Saturday, February 19, 2011

Had fun cycled to Pantai Pak Amat for second time!

Fuh, penatnya kayuh basikal kali ni. Yelah, basikal yang katty sewakan tu dah berapa sem umurnya... 1 tahun setengah. Speed pun dah tak boleh adjust. Nak buat camne kan, redha je la... Nadia dah awal2 cop basikal putih. Tak bagi can dah kat orang lain..

*Waktu tengah tunggu Kak Niza sambil test kamera digital Olympus 14Mpx baru devi..huhu...


Suka la guna kamera devi ni (hadiah valentine dia dari abg Yash)!Bertuahnya kan badan dapat orang dari bidang IT. Dapat hadiah semua barangan digital. Kamera, MP4, Digital Frame dan lain2... Shahida nak satu! Kamera DSLR cukupla.. hehe... Yang takley blahnya devi ni first time couple 2 hari sebelum valentine tahun lepas, then valentine tu jugak dia dapat Mr Smart (anak patung beruang dia), BESAR punya! Tak pasal2 tahun lepas shahida tolong dia bawak kotak tu.. huhu... abes semua mata memandang... Tahun ni dapat Kamera Digital, tahun depan taktau la pulak apa kan.. Devi cakap dia tak minat kamera2 ni, Shahida pun cakap "Kalau abg Yash bagi DSLR, ko bagi aku la.." huhuhu.. simpan la angan2 tu sorang2... Devi pun cerita kat abang Yash, then dia cakap "Abg Yash dah tau, confirm dia tak belikan.." ala, melepas saya! hihi.. macam ada niat je.. tapiii kalau betol la Devi serius nak pass kamera DSLR yang 'maybe' abang Yash akan bagi, tak sanggupla nak amik.. Hadiah orang ma...

Eh, cite cycling tak abes lagi.. ala, kitaorang just nak release tension je pi pantai tu, sekarang bertimbun dengan assignment2, research lagi.. lapangkan otak kejap.. Happy2 amik gambar, picnic makan bihun goreng yang Kak Ya masak, sedap!



Kitaorang also wat video giler2 cam kat bawah ni.. hehe...
Mula2 semua taknak gerak, lepas Shahida masuk, adegan Kak Ya kena paksa, then barula diorang nak masuk.. huhu... Disebabkan hari dah gelap, 7.30ptg, hampir azan, kami pun cepat2 kayuh basikal balik... on the way balik, lalu tepi Airport, kebetulan Firefly otw nak mendarat, Devi pun lambai kat Kapal terbang tu.. huhu.. Childish kan Devi ni! ^_^
p/s: Kenapa la blog ni wat hal, nak wat space antara paragraph pun tak boleh! Dah la tension, 'terinstall' AVG 2011 2 hari lepas, pastu x boleh masuk internet. Semalam masa niaga mintak Eddy tengokkan.. alih2 Google pulak tak boleh guna.. mengong btolla, apa la yang silap lagi ni... taktau la apa masalah laptop ni, nak format Devi tak bagi. Hmm, teringat pulak time screen laptop ni rosak masa warranty masih ada. Nak baiki screen konon, dah jimat RM800, tiba2 webcam pulak buat hal. Nampak sangat abang kedai yang jadi middleman tu rosakkan. Benci! Orang hantar kedai nak suruh baiki apa yang patut! Ni, sebab nak untung, yang rosak dibaiki, yang tak rosak dijahanamkan supaya orang datang balik kedai dia! Tak fikir ke buat kerja haram ni oi... Oh, bukti abang tu yang rosakkan sebab webcam Devi pun rosak after kat kedai yang sama, ada video abang tu. Hish, kalau la ada duit, dah lama ku saman kedai tu! hihihi.. Geram! Senang2 je dia masuk privacy orang kan sedangkan Devi tak bagi pun password untuk masuk window dia. Taula ada ilmu IT kan, jangan la guna untuk nak menganiayai orang lain!

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

Sambutan Perarakan Maulud UMK'11

Seawal 7.45pagi kami dah berada di perkarangan kolej kediaman untuk berarak...


With kontijen Wataniah.. hihi.. kat belakang tu banner Suksis punya...




