Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah hari ni masih diberi peluang untuk bernafas. Hari ni nak berkongsi sedikit sunnah untuk pedoman kita semua...
Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (4:59)
Ayat di atas mengingatkan Shahida kepada Izzati, hehe... peristiwa paling tak boleh lupa, pasal kami berbantah pasal gosok gigi tu adalah sunnah nabi. Masa tu memang Shahida takdek bukti, rasanya risalah ni dah banyak tersebar sekarang. Kalau tak silap, dalam iklan ubat gigi Mukmin pun ada. Alhamdulillah, walaupun sunnah tu kecil, moga ia membawa manfaat kepada kita. Shahida ada terbaca dalam majalah Anis, Rasulullah S.A.W sentiasa menggosok giginya setiap kali mahu solat dan sebelum tidur. Amalan menggosok gigi sebelum tidur tersebut adalah tanda Rasulullah mengingati mati. Kita tak tahu bila masa kita akan tiba. Rasulullah juga sempat menggosok gigi sebelum baginda dijemput ke Rahmatullah. Diriwayatkan juga bahawa Rasulullah suka memulakan gosokan gigi dari bahagian tengah. Wallahualam. Kalau ada masa, nanti Shahida kongsikan risalah tu...
No comments:
Post a Comment