Saturday, November 12, 2011

:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

Thursday, November 10, 2011

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

*Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

**Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

★ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. "Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali (1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh (3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". ~Surah Al-'Asr.

Wednesday, October 26, 2011

Jangan Cari Salah Orang! Support Each Other is the BEST way!!

A boy was born to a couple after eleven years of marriage. They were a loving couple and the boy was the apple of their eyes. When the boy was around two years old, one morning the husband saw a medicine bottle open. He was late for work so he asked the wife to cap the bottle and keep it in the cupboard. The mother, preoccupied in the kitchen, totally forgot the matter.

The boy saw the bottle and playfully went to the bottle and, fascinated with its color, drank it all. It happened to be a poisonous medicine meant for adults in small dosages. When the child collapsed, the mother hurried him to the hospital, where he died. The mother was stunned. She was terrified how to face her husband.

When the distraught father came to the hospital and saw the dead child, he looked at his wife and uttered just four words.

What do you think were the four words?

The husband just said "I Love You Darling"

The husband's totally unexpected reaction is proactive behavior. The child is dead. He can never be brought back to life. There is no point in finding fault with the mother. Besides, if only he have taken time to keep the bottle away, this will not have happened. No
point in attaching blame. She had also lost her only child. What she needed at that moment was consolation and sympathy from the husband. That is what he gave her.

Sometimes we spend time asking who is responsible or who to blame, whether in a relationship, in a job or with the people we know. We miss out some warmth in human relationship in giving each other support. After all, shouldn't forgiving someone we love be the easiest thing in the world to do? Treasure what you have. Don't multiply pain, anguish and suffering by holding on to forgiveness.

If everyone can look at life with this kind of perspective, there would be much fewer problems in the world.

Take off all your envies, jealousies, unwillingness to forgive, selfishness, and fears and you will find things are actually not as difficult as you think...!!!

Friday, October 21, 2011

The 100th Post! ^_^

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia!! aHahaha... tetibe je...

Wah, dah lama tak menge"post", rindu rasenya...
Alhamdulillah masih diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk terus bernafas di muka bumi ini.
Alhamdulillah juga, baru lepas makan nasi yang Kak Ya and Kak Niza jual. Sedaap jugak.. ^_^ Sekarang ni semua orang nak berniaga.. Yela, zaman kemelesetan di tahun akhir pengajian. duit PTPTN tulah nak buat belanja, beli buku, ambil lesen, yuran pengajian, bayaran Graduation night dan macam-macamla...

WAh, dah 6bulan lebih berlalu selepas Final Exam Sem 6, masuk sem 7 dah jadi Super Senior!! hehe.. tapi apa yang hebatnya kalau junior pun tak hormat kita.. hmm, Allah tu Maha Adil.. tengok la macam mane nanti..

Actually banyak yang nak kongsi tapi kerana kekangan masa disebabkan Thesis, pertandingan Business Plan Start-Up, Entrepreneur Visit dll just nak cerita sedikit la apa yang dah dilalui dalam beberapa bulan ni...


Semester ni memang berbeza sebab bilik kami dah kehilangan Devi, sekarang dapat roomate baru, adik junior-Hakimah.

Awal2 sem memang fikir tak nak aktif dalam apa2 program tapi tup2 minggu pertama dah terlibat dengan Pesta Konvo UMK... jadi AJK Sukaneka tu awak.. huhu... nak cerita lebih lain kali deh... masa tu jugak Aten join KOSISMA, dapat la jumpa di tanah Kelantan ni.. ^_^ lepas jadi AJK, kitaorang main Innorace plak... mencari pengalaman terakhir bersama rakan2. sem depan dah terpisah buat praktikal di tempat masing2 then konvo baru jumpa...

Then minggu2 lain hidup cam biasa sehinggalah Shahida join Katty dan adiknya Yusri ke Konvo kakak mereka di UUM, Sintok Kedah. Pengalaman menyeronokkan walaupun di tengah2 keluarga Katty... Berkenalan dengan Kak Siti Mariani a.k.a Kak Ni yang sempoi.. Anak2 sedara Katty yang nakal... Yaya dan Irfan...

~

"Cik Jah!!!!" jerit Yaya setelah ternampak kelibat Katty.

"Yaya!!!" Katty pun terus angkat and peluk Yaya..

"Sayang Yaya!" kata Katty.. dipeluk, diciumnya budak tu. Happynya!

Then muncullah Irfan dengan muka 'nerd'nya.. haha.. jangan terpedaya dengan muka Irfan tu, dah kenal baru tau.. hehe.. maaf Kak Jah, ngutuk anak sedara kamu...