Selepas berarak keliling Taman Bendahara, sedia untuk dengar ceramah Maulud..


Ustaz ada pesan..

"Wanita2 kat luar sana kalau nak jawab salam, hati2lah sebab dah banyak kes saya jumpa bila dia jawab salam je, terus kena pukau. Satu kes tu, lepas jawab salam, lelaki tu bawa dia pergi mesin ATM keluarkan duit, lepas lelaki tu pergi, dia macam ada switch on-off pulak, perempuan tu sedar, dia ingat apa yang dia buat, terus report polis."

Ish, takut je dengar... lain kali jangan jawabla suara2 nakal yang beri salam sambil cakap "tak jawab dosa..." sebab ustaz cakap bergantung pada keadaan, kalau dah tahap memukau-mukau ni yang taknak ni.. jawab dalam hati pun apa salahnya kan...

Lain2 adalah berkisar tentang kisah isra' mikraj di mana peristiwa Nabi naik ke langit untuk menerima perintah Allah untuk solat 5 waktu.

Ustaz pesan juga, untuk jaga hubungan dengan Allah s.w.t, kita kena jaga hubungan dengan ibu bapa. Yelah, Redha Allah terletak pada Redha Ibubapa. Shahida setuju sangat2 bila ustaz cakap bila kita exam, paling mudah bila kita dapat doa dari ibu bapa. Baru ni jawab exam lupa nak call mak sebab serabut dengan assignment, memang tension la jawab soalan. Study lain, lain pulak yang masuk..


Then, kita dengar nasyid sikit.. group junior ni memang best arr suara diorang...



ala, slack arr, video xley nak upload...

Lepas habis nasyid and amanat Dato' Mortaza, makan, sesi berdialog Wataniah dengan Dato' M ni untuk tingkatkan prestasi Wataniah UMK...

Petang, discussion sikit untuk strategic entrepreneurship group assignment bersama Devi, Sakinah, Epul, & Sarawak. Fuh, seronok gak group dengan Sarawak @ Nazirol ni.. lawak habis..

"Nama company kita apa?"

"Fishy-Fishy" hahaha... tolong la... ntah, akan dipertimbangkan!

Taktaula apa akan Sawak ngarut waktu presentation nanti.. Hari tu waktu kelas muzium, tiba2 je Kak Bila jadi 'bekas penjaga gol Selangor' untuk business plan muzium bola sepak diorang.. haha...

Tak sabarnya nak tunggu Baby Boy...






















YeaHHH!!!!! Mak kata.... "Pak Yo cakap nak mak jaga anak Pak Yo dalam bulan 6 nanti"...

Seronoknya!!! Tak sabar nak tunggu baby boy ni lahir... mesti comel cam Mak Su, Tinggi macam ayah dia, muka ala2 macam Fahrin Ahmad hihi...





time kahwin ni baru nampak Pak Yo ni sporting gak...hakhak...







p/s: tengok balik gambar potong kek tu teringat pulak time diorang suap2 kek.. abg photographer cakap "amik skali lagi shoot, tadi laju sangat, macam lapOrr je.." hahaha... gelak kitaorang dengar...





Saturday, February 12, 2011

Mati dengan Islam InsyaAllah


Assalamualaikum, kisah ini Shahida ambil dari seorang guru. Amat terharu, jika cintakan agama kita sebarkanlah cerita ini untuk dijadikan iktibar untuk saudara2 seIslam. Moga Iman kita sentiasa dipelihara oleh Allah dan juga memperoleh mati syahid. Allahuakbar, renung2kanlah kisah Ibrahim, isteri dan anaknya yang telah mati SYAHID kerana mempertahankan agama Islam yang baru mereka peluk. Bagaimana kita yang telah sejak kecil dilahirkan dan diasuh dalam agama Islam yang mulia. Moga kisah2 di bawah ini dapat memberi kita kesedaran dalam sensitiviti2 agama yang kini makin jelas meruncing dan menjejaskan akhlak remaja melalui pendekatan hiburan2 yang melalaikan dan pakaian2 dan kepercayaan yang dapat memesongkan akidah. Nauzubillah, minta kita dijauhkan dari perkara2 yang sia2...


'Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.


Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.


Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.


Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.


Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.


1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad

2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?


Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan di rumah.


Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,


'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'


Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk p ermohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..


Butir asal permohonan.. ...


Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'


Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.


Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.


Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.


# masih kuat untuk teruskan da'ie kita, teruskanlah bacaan ukhti dan akhi


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.


Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.


Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.


Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.


Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.


Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.



Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.


Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.


Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.




p/s: Kisah lain, yang amat menyentuh hati dengan pengorbanan seorang Hakim Islam untuk mempertahan akidah seorang remaja yang mahu memeluk Islam. Rasa bergetar jiwa membaca pengorbanan beliau;


Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.


Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.



Inilah kisah yang ana sebutkan tadi, amat menyayat hati..


Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.


Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.


Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.


Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.


Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).


Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.


Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'


Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..


Macamana benda ni boleh terjadi? Inilah agenda Kristian..


Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.


Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?


Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.


Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.


Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.


Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.


Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.


Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.


#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.


Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah...

Friday, February 11, 2011

Lelaki EGO!! - part ii


Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!


Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.


Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.


Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.


Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.


Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.


Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.



Jangan ada dendam ->Kisah Pengajaran


"Bodoh! Benci, benci, benci!" Inilah reaksi awalku, apabila aku tahu kawan-kawan mempermainkanku. Allah saja yang tahu betapa sakitnya hatiku. Sudahlah dipermainkan, ditabur harum pula dengan fitnah. Sakitnya tidak terperi. Semalaman aku menangis, sakit bila dikianati mereka yang digelar sahabat.

Malam itu, usai solat Isyak, aku memulakan niat untuk bersolat hajat. Aku nak minta pada Allah supaya diturunkan bala yang dahsyat pada mereka yang menganiayaiku. Biar! Biar mereka rasa, sakit yang aku rasakan. Aku nak hajatkan supaya mereka yang menyelarku rasa, apa yang aku alami. Aku nak sepanjang hidup mereka, mereka akan temui kecelakaan dalam setiap langkah yang ditapakkan.

Sakit hati bercampur bisikan syaitan, inilah hasilnya. Aku lakukan solat hajat dengan mata yang sembam dek seharian menangis. Bagiku, pasti Allah akan memberikan keadilan padaku. Doa orang teraniaya pasti termakbul.

Namun, ketika sujud terakhirku, bukan itu yang kuhajatkan buat mereka. Bukan kecelakaan. Bukan bala malapetaka. Sebaliknya aku berhajat supaya aku diberi kekuatan untuk menempuh ujian dari-Nya. Aku berdoa agar rakan-rakanku diberikan hidayah dan diampunkan dosa mereka. Dan aku berdoa agar aku dapat menerima dengan reda ujian-Nya. Sujudku penuh dengan air mata. Sayu.

Alhamdullilah, selesai sudah solat hajatku. Hatiku kini tenang. Damai. Bagaikan tiada kekusutan yang pernah berlaku. Rupa-rupanya, kemaafan itu dendam yang termanis untuk sebuah pembalasan.

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?
(Surah an-Nur : Ayat 21)

"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."
(Surah Ali-Imran: Ayat 134)

Kepada semua yang pernah menghadapi masalah sepertiku; dituduh, dianiaya dan dipulaukan. Janganlah kita berdendam dan ingin saling berbalas. Dendam pasti tiada berkesudahan. Allah menyukai orang yang bersih hatinya. Biar ada yang menggelar kita bodoh dan dungu kerana tidak mahu bertindak balas, biar mulut sekeliling mengata keras, yang penting keredaan ada bersama kita.

Kadang-kadang Tuhan menyembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi. Lepas apa yang berlaku, bilangan rakanku mula bertambah, bukan hanya dalam kampus sahaja, luar kampus pun ada dan mula rapat dengan rakan-rakan bekas sekolah dulu.

Alhamdullilah. Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Buat mereka yang pernah aku sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, aku memohon kemaafan untuk segala silap dan salahku, dan aku juga memaafkan setiap silap dan salahmu

Latihan Tempatan Wataniah Rejimen 506

Assalamualaikum kawan2...

