Saturday, January 29, 2011

Perjalanan hidup ku teruskan

Bismillahirrahmanirrahim

Perjalanan semalam amat memenatkan menaiki bas Shamisha yang ntah apa-apa. Memang lepas ni dah tak curang pada Mutiara. “Oh Mutiara, sudilah kamu menerima diriku ini semula.. Ampunkanlah kecurangan diriku ini, berikanlah peluang kali kedua, sesungguhnya aku takkan mensia-siakan kamu lagi selepas apa yang telah Shamisha lakukan terhadapku.” Hahaha… cam skema je ayat.

Memanglah geram. Janji pukul 8.15 malam akan bertolak dari Pengkalan Chepa tapi 8.30mlm dari PC menumpang bas ke Ipoh. Fuh, dengan bagasi yang besar, beg laptop + kek birthday.. wa malu sih! Naik bas tumpang tu nasib baik berkenalan dengan seorang cikgu dari Sek Men Keb Pengkalan Chepa 1 (SMKPC 1)>> Kak Suzi. Owh, sungguh bersyukur Kak Suzi pun ke timur-Terengganu. Maknanya satu bas.

Then, sampai di Tesco KB dalam pukul 9.00 malam. Fuh, ramai giler orang. Tunggu punya tunggu, 10.30 malam baru bas sampai. Apa ni? Kat tiket 9.30 bertolak dari Tesco! Benci tau! Kalau barang sikit xpela jugak.. ni… huh! Dengan kek kat tangan, nasib la saying duit.. hehe..

Ingatkan dah selesailah masalah bila dah naik bas. Mata sekejap terlena tak hingat dunia, sekejap tersedar. Tengok jam pukul 12.05, buka lagi, malas nak tengok jam, bukak lagi, lagi dan lagi. 1.25pagi, tiba di terminal Kuala Terengganu. Alahai…

A: Sumbat doh!! Guana toh wat kerja gini. Jual tiket ngatuk!

Ada 4-5 orang Chinese yang tiket bertindan. Dah ada pemilik. Tiket diorang warna biru. Shahida punya merah. Saya tak bersalah key.

A: Memang bukan salah awak. Saloh orang jual tiket tu. Kalau nak marah pun lepas ni lah. … blablabla… Doh guana ni? Tokkan sebab awok 3 orang kitaorang nak kena tunggu lama.. ada 2 je tempat kosong lagi.. yang lain tu kena diri la.. heh heh.. & blablabla..

Logikkah nak berdiri selama 3 jam ke Kuantan?

B: naik jelah, lewat doh ni..

Tengah diorang bincang, pak cik driver g blakang…

Shahida: Pak cik, nanti nak berhenti tepi jalan boleh?

D: Boleh. Awak nak berhenti mane?

S: Beserah.

D: Oh, jauh lagi. Eh, kita dok lalu situ, lalu kot highway sungai ular.

S: Ha? Terus ke Kuantan? Okey.

Okey? K.O! Siapa nak ambil Shahida nanti kat terminal tu? Sedihnya.. budgetla kalau sampai 4.30 pagi, siapa nak ambil??!!!

Selepas perbincangan kat luar tadi habis, naiklah diorang dengan seorang@2 yang kena duduk tanpa seat. Tak pasti sebab tengah pening dengan masalah negara.

Dah cancel Mak De janji nak ambil kat tepi jalan.

Pejam celik, pejam celik.. sampai kat Dungun bas berhenti turun makan, pejam balik, celik..katne dah ni? Dah dekat kot.tunggu, tunggu, dan tunggu.. terlelap balik. Eh, dah kat simpang pergi Balok, dah dekat ni.. jap2..jalan ni..aa..pasni..berapa mi..nit laaa…gi..ni?.. terlelap balik! Ish, mate2… Tiba2

“Kuantan, Kuantan!!” Ops, dah sampai. Hmm, biarlah diorang turun dulu… Aik, kenapa sikit je yang keluar? La, bas ni nak gi Temerloh pulak ke? Aiseyman. Silap percaturan. Turun. Jam! Hm, pukul 5.30pagi. Tolong!!! Camne nak mintak tolong mak cik ni? Tunggu jela sampai pagi. Owh, seronoknya mak ayah jemput diorang, diorang dan diorang tu… Akhirnya call umah atok, please mak cik.. Terima kasih ya Allah. Mak Cik kerja. Bolehla tolong ambil on the way pergi Taska.

