Assalamualaikum.
Belajar dari kesilapan yang lalu!! Huhu… okey tak? Okey tak entry tajuk ni? Kita tengok isi kandungannya dululah kan.. hehehe..
Walaupun kami hidup dalam kekurangan, kami masih mampu membuat KEK BATIK… HiHihu…. Apa bunyi daa??
Alhamdulillah, kami tiga sahabat (Kak Bella, Zila, & Shahida) Berjaya menyiapkan kek batik malam ni. Setelah melalui keGAGALAN dua hari yang lepas di mana kek batik menjadi kek Moist.. urmm.. dap-dap nyee.. tapi lemau sikit biskut ‘marry’nye sebab terlebih susu and milo.. huhu.. Okey, that’s why we all try buat sekali lagi. Kali ni tambah marjerin and panaskan atas periuk. Bahan-bahan dan cara-caranya ialah…. Jeng jeng jennnggg…
Bahan-bahan Kek Batik Ala-ala hostel
1. 1 bungkus biskut Marry (dipatah-patahkan)Cara-caranya
2. 100gm Milo
3. 1/3 susu pekat F&N
4. 100gm Marjerin
1. Panaskan periuk dan masukkan Marjerin.
2. Masukkan susu dan milo. Gaul rata.
3. Kacau sehingga likat dan tutup suis periuk.
4.Biarkan adunan sejuk sebentar kemudian baru masukkan biskut marry secukupnya. p/s: adunan Milo hendaklah sekadar menutup biskut marry dan tidak terlalu berlebihan untuk elak jadi cam Batik Moist kami yang dulu. Huhu..)
5. Tuang adunan ke dalam bekas. Kalau letak plastic dulu kat bawah untuk alas lagi bagus. Nanti potong kek confirm texture dia cantik. Then, penyek-penyek sehingga rata. p/s: Sesiapa yang duduk kat rumah tu, boleh la alas atas kek dengan plastic and giling guna Alu Lesung. Huhu… terbaeq resultnya ti.. cantikkk je texturenya.
6. Siap!!! ^_^ Selamat mencuba!
Ha, amacam?? Jangan ingat kami duduk asrama tak boleh makan kek buatan sendiri! Hebat tak? Hebat tak? Huhu… Alamak, riak la pulak. Huh, mintak jauh.. erm, erm, selain kek batik, masa kat asrama dulu kami ada buat bubur, agar-agar, or pudding buah, and siap jual ‘goreng-goreng’ lagi. Happy life at campus! Miss that moment! Dah nama pun ambil course keusahawanan kannn, so darah ni dah mengalir dengan darah entrepreneurship!! Huuu… terharu gitu..
Yup, teringat sem tujuh baru ni, kami banyak guna duit sehinggakan duit PTPTN tak cukup. Dengan thesisnya nak kena jilid, ambik lesen kereta, duit makan,and bayar duit exam Malaysian Financial Planning Council (MFPC) nya lagi, memang tak cukup duit tu sebenarnya... Then...
Bermula dengan Nadia a.k.a Kak Ya and Kak Niza yang mengorak langkah mengambil idea Shahida untuk menjual bubur, kami (Shahida, Zila, Kak Su, & Kak Bella) pun menyahut cabaran menjual Bebola goreng. Huhu.. Tapi, jangan ingat kami ni menjual goreng-goreng ni kerja mudah.. banyak cabaran dan persaingan amat sengit tau!
Bawah blok 6 tiap-tiap hari mesti ada je kotak-kotak yang penuh dengan makanan untuk jualan, termasuk lah Nasi Air dan Bihun Sup Kak Ya. =) Jap, salah seorang pelanggan nasi air Kak Ya adalah Shahida. Hehe.. seedap Kak Ya wat ngan Kak Niza. Diorang ni bila dah start niaga, memang gian. Tiap-tiap hari kot jual. Dah sedap dapat pulangan modal and untung kan, diorang tambah pulak produk.. sosej rebus! Ha, rebus tau, bukan goreng… sebab, sebab periuk Kak Ya tak boleh goreng-goreng, ti dia rosak. Walaupun kami dah jadi pesaing, kitaorang still support business kawan2. Ha, camnila kita nak. Barulah orang Melayu boleh maju!
At first Shahida jual sosej, mesti singgah bilik Che Su. Kat sana ada Kak Ain yang kuat makan. Huhu… ibu muda, nak buat camne, redha je la. Then, Kak Marshida, Ummu and Anis pun ada. Diorang-diorang ni la pelanggan tetap Shahida. Che Su banyak sikit pantang larang dia, tak makan susu, tak makan roti2 yang bau susu, makanan goreng-goreng ni pun dia nak yang "dogol" je.. huhu.. means, dia tak suka bebola yang ada serbuk roti warna oren tu, dia nak yang plain nye. Oleh sebab itu, kebanyakan gorengan yang laku untuk che su hanyalah sosej dan popia. Popia sedap tau, resepi Shahida.. hehe.. koya jee.. mudah sangat buatnya.. t kita kongsi resepi popia ala-ala hostel plak ea.. huhu.. insyaAllah..
Nak ceritanya shahida punya marketing, cabaran tau… Dalam Kak Su, Zila, and Kak Su duk sibuk-sibuk bungkus produk goreng-goreng kitaorang cam Bebola Ketam, Udang, Sotong, Nugget, Sosej, Drumstick Ketam, Kerepek ubi and so on, Shahida akan busy mengetik-ngetik jari ni menghantar SMS kepada kenalan-kenalan di UMK bertanyakan siapa yang lapar, kami ada jual goreng-goreng. Huhu.. Ini memang memerlukan kesabaran sebab hanya 4/5 sahaja yang akan balas message on the spot dan hanya ½ sahaja yang akan membeli. Tapi takpe, selain berbusiness, sambil-sambil hantar makanan tu, boleh la kitaorang bertukar-tukar cerita mengeratkan silaturrahim kan, kan.. Huhu… ni la tabiat Shahida yang Kak Su, Zila, and Kak Bella marah sangat. Tiap kali hantar makanan tu, mesti berhenti lama, sempat lagi bercerita! Sabarlah ye kawan-kawan…
Cop, cop, selain hantar message, Shahida pun buat marketing word of mouth dan pergi bilik ke bilik. Cara pemasaran ni memang memerlukan kesabaran dan tenaga sebab kena naik turun tangga. Anyway, this was become my sweet memories with those people. Sweet Senorita Life right…
Okey la, nak dipendekkan cerita, pengajaran yang kita boleh ambil hari ni ialah… “Enjoy your life! Kebahagiaan takkan datang sendiri. Bukan orang senang je boleh hidup gembira. Susah atau senang, kita yang tentukan kita bahagia atau tidak. Think positive! Setiap perkara tu berlaku ada hikmahnya. Kalau kita jatuh basikal tinggal parut kat lutut pun, kena bersyukur. Sebab Allah nak lindungi kita daripada mendedahkan aurat. Kan ke bagus tu? Nampak sangat Allah sayang kita. Itu untuk orang perempuanla kan. So, mulakan hari-hariMU dengan senyuman dan berfikiran baik terhadap orang disekeliling. Husnuz Zon, insyaAllah hati kita akan tenang dan bahagia.”
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment