tidur setelah habis waktu subuh. Ketika rakyat sedang lena tidur, tentera El-Sissi telah menembak tepat ke arah mereka pada 8 Julai 2013.

Dijangka 5000 rakyat yang terkorban berbeda dengan kenyataan media yang mengatakan hanya 2200 orang yang syahid. Para syuhada ditembak tepat pada bahagian kepala dan perut, tiada tembakan secara rambang, rakyat Mesir yang tersedar sempat melarikan diri. Tidak cukup dengan itu, hospital dan masjid dibakar oleh tentera kudeta untuk menghapuskan bukti pembunuhan secara bramai-ramai. Doktor dan jururawat menyelamatkan diri bersama mereka yang cedera dan masih mampu berjalan. Stesen minyak turut dibakar dan dalam masa yang singkat terus dicat oleh tentera-tentera kudeta untuk menghapuskan bukti perbuatan kejam mereka. Saudara Faiz turut menunjukkan gambar sebuah bangunan 9 tingkat yang terbengkalai dimana setiap penjuru pintu terdapatnya snipper.

Tidak cukup dengan kekejaman terhadap rakyat mereka, pelajar Malaysia telah terpecah kepada dua blok pandangan berdasarkan pemikiran Syeikh Al-Azhar; Tajarud dan Tamarrud. Tajarud adalah penyokong Mursi, manakala Tamarrud adalah protester Mursi. Apa yang menyedihkan, pelajar Malaysia yang masih muda berumur dalam kalangan 21 hingga 23 tahun terpengaruh dengan Tamarrud sehingga sanggup menghalalkan pertumpahan darah demi membenarkan guru mereka sedangkan kita masih boleh persoalkan apa yang ditegakkan oleh seorang guru.

Seperti yang kita sedia maklum, pintu Rafah telah dibuka oleh Mursi untuk pelarian Palestine namun setelah pengambilalihan kuasa, bantuan sudah tidak boleh masuk ke Rafah. Walaubagaimanapun Saudara Faiz memberikan pandangan beliau bahawa tentera kudeta tidak bersalah, yang bersalah adalah perancangnya iaitu El-Sissi. Hal ini kerana terdapat tentera yang tidak mahu mendengar arahan untuk membunuh rakyat yang tidak bersalah telah ditembak mati.

Bagi menutup perkongsian pengalamannya, Saudara Faiz menegaskan bahawa pro-demokrasi tidak semestinya penyokong Mursi. Mereka ada yang menyokong demokrasi tetapi tidak mendukung pemerintahan Mursi. Terdapat belia pro-demokrasi yang telah merosakkan harta benda telah memfitnah Ikhwanul Muslimin yang melakukannya. Selain itu, tentera yang terlalu sibuk campur tangan dalam urusan pentadbiran menyebabkan ekonomi negara tidak terjaga.

Monday, June 2, 2014

I'm Come Back.. Chakk!!

Assalamualaikum semua.. dah lama tak berblogging, rindu muaah, muaahhh.. Eh, gedik je bunyinya.. maafkan ketidaksopanan ambe.. hehe..

Dah lama tak update my life dan sekarang kawan-kawan ramai yang dah bernikah.. the latest is Kak Niza dan pasangannya Zulhilmi.. Tahniah buat Kak Niza tersayang!! ^_^ Kehadiran Shahida ke bumi Kelantan akhirnya meleraikan rindu buat sep2 kito jange pecoh.. huhu, cuma yng xdek Zila dan Kak Ya.. Okey, fine, duk KL Shahida tiap-tiap hari jumpa Zila, eh, ye ke?? hehe.. Dan Kak Ya, aritu baru je g rumah dia, ikut Zila g copy Running man.. Boleh gitu?? huhu.. Dari zaman Universiti, Zila tak pernah tinggal Running Man.. Hari Cuti program dia nonton Running Man je.. huhu.. Tapi masa g copy cite aritu, Kak Ya ada tunjuk Program Korea baru; Roomate.. Perghh, melayan gak tengok program tu.. Korea ni kreatif kan.. Kan Best kalau Malaysia pun boleh buat Program TV yang meletop cam Korea.. Eh, cam ada je.. baru ni Aten cakap yang program Wak Doyok dengan sape tu, Munir ke Munif ke Korea.. dia kata best gak rancangan tu.. Alaa, tak tengok la plak lagi.. just sekali imbas je.. Haa, tu pun berkaitan korea gak.. Huhu..

