Saturday, January 30, 2010

Apabila...

Apabila kau ingin bersahabat,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan 1 kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya.

Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan 1 keburukan,
Kau akan membencinya.

Andai kau ingin sahabat yang satu,
Jangan kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya.

Andai kau ingin sahabat,
Terimalah dia dengan seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa...

Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna...
Tiada yang biasa-biasa menjadi
Satu yang sempurna

Tapi bersahabatlah kerana Allah
Bersahabatlah kerana aqidah Islam
Bersahabatlah kerana kita saudara fillah
Yang sama-sama dinaungi Islam

Allah telah berpesan
Innamal mu’minunal ikhwah
Sudah jelas pesanan
Kita semua bersaudara sedarah...

Jadi sahabatku,
Bersahabatlah kerana Allah
Kerana kau dan aku
Hanyalah seorang Abdullah

Maafkanlah kesilapannya kerana
Kau juga banyak silap

Berlapang dadalah sahabat
Kerana itu serendah-rendah ukhwah

Marilah sahabat marilah temanku,
Kita pupuk persaudaraan
Kerana Ar-Rahman Ar-Rahim

No comments:

Post a Comment