Saturday, February 25, 2012

Diari Latihan Industri

Bismillahhirrahmanirrahim…

Assalamualaikum saya ucapkan kepada pembaca2 blog ni.. Yang Shahida tau yang akan singgah sini biasanya izzati, fareha, che su, dan sakinah… OLLa semua.. huhu… eh, jap2, skrang ni ada pembaca baru, Encik Azmi gamaknya, risau gak nak menulis, takut dia report kat boss. Tappiii, takpe la, kitaorang gang satu pejabat. Encik Azmi pecah rahsia, xnak kawan, huhuhu…

Alhamdulillah hari ni diberikan kesempatan di mana Shahida terbuka hati nak buat entry baru.. huhu.. [actually dah karang lama, tapi xdek masa nak post, huhu..]


Seminggu lagi berlalu untuk latihan industry di Seri Kembangan dilalui dengan penuh suka, duka, gelak, tawa, dan muram durka.. ahaks!! cam intro cerita sedih je.. Yelah, manusia hanya ingat waktu suka2 je, waktu sedih yang datang sekali sekala tak pernah la pula kita mengambil pengajaran dan peringatan di masa hadapan.


Alhamdulillah setakat ni Allah tak pernah bagi ujian yang Shahida tak dapat lalui. Risau juga suatu hari nanti, tapi kita manusia hanya mampu merancang dan berdoa untuk kesejahteraan di masa hadapan. Doa kan senjata Mukmin! Kalau orang Barat-Einstein boleh kata ;

“Imagination is more important than knowledge. For knowledge is limited to all we now know and understand, while imagination embraces the entire world, and all there ever will be to know and understand.”
Then, for us, imagination or visualization kita adalah D.O.A… Doa adalah kekuatan umat Islam. Moga kita selalu mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah s.w.t. insyaAllah. Shahida nak petik sedikit nukilan email by Irfan Khairi untuk renungan;

Imagination juga boleh disebut sebagai gambaran dalam fikiran kita. Oleh kerana manusia adalah insan yang merealisasikan cita-cita melalui gambaran, imaginasi adalah langkah pertama dalam mencapai kejayaan.
VS

Tiga langkah untuk mengasah imaginasi kita:

  1. Bayangkan sesuatu yang kita inginkan sekerap yang mungkin (pagi, petang, siang, malam)
  2. Bayangkan sesuatu yang kita inginkan dengan penuh teliti & detail (sekiranya mempunyai rumah idaman, bayangkan jenis rumah, berapa tingkat, halaman besar mana, apa ada di halaman, apa ada di dalam rumah)
  3. Bayangkan sesuatu yang kita inginkan dalam jangka masa yang lama (simpan bayangan tersebut didalam kepala untuk lebih daripada 30 saat. Lebih daripada 1 minit sebaiknya)

Ha, amacam?? Fikir2 dan renung2kan.. hehe, cam ayat Encik Azmi la plak kan..

Huh, actually hari ni nak cerita pasal life Shahida 3-4 hari ni.. huhu.. cam happy, tapi then hati tak tenang.. entahla, banyak sangat berserabut dalam otak ni..

Key, hari Khamis 16 Februari adalah janji pertemuan Shahida dan Syai...

Ya Allah ya tuhanku, tak pernah terbayang Syai sebenarnya nak bawa Shahida ke suatu tempat yang tak pernah terfikir punn. At First kitaorang menuju ke Damansara dari Seri Kembangan, sesatttt…. Ahaks! Nasib baik Syai tak malu bertanya. Macam2 tempat kami singgah. Dari stesen Minyak, Kedai Cina jual Gingseng, Kedai India jual bunga mangga pemujaan dia, hehe.. memang satu Malaysia betul la… Syai ajak makan kat Restoran Jom Cari Makan tapi just sempat minum air je, nasi Monggolia yang Syai puji2 sedap tu terpaksa dibungkus sahaja.

