Tuesday, January 25, 2011

Kenangan Maktab


Assalamualaikum…

wAaa…waA… sobsobsob.. sedihnya baca entry seorang blogger ni >>>ukhti Adawiyah. Teringat kembali kenangan kat Maktab jugak!! Walaupun Shahida tahu blog ni budak2 Maktab tak tahu pun kewujudannya kecuali kawan2 rapat. Shahida tak rapat sangat dengan rakan2 kat Maktab, especially lelaki, tak pandailah nak bergaul dengan diorang. Maybe sebab berbeza gender menyebabkan Shahida malu kot. Kenyataan itu amat benar! Huh, pemalu la konon! Betul la! Bila tengok orang bersahabat dengan lelaki berlandaskan kayu pengukur 'sahabat', Shahida pun nak bergaul dengan diorang tapi mulut ni kaku sangat. Miss communication betollah! Ayat rekaan sendiri, entah betol ke tidak.

Pagi tadi lalu kat sebuah sekolah selepas menghadiri sebuah ceramah technopreneur, “Shahida nak jadi kecik semula macam ni boleh?” soalan dituju kepada Devi yang setia duduk kat sebelah masa dalam bas tu.

“Shahida, ko nak jadi kecik, ko jadi macam cerita ‘I Shrunk the Kids’ tu”, jawab Devi.

“Ala, Shahida nak jadi budak2 semula la, jadi kecik camtu buat apa.. Shahida nak jadi macam, erm, macam cerita apa tu.. Ha! Cerita Conan tu, kan best!”

“Ko jadi kecik macam filem tu pun okey apa, ko boleh tengok kehidupan serangga”

“Tak nak la Devi, tak best! Jadi budak kecik baru best!” dalam hati Shahida terfikir, kalau lah masa boleh diundur, Shahida nak jadi kanak2 yang riang gumbira bersama kawan2, cari banyak pengalaman yang seronok2 sebab Shahida tak ada modal bila nak bercerita dengan kawan2. Sedihnya! Walaubagaimanapun, Shahida still bersyukur, happy sebab Allah anugerahkan sahabat2 yang selalu ceriakan hari2 Shahida tak kira walau ke mana Shahida berhijrah mencari ilmu. Alhamduillah, Segala puji bagi Allah.

Kisah persahabatan masa kecil amat sedikit bersama rakan2 sebaya, walau ada, kenangan yan manis itu hanyalah kenangan bersama arwah aki. Aduhai, rindu dekat Allahyarham. Tiba2 pulak teringat kat Aki. Moga Allah mencucuri roh Aki, amin. Al-Fathihah.

Okeyla, balik semula pasal al-kisah kehidupan Maktab @ MRSM Kuantan.

Kisah bermula ketika Shahida & kawan2 tengah lepak2 kat belakang padang sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Beserah (SMKB).

“Shahida, ko dengan Zati dapat masuk MRSM!! Marliana pun!” jerit Fatin Nadhirah dengan muka sugul.

“Aku, Shayuni, Tiqah tak dapat…” sambung Fatin lagi. Fatin baru je pergi cek result dengan Izzati.

“Ala, sedihnya, kenapa yang lain tak dapat?”

“Syarat MRSM 7A & 8A je..”

“Nape Tiqah tak dapat? Kan ke tiqah 8A jugak?”

“Maybe sebab ujian kecenderungan kot.”



________________________________________________________


Dan akhirnya, kami di sini, MRSM Kuantan. Tiga orang sahabat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Beserah. Perjalanan dari Beserah ke MRSM Kuantan just ambil masa 20 minit perjalanan je. Masa tu tumpang Izzati dengan family dia sebab ayah naik motor, tak muat nak bawak barang.
Hari pertama agak kelam kabut sebab bilik yang Shahida dapat tu, pelajar lain semua tak lapor diri. ‘Malam ni takkan nak duduk sorang?!’ hati kecil mula ketakutan. Dah la tempat baru! Aiseyman!

“Shahida, ko duduk kat compound aku je la, ada katil kosong,” kata Izzati. Kami satu blok G sebab daftar sama-sama tapi Marliana datang lewat, so dapat blok F.

So, nak dipendekkan cerita, lepas perjumpaan satu blok, Shahida pindah masuk bilik Zati. Tapi… kenapa manusia2 kat situ macam tak ada perasaan pun… tak tegur pun kita… Hmm, biarlah! Tidur lagi bagus, penat sangat hari tu. Then, hari demi hari, Shahida kenal seorang demi seorang roomates dan compoundmates Shahida; [Hafnee, Lina, Aida 'da ketua, Shahida] 1 bilik, [Min, Fiza, Farahin Razak, Nisa] 1 bilik, [Farahin Kahar, Miss x] 1 bilik, [Aida Yusof, Izzati], erm, sape lagi sorang ye.. alamak, lupa! Nanti kita tanya Izzati ea.. hehe

Note: takut lupa nak bagitau. Hafnee tak dapat tahan homesick, lepas seminggu, dia tukar sekolah, then Yana datang untuk intake ke-2, Yana duduk katil Hafnee. Aida da' Ketua dan Nisa pulak pindah balik Maktab kesayangan diaorang, MRSM Serting. Farahin Razak pun pindah sekolah. Tempat Aida takde pengganti, katil kosong & that's why bilik Shahida menjadi 'keseraman' jugakla bila ada katil tak bertuan. Tempat Farahin Razak diganti oleh Tiey dari Terengganu. Tempat Nisa pulak pun kosong. Misteri Miss x masih belum terungkai. Aduhai.. siapa ye? Hmm, sebelum terlupa juga, kami adalah penduduk compound GENOVIA! oH yEaH!