6.38 pagi “okeyla Mak Tih, kite macam nampak kereta Mak Cik.”

Handset masuk poket. Eh, silap kereta. Bukan. Tunggu lagi. Myvi ke tu? Lip Lap Lip Lap lampu side kanan bagi signal. Mak Cik kot. Tepon.

“Assalamualaikum, mak cik ke tu?”

“Waalaikummussalam. Mak cik la ni.”

“ Owh, okey! Jap ea kita datang.”

“Okey!”

Shahida pun menuju ke kereta Myvi tersebut.

‘Ek, tak pakai tudung? Biar betol Mak Cik ni!’ sambil terus menarik bagasi besar + kek mendekati Myvi.

‘Eh, bukanlah, macam cina je’ jap, tengok betol2 dulu..

‘Hmm, ma.cam.Ci,na.sung.guh!” Ya Allah, salah orang! Malunya.. Aiseyman.. confuse2..

“Assalamualaikum, Mak Cik kat mana?”

“Waalaikummussalam. Mak Cik kat rumah atok lagi ni”

‘Hah? Kat rumah atok lagi? Aduhai, camnelah boleh salah bina ayat tadi.. mesti Mak Cik pun jadi salah tafsir soalan… ahaks! Padan muka! Lain kali tanya tu biar terang! Hahaha.. gelakkan diri sendiri.

“Tunggu mak cik kat Alamoda. On the way dah ni”

“Okey!”

Wah, malunya, malunya….sambil menarik bagasi tu sepanjang tepian terminal menuju ke Alamoda. Alamak! Sunyinya kat sini. Ya Allah, selamatkan hambamu ini.

…tunggu…tunggu…dan tunggu…

Akhirnya! Pergi beli makanan dan tiba di Taska…

Faikah a.k.a Ika

Ariyan a.k.a Riyan

Qaseh

Melayan tiga kanak2 dalam likungan 2 tahun ni.. suke2…

Ika banyak mulut tapi malu2 sikit.. Kakak pun malu! Huhu.. seronok jugak main dengan diorang… main kereta vs robot transformer. Haha.. dulu masa kecik2 tak dapat main..

Datang lagi seorang..

Baby Affan

Affan takut dengan orang. Mula2 jela… pastu, okey dah. Tapi dia tak nak orang lain dukung. Mak Tih Tik je yang boleh. Ala, comelnya dia senyum. Manis! Eh, buah apa dalam botol Affan tu? Kismis? “Mak dia la tu isi.” Kata Mak Tih.

‘Oh, mesti nak anak dia bijak ni. Dah ajar minum serat2 berkhasiat dari kecik.’ Bagusnya kalau ada kajian yang tepat.

Then, kitaorang main masak2. Masak ikan..haha.. ada lada benggala sekali..

“Riyan, potong ikan ni, goreng..” kata Shahida member arahan kepada si kecil.

Riyan pun berlakon memotong patung anak ikan emas tu. Then, Masukkan dalam kuali. Huhu..

“Riyan, teko mana?”

“Ni..” sambil tunjuk Jag air. Hihihi..

“Bukan, teko yang tu..”

“Yang ni?” dengan suara polos budak2..

“Aa..betol. Riyan buat air teh ya”

“Riyan masak air.” Kata Riyan.

“Okey.”

“Hey!” Riyan sound Qaseh.

“Qaseh, jangan kacau abang main.” Mak Tih bersuara.

“Eh, Qaseh nak apa ni? Meh sini kat kakak”

Beberapa minit kemudian..

“Air dah masak” kata Riyan.

“Kakak nak air teh”

“Nah” sambil mengunjuk cawan mainan.

“Terima kasih. Tu, Ika nak jugak.”

“Ika nak milo..” Ika berkata. Riyan unjuk satu cawan yang dituang dari Jag. Hehe, ada beza tau!

“Nah, biskut.” Riyan hulur kat Shahida.

“Kakak makan..” kata Shahida sambil pura2 makan.

“Nah, Riyan separuh” Shahida unjuk kayu biskut tu kat Riyan.

Ngap. Berlakon. Huhu..

