Friday, December 2, 2022



Assalamualaikum wbt.

Salam Hujung Minggu semua!! Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk membuat coretan.
Kali ini Shida nak mengarang sedikit sebanyak sebagai seorang pemerhati, dari mata ibu dan bapa.

Alhamdulillah kita sudah menerima perkabaran mengenai Kabinet Kerajaan Perpaduan. Namun, perjuangan masih perlu diteruskan dalam apa jua yang kita lakukan. Semangat untuk merubah nasib bangsa adalah terletak pada diri kita sendiri. Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri yang mengubahnya. 

Begitulah Shida yang pernah mengalami waktu remaja, suka explore ke sana ke mari mencari hala tuju hidup. Dan kini masih sama. Kita di bumi ini hanyalah seorang Musafir yang mencari "bekalan" untuk hidup yang kekal abadi di Akhirat sana. Mungkin kita pernah melakukan kesilapan di waktu dahulu, tetapi ia tidak menghalang kita untuk berubah. Sebab tu kalau kita jumpa seseorang yang berperangai tidak baik, kita perlu doakan dia supaya dia berubah. Mungkin hari ini kita lebih baik dari dia, tapi kita tak tahu mungkin pengakhiran hidup dia lebih baik dari kita. Allah nak uji kita samada kita ringan mulut tak nak doakan sesama saudara Mukmin kita.

Sebagai seorang yang banyak mengenal individu di luar sana, saya pasti seseorang ibu atau bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Rezeki anak-anak berbeza. Ada yang bijak, keputusan cemerlang-boleh masuk Universiti ternama dan dipermudahkan Allah swt untuk mendapat pekerjaan yang stabil. Manakala, ada pula graduan yang menganggur lama setelah graduasi. Ada juga yang tak mampu hantar anak ke Menara Gading kerana masalah kewangan dan berpendapat PTPTN hanya menambah hutang. Ada ibu bapa yang tak tahu mana arah tuju anak mereka dan risau jika anak-anak mereka tiada sumber pendapatan apabila mereka sudah menghadap ilahi.

Selain itu, tak kurang juga ibu bapa yang meletak syarat kepada anak-anak untuk habiskan pelajaran sebelum membina mahligai perkahwinan. Semuanya bersebab! Jikalau anak perempuan, pasti ibu bapa risau jika ikatan perkahwinan anak mereka tidak kekal lama apabila berkahwin muda. Selepas itu, siapa yang mahu menanggung anak dan cucu-cucu mereka. Lainlah jika bakal menantu memang sudah mempunyai pekerjaan yang stabil. Tapi tak juga, sebab zaman sekarang apa-apa pun boleh berlaku. Begitu banyak contoh yang berlaku dalam masyarakat kita yang perlu dijadikan iktibar. Anak-anak seharusnya cuba meletakkan diri mereka sebagai orang tua yang telah melahirkan, menjaga, mendidik mereka sejak kecil. Ya, bukan mudah untuk remaja berfikir dari sudut pandangan orang tua mereka. Oleh itu, banyakkan berkawan dengan orang yang lebih matang dan penuhkan circle anak-anak dengan orang-orang yang berjaya.

Baiklah, apa kaitan perkongsian mengenai ibu bapa yang risau akan masa hadapan anak-anak mereka ini dengan GIATMARA? 

Cuba kita tengok di sekeliling kita, apa ilmu yang paling penting untuk kita terus memberi manfaat kepada orang sekeliling. KEMAHIRAN, betul tidak? Dalam kehidupan sehari-harian pun kita memerlukan plumber untuk bantu kita baiki sistem perpaipan, juru elektrik, kontraktor rumah, tukang baiki laptop atau komputer, memasak dan lain-lain. Kemahiran ini jugalah yang menjadi modal buat usahawan-usahawan di luar sana untuk menjalankan perniagaan dan meneruskan kelangsungan hidup. Cinta semata-mata kalau tiada duit pun akan hancur. Duit tak menjanjikan kebahagiaan tetapi kalau tiada duit, isteri dan anak-anak nak makan apa? Memang janji Allah tu pasti. Rezeki semua orang telah ditetapkan. Namun sampai bila nak mengutip pucuk paku untuk bagi anak-anak makan, mereka pun teringin nak makan makanan yang sedap.

Oleh itu, kami dari warga GIATMARA menyeru ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak untuk mengambil Sijil Kemahiran Malaysia yang kami tawarkan di sini demi membantu anak-anak tuan-tuan dan puan-puan agar mempunyai kemahiran berguna yang mereka boleh gunakan untuk masa hadapan mereka. Di GIATMARA, kami menawarkan pelbagai jurusan dan tuan puan boleh menyemak di laman web rasmi kami https://giatmara.edu.my/senarai-kursus/ untuk senarai kursus yang disediakan.