Dalam masa seminggu orientasi tu macam2 kitaorang buat dan lalui, ada pertandingan Nasyid, pertandingan sukan mengikut rumah, persembahan senior dan banyak lagi. Yang paling tak boleh lupa, waktu tu Izzati tengah ‘homesick’. Menatang apa tu? Dulu pelik jugak dengan bahasa Inggeris ni, rumah sakit? Apa kejadahnya? Maksudnya rindu rumah la tu.

Aiseh, boleh pulak Izzati buat muka sememeh masa senior buat persembahan malam tu. Takpela, biar dia tenang dulu. Dahla suasana tengah gelap. Bahagian depan pentas je yang diberi sedikit pencahayaan. Izzati melayan perasaan. Tiba-tiba.. teNG, teneNG, TEneng, teneg, TEneng, teneng, Tenennnnnggg… trenenenenG!..

‘Huh, APAKAH?’

Owh, lakonan pantomin ke? Buat suspen je. He he he.. Shahida pun tengok la gelagat senior2 atas pentas tu, ada 3 orang ninja turtle tutup muka pakai kain pelekat, seorang terbaring atas lantai bertutup selubung dengan kain pelekat jugak, tergedik-gedik je orang tu dalam kain pelekat tu. Perempuan ke kat dalam tu? Takkan lah pulak! Eh, apa yang diorang bertiga tu buat? Dok geletek2 orang yang tengah baring tu apa hal? Huh, kes skodeng ke tu? Ni bukan setakat skodeng, ni dah tahap meraba ni. Terkuis sana, terkuis sini! Orang dalam kain tu pun tergedik2, macam suke je.. he he he. Tiba-tiba datang seseorang berkopiah dengan temannya memegang lampu suluh… ah sudah, Ustaz tu.. jeng, jeng, jeng!! Makin dekat, makin dekat, dan dekat!

“Hoi, korang buat apa ha? Skodeng ea?” Terkejut ninja2 tu. Apa lagi, larilah diorang! macam tak cukup tanah lari.. Hahaha.. padan muka, sape suruh skodeng anak dara orang!

Ustaz dapat tangkap seorang, “IGATTTTT!!!!” jerit si Ustaz sambil dia dan temannya memegang seorang satu kaki si penjenayah, diheretnya. .. Hahaha rupa2nya Ustaz berkopiah datang nak cekup budak2 bertiga tu skodeng budak perempuan! HAHAHA… dengan kuatnya Shahida gelak tak hingat dunia! Izzati pun berpaling… Ek? Kuat sangat ke Shahida gelak? Lantaklah, lawak sangat.. Hahaha.. Izzati pun memfokuskan pandangan kearah pentas.

Ustaz tu kejar lagi budak2 tu dengan pengikut2 dia.. bertempiaran lari baki 2 ninja turtle tu! Dapat satu lagi…

“Igattttt”…. Hahaha… igat tu tangkaplah kan..

Dan seorang lagi, “igattttt” HAHAHA…

Tiba2 kedengaran hilaian tawa izzati pula bergabung. Hahaha… Shahida memang tak tahan nak gelak. Semua senior2 turtle tu kena heret ibarat diorang daun pelepah kelapa je. Then, persembahan habis! Terkedek2 seorang senior lelaki yang berselubung kain pelekat tadi. Lucunya cara dia lari! Hahaha, gelak lagi!

“Hahaha… Shahida, aku tengok tak lah lucu sangat lakonan tu, ko je yang lebih. Aku tengok kau gelak, aku pun nak gelak. Kau tau tak, ko gelak sampai kakak kat depan ni pusing kat ko! Hahaha..” ish3x, kuat sangat ke? Ops, tutup mulut! Hehehe..

“Ops, tak sengaja la Zati! Lawak sangat!” dengan gelak yang tertahan-tahan Shahida membalas kata2 Izzati. Ha, baru boleh gelak kawan aku sorang ni. He he he.. Okey la tu!


..................to be continue..................



Huh, dah nak tidur! Kita sambung lagi Episod Kenangan di lain hari. Jangan lupa di waktu yang sama.. He he he.. pukul 1 lbh dh ni kot.. Nyte sahabat! Moga esok lebih baik dari hari ini. Assalamualaikum.

3 comments:

  1. Whoa sumpah aku dah lupe semua ni. Macam mana ko boleh ingat????

    ReplyDelete
  2. amboi, bercerita zaman skolah plk dia kan..hahaha..anyway, kelakar boleh

    ReplyDelete
  3. hehe... mende lawak zatiey, nak2 masa tu mmg ko homesick giler2... Shahida pun xtau nk wat cmne dah.. ko miss nenek ko the most kan time tu... then, bila ko tgk persembahan pun dah xdek perasaan, seb baik at last ko gelak tgk shahida gelak, xdek la monyok je muka tu... huhu...

    ReplyDelete