Alahai, tak jadi pergi Segamat! Shahida tak la kecewa sangat, Ayu la.. sian dia, dah la tak balik cuti sem baru ni, raye Cina pun kat UMK and Kuantan.. Mak dia la and adik2, menunggu dah kat rumah, alih2 tak jadi pulak program Misi Banjir kat Segamat tu.. nak buat camne..

Anyway, kami ada backup program! Kami pergi jugak latihan tempatan kat Kem Wataniah Pengkalan Chepa tu.. Jalan kaki je.. berlima.. on the way pergi sana, boleh pulak terserempak dengan geng2 Suksis! Tak sukanya.. Wataniah-Suksis tak pernah sebulu kan..hihi...

Hari ni kat kem belajar Ilmu Medan Perang (IMP) - Isyarat Medan, Tembak dan Gerak, dan Ronda!
Fuh, Tembak dan Gerak siap buat praktikal.. BARU SERONOK!! Hihihi.. pengalaman tu...
Wat cara pergerakan "Ulat Bulu" yang ada 3 group tu.. Kumpulan Riffle, Bantuan, Tinjauan. Bergerak dalam keadaan selari. Shahida on group Bantuan! Hihi... Kena ulang 2 kali sebab ketua tak sempat bagi arahan, kami dah gerak! Kan dah kena marah.. hihihi... Hari ni tak rasa tertekan sangat, sangat open buat latihan tu, rasa seronok sangat!! Tak tau kenapa... Alhamdulillah, bukan senang Shahida nak rasa happy bila join program2 luar macam ni. Terima kasih kepada Ayu, Fina, Roxy, dan Kak Liza yang ada bersama. Korang memang Best!

"Woi, korang takut kotor ya?" tanya Sarjan Syukri.

"Takkkk." jawab kami. Fuh, ni kerja diorang ni nak denda je la ni. Tak pun jadi Hitler! Tukar tempat latihan ke padang kawad, giler! Taknak la kat situ, panas seh! Muka ni gelap lagi, tak sempat putih pun.. huhu...

"PoW!!" kata seorang Perajurit Muda yang menyamar jadi musuh kat depan sana.

Turun. Kami menjatuhkan badan rapat ke tanah. Dalam seksyen tu kami mengengsot badan ke bahagian pertahanan masing2.

"Riffle, GERAK!" arah ketua. Mereka yang berkaitan maju.

"Bantuan, GERAK!" arah ketua lagi. Shahida pun maju dengan 2 orang rakan. Seronok! Baru 'latihan kering' tanpa senjata...hihi.. ye idak ntahla istilah tu...

Then, after kumpulan Tinjauan pun dah join kitaorang dalam keadaan selari, keadaan yang sama berulang..sampailah 3 kali ulangan. Best! Baru sedikit cabaran ni...

Petang, lepas kelas Ronda, solat Asar, masuk baris tandatangan borang 'pitis', balik... Kami balik naik truck..huhu... jadi Wataniah manja sekali-sekala apa salahnya. Kami dah jalan kaki pagi tadi, okeyla tu. Rasa bangga kejap naik truck sebab mata2 manusia yang tengah bertenggek sepanjang tepi jalan kat Airport tu menunggu pendaratan kapal terbang asyikkkk je duk mandang kitaorang.. hihihi... jangan jelez!

Thursday, February 10, 2011

Good Key



“Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang menjadi kunci-kunci pembuka kebaikan dan penutup keburukan. Dan di kalangan manusia ada pula yang menjadi kunci-kunci pembuka keburukan dan penutup kebaikan. Maka beruntunglah orang yang Allah jadikan kunci-kunci kebaikan di tangannya dan celakalah bagi orang-orang yang Allah jadikan kunci-kunci keburukan di tangannya”. [Ibnu Majah, Dari Anas R.a dihasankan oleh Al-albani]

Jadilah pemegang kunci kebaikan kerana ia akan mendapat keredhaan Allah dan balasan syurga. Jadilah hamba Allah yang soleh dengan menunaikan kewajipan dan menghindari kemungkaran serta mengajak orang lain juga menjadi sepertinya. Golongan ini sentiasa mempromosi kebaikan dan perkara yang diredai oleh Allah SWT. Orang ramai akan mencarinya bila mempunyai sesuatu keperluan berupa kebajikan malah dia bersedia untuk membantu orang lain dengan senang hati tanpa upah dan ganjaran. Memadailah ganjaran di sisi Allah di akhirat kelak.