Berbalik pada Kenduri Kak Niza.. alahai, rancangnya nak pergi kenduri Teha dan Fikri sekali hari ni tapi keadaan tak mengizinkan.. Perjalanan kami bermula hari Jumaat, alahai, tikat bas pagi dah xdek, bas bankrupt plak, terpaksalah naik bas pukul 1, dalam pukul 2 petang sampai Bentung, terus ambil bas henti-henti ke Mempaga.. Pastu Kak Ni ngan hubby dia datang jemput kami.. Lama tak jumpa Kak Ni, kurusnya Kak Ni, cam anak dara, huhu.. Anak Kak Ni dah setahun lebih, Qaulah namanya... Dulu 1st time jumpa Kak Ni masa Kak Ni Konvo kat UUM, masa tu single lagi.. =)

Sebelum bertolak, makan dulu lauk Ikan Patin masak Tempoyak, perghh, sedap giler, pekat melekat ma buat.. Ma katty siap wat iklam katanya Kak Ni..

"Ni lauk ma masak, ni lauk kenduri orang bagi.."

Tadi terlepas cakap kat Kak Ni kitaorang dah makan kat Pekeliling..

"Jah, mu ni dah tau mu balik ma masak banyak, mu gi makan kat luar kenapa?"

"Eh, mana ada aku makan" Katty menafikan, Shahida duk sengih je dah terlepas cakap tadi, ngehngehngeh..

"Lain kali kalau mu nak makan kat luar, mu balik la senyap-senyap, SURPRISE! Tengok ni, ma masok ke mu lauk banyok untuk anak kesayangan dia" Hahaha, duk gelak dengar Kak Ni wat lawak..

"Ma layan sama je laa.." ma sengih.. huhu, biasa la, hati ibu mana tak sayang anak..

So Sweet... Sayang ma! Eh, kita plak yang lebih.. tapi betul la, kasih sayang Ma katty melimpah sampai ke Shahida plak.. Ma layan Shahida macam anak dia sendiri, dah rasa cam family sendiri.. Thanks Katty, bagi Shahida tumpang kasih sayang family kamo.. ^_^

Panjang kalau nak cerita semua, last2 sebelum asar kami bertolak, banyak jugak Pit Stop Abah berhenti.. Eh, Abah, Ma, Iwan pun ikut skali tau, bawak rombongan gi kenduri Kak Niza, huhu..

Dalam pukul 2.30 pagi jugak sampai ke Teratak Homestay Pikah, Thanks to Ekin bagi nombor Pikah.. Homestay memang tip top.. Pagi-pagi bawak diorang g tengok Rusa and Merak.. huhu, dah macam zoo rumah Pikah, menarik untuk anak-anak kecil dan kami yang still jakun tengok merak and rusa ni.. huhu..


Nampak tak jakun nya kami.. huhu..tapi sayang, kali ni merak tu takde mood nak kembangkan ekor dia..
Sebelum ni shahida datang sempat la tengok..

Okey, nak jadi cerita pukul 11.30 pagi kami serah kunci, bayar sewa, and menuju ke Jelawat.. Pergh, malam tadi sesat, tengahari pun sesat.. sabor jelaa.. last2, Pengantin lelaki yang datang jemput kami, huhu.. Terima kasih pengantin, maaflah menyusahkan.. 

Hamboi, sampai2 rumah rupanya Kak niza tak siap lagi.. posing dulu kat pelamin, huhu..

Adus, ada banyak gambor, tapi internet slow ni jadi malas nih.. Eh, lupa nak mention, kak su pun sampai sudah selepas kami berposing dengan kak niza.. pastu tunggu pengantin bersiap, berjanggut gak, haha.. ma, abah, iwan gi solat dulu kat masjid..
 Kak Su dah tolong katty belikan hadiah, sambil-sambil menunggu kitaorang duk menulis ucapan kat atas balutan hadiah, huhu..

Dah nama pun lama tak jumpa, hampir dua tahun lah selepas graduate September 2012, Kak Su buka cite pasal dia, Katty bukak cite pasal dia, Shahida? Beginilah seadanya.. Kata Kak su, belum jodoh.. Senyum sahaja.. =)

Okey, sangat rindu kamo-kamo.. Zila ngan Kak Ya ada gak jumpa dalam tempoh konvo, kamo-kamo inilah pelepas rindu hamba yang bernama Shahida.. Semoga ukhuwah kita until jannah, aamiin.. Jap, duk cite2 ni, rindu plak kat mek Devi.. uhukhukhuk..



Katty, sape tak kenal, gadis kontroversi, huhu.. nak tau, tanya dia sendiri.. hehehe.. Masa kat umah ma, shahida pasang iron kuat, terbakar cadar katil.. pastu katty plak.. Shahida tanya;

"Katty, kuatnya pasang iron, bau terbakar" nampak iron tu dah berasap..

