Fuh, penat pun belum habis selepas Misi ke Padang, tiba2 dapat undangan memenuhi kuota pergi Kem Pemikiran Kreatif Nur Al-Falah... wah, tak berhenti berjalan... jelez kakak i! Takpe Along, nanti kita ada duit, kita pergi jalan2 satu family ea... kat sana dapat group semua dengan pangkat adik2, tak biasa la nak gelar diri kakak, beza pun berapa bulan je kan..hehe.. perasan 21 lagi padahal dah masuk 22, yela.. birthday pun baru lagi kan... ^_^ koya sekejap! em, kat kem ni berkenalan dengan adik2 dari USM Kubang Kerian and UMT... antaranya ialah Hanif, Sam, Farhana, Yuyu, Atiq, & Ayu... tak ketinggalan rakan satu universiti ikhwan, sya & Rina... hmm, kem ni amat membina, membincangkan tentang pendidikan, ekonomi & politik negara.. sO, dapat la sedikit sebanyak gambaran tentang isu2 semasa negara... oh, tak lupa, program ni walaupun banyak membuat perbincangan, kerana fasilitatornya yang amat sporting iaitu Abe Zul & Pok Din, suasana amat memberangsangkan untuk kami meluahkan pendapat masing2... Abe Zul siap wat lagu lagi sehingga mengganggu konsentrasi group2 lain..hehe... sian group lain x dapat join... ingatkan nak nyanyi ramai2 depan diorang tapi xdek majlis penutup pulak... lagunye berbunyi rumusan untuk kami:
GEMILANG
Tersedar aku dari tidur lena
Memikirkan masa depan negara
Hala tuju dan juga usaha
Kita sepakat mencapai cita-cita
Pendidikan kita harus dijaga
Ekonomi negara kita cakna
Politik yang semangat membara
Agar kita bersatu.... SEMUA!!!!
c/o: Bersama-sama
Kita berganding bahu
Saat gemilang akan tiba dan
Kita melangkah bersama (2x)
Lagu ni berdasarkan lagu Ella.. perasan tak lagu "bersama-sama...." tu... ha, lagu tu la.. ala, lupa la tajuknya... mula2 tengok cam lagu UNIC je..hehe.. sebab lirik dia yang mula2 tu cam lagu Atas Nama Cinta "Tersedar aku dari terlena dibuai lembut belaian kata cinta..." hihi... seb tak salah pitching masa nyanyi ari tu... Anyway, kem ni amat memberangsangkan pemikiran dan memberi kesedaran terhadap isu2 semasa dalam negara serta matlamat yang masih perlu diteruskan oleh rakyat negara ini untuk mencapai kemajuan yang lebih pesat di masa akan datang.... salah satu langkah yang paling baik yang dapat kita aplikasikan sekarang ialah membina network antara senior dan junior supaya generasi akan datang lebih berjaya pada masa hadapan... di Universiti, kita boleh bertukar2 nota dengan adik2 junior... membuat sesi taaruf dengan mereka di awal kemasukan agar mereka dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan senior2 seterusnya mampu membina network antara mereka. Selain itu, setiap pelajar harus jelas dengan sistem pengiraan PNGK supaya mereka tidak hanyut dengan "honeymoon" mereka.... mereka harus diberikan panduan agar lebih memikirkan cara untuk bersaing di pasaran pekerjaan yang semakin sengit pada masa kini...
fewwit!!!
ReplyDelete