WeLcOmE...

Kepada pengunjung blog ni, terima kasih kerana memberi sokongan.. walaupun saya baru berjinak-jinak dengan blog, moga saya dapat membawa manfaat kepada kita semua dan berkongsi pengalaman sebagai seorang muslim, anak, kakak mungkin, dan juga sebagai pelajar... mungkin ini adalah peluang untuk saya membantu adik-adik di luar sana yang masih mencari-cari apakah impian masa hadapan mereka. saya bukanlah sehebat pakar motivasi, tapi berminat untuk berkongsi pengalaman bersama orang luar... sekian, salam perkenalan dari saya... ^_^

Monday, August 22, 2011

Iklan Sahur

Di suatu pagi yg buta (sahur time) :

Mak : Alim bangun lim. makan sahur nie.
Alim : masih menarik selimut & bertanya pada mak nya. ''MAK BUAT HO.. HO.. HOLICK ERK ???''
Mak : HO...HO...HOTAK engkau...Bangun cepatttt!!!

p/s :Sabda baginda SAW : “Makan sahur ada keberkatan.Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur. ” :Hadis riwayat Ahmad.

…............................♥#♥
….......................♥#####♥
….................♥#########♥
…............♥############♥
............♥##############♥……………..…♥##♥
.........♥#################♥…………♥######♥
.......♥###################♥…….♥########♥
.......♥####################♥…♥##########♥
…….♥#####################♥############♥
………♥#################################♥
………..♥###############################♥
…………..♥#### RAMADHAN KAREEM #### # #♥
…………….♥#########################♥
………………♥######################♥
………………..♥###################♥
………………….♥#################♥
……………………♥##############♥
………………………♥###########♥
………………………..♥#########♥
………………………….♥#######♥
……………………………♥#####♥
……………………………..♥###♥
……………………………….♥#♥
…………………………………♥
…………………………………♥
……………………………….♥
……………………………..♥
……………………………♥
…………………………♥
……………………….♥
…………………….♥
………………….♥
………………♥
………….♥
………♥
……♥
…..♥
……♥………………….♥…♥
……….♥………….♥…………♥
…………..♥…..♥………………♥
……………….♥………………..♥
…………….♥……♥…………..♥
…………..♥………….♥….♥
………….♥
………..♥
……….♥
………♥
………♥
……….♥
…………..♥
……………….♥
……………………..♥
………………………….♥
……………………………♥
……………………………♥
…………………………♥
…………………….♥
………………♥
………….♥
…….♥
…♥
.♥………………………..♥….♥
♥……………………..♥………..♥
.♥………………….♥…………….♥
..♥……………….♥………………♥
…♥………………………………♥
…..♥…………………………..♥
……..♥…………………….♥
………..♥……………….♥
…………..♥…………..♥
………………♥…….♥
…………………♥..♥
………………..…♥

Read more...

Suka info ni.. ^_^

Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.

Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.

"Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?"

Apabila ditanya, jawabnya…

Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.

Haa.. sahabat nabi kreatif kan (◕‿-) .. Anda pon kena kreatif kalau nak berniaga..Teruskan berfikir secara kreatif dan pasti anda akan dapat lihat keajaiban dalam jualan anda :D Anda seorang peniaga tetapi adakah anda berjaya menjadi usahawan ?

Peniaga tidak semestinya berjaya menjadi usahawan tetapi usahawan terdiri daripada mereka yang juga menjalankan perniagaan.

Seorang usahawan yang berjaya berkebolehan untuk membuat orang lain percaya kepada idea-ideanya dan juga mempunyai kepercayaan diri sendiri serta karisma untuk menjual idea-idea tersebut.

Ada di antara usahawan yang mencari dan mewujudkan idea mereka sendiri dan ada juga di antara mereka mewujudkan personaliti untuk menarik perhatian kepada diri mereka. Oleh itu usahawan yang berjaya patutlah menjadi seorang yang bijak bercakap dan seorang pendengar yang baik, ikhlas dan boleh menerima pandangan orang lain.