Jangan jadi golongan yang kedua iaitu pemegang kunci keburukan. Golongan ini melakukan kejahatan malah turut mendorong orang lain untuk melakukannya. dia mempromosi perbuatan maksiat dan dosa. Dia mendapat dosa malah turut memikul dosa orang yang mengikutinya. Sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud :

“Sesiapa yang memulakan satu sunnah yang baik di dalam Islam dia akan memperolehi ganjarannya dan ganjaran orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun ganjaran mereka. Dan sesiapa yang memulakan satu sunnah yang buruk di dalam Islam dia akan menanggung dosanya dan dosa orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun dosa-dosa mereka." (Imam Muslim)

Hindarilah diri dari menjadi pemegang kunci kejahatan ini kerana dosa yang bertimbun-timbun terpaksa dipikul akibat menjadi ikutan oleh orang lain. Era IT yang serba canggih pada masa kini ramai benar pemegang kunci keburukan boleh dilihat di laman blog-blog dan laman sosial. Terdapat individu muslim yang menjadikan blog peribadi mereka sebagai sumber dosa dan maksiat. Dia meletakkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat, separuh bogel, promosi filem dan video lucah, cerita-cerita berunsurkan fitnah dan gosip yang tidak berasas malah turut mempromosikan artis-artis kafir dan musyrik serta memujanya secara melampau-lampau. Bukan sedikit pengunjung blognya. Entah berapa ‘bukit’ dosa yang terpaksa dia pikul akibat memegang kunci kejahatan itu.

Namun Alhamdulillah tidak kurang juga mereka yang ‘celik hati dan akhirat’ memilih untuk memegang kunci kebaikan. Mereka berkongsi ilmu agama dan ilmu keduniaan yang bermanfaat yang boleh dikongsi oleh orang lain. Sungguh beruntung mereka ini. Mereka mendapat pahala dengan sebab orang lain mengambil faedah dari blog-blog mereka. golongan ini akan terus mendapat pahala selagi ilmunya dimanfaatkan walaupun telah meninggal dunia sebagaimana maksud hadis nabi saw. Semoga Allah merahmati dan membimbing kita agar menjadi pemegang kunci kebaikan dan menjauhkan kita dari menjadi pemegang kunci keburukan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita ke jalan yang diredaiNya.

Hendaklah kita mengajar kebaikan kepada orang lain.

Dengan pengajaran yang dilakukan akan memberi kesempatan kepada ramai orang lain untuk menerima dan menimba kebaikan.

Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyerukepada kebaikan."

"Barang siapa yang menunjukkan (seseorang) kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya." - (Hadis Riwayat Muslim).

Senantiasa mempelajari dan mengkaji kebaikan

Seseorang yang mempelajari dan mengkaji ilmulayak disebut sebagai kunci pembuka kebaikan. Dengan belajar maka pada akhirnya ia akan terdorong untuk mengajarkan kebaikan yang dipelajarinya.

"Sebaik-baik orang dikalangan kamu adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya kepada orang lain" – HR Bukhari .

Dengan belajar, seseorang akan menghidupkan kembali ilmu gurunya yang mungkin hampir mati.

Sentiasa mengamalkan kebaikan

Seseorang yang mengerjakan kebaikan akan dianggap kunci pembuka kebaikan kerana dengan mengamal kebaikan bererti ia memberikan contoh dan teladan kepada orang lain agar ikut mengerjakan kebaikan juga. Mengajar dengan contoh teladan lebih berkesan daripada mengajar dengan lisan.

Abu Darda' berkata: "Tidaklah kamu dianggap sebagai orang alim sehingga kamu mengamalkan ilmumu".

Sentiasa mendukung proses belajar dan mengajar pelbagai bidang kebaikan.

