Friday, March 2, 2012

Termehek-mehek bersama Mandala Shoji

Salam, huh, nape makin bosan je catatan harian Shahida ni? Ookey, kali ni nak cerita hobi baru Zila yang terikut-ikut Kak Lily.

Termehek-mehek. Siapa tahu apa maksud termehek-mehek?? Mesti ramai rakyat Malaysia tak tahu sebab ini adalah bahasa Indonesia dan adalah satu program yang popular di Jakarta. Waa, sekali tengok, memang korang akan tengok lagi rancangan ni..

Termehek-mehek means Terhegeh-hegeh. Program ini berkonsepkan pencarian cinta. Cam Jejak kasih la. Tapi secara berdepan. Mencari bersama-sama krew dan host tetap mereka iaitu Mandala Shoji. Fuh, sekali tengok, hensemmm... tak puas mata memandang. Bila menonton program ni kamu semua akan mengenali hati budi Mandala Shoji ini yang sangat caring, penyayang.. Kalau dia geram dengan lelaki-lelaki yang bersikap curang terhadap wanita yang terlibat, siap la kamu..

Kisah ini adalah sebuah rancangan realiti kehidupan. Masalah kamu dibawa ke mata dunia. Termehek-mehek akan mencari suspek sehingga ditemui. Terlalu banyak kecurangan yang di bongkarkan. Kesiaan sangat kat satu kisah tu dimana seorang lelaki mencari pacarnya tetapi akhirnya terbongkar bahawa lelaki ni dah berkeluarga dan mempunyai dua orang anak. Mengamuk host perempuan tu. Kesian? kenapa Shahida kesian? Kesian kat siapa? Siapa lagi, Bini lelaki tu laa...

"Aku rela, kerna aku sangat mencintai dia.." adoii, baiknya isteri dia tapi still sanggup nak dimadukan.. Korang rasa kenapa cewek dia lari?? Mestila sebab tak sanggup melukakan sekeping hati seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu. Tapi kan, cewek dia tu memang cantik, cakap pun lembut je, mana lelaki tak tertarik kan.. Lelaki tu pun kaya, dia mampu, tetapi sepatutnya dia hargai isteri yang sanggup melahirkan zuriat untuk dia, kenapa masih mencari yang lain kalau dah beristerikan isteri yang baik?? Hmm, hati lelaki, siapa yang tahu..

So, camne?? rasa best tak rancangan ni? Kalau nak tengok realiti kehidupan yang menyakitkan dan menghayati erti kesusahan dan keperitan setia kasih wanita, silalah menonton di Youtube yup.. huhu.. Yang penting, Mandala Shoji, host Termehek-mehek memang hensem. Dah la Mualaf, bini cantik, bertudung, anak dia coooMELLL sangat, chubby!!

Mandala, anak, dan isteri.. sweet kan?? ^_^

Sekian..

1 comment:

  1. comey sgt2 :)...
    pandai die handle problems all staff :)
    xemosional compare others

    ReplyDelete