Menurut David Mc Clelland, seorang usahawan boleh berjaya sekiranya mereka bersifat inovatif dan kreatif, berani mengambil risiko, percaya pada diri sendiri, sanggup bekerja kuat, berilmu dan boleh merancang dan menetapkan objektif dan tujuan serta bertanggungjawab didalam segala yang dilakukannya.

Seorang pengurus yang menjadi usahawan mempunyai tiga tugas penting iaitu;
* Dia mempunyai kebolehan untuk mencari peluang yang ada disekelilingnya untuk diri dan juga syarikatnya.
* Dia berkebolehan untuk mengenalpasti sumber-sumber yang ada dan diperluaskan untuk mengambil peluang yang ada.
* Dia boleh menentapkan satu objektif yang realistik untuk membolehkannya mengguna dengan baik sumber-sumber yang ada tadi untuk merebut peluang yang terbuka.

Kesimpulannya seorang usahawan amat peka melibat dan menghidu peluang untuk diciptakan serta diterokai sebagai dibidang keusahawanannya.

Justeru itu adakah anda juga memiliki sifat tersebut? Tepuk dada tanya selera, jujurlah dengan diri sendiri!


Read more...

Sunday, August 14, 2011

•´✿◕ LAWAK BINATANG BERSAHABAT ~♥✿.¸¸


LEMBU: Hai anjing, apa kabo? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
......
LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi 2 orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing! pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu..

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la...manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"


jom sama2 fikirkan sejenak dn selamat beramal..(ditujukan khas pada saudaraku seISLAM)


Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa

"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja; apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya,

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya".
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Firman Allah s.w.t,

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".
(Surah Zumar: 9)


Kesimpulannya:

Apakah ada antara sahabat sekalian yang telah melakukan perkara yang membuatkan anjing tadi tension?

Kalau ada, jangan buat-buat lupa pada malaikat di kanan dan kirimu. Kalau still gatal nak buat juga, ada caranya, (sedikit nak kongsi ni.. cara yang tak berdosa.. khas buat pasangan yang belum nak kahwin.. hehe) Nak tahu?? Pergilah merantau ke seluruh alam semesta, cari tempat yang tak dapat dilihat Allah, tempat yang tidak diketahui Allah.. Then, buatlah apa korang nak..

Kalau tak dapat cari, sedarlah, HUKUM Allah menantimu di akhirat.


Sedikit tambahan;
Saudari kaum Hawa yang dikasihi, jom ramai-ramai kita tutup aurat. Pelihara diri yang tak sempurna ini.. Pelihara hati yang selalu lalai ini.. Kelak, apabila ditanya oleh Tuhan, tentang apa yang telah kita lakukan pada tangan, kaki, rambut, tubuh..
Apakah yang akan kalian jawab?
Apakah ini jawabnya? Kami telah perlihatkan tubuh pinjaman dariMu ini untuk tatapan para ajnabi.
Maka, sanggupkah kalian, menjadi salah seorang penghuni Jahanam?
Lantas, apa tindakan yang kalian perlu lakukan?
Ingat..
MATI tak menanti TAUBAT kita..


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda,

"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya". (H.R. Muslim)

Jangan pula menjawab seru tak sampai lagi.. kerana Al-Quran telah mencatatkan firman Allah;

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Al Ahzab : 59)

fikirlah, hayatilah, sedarilah.. kemudian, kita sama bertindak menjadi WANITA SOLEHAH.

Wallahu'alam.


credit to; sutera hikmah. ^_^

Read more...

Uwais AlQarni

Assalamualaikum, sedikit perkongsian yang shahida ingin kongsikan di mana hasrat menggunung tinggi telah shahida tanamkan semenjak di MRSM bahawa nama ini akan shahida berikan untuk keluarga suatu hari nanti. Semuanya bermula dari kisah yang diceritakan oleh Ustaz Hariz di dalam kelas ketika Shahida di tingkatan 4. Kata Ustaz, Uwais seorang yang makbul doanya dan dia merupakan wali Allah, wallahualam. Dan sejak itu Shahida mencari, dan mencari apakah kisah hidup Uwais sehinggakan doanya dimakbulkan Allah.. Moga dapat kita ikuti bersama ketaatan Uwais terhadap ibunya sebagai iktibar di Bulan Ramadhan yang berkat ini, insyaAllah...