"Mana ada, saya dah slowkan" kata katty dengan yakin dan dia pun letak iron tu atas cadar, psstt.. arghh, berlobang lagi cadar ma.. hahaha,, kan dah jadi dua lubang..

Tiba-tiba ma masuk bilik, "bakpo bising-bising?" sambil ma sengih-sengih sikat rambut..

Kitaorang sengih je, gelak-gelak, tangan katty duk tutup lubang cadar yang dia buat, tangan shahida tutup lubang cadar yang shahida buat.. hahaha..

"Ma, seterika ni panas sangat.." sambil tangan membuka tekup..

Hahahaha.. Shahida gelak je.. tula katty, orang dah cakap iron tu panas, dia tak caya..

sambil gelak-gelak tu, Shahida pun mengaku salah.. "Shahida pun tadi.." haha, tak terluah..

Then katty sambung " hok tu shahida buat tadi.. hahaha, nampak tak permainannya.. Ma sengih je..

"macam mana boleh terbakar?"

"seterika ni ma, kuat sangat, kalau iron lama tu dia lambat sikit panas.." ha, pandai katty cover sambil tukar kesalahan kepada iron tersebut, ngehngehngeh..

Nak jadi ceritanya, katty pun cakap..

"dah la katil ni nak guna lagi.."

"ho la, 5 ore lagi.." huhuhu, 5 orang lagi belum nikoh rumah tu.. next is Katty.. tak lama dah tu, huhu.. dah ada orang call nak hantar dulang bagai tu.. hikhikhik..



Wish You Happy Forever Kak Niza dalam menempuhi bahtera rumah tangga.. Berbahagia hingga ke syurga, aamiin.. t dah dapat anak jangan lupa inform kat auntie2 ni.. eh, dah tua rupanya kita.. huhu.. tak lengkap la gambar ni tanpa Zila dan Kak Ya =(



Rindu Kak Su sangat-sangat, memang dah lama tak bertukar cerita.. kalau dulu kat UMK, katil kami sebelah-sebelah je, malam-malam mesti bercerita dengan Kak Su.. Sampai Kak Su nak tidur tak jadi, huhu.. Teringat gak malam-malam terakhir kat UMK, Shahida fikir pas konvo nak wat apa? akhirnya perjalanan shahida diteruskan, masing-masing bawak haluan.. Sekarang Kak su dah jadi Ustazah.. ^_^


Okey, tak sempat nak merasa kek pengantin, sebelum asar kami singgah di Mydin beli barang, kononnya Iwan nak beli barang, padahal apa la sangat, huhu.. lepas jamak, kami pun bertolak balik.. fuh, hebat katty drive dari Kubang Kerian sampai Bentong.. Pengalaman sepanjang jadi co-pilot Katty, 3 accident.. 2 area Bukit 7, satu kat mana eh, tempat kitaorang singgah isi minyak.. pergh, mula2 jam 12 malam katty tersalah masuk gear masa naik bukit, alhamdulillah ringan mulut suruh katty angkat break.. takut gak kereta terundur.. depan sikit je, lori tu masuk longkang.. hish,orang kata kat Bukit 7 memang keras, berhati-hati ya yang drive area sana, Lepas kes gear tak masuk tu, terus menerus baca ayat kursi sebagai pendinding.. 8 minit kemudian dekat kawasan R&R ada kereta Hilux keluar tak tengok kiri kanan, dah la keluar laju, alhamdulillah kami tak apa-apa, memang sipi-sipi giler la..

Okey, sampai rumah pun dalam pukul 2, tidur tak hinggat dunia, abah kejut subuh pun malas-malas bangun, hehe.. so satu hari memang tak dapat line, bersenang lenang je la, xley buat apa, baca buku "Eat that Frog" sikit-sikit, lama-lama khatam la.. huhu.. pukul 5.00 petang gitu la bertolak ke terminal bentung, alamak, tiket ekspress semua dah tutup kaunter, tunggula bas henti-henti, pergh, penuh, nasib baik dapat tempat duduk last, huhu.. saat berpisah dengan ma, abah, iwan.. tata titi tutu semua, t katty kawen shahida datang.. ^_^

Dan gambar di atas adalah gambar perpisahan saya dan katty di TBS.. in shaa Allah umur panjang jumpa lagi..

thats all, tenkiu.. 

maassalamah! ^_^

p/s: Selamat pengantin baru juga buat Fateha & Fikri, maaf tak dapat hadir wedding korang.. Kak Moon & Along juga.. semoga semuanya berbahagia until Jannah.. aamiin..