Thursday, December 5, 2019

Interview VTO di ILP/CIAST MARANG

Assalamualaikum pembuka kata, 

Hai! Untuk entry ni shida nak tulis ringkas je, sebab nak tidur awal, hihi

Sebelum ke interview, sibuk duk hafal nama penuh TVET (Technical and Vocational Education and Training), CIAST (Centre for Instructor and Advanced Skill Training), dan VTO (Vocational Training Operation), HRDM (Human Resource Departmnet of Malaysia), JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran) dan Fourth Industrial Revolution (IR 4.0). Tapiii.. panel tak tanya pun, mungkin nak jimat masa. Huhu..

Waktu interview ni, panel akan panggil 5-6 orang sekali masuk. Ada sebab.. berguna bila masuk interview round ke-3. huhu..

TASK 1

Sila perkenalkan diri anda, dan beritahu serba sedikit latar belakang pendidikan anda dalam masa 2 minit setengah.

1) Pendidikan
2) Sukan
3) Persatuan/Kelab
4) Unit Beruniform
5) Kelebihan diri (yang orang lain tak ada)

Huh, yang lain semua boleh cerita, tapi bab nombor 5 tu, berpeluh juga fikir.

1st candidate beritahu kelebihan dia boleh mengendalikan mesin yang besar, yela sesuai dengan kursus dia bahagian fizik. 2nd candidate pula beritahu kelebihan dia boleh menginovasikan resepi dan handle event. Shahida orang ketiga, kebetulan masa tu cerita tentang Shahida ada handle misi Banjir di Kuala Krai di Kelantan pada tahun 2015. Masa tu handle dari jarak jauh, kawan-kawan duduk berbeza daerah dan negeri, so semuanya handle by phone.. Mereka bantu dapatkan contact, Shahida hubungi pihak IKBN Bachok untuk kerjasama program tukar minyak hitam motorsikal yang dilanda banjir, dapatkan sponser dari senior MRSM yang merupakan pembekal Minyak hitam, aturkan kawan untuk ambil minyak dari kilang, dapatkan sponser untuk beli Al-Quran baru dari ISMA Kuantan dan aturkan tempat sukarelawan, pegawai KBS dan pelatih IKBN berkumpul. Kesimpulannya, kelebihan Shahida ialah dapat mengumpulkan semua tenaga kerja untuk menjayakan sesuatu program atau Misi.

TASK 2

Panel temuduga akan memberikan satu tajuk dan semua candidate diberi masa dua minit setengah untuk membuat perbincangan. Macam sesi MUET, panel hanya menjadi pendengar. Kumpulan satu berbincang mengenai isu Viral, kumpulan dua tak pasti, dan kumpulan kami mendapat soalan berkaitan Buli. Panel mengarahkan kami untuk membincangkan punca dan penyelesaian Buli. Buli ni ada dua jenis yang dikenalpasti sebagai Cyber Bully dan buli fizikal. So kami bincang pasal adik tahfiz yang dibuli hingga mati, puncanya mungkin kerana si Pembuli kurang kasih sayang dan timbul rasa cemburu terhadap adik tahfiz yang mendapat lebih perhatian. Tak sempat nak bincang berjela masa ni sebab time constrains. Yang penting semua candidate kena bercakap dan memberikan pandangan masing-masing.

TASK 3

Kalau ikutkan, untuk tugasan ketiga ni better ada bahan bantu mengajar sebab kita diberi 2 minit setengah untuk mengajar di hadapan menggunakan papan putih. Masa ni Shahida dah memang hafal satu topik Graphic iaitu Memanipulasi Imej menggunakan perisian Adobe Photoshop. Kebanyakan calon akan memulakan tugasan mengajar mereka dengan ayat, "Memandangkan saya dari jurusan fashion, saya akan mengajar cara-cara mengambil ukuran badan".. calon bakery pula mengajar langkah-langkah membuat resepi, memang dihafalnya jadual buat resepi tu dan diconteng pada papan putih. Ada juga yang rasa memadam papan putih menghabiskan masa mereka sahaja, makanya hanya diajar secara lisan. Bagi Shida pula, shida tuliskan nama-nama sub topik Modul dan terangkan satu persatu.. tak sempat habis pun terang setiap sub-topik, hahaha.. yang penting kena bagi kesimpulan. "Kesimpulannya Adobe Photoshop sangat penting kepada Graphic Designer untuk mereka bentuk banner, bunting, flyers, poster, dan sebagainya." Huhu, itu je sempat fikir masa tu dalam keadaan tergagap sikit, yelah bom masa dah meletup.. kita pun jadi gubra. Tips shida, better korang ada banyak sub-topik supaya dalam masa dua minit setengah tu korang tak ulang perkara yang sama sahaja ketika mengajar dan untuk elakkan mati ayat. Nanti korang rasa 2 minit setengah tu macam lama sangat sebab xtau nak cakap apa dah.

Itu sahaja perkongsian pengalaman interview Shahida untuk CIAST. Semoga ada rezeki untuk menjadi tenaga pengajar dan berbakti kepada negara. Oh ya, soalan pertama panel, kenapa kalian nak jadi tenaga pengajar? Shahida jawab apa yang Shahida rasa.. sebelum tu dah bincang ngan kawan, so soalan tu dijawab spontan je, "Saya suka mengajar apa yang saya minat, dan apa yang saya tahu. Saya suka tengok orang berjaya menggunakan ilmu yang saya sampaikan." Pendek dan ringkas. Tak taula apa pandangan panel, harap dia nampak keikhlasan Shahida, in shaa Allah.. ada juga yang jawab latarbelakang diorang memang ramai pendidik, yang lain Shahida tak ingat.

Sekian, semoga maju jaya yang bakal menghadiri temuduga VTO!! Chaiyo'2!!

Untuk makluman, VTO membuat 3 sesi pengambilan setiap tahun. Had umur adalah 20-35 tahun sahaja. Untuk yang lebih 35 tahun boleh membuat VTO secara PPT tapi Shahida dimaklumkan pengambilan Disember 2019 adalah batch terakhir. maksudnya lepas ni dah x boleh buat VTO secara PPT.

Sekian, wallahualam bissawab.






2 comments:

  1. saya ada dapat tawaran ciast kemasukan september 2022, saya nak tanya elaun sara diri diberikan berapa banyak eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, baru baca.. Setakat saya belajar sebelum ini, Elaun adalah sebanyak RM400 sebulan. Sekarang tak tau dah berapa dan VTO pun dah guna NOSS baru dan dijenamakan untuk peringkat Diploma.

      Delete