Nabi Muhammad s.a.w. pernah meminta Saidina Umar dan Saidina Ali r.a. agar berjumpa dengan Uwais al-Qarni di Yaman. Tujuannya hanya agar dua orang sahabat Baginda itu meminta kepada Uwais al-Qarni agar mendoakan mereka agar diampunkan dosa oleh Allah. Apakah rahsia besar kelebihan Uwais al-Qarni hingga Rasulullah s.a.w. mengangkat namanya begitu tinggi dalam sejarah kemuliaan seorang insan?

Uwais al-Qarni ialah nama kecil di sebuah perkampungan di Yaman. Dia menghidapi penyakit kulit (sopak). Suatu hari ibunya yang sudah tua berhasrat untuk menunaikan haji di Mekah. Sebagai keluarga yang miskin tentulah mustahil baginya untuk membeli atau menyewa unta untuk dijadikan pengangkutan bagi perjalanan yang amat jauh itu. Namun sebagai anak yang meletakkan ibunya di singgahsana hatinya, dia tidak sesekali berkata tidak. Dia berjanji kepada ibunya untuk memenuhi hajat ibunya yang sudah uzur itu. Walaupun, dia tidak mampu mencari kenderaan untuk perjalanan yang jauh itu, Uwais menggunakan sedikit wang yang dimilikinya untuk membeli seekor anak lembu.

Dibuatnya sebuah kandang di atas bukit. Pagi, dia akan mengendong anak lembu itu turun untuk diberi makan. Petang, dia akan mengendong anak lembu itu ke atas bukit untuk disimpan di kandang tersebut. Cukup 8 bulan, besarlah anak lembu itu.


Apabila tiba saat yang sesuai, Uwais berkata ibunya, “wahai ibu, bolehlah kita mula berangkat ke Mekah kerana musim haji tiba tidak berapa lama lagi.”
“Habis Uwais, di manakah kita akan mendapatkan kenderaan untuk ke sana?” tanya ibunya.
“Jangan bimbang wahai ibuku. Saya akan mengendong ibu di bahagian depan saya dan barang bekalan di belakang saya.”

Terkejut si ibu mendengarkan jawapan si anak. Demikianlah besarnya tekad Uwais demi ibunya. Rupa-rupanya dia membeli lembu dan mengendongnya naik dan turun bukit adalah sebagai latihan jasmani agar dia kuat mengendong ibunya yang sudah uzur.

Berangkatlah Uwais al-Qarni dengan mengendong ibunya dan bekalan. Akhirnya sampailah mereka di Mekah. Ketika mengerjakan tawaf dan sa’i, mulut Uwais tidak putus-putus membaca sesuatu. Lalu ibunya bertanya, “apa yang kau baca tidak putus-putus wahai anakku. Sila beritahu kepadaku.”
“Ibu, saya hanya membaca doa agar Allah mengampunkan dosa-dosa ibu.”

Demikian sikap terpuji seorang anak yang sukar ditemukan dalam hidup ini.
Lalu berkata ibunya lagi,” Kalau begitu, ibu mahu engkau berdoa agar Allah menyembuhkan penyakit sopakmu.”
“Ibu, masakan saya hendak menolak anugerah Allah kepada saya. Sopak ini adalah pemberian Allah kepada saya. Saya tak akan menolaknya, ibu.”
“Tidak. Sekali ini, ibu mahu engkau ikut cakap ibu.”

Maka tidaklah mampu lagi Uwais mengecewakan harapan ibu kesayangannya. Dengan hati yang amat berat, maka berdoalah Uwais dengan kata, “Ya Allah, kerana mentaati kemahuan ibuku, aku bermohon agar Engkau sembuhkanlah penyakit sopakku. Tetapi tinggalkan sedikit pada tubuhku agar aku tidak kufur akan nikmat-Mu.”

