Wednesday, February 29, 2012

Balas Dendam! Boleh gitu??

Assalamualaikum kawan2, ^_^

Wah, tajuk entry cam kejam je kan... Hmm, bukan apa, petang tadi pendam perasaan lawan kata dengan Kak Bella and Encik Azmi.. Yup, tajuk sebenar entry patutnya;

PERNIAGAAN VS SYARIKAT

Tak puas hati ni, petang tadi lawan2 kata ngan diorang, last2 shahida cari maklumat kat internet wat sejuk ati, then cakap sorang2, diorang bukan nak dengar.. wek!! =p

So, di sini Shahida nak copy and paste maklumat yang dapat dari laman web ni..

Ni dia isi2 penulis........ . . .

Mungkin anda tertanya-tanya kenapa agaknya saya membawa tajuk ini. Tak kurang jugak yang memandang sinis tentang kepentingan mengetahui beza antara kedua nama diatas. Perlu ke kita bincangkan berkenaan perbezaannya?? nampak macam sama aje. Anda rasa macam mana? sama atau tak sama.

Memang kalangan kita bila ditanya berkenaan dua nama diatas akan mengatakan bahawa kedua-duanya sama sahaja dan tiada beza. Hakikatnya saya ingin nyatakan di sini, keduanya TIDAK SAMA dan terdapat perbezaan ketara bila di praktikkan dua nama di atas dalam dunia perniagaan di negara kita MALAYSIA.

APA YANG BEZA SANGAT tu??

Berikut saya senaraikan beberapa perbezaan ketara antara SYARIKAT dan PERNIAGAAN di Malaysia :

BEZA.1 : Syarikat merujuk kepada samada Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau Berhad (Bhd.) MANAKALA Perniagaan merujuk kepada samada Milikan tunggal atau Perkongsian.

BEZA.2: Syarikat didaftarkan di SSM bahagian pendaftaran syarikat (kini di Plaza Sentral, Kuala Lumpur Sentral) MANAKALA Perniagaan didaftarkan di SSM bahagian pendaftaran perniagaan di tingkat 16, The Mall, Kuala Lumpur.

BEZA.3: Pendaftaran Syarikat jauh lebih mahal dan rumit MANAKALA Pendaftaran Perniagaan jauh lebih murah dan senang.

BEZA.4: Syarikat yang ditubuhkan wajib melantik syarikat setiausaha (yang diketuai seorang setiausaha) dan syarikat juru audit (yang diketuai oleh minimum seorang auditor) MANAKALA Perniagaan tidak perlu.

BEZA.5: Syarikat wajib mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) dan menghantar laporan tahunan beserta akaun diaudit setiap tahun kepada SSM MANAKALA Perniagaan tidak perlu.

BEZA.6 : Syarikat tertakluk kepada AKTA SYARIKAT 1965 MANAKALA Perniagaan tertakluk kepada AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956

Dan banyak lagi perbezaan lain antara kedua nama yang dari segi luarannya nampak sama, akan tetapi dari segi praktikalnya di Malaysia keduanya ibarat langit dengan bumi. Cukup jauh perbezaannya.

oKey, ni maklumat 1, t kita kongsi maklumat 2 plak yup... Semoga dapat memberi manfaat kepada semua. sLamat maju jaya! Maassalamah! ^_^

No comments:

Post a Comment