Sekiranya seseorang tiada kesempatan untuk belajar dan tidak mampu mengajar maka hendaklah ia menjadi orang yang memberi kemudahan kepada orang-orang yang mengajar dan belajar untuk melakukan kebaikan.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan ketaqwaan." (Al Maidah ayat 2)

Memberikan bantuan atau kemudahan kepada sesiapapun yang hendak mengamalkan kebaikan.

"Barangsiapa yang menyiapkan perbekalanuntuk orang yang berperang di jalan Allah maka ia akan mendapatkan pahala orang yang berperang." (Muttafaqun 'alaih).

Menjadi penggembira dan memperlihatkan sikap bersahabat kepada penyeru kebaikan.

Seorang yang hadir dalam sebuah majlis kebaikan, meskipun hanya ikut-ikutan dan tidak serius melakukannya, juga layak dianggap sebagai kunci pembuka kebaikan sehingga layak mendapat keampunan dan rahmat Allah.

Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman:

"Saksikanlah olehmu bahawa Aku telah mengampuni mereka semuanya," Malaikat berkata: "Diantara mereka ada si fulan, ia bukan sebahagian daripada mereka, kerana sebenarnya ia datang untuk suatu keperluan." Allah berfirman:"Sesungguhnya Aku juga telah mengampuninya. Kerana mereka adalah suatu kaum yang barangsiapa duduk bersama mereka, maka tidak akan mengalami kesengsaraan." (HR Muslim).

Wednesday, February 9, 2011

Keputusan yang sukar

*Kota Kinabalu kami datang...

Balik dari Keratong, ada perjumpaan Wataniah yang join ke Sabah..

Ayu nak tarik diri,

Duit banyak keluar untuk subjek Financial Planning,

Kawan paling rapat, satu kuliah dalam wataniah tu, Ayu je!

Tak biasa ngan senior2 & junior lelaki,

Nak tarik diri ke tak???

"Ayu, nak tarik diri?" tanya Along dengan serius.

"Muktamad!" kata Ayu.

Shahida dah serba salah...

"Shahida pun nak tarik diri.." kata Roziyana a.k.a Roxy.

Shahida dah menyorok tepi kerusi.. 'nak tarik diri ke tak?'

"Betul nak tarik diri ni?" tanya Along still dengan muka dan suara yang serius.

Shahida tak jawab, badu nak jengul muka keluar dari tepi kerusi..

"Betul tak jadi pergi? takpe, cakap je, tak marah pun.." kata Along lagi..

Ades, tak marah, tapi muka habis serius! Buat cuak je.

"Tak." sepatah Shahida jawab.

Along pun teruskan dengan agenda hari tu, tubuhkan jawatankuasa untuk program mendaki gunung Kinabalu.

"AJK Promosi sape nak volunteer?" tanya Along.

'Shahida nak' bergema dalam hati je. Shahida minat la bab2 publisiti ni.. hmm, dah tarik diri duduk je la senyap2 kat situ!

Perbincangan pasal Ahli Jawatankuasa bertindak dah settle.

"Okey, Along bagi peluang, sape2 nak tarik diri sebelum 8 februari sebab lepas tu dah nak book ticket dengan tempat kat Kinabalu sana."

Nak tarik diri ke tak nak? Nak tarik ke tak nak? Aiseh, tanya mak dulu la..

"Mak, kawan kita Ayu dah tarik diri pergi Sabah. Kita taktau lagi." kata Shahida minta pendapat mak.

"Tarik la diri jugak, nanti takdek kawan pulak" kata mak. Mak faham sangat Shahida tak pandai bawa diri kalau tak ada kawan rapat.

Tapi... macam rugi je kalau tak pergi...

Tanya pendapat Katty.

"Shahida pergi je. Nanti dah tak ada peluang nak pergi dengan kawan2" nasihat Katty.

Terima kasih Katty!! Tu Shahida rasa nasihat yang amat bermakna dan membantu Shahida buat keputusan.

Shahida PERGI! ^_^


p/s: Malam tu jugak kami isi borang keselamatan untuk aktiviti luar 'Misi banjir ke Segamat, Johor' pulak.. berjalan je la sekarang...