Apabila Saidina Umar dan Saidina Ali r.a. berjumpa dengan Uwais al-Qarni, benarlah ada tanda sebesar duit syiling di belakang tengkuknya. Itulah bekasan penyakit sopak yang masih terdapat pada tubuh Uwais. Lalu dua sahabat Rasulullah s.a.w. itu meminta Uwais berdoa kepada Allah agar dosa mereka diampunkan seperti yang diminta oleh Rasulullah s.a.w. itu.

Demikianlah kisah seorang insan kecil yang besar di sisi Allah. Beruntunglah sesiapa yang masih ada ibu bapa yang sudah tua. Mereka berpeluang berbakti kepada ibu bapa seperti yang telah dilakukan oleh Uwais al-Qarni ini. Di samping itu, jangan lupa untuk perbanyakkan istighfar. Sedangkan Saidina Umar dan Saidina Ali yang dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w. masih diminta memohon ampun, apa lagi kita yang belum tentu ke mana langkah penamat kita. WalLahu ‘alam.

Read more...

Berubahlah. . .

Banyak orang yang mengeluh, sulitnya untuk mengubah orang lain. Tetapi tahukah wahai saudaraku, bahawa yang paling sulit sebenarnya adalah untuk mengubah diri sendiri. Bila diri sendiri sukar diubah, apatah lagi mahu menuntut orang lain untuk berubah?

Masalahnya, ada juga orang yang sudah ingin berubah, tetapi keadaannya belum membenarkannya untuk berubah. Ada juga yang sudah mula untuk mengubah perangai negatifnya, mengubah sifat buruknya, tetapi langsung tidak mendapat penghargaan dan perhatian dari orang terdekat dengannya. Akibatnya, dia merasa sia-sia berubah diri…


Ada juga yang berani mencari perhatian dari sekitarnya, maksud hatinya mahu memberitahu pada dunia kalau dia sudah berubah. Tetapi cemuhan dan kata-kata sinis yang dihadapinya. Ada yang akhirnya trauma untuk berubah kerana dikatakan hipokrit.

Kenapa kita harus mencemuh seseorang dahulunya freehair, sekarang berubah memakai tudung?

Kenapa mahu disindir orang yang dahulunya tidak solat, sudah rajin mengunjungi rumah Allah?

kenapa?

Yang ingin saya sampaikan di sini adalah, kita harus “Menghargai” Perjuangan seseorang untuk mengubah dirinya, dengan memberikan kesempatan padanya untuk memperbaiki dirinya. Berikan sokongan moral, dan dorongan kepada mereka yang ingin memperbaiki diri, memperbaiki hubungan dengan Tuhan dan seterusnya ‘hubungan’ yang kurang harmoni menjadi hubungan yang jauh lebih mesra. Berikan kesempatan bagi mereka yang ingin menjalin kembali tali-tali persahabatan yang telah putus..

Mudah untuk mencari musuh, tetapi sulit untuk mencari sahabat; mudah mencari pasangan hidup baru, tetapi sukar mempertahankan pasangannya sendiri; mudah mencari cinta nafsu, tetapi sulit mencari cinta yang ikhlas; mudah menyalahkan orang lain, tetapi sukar melihat kesalahan sendiri; mudah untuk berpisah, mengapa sukar untuk ‘bersatu’ lagi?

Mudah memberi ‘label’ pada seseorang, tetapi mengapa sukar mencabut ‘label’ yang sudah diberikan?

Bila anda seorang pejuang, maka akan sangat mengerti erti sebuah pengorbanan. Bila anda adalah seorang yang senang berkorban, maka anda akan sangat mengerti erti menjadi ‘korban’ itu sendiri. Apapun pengorbanan dan perjuangan anda, semua itu tidak akan sia-sia… Dan ingatlah, bila orang-orang masih sukar menerima anda, dari sudut lain, pasti banyak yang menanti kebaikan anda.

Yang paling penting, Allah sentiasa menerima segala pengorbanan hambanya kearah kebaikan.

Itulah adalah sebaik – sebaiknya, berubah kerana Allah.

