Tuesday, February 2, 2010

Cara-Cara Berukhwah

Tips-Tips untuk kite amalkan, insyaAllah;
  • Senyumlah - kerana senyuman akan menghilangkan prasangka. Seringkali kita prasangka terhadap saudara yang sukar melemparkan senyuman. Senyumlah, bukankah ia satu sedekah. Tidak rugi melemparkan senyuman kerana ia akan membina satu ikatan yang baru. Dari senyuman, orang tidak takut untuk mendekati kita. Allah suka kepada umatnya yang menyambung silaturrahim. "Selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak boleh mencari sahabat, dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari" -Saidina Ali

  • Sebarkanlah salam - jika kamu ingin dicintai maka sebarkanlah salam.

  • Ziarah - ziarah akan menyebabkan seseorang bertambah rapat terutama apabila seseorang itu sakit atau ditimpa musibah

  • Hadiah - saling bertukar hadiah akan mengurangkan sengketa

  • Khabarkan cintamu - ana uhubbuki fillah (saya sayangkan kamu kerana Allah)

  • Saling bersalaman ketika bertemu - dua sahabat yang bersalaman ketika bertemu akan menyebabkan syaitan menangis kerana dosa keduanya akan berguguran...

wallahuallam... sama-samalah kita beramal... ^_^



No comments:

Post a Comment