Irfan amatlah nakal, dalam kereta kalau Yaya @ Irfan tak tidur, jangan haraplah dunia akan aman. Teringat satu scene Irfan merajuk..

"Yaya, bagi air kat Irfan sikit." kata Kak Siti @ Che Ngah merangkap Mama budak2 ni.

"Tak nak" Yaya buat muka tak bersalah. Yelah, Yaya baru pulih semangat menangis sorang2 dalam kereta lepas bangun tidur sebab kami pergi makan kat warung.

Irfan buat muka sepOsen. Jebik.

Katty pandang Irfan tanpa belas kasihan dan berkata sambil tersengih2 "Aku rasa tak kesian pun tengok muka Irfan ni Che Ngah. Dah biasa. Dia buat la macam mana pun.."

Irfan dengar je sambil mencebik. Air mata mula bergenang. Kuasa Allah, budak 3 tahun semua benda dia dah pick-up. Irfan berpaling kepada Mama dia.

"Tak baik mu Jah, terasa diaa.." kata Che Ngah.

Yaya mula kesian kat adik dia..

"Ipan, nah!" sambil hulur air. Yaya menghalang pengedaran aircond ke belakang. Yusri a.k.a Pok Yie dia dah kepanasan kat belakang.

Irfan merajuk. Buat tak tahu sambil tekup muka di bahagian sendal tangan dan menggeleng.

"Yaya, takpela adik tak nak. Sian Pok Yie tak kena aircond." kata Che Ngah.

"Tak nak. Yaya nak bagi air kat Ipan." jawab Yaya.

"Yaya pulak masalah.." kata Che Ngah.

"Eh, Yaya, ada air lain la. Mama lupa Mama dah beli air untuk Ipan. Yaya duduk ya.."

Yaya pun angguk faham dan kembali duduk dekat Cik Jah dia..


~~

Yang tak boleh blah nya time Ipan duduk belakang kereta dan menyembur Cik Jah nya..

"Che Ngah! Apasal walaupun kereta mu ni ada bumbung tapi aku rasa macam ada air hujan??" ha ha ha.. apa daa...

~~~

Pergi Jeram Linang. Tapi maaflah kata, tak berapa enjoy sebab banyak perkara berlaku. Mana tidaknya, ayam busuk, perjalanan panjang (tapi nasib baik singgah Machang beli KFC murah tepi jalan.. haha.. ada jugak KFC jual kat gerai.), mandi sekejap je, hujan, makan malam asing2... argh.. tak yah cerita pun takpe.

~~~~

Itu je?? BetOL!! Hari2 lain busy dengan assignment, assignment, assignment! Selagi PPTA ni tak masukkan data dan di analisis. Memang lah tak boleh bergerak.. Kemudian, Shahida teruskan perjuangan dalam subjek elektif Financial Planning lagi... Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah hambamu ini, Moga rajinlah hambamu ini belajar..

Wah, teringat malam sampai di Kelantan selepas cuti semester.

Ada ke patut pak cik bas tu bagi saya task pergi beli sabun basuh di 7Eleven pagi2 buta dalam pukul 6.15pagi.. SabOr je laa...

E'eh, ni dah rewind ni.. hehe..

Yelah, sepanjang cuti semester ditemani baby baru.. Baby Syafie!!! aLaaa adik AnGaH Busyuk2... tembam! Comel! macam Kakak Amin dengan Abang Jojo dia dulu.

Tahun ni beraya sakan Shahida dengan Fatin. Kami buat 6 jenis kuih raya. Yang tak boleh tinggal ialah Tart Nenas! Kali ni Tart Nenas memang nostalgik punya.. adunan pertama kami buat, jem Nenas tertinggal di rumah sedangkan proses mengadun dan memasak semuanya di Batu Hitam. Alih2 masa adik balik rumah nak pergi ambil Jem, hujan lebat. Argh!! hilang 2 tenaga pekerja dan kami terpaksa teruskan usaha dengan 3 tenaga pekerja sahaja; Shahida, Fatin, Umi. Syafiqah dan Syafiza memang dah terkandas terus kat rumah. Mak tak bagi redah hujan. Tapi, diorang demam jugak lepas tu. hehehe...