Bila sahabat, pasangan anda yang lalu, tidak dapat kembali disisi lagi, jangan khuatir, pasti masih banyak orang yang ingin menerima anda menjadi sahabat, saudara, ataupun pasangan anda. Jangan menyerah… Tiada seorang pejuang yang mudah menyerah…

Semoga semua orang yang berhubungan dengan kita, akan dapat menghargai perjuangan kita untuk melangkah ke arah yang lebih terang, baik, damai, dan tenang.. Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaiki diri kita yang sekarang.Tidak perlu dengar “apa kata orang” tetapi dengarlah “apa kata hati mu”

Tentunya, mendengar dari kata hati yang tidak akan ‘makan hati’…


"Rasulullah SAW pernah berpesan bahawa tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihani dirinya sendiri. Apa yang dia suka diperlakukan ke atasnya dan apa yang dibenci berlaku terhadap dirinya."

Read more...

Makhluk Halus

Soalan Apakah hikmahnya Allah menciptakan makhluk halus yang boleh melihat manusia sedangkan manusia tidak boleh melihat rupa asal mereka. Dalam masa yang sama makhluk ini memusuhi manusia dan sering menyakiti manusia. Senang mereka memperlakukan manusia kerana mereka dapat melihat manusia. Mengapa begitu, harap Dato' jelaskan.

Jawapan Bukan semua makhluk halus sentiasa mencelakakan manusia. Ada di kalangan mereka yang beragama Islam dan ada yang kafir. Yang Islam kebiasaannya seperti manusia. Makhluk halus yang benar-benar Islamnya tidak akan menyakiti mana-mana makhluk. Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): "Seorang muslim yang sebenar adalah seorang muslim yang akan memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada makhluk lain sama ada melalui lidahnya mahupun perbuatannya." Manusia muslim dengan makhluk halus yang muslim adalah bersaudara berdasarkan Firman Allah dalam al-Quran (mafhumnya):

"Sesungguhnya semua orang mukmin itu adalah bersaudara." Makhluk halus yang benar-benar muslim menjadi saudara kepada kita dan tidak akan menyakiti kita. Bagaimanapun, permusuhan merupakan salah satu sifat yang ada pada manusia dan makhluk halus. Seperti manusia, sesama mereka pun bermusuhan, berperang dan berbunuhan, sifat yang sama juga ada pada makhluk halus. Allah menganugerahkan suatu rahmat yang amat besar kepada manusia dengan mereka tidak dapat melihat makhluk halus. Allah menciptakan suatu 'filter' atau penutup di mata, iaitu pada kebiasaannya kebanyakan manusia tidak dapat melihat makhluk halus.

Jika kita boleh nampak mereka sebagaimana mereka nampak kita, manusia tidak akan senang duduk, sentiasa terancam dan diancam. Nescaya manusia tidak boleh berehat dan jauh sekali hendak tidur nyenyak kerana asyik terlihat rupa-rupa mereka yang menakutkan. Disebabkan kita tidak dapat melihat mereka, maka kita boleh duduk bersenang lenang, berehat dan tidur tanpa sebarang gangguan, meski pun mereka berada di sekeliling kita.

Cuba kita bayangkan, jika sekiranya kita berada di dalam bilik tidur, tiba-tiba ternampak makhluk seperti ular atau pun seperti anjing hitam lari masuk ke bawah katil kita, tentulah kita akan mencarinya hingga dapat. Jika tidak dapat, sudah tentu kita tidak akan nyaman tidur dan mungkin berpindah ke bilik lain. Oleh kerana itu, kita harus faham bahawa dengan tidak dapat melihat makhluk halus dikatakan dikatakan suatu nikmat yang besar. Makhluk halus boleh menyakiti manusia, jangan lupa, manusia juga boleh menyakiti makhluk halus. Manusia takut kepada mereka, jangan lupa mereka juga takut kepada kita.

Malah sebenarnya makhluk haluslah yang lebih takut kepada manusia, khasnya orang-orang yang sangat tinggi darjat ketaqwaannya kepada Allah SWT. Disebut dalam satu hadis, Nabi s.a.w mengatakan (mafhumnya): "Sekiranya Umar al-Khattab mengikuti suatu jalan ke suatu arah, tiba-tiba ada syaitan (makhluk halus) mereka akan bertempiaran lari mengikut jalan lain kerana tidak mahu berjumpa dengan Umar." Dengan berlakunya makhluk halus menyakiti manusia, maka manusia boleh mempertahankan dirinya dengan cara mendekati Allah, memohon perlindungan kepada Allah SWT.