Then diorang sambung main kereta, rebut2 kereta antara Ika-Riyan-Qaseh. Adoai, Qaseh Nampak je kecik, tak nak mengalah, suka usik barang abang dia, Riyan. Diorang sepupu kot tapi dua2 jadi anak angkat mak sedara diorang. Hm, taklah sunyi kehidupan kanak-kanak diorang kan. Eh, bila besar dah xley sentuh2.. rambut kena tutup.. Muhrim tetap muhrim.. Alahai, boleh jadi novel camni..huhu…

“Ni apa? Dinasour.” Shahida mengajar. Dari bab warna, perbezaan besar kecil, atas bawah, dan segala benda yang ada dalam buku tu.

“Riyan nak kapal terbang”

“Ni apa?” tanya Ika.

Itu, ini, itu, ini… tapi Riyan tetap..

“Riyan nak kapal terbang”

“Kalau nak naik kapal terbang, kena jadi pilot” kata Shahida. ahaha. Benarkah teori itu?

“Riyan bawak kapal terbang ni” sambung Shahida sambil tunjuk gambar Mickey yang tengah pandu kapal terbang tu.

“Boleh.” Kata Riyan.

“Ika duduk kat belakang” Ika gelak..

“Kakak pun nak ikut kat belakang boleh? Riyan bawak kapal terbang.”

“Boleh!” ahahaha, sukanya saya. Riyan comel!

Okey, time to rest. Qaseh tidur, diikuti Affan, Shahida dan siapa ntah lagi.. hehe.. Penat tu.

Jam 1.30 tengah hari.

Amir

Adam

Ifa

Ifa kakak pada Adam. Amir tak ada pertalian darah pun. Ifa dan Adam ibarat Yasmin dan Jojo je. Umur diorang pun beza 2 tahun. Adam paling lawak.

“Adam, jangan kacau Abang” kata Mak Cik kepada Adam yang sedang mengusik Amir yang sedang bermain lego.

“kacau tu apa” ?!!

“Macam mana Adam pergi sekolah, kacau pun tak tahu”

“Dia budak bandar” jawab Shahida. Fakta okey.

“Adam belajar apa kat sekolah?”

“cikgu ajar 1,2,3,4,6,7…” haha…

“Ha, cikgu ajar macam tu? Mak cik nak tanya la cikgu Adam, betul ke dia ajar macam tu.. 1,2,3,4,6,7.. mana hilang 5 nya?”

“Dia memang kira macam tulah kat sekolah Mak Cik.” Kata Ifa si kakak.

“Mak Tih, kenapa baby jalan macam ni?” sambil merangkak sebab dia tengok Affan merangkak.

“Adam masa kecik pun jalan macam tu” kata Mak Tih.

“Taklah, Affan jalan macam ni…” sambil merangkak membuat bulatan.

“Adam jalan macam ni..” sambil berlari pusing2 keliling Amir.

Ya Allah. Memanglah otak budak2.. ligat betul! Huhu… Muka Adam dahla chubby. Geramnya… Kakaknya pulak kurus je… muka amatlah kiut! Besar nanti mesti cantik. Sopan je kakak Adam ni…

“Affan tak pergi sekolah la” kata Mak Cik.

“Bukanlah. Baby tak pergi school.” Ahaha… Adam, Adam…

Akhirnya petang merempuh traffic jam, beli bunga untuk hiasan majlis tunang Eira di Small Garden. Next SSF tapi parking penuh. Balik…

Kat rumah atok, Shahida keluarkan buah Delima khas untuk Atok dari Kelantan sebab tak sempat beli apa-apa untuk atok kat Padang hari tu.

“Meh sini nak koyok” kata Mak Cik. Shahida hulur pisau dan pinggan selepas disuruh. Delima tu besar sangat.

“Hm, tawar.” Lepas Mak Cik dan Atok rasa delima tu.

“Atok, ni pisang salai dari Padang”

“Rasalah mok” kata Mak Cik.

“Mu beli delima ni berapa?”

“3 RM10 tok”

“Sini pun sama..”

“Mu beli mana ni?” tanya Mak Cik.

“Kat Kelantan je”

“Ceh, ingatkan dari Padang. Beria aku ingat dari Padang.” Ahahaha.. tak kata, tak kata…

“Mak Cik, ni kain sulam dari Padang”

“La, duit Mak Cik beli suruh mu belanja kat sana”

“Uih, cantik sulam dia…” Wah, rasa dihargai kejap..ahaha.. Terima Kasih Husniyah! Niyah yang tolong pilih tu masa kat Bandara Minangkabau. Huhu…

“Atok, kita ada beli keropok kulit kerbau untuk mok, kalau atok nak, kita nak tinggal separuh”

h, tak payah la. Atuk bukan makan pun.”