Hari2 seterusnya kami buat biskut Dahlia, Chipsmore, Almond Snow, Almond London, dan Kuih Nestum. Wah, cayaLah! ^_^

Tahun ni jugak Shahida jahit langsir baru untuk rumah. Warna Coklat kegemaran ku... Sarung kusyen pun baru warna biru ikut warna bunga langsir. Tahun ni raya makan satay segar dan sedap! Manis! Cukup rempahnya! Persediaan awal, tak macam tahun2 lepas. Tidur pun awal dalam pukul 2 lepas kemas2... cuma ada la jugak suatu yang menyedihkan di akhir Ramadhan.

Peristiwa tu menyebabkan Shahida berbuka tanpa selera.. Gas dapur habis. Kedai banyak tutup. Lampu dapur rosak. Macam mana nak masak dalam keadaan gelap! Kami pun angkat meja makan masuk rumah. Gas dah ada, tapi kepala pulak pendek! Dapur tak nyala jugak.. last2 lauk kami akhir Ramadhan lepas hanyalah daging satay yang di celup tepung... tak sempat nak masak.. tu pun adik masak daging satay tu awal.. kalau tidak?? minum air je la jawabnya... tragis2...

Tapi Alhamdulillah tahun ni dapat join kawan2 sekolah Menengah dulu pergi konvoi beraya. Naik Swiff baru Farahin tuu... kami; Shahida, Lela, Marliana, Atiqah, Annisa, Farahin, Afif beraya sakan ke rumah Shamsul, Hafshahiela, Marliana (berhenti solat), Amirul/Cikgu Hasmah, Cikgu Azifah (cikgu math kitaorang dulu), Shahida dan lastly rumah Afif 3 pupu ku tu dan bertemulah dengan Mak Ngah dan Ayah Wi yang selama ni tak pernah bertemu 4 mata.. hehe..

Friday, September 2, 2011

Kisah Emak

Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudianJam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Cikgu...

*gambar hiasan

cikgu ajoi

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai. Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”. Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?
Taufik : Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri)
Cikgu Ajoi : Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?
Taufik : Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..
Cikgu Ajoi : Takpe-takpe Taufik,cakap jer..
Taufik : Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam. Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid. Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut. Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”. Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : Dian ada abang di sekolah ini?
Dian : Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3
Cikgu Ajoi : Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?
Dian : Baik Cikgu, nama panjang saya ialah… Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN
Cikgu Ajoi :@$%^%

Mengesan Pelaris

Sebelum keluar rumah:

Fatihah
Ayatul Qursi 1x
Quraish 1x



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
2. (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),
3. maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Yang Menguasai Rumah (Kaabah) ini,
4. Tuhan Yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.
Al-Ikhlas 3x
Ayat penggerak 3x(Bismillahillazi....wa huwassami' ul a"lim)


Keluar rumah melangkah kaki kanan sambil membaca doa keluar rumah (Bismillahi Tawakkal....Azim)

Semasa sampai di kedai atau majlis:

Quraish 1x
InnALLAHa Qawiyun Aziz 3x
Ayat pengerak 3
Masuk dengan kaki kanan ke dalam majlis. Jika ada petanda seperti loya, pening dsb, itu adalah petanda yang tempat tersebut mempunyai pelaris.
Mengikut pengalaman perawat2 islam, jika ada sihir di dalam makanan, pinggan atau cawan akan pecah. Cuba amalkan untuk kesejahteraan bersama. InsyaALLAH ALLAH beserta kita yang sentiasa ingat padaNya.

WALLAHUALAM..

Monday, August 22, 2011

Iklan Sahur

Di suatu pagi yg buta (sahur time) :

Mak : Alim bangun lim. makan sahur nie.
Alim : masih menarik selimut & bertanya pada mak nya. ''MAK BUAT HO.. HO.. HOLICK ERK ???''
Mak : HO...HO...HOTAK engkau...Bangun cepatttt!!!

p/s :Sabda baginda SAW : “Makan sahur ada keberkatan.Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur. ” :Hadis riwayat Ahmad.

