WeLcOmE...

Kepada pengunjung blog ni, terima kasih kerana memberi sokongan.. walaupun saya baru berjinak-jinak dengan blog, moga saya dapat membawa manfaat kepada kita semua dan berkongsi pengalaman sebagai seorang muslim, anak, kakak mungkin, dan juga sebagai pelajar... mungkin ini adalah peluang untuk saya membantu adik-adik di luar sana yang masih mencari-cari apakah impian masa hadapan mereka. saya bukanlah sehebat pakar motivasi, tapi berminat untuk berkongsi pengalaman bersama orang luar... sekian, salam perkenalan dari saya... ^_^

Sunday, February 21, 2010

Minggu Lepas...

Minggu yang memenatkan...
Orang balik kampung bercuti, kami AJK2 KARNIAWAN bekerja. Tapi ada juga yang curi tulang.
Tapi banyak juga pengalaman yang dikumpul. Salah satunya dengar talk dari Rosyam Nor. Wah, Rosyam Nor!!! Bukan datang promote filem tau, tapi berkongsi pengalaman sebagai usahawan dalam industri seni. Tapi, satu la bagus Rosyam Nor ni, dia tak pernah dedahkan family dia kat public kan... Satu iktibar saya ambil dari pengalaman Rosyam, JANGAN LUPA BAYAR ZAKAT! Ha, nak tahu, Rosyam pernah ditawarkan menjadi pelakon pembantu Anna & the King tapi... sebab terlalu excited menunggu keputusan ujibakat, dia terlupa bayar zakat untuk diri dan family dia pada Ramadhan tahun tu. Cerita ini hanya untuk iktibar. Doctor Nan pun cakap macam tu. Bayarlah zakat dan insyaAllah pintu rezeki kita akan dibukakan.

Surah al-Baqarah ayat 261 adalah antara ayat suci al-Quran yang popular dalam membuktikan kelebihan bagi mereka yang bersedekah. Allah berfirman yang bermaksud: Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir dan daripada setiap butir, tumbuh pula 100 butir benih. Allah melipatgandakan ganjaran bagi sesiapa yang yang dikehendakinya. Allah Maha Luas Kurnianya lagi Maha Mengetahui.


Lepas tu, habis KARNIAWAN, join Flying Start.. Fuh, memang tak berehat...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...