Firman Allah (mafhumnya): "Dan jika kamu ditimpa suatu gangguan atau godaan dari syaitan, maka berlindunglah dengan Allah SWT, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."(Surah al-A'raaf, ayat 200) Firman Allah (mafhumnya): ""Dan jika kamu ditimpa suatu gangguan atau godaan dari syaitan, maka berlindunglah dengan Allah SWT, sesungguhnya Dia lah sahaja yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Fussilat, ayat 36)

Kedua-dua ayat ini membawa maksud yang sama, cuma dalam Surah Fussilat, ada penambahan ayat "hua" atau Dia lah sahaja. Ayat ini Allah memberi penekanan bahawa Allah sahaja yang akan memberikan perlindungan kepada manusia, mempertahankan manusia daripada kecelakaan yang akan dikenakan makhluk halus.

Insan mukmin sewajibnya hanya takut kepada Allah SWT sahaja, bukan takut kepada makhluk halus. Jika kita takut dengan mereka, ertinya penggantungan kita masih rapuh dan perlu ditingkatkan. Ingatlah bahawa manusia adalah khalifah di muka bumi, kita adalah "bos" atau "ketua" atau "pemerintah" yang memerintah alam, semua makhluk di muka bumi termasuk makhluk halus kena patuh kepada manusia.

Inilah yang menyebabkan iblis dengki serta iri hati kepada Nabi Adam a.s kerana Adam dan anak cucunya diangkat menjadi khalifah. Maka dengan itu manusia tidak seharusnya takut kepada makhluk halus. Manusia perlu sedar, manusia diberi kelebihan yang tidak diberikan kepada makhluk halus. Firman Allah (mafhumnya):

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai kenderaan di daratan dan di lautan; dan Kami memberikan rezeki kepada mereka dari benda yang baik baik, serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang Kami ciptakan." (Surah al-Isra', ayat 70) Salah satu daripada kelebihan yang Allah berikan ialah, manusia dapat mempertahankan dirinya dari sebarang gangguan musuhnya termasuknya makhluk halus dengan berpegang dan bergantung kepada Allah SWT.

Wallahu a'lam.

Tuan Guru Dato' Dr Haron Din _______ Dipetik dari kitab : "Menjawab Persoalan Makhluk Halus : Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan - Bersama Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din"

Read more...

Islam itu indah

Bukan susah nak faham... kenapa? kenapa? ikuti siri satu..

Seorang lelaki British datang kepada seorang Muslim dan bertanya, “Kenapa wanita Islam tidak dibenarkan berjabat tangan dengan lelaki?”
Muslim itu bertanya kembali, “Bolehkah kamu bersalam dengan Queen Elizabeth?” Lelaki itu menjawab, “Sudah tentu tidak, hanya orang tertentu sahaja dibenarkan untuk bersalaman dengan Queen Elizabeth.”
Muslim itu tersenyum lalu berkata. “Wanita muslim adalah ratu dan ratu tidak bersalam dengan lelaki asing"

Read more...

Tuesday, August 2, 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Tazkirah di pagi hari... luangkan 11 minit anda...

Syukur itu hak Allah~~
Moga kita sentiasa mensyukuri nikmat-Nya..
Nikmat iman, nikmat melihat, mendengar, makan, minum, bersilaturrahim dll..
Sesungguhnya semua itu hanyalah pinjaman sementara sahaja dari Ya Rabb..
Alhamdulillah, kita masih diberi waktu untuk merasai nikmat berada di bulan Ramadhan yang pernuh berkat ini.

Sama2 kita mencari keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t



Read more...

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Datang Lagi...

⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥

SEMOGA RAMADHAN PADA TAHUN INI MEMBERI LEBIH KEBERKATAN KEPADA KITA SEMUA.....

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...