Namun di sini, saya ingin mewar-warkan bidang-bidang yang ditawarkan di GIATMARA Pasir Gudang. Di GMPG, kami menawarkan 5 Bidang utama iaitu:
  • GRAPHIC DESIGN AND ADVERTISING (GDA)
  • TEKNOLOGI FOTOGRAFI DAN GRAFIK (TFG)
  • TEKNOLOGI ANIMASI 3D (TAM)
  • STAGE OF BROADCASTING SPECIALIZED (SNB)
  • PATTERN AND CUTTING GARMENT (PCG)
Syarat kemasukan untuk GIATMARA adalah 3M, iaitu:
  1. Pandai Membaca
  2. Pandai Menulis, dan
  3. Minat
Umur layak masuk GIATMARA adalah dari usia 15 tahun dan ke atas.

Di GIATMARA kita menerima pelatih dari pelbagai peringkat umur. Oleh itu anak-anak dapat belajar dari kawan-kawan yang lebih matang dan belajar berkomunikasi dengan kepelbagaian umur. Mengenai isu buli alhamdulillah setakat ini saya sendiri tidak pernah mendengar isu tersebut di peringkat GIATMARA selaku bekas pelatih di sini malah anak-anak lebih seronok belajar dalam keadaan yang kondusif. Kami juga menyediakan kelas agama untuk pelatih-pelatih di GIATMARA kerana kami percaya bahawa pembentukan mukmin yang cemerlang adalah dari pegangan agama dan amalan ibadat yang sempurna. Jangan risau, untuk Non-Muslim Bumiputera juga kita sediakan pendidikan moral.

Maklumat Tambahan untuk Kursus Rekabentuk Grafik & Pengiklanan (SKM Tahap 3) yang ditawarkan di GIATMARA adalah seperti berikut:

Tempoh Masa Pembelajaran adalah selama 6 Bulan Pengajian + 3 Bulan Praktikal.

Antara Kelebihan-kelebihan yang diterima oleh para pelatih adalah:
  1. Yuran Pendaftaran Serendah RM160
  2. Menerima Elaun Sebanyak RM200 Setiap Bulan.
  3. Kemudahan Peralatan Yang Mencukupi Untuk Setiap Pelajar.
  4. Tempat Tinggal Disediakan Dengan Bayaran Bulanan Mampu Bayar.
Kami menerima pelatih dari seluruh Malaysia. Jika jarak jauh, transit disediakan dengan bayaran bulanan yang rendah. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Begitulah yang kami umpamakan buat pelatih Kami yang datang dari Kelantan, Perak, Pahang, dan Selangor sebelum-sebelum ini. Malah ini menjadi titik tolak untuk mereka belajar hidup berdikari.

Salah seorang pelatih semasa kami berasal daripada Kota Bharu, Kelantan dan sehingga kini menetap di transit untuk sesi pembelajaran. Apabila ditanya kenapa tidak pulang ke kampung, beliau mahu berjimat. Mengenai makanan, pelatih ini yang dikenali sebagai Mad berkata dia selalu masak di transit agar dapat berjimat wang simpanan yang pernah dikumpul sebelum menyambung pelajaran di sini. Apabila ditanya kepada Mad mengenai perancangan masa hadapannya, Mad mahu menyambung pelajaran ke peringkat Diploma di KKTM Rembau dalam bidang Grafik ini. Semoga cita-cita Mad tercapai. Mad menjadikan pusat ini sebagai platform untuk mencapai cita-cita sebagai seorang Graphic Designer Professional dan dia begitu matang dalam menguruskan kewangan dan kehidupannya di GIATMARA Pasir Gudang. Semoga lebih ramai anak-anak didik yang berilmu dapat dibentuk di sini, aamiin..

Akhir kata, jika ada tuan puan, anak-anak yang berminat untuk mengambil Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang grafik, boleh menghubungi nombor 012-407 7520 atau tekan link www.wassap.my/60124077520/daftar_sesi _Julai_GDA



Tuan puan dijemput follow, comment di Official Page Facebook kami: https://www.facebook.com/gda27

Di page tersebut tuan puan, anak-anak boleh melihat hasil kerja dan aktiviti-aktiviti yang pernah dilaksanakan di GIATMARA Pasir Gudang, in shaa Allah ^_^

GIATMARA PASIR GUDANG LOT PTD 147021
JALAN PERMAS SELATAN BANDAR BARU PERMAS JAYA
81750 MASAI JOHOR  

#giatmara #sambungbelajar #grafik #graphic #graphicdesigner #adobe #illustrator #photoshop #printing #pengiklanan #percetakan #education #skm #sijilkemahiranmalaysia #newintake #creative #creativedepartment

Sekian coretan hari ini. Segala yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu juga dariNya tetapi melalui kelemahan diri saya. Wallahualam bissawab.