“Ha, kalau mok mu tak nak makan, senang je.. sorang je mu boleh bagi. Mu tau sape?” tanya Mak Cik memberi cadangan.

“Pak Longmu la. Suka makanan pelik2 ni…” dah jangka. Hehe.. dulu Pak Long pernah makan telur apa ntah yang ada kaitan dengan kuda something… ehehe..

Petang, jumpa Eira kat umah atok kebetulan dia nak ukur baju, kecek sikit2, pasang2 telinga pasal majlis tunang dia, then dah malam. Mak Long dan Pak Long tiba dari Keratong. Tolong create blog untuk Mak Cik. Tak sempat complete blog, Syafiza datang menjemput.

Okey, dah sampai rumah! oH YeAH!! ^_^

Along dah tidur. Awalnya.

“Angah, kek siapa ni?” tanya Syafiza.

“Birthday adik bila?”

“Bulan 2”

“Tau, berapa haribulan? Lupe..” hehe..kakak apa la camni..

“Kek adik ke? Lambat lagi”

“Syafiza, tolong bukak jap kek tu, nak ambik gambar”, saje je berdalih. Memang dia pun yang macam budak tak cukup umur merengek-rengek mintak kek setiap kali call rumah.

Shahida pergi cari kamera. Manalah kamera ni??

“ahaha.. Kek kite la Ngah” kata Syafiza.

‘Happy Birthday Along, Angah, Achik, Atih, ~Adik~’

Tulah yang tertera atas kek. Sukanya adik saya! Angah sayang korang!

“Ambik gambar guna phone la, kamera Angah dah tak cantik gambar dia.” Hmm, bilalah nak beli DSLR? One day la tu.

“Benda apa dalam beg tu?” tanya mak. Confuse kot tengok besar sangat. =)

Ada la mak..hehe… saje je nak suruh mak tertanya-tanya.

Bukak bagasi besar tu. First, selipar ayah.

“Ayah, muat tak ni?” sambil hulur kat kaki ayah. Sian ayah asyik pakai butt je sebab kaki Ayah gout tak surut2 bengkak.

“Hahaha..muat2..”

‘Alhamdulillah’, selama ni beli baju, selipar raya untuk ayah selalu tak muat.

“Untuk mok mu takdok ke?”

“Ada, jap.. ni ha mok, selipar Bata yang mok nok tu..”

“Saiz 5? Kaki mok besor la”

“Dia panjang sikit je mok, kita ukur dah. Kaki kita pun lebih.”

Mak sarung selipar ke kaki. “Molek dah ni”

‘Okey la tu’ Mak Happy, Ayah Happy, Mak Cik Happy, Atok Happy, Adik Happy. Okey la tu! Alhamdulillah… Saya suka bila orang sekeliling saya bahagia. Seronok, puas! Tapi, Mak Na.. mintak maaf, tak sempat waima nak beli tudung dari Kelantan pun untuk Mak Na. Lain kali ya.

“T-shirt Angah banyak beli saiz L, kecik la pulok.. hmm, aritu 1 jam setengah je, mana sempat nak belek2.. “

“Ih, keciknya!” kata ikah a.k.a Atih.

“memang Angah sengaja beli kecik satu.”

“Boleh bagi Amin”

‘Betul!’

Akhirnya buka laptop, tunjuk gambar2 kat Padang for mak, atih & achik, tulis entry nih, dan nak masuk tidur! Huhu… Tak sabar nak jumpa Amin & Jojo. Esok diorang pergi rumah Batu Hitam. Mak Andak pun cuti sekolah dah ni. Bolehla main puas2 dengan adik2 tersayang ni.. ^_^ Hmm, kalau bawak kek esok, mesti riuh mulut Amin. Rindunya…

p/s: Kek kena tunggu semua ada, baru makan! Umi duduk Batu Hitam sebab esok dia nak jaga Amin & Jojo.. Hello, Angah pun nak main dengan diorang key.. hehe.. tengoklah camne esok..

2 comments:

  1. lol cian nye....x apa x lain kali jgn ambik shamisha..jgn ngis2 ye....saya suruh hmmm selamat kan

    ReplyDelete
  2. kte nk gmb y de kte 2...kte xde pn gmb 2..=(

    ReplyDelete