Tiba ditempat yang Syai nak bawak, orang dah main tarik2 tangan dengan Syai, katanya nak bawak jumpa someone yang dah buka hati dia. Shahida orang pertama tahu, wah bertuahnya!! Tappiii… ish, segan kot.. apa la Shahida, cam Syai nak kenalkan jodoh untuk dia pulak. Huhu, bukan apa, riaksi Syai tu cam ada something hidden agenda je.. huhu..

“Ni la tempat kerja Syai..”

“Oh..” tu je yang terkata.. Wah, ramainya orang..

“Sha cakap nak tau Sya buat kerja apa kan? Nilah office Sya..”
Dalam hati.. ‘Wow, ada office…’

“Jom masuk..” ajak Sya. Shahida pun ikut je..

“Sha duduk kat sana” kata Sya lagi. Yelah, masa tu tak tau apa-apa. Innoncentnya kamu Shahida.. hmm..

Okey, Shahida pun mengambil tempat…

‘Alahai Sya ni, mana dia ni, tinggal aku sorang-sorang. Jangan tinggal sorang-sorang Amin, ahaks.. tiba-tiba teringat kat Yasmin pulak’ Shahida bermonolog sendiri.

Ah sudah, tempat apa ni? Oh, ada ceramah ke? Ceramah agama… Bagusnya kawan aku ajak datang tempat-tempat camni. Alhamdulillah.. Huhu, tengok intro la, memang Islamik gilerr, sekali… hmm, akhirnya, meleset tanggapanku! Preview MLM rupanya. Ada terbaca, orang kata MLM ni a.k.a “Masuk Lewat Mampus”. Huhu.. ntah la kat mana benarnya.

Malam tu nak balik sesat lagi. Kami dah la berdua, atas jalan raya malam2 buta.. huh, Yakin! Yakin dengan Sya.. Entah berapa kali kami berhenti tanya jalan. Nasib baik Sya nekad, kalau tak?? Tidur kat lebuhraya la jawabnyaaa.. huhuhu..

Itu cerita hari Khamis. Malam Jumaat pulak boss ajak tengok wayang. Boss mintak Zila pilih cerita apa nak tengok. Kitaorang discuss-discuss then pilih cerita Chronicle. Entahla cerita apa, kitaorang pun tengok preview kat Youtube.. cam menarik jee..

Eh, kenapa boss belanja wayang?? Hahaha.. mana tidaknya, muka Kak Bella dan Zila dah macam cekodok basi time key-in data syarikat.. huhu.. sian diorang. Alhamdulillah kerja Shahida mudah sikit mencari tempat-tempat menarik, sumber pengiklanan dan salin contract… Tapii, tunggu la minggu depan apa pulak yang jadi..

E’eh, berbalik pada wayang, mula2 memang bosan, sekaLi dia punya ending, ambik ko… Boom sana, BiNG sini, Pung sana, Pung sini.. ahakhak… sound effect ntah apa2 la Shahida ni.. memang dahcat kot diorang dua cousin tu berlawan. Kesian kat Hero, last2 mati sebab badan dia dah kena control dengan Parasit Asing.. uhukhuk.. sedey, sedey…

Wargh, sebelum wayang, Encik Boss kita dah janji nak belanja kami dan Encik Azmi makan. Namun begitu, Shahida dah lahap ¾ Popcorn kot dalam wayang tadi… Huh, boleh pulak dapat nasik penuh dengan pelbagai jenis lauk atas meja. Dan, dan, kami pun dipaksa makan sampai penuh perut. Nasib baik tak pecah perut tau! Cuma effectnya esok pagi kami bangun, semua melaburr.. huhu…

Boleh pulak sebab nak bagi kami habis makan, Encik Boss bukak ayat sedih…

“Makannn, ingat orang yang tak dapat makan kat luar sana tu” kata Encik Boss.

Dan dengan selambanya Shahida menambah..

“A’ah, ingat kat India tu, orang kutip nasik dalam longkang untuk makan” huhu.. muka Shahida relaks je jamah nasi depan mata..

“Pandai betul Shahida pilih cerita tengah makan ni” kata suara mana ntah.. hehehe.. antara Kak Bella, Encik Azmi atau Encik Boss.. huhu.. Lantoklaa.. tadi suruh makan sangat. Nak hargai nasi kann.. Tappii… memang pun. Orang lain kebulur kat luar sana, kita kat sini tidur kekenyangan..

Bersyukurlah dengan apa yang Allah dah kuniakan..

Okey, cerita sampai kat situ je hari Jumaat. Hari Sabtu pulak.. penat, penattt.. sehari suntuk dengar ceramah MLM. Masa balik perut lapar, tapi tahan je la Shahida.. Maggi ada kat bilik.
Wah, rezeki Allah, tak bagi makan maggi selalu kannn, nasi lemak Zila ada lagi, lahap je la.. huhu.. Sian Zila, pasal malam tadi makan kenyang sangat, hari ni cirit-birit. Sabar la Zila..

Ahadnya pulak. Janji nak jumpa pukul 11 pagi, tapi pukul 11.15 pg baru Shahida siap. Hehe.. ampuuunnn kawan2… lepas subuh tak tidur, ngantuk.. tidur semula, sebab tu la lambat, hehe.. Devi dah membebel, Naza dah sampai, Kinah pun pukul 9 dah keluar ke jalan TAR dengan adik dia, Najwa dan kawannya Fatin. Fuh, dah panjang tulis ni, dialog pun kurang. Sian korang penat baca an.. Okeyla malam ni Shahida cerita serba ringkas je sebab dah ngantuk. Huhu.. lain kali kita imbas dialog2 menarik ea.. hehe.. Dipendekkan cerita, Ahad tu kami round Mid Valley area PC Fair dan MPH jeee lepas main Bowling.. Huhuhu… Shahida ingatkan dah menang main Bowling dengan mata 111. Rupa2nya at minit terakhir, Abang Yash maju dengan strike dan mengumpul 112 mata.. Huhu.. Hebat ego lelaki kan.. Nngak bisa kalah di tangan cewek.. hehe… Dan apa yang membahagiakan, Shahida terselamat daripada belanja diorang Basket Robbin’s.. huhu.. tapi abang Yash tak belanja pun selaku pemenang.. tak aci ni, tak aci.. Devi, ti nak tuntut tauuu.. huhu… Tak jemput kahwin ti, siap!

Hari ni pulak Shahida bekerja dalam dilemma. Uhukhuk.. hati betul2 tak tenang. Berserabut! Tak sangka Kak Lily pun ada masalah. Patutla office macam tak bernyawa je petang tadi. Huhu.. lagi2la Encik Boss ada hampir 6 jam dari 8 jam kami kat office. Huhu.. parah, parah..siap dengan meeting dan latihan sebagai operater by Cik Nabila.. huhu.. Then, waktu dia hilang tu bukan tanpa sebab. Rupa2nya dia pergi beli pokok untuk hias office. Power betul la boss ni. Hari tu beli ikan laga, hari ni beli pokok pudding, esok apa pulak dah la.. lama2 office pun jadi rumah lengkap dengan peti sejuk tv, penimbang bagai lagi.. hahaha.. rak yang kak Bella mintak pun tak dapat lagi.. tengokla camne ti, huhu..

Key, dah ngantuk. Cau Cin Cau.. Assalamualaikum w.b.t.

Wassalam dan Maassalamah! Ceria2 seLaLu, Senyum Sokmo!! ^_^

3 comments:

  1. panjang benar cerita kamu nie shahida.....
    sampai ngantuk dibuatnye.....
    Report LI jgn wat pjg2 mcm nie....
    hahaha......
    dah nak g tido.....

    ReplyDelete
  2. e'eh, tak la zati.. syai kelentong je time tu.. huhu..

    ehem, ehem, en azmi sedap mengutuk saya nampak... huhu.. xdek masa la nk wat byk2 entry.. compile je semua skali.. hehe

    ReplyDelete