…............................♥#♥
….......................♥#####♥
….................♥#########♥
…............♥############♥
............♥##############♥……………..…♥##♥
.........♥#################♥…………♥######♥
.......♥###################♥…….♥########♥
.......♥####################♥…♥##########♥
…….♥#####################♥############♥
………♥#################################♥
………..♥###############################♥
…………..♥#### RAMADHAN KAREEM #### # #♥
…………….♥#########################♥
………………♥######################♥
………………..♥###################♥
………………….♥#################♥
……………………♥##############♥
………………………♥###########♥
………………………..♥#########♥
………………………….♥#######♥
……………………………♥#####♥
……………………………..♥###♥
……………………………….♥#♥
…………………………………♥
…………………………………♥
……………………………….♥
……………………………..♥
……………………………♥
…………………………♥
……………………….♥
…………………….♥
………………….♥
………………♥
………….♥
………♥
……♥
…..♥
……♥………………….♥…♥
……….♥………….♥…………♥
…………..♥…..♥………………♥
……………….♥………………..♥
…………….♥……♥…………..♥
…………..♥………….♥….♥
………….♥
………..♥
……….♥
………♥
………♥
……….♥
…………..♥
……………….♥
……………………..♥
………………………….♥
……………………………♥
……………………………♥
…………………………♥
…………………….♥
………………♥
………….♥
…….♥
…♥
.♥………………………..♥….♥
♥……………………..♥………..♥
.♥………………….♥…………….♥
..♥……………….♥………………♥
…♥………………………………♥
…..♥…………………………..♥
……..♥…………………….♥
………..♥……………….♥
…………..♥…………..♥
………………♥…….♥
…………………♥..♥
………………..…♥

Suka info ni.. ^_^

Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.

Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.

"Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?"

Apabila ditanya, jawabnya…

Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.

Haa.. sahabat nabi kreatif kan (◕‿-) .. Anda pon kena kreatif kalau nak berniaga..Teruskan berfikir secara kreatif dan pasti anda akan dapat lihat keajaiban dalam jualan anda :D Anda seorang peniaga tetapi adakah anda berjaya menjadi usahawan ?

Peniaga tidak semestinya berjaya menjadi usahawan tetapi usahawan terdiri daripada mereka yang juga menjalankan perniagaan.

Seorang usahawan yang berjaya berkebolehan untuk membuat orang lain percaya kepada idea-ideanya dan juga mempunyai kepercayaan diri sendiri serta karisma untuk menjual idea-idea tersebut.

Ada di antara usahawan yang mencari dan mewujudkan idea mereka sendiri dan ada juga di antara mereka mewujudkan personaliti untuk menarik perhatian kepada diri mereka. Oleh itu usahawan yang berjaya patutlah menjadi seorang yang bijak bercakap dan seorang pendengar yang baik, ikhlas dan boleh menerima pandangan orang lain.

Menurut David Mc Clelland, seorang usahawan boleh berjaya sekiranya mereka bersifat inovatif dan kreatif, berani mengambil risiko, percaya pada diri sendiri, sanggup bekerja kuat, berilmu dan boleh merancang dan menetapkan objektif dan tujuan serta bertanggungjawab didalam segala yang dilakukannya.

Seorang pengurus yang menjadi usahawan mempunyai tiga tugas penting iaitu;
* Dia mempunyai kebolehan untuk mencari peluang yang ada disekelilingnya untuk diri dan juga syarikatnya.
* Dia berkebolehan untuk mengenalpasti sumber-sumber yang ada dan diperluaskan untuk mengambil peluang yang ada.
* Dia boleh menentapkan satu objektif yang realistik untuk membolehkannya mengguna dengan baik sumber-sumber yang ada tadi untuk merebut peluang yang terbuka.

Kesimpulannya seorang usahawan amat peka melibat dan menghidu peluang untuk diciptakan serta diterokai sebagai dibidang keusahawanannya.

Justeru itu adakah anda juga memiliki sifat tersebut? Tepuk dada tanya selera, jujurlah dengan diri sendiri!

Sunday, August 14, 2011

•´✿◕ LAWAK BINATANG BERSAHABAT ~♥✿.¸¸


LEMBU: Hai anjing, apa kabo? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
......
LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi 2 orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing! pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu..

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la...manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"


jom sama2 fikirkan sejenak dn selamat beramal..(ditujukan khas pada saudaraku seISLAM)


Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa

"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja; apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya,

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya".
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Firman Allah s.w.t,

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".
(Surah Zumar: 9)


Kesimpulannya:

Apakah ada antara sahabat sekalian yang telah melakukan perkara yang membuatkan anjing tadi tension?

Kalau ada, jangan buat-buat lupa pada malaikat di kanan dan kirimu. Kalau still gatal nak buat juga, ada caranya, (sedikit nak kongsi ni.. cara yang tak berdosa.. khas buat pasangan yang belum nak kahwin.. hehe) Nak tahu?? Pergilah merantau ke seluruh alam semesta, cari tempat yang tak dapat dilihat Allah, tempat yang tidak diketahui Allah.. Then, buatlah apa korang nak..

Kalau tak dapat cari, sedarlah, HUKUM Allah menantimu di akhirat.


Sedikit tambahan;
Saudari kaum Hawa yang dikasihi, jom ramai-ramai kita tutup aurat. Pelihara diri yang tak sempurna ini.. Pelihara hati yang selalu lalai ini.. Kelak, apabila ditanya oleh Tuhan, tentang apa yang telah kita lakukan pada tangan, kaki, rambut, tubuh..
Apakah yang akan kalian jawab?
Apakah ini jawabnya? Kami telah perlihatkan tubuh pinjaman dariMu ini untuk tatapan para ajnabi.
Maka, sanggupkah kalian, menjadi salah seorang penghuni Jahanam?
Lantas, apa tindakan yang kalian perlu lakukan?
Ingat..
MATI tak menanti TAUBAT kita..


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda,

"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya". (H.R. Muslim)

Jangan pula menjawab seru tak sampai lagi.. kerana Al-Quran telah mencatatkan firman Allah;

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Al Ahzab : 59)

fikirlah, hayatilah, sedarilah.. kemudian, kita sama bertindak menjadi WANITA SOLEHAH.

Wallahu'alam.


credit to; sutera hikmah. ^_^

Uwais AlQarni

Assalamualaikum, sedikit perkongsian yang shahida ingin kongsikan di mana hasrat menggunung tinggi telah shahida tanamkan semenjak di MRSM bahawa nama ini akan shahida berikan untuk keluarga suatu hari nanti. Semuanya bermula dari kisah yang diceritakan oleh Ustaz Hariz di dalam kelas ketika Shahida di tingkatan 4. Kata Ustaz, Uwais seorang yang makbul doanya dan dia merupakan wali Allah, wallahualam. Dan sejak itu Shahida mencari, dan mencari apakah kisah hidup Uwais sehinggakan doanya dimakbulkan Allah.. Moga dapat kita ikuti bersama ketaatan Uwais terhadap ibunya sebagai iktibar di Bulan Ramadhan yang berkat ini, insyaAllah...

Nabi Muhammad s.a.w. pernah meminta Saidina Umar dan Saidina Ali r.a. agar berjumpa dengan Uwais al-Qarni di Yaman. Tujuannya hanya agar dua orang sahabat Baginda itu meminta kepada Uwais al-Qarni agar mendoakan mereka agar diampunkan dosa oleh Allah. Apakah rahsia besar kelebihan Uwais al-Qarni hingga Rasulullah s.a.w. mengangkat namanya begitu tinggi dalam sejarah kemuliaan seorang insan?

Uwais al-Qarni ialah nama kecil di sebuah perkampungan di Yaman. Dia menghidapi penyakit kulit (sopak). Suatu hari ibunya yang sudah tua berhasrat untuk menunaikan haji di Mekah. Sebagai keluarga yang miskin tentulah mustahil baginya untuk membeli atau menyewa unta untuk dijadikan pengangkutan bagi perjalanan yang amat jauh itu. Namun sebagai anak yang meletakkan ibunya di singgahsana hatinya, dia tidak sesekali berkata tidak. Dia berjanji kepada ibunya untuk memenuhi hajat ibunya yang sudah uzur itu. Walaupun, dia tidak mampu mencari kenderaan untuk perjalanan yang jauh itu, Uwais menggunakan sedikit wang yang dimilikinya untuk membeli seekor anak lembu.

Dibuatnya sebuah kandang di atas bukit. Pagi, dia akan mengendong anak lembu itu turun untuk diberi makan. Petang, dia akan mengendong anak lembu itu ke atas bukit untuk disimpan di kandang tersebut. Cukup 8 bulan, besarlah anak lembu itu.


Apabila tiba saat yang sesuai, Uwais berkata ibunya, “wahai ibu, bolehlah kita mula berangkat ke Mekah kerana musim haji tiba tidak berapa lama lagi.”
“Habis Uwais, di manakah kita akan mendapatkan kenderaan untuk ke sana?” tanya ibunya.
“Jangan bimbang wahai ibuku. Saya akan mengendong ibu di bahagian depan saya dan barang bekalan di belakang saya.”

Terkejut si ibu mendengarkan jawapan si anak. Demikianlah besarnya tekad Uwais demi ibunya. Rupa-rupanya dia membeli lembu dan mengendongnya naik dan turun bukit adalah sebagai latihan jasmani agar dia kuat mengendong ibunya yang sudah uzur.

Berangkatlah Uwais al-Qarni dengan mengendong ibunya dan bekalan. Akhirnya sampailah mereka di Mekah. Ketika mengerjakan tawaf dan sa’i, mulut Uwais tidak putus-putus membaca sesuatu. Lalu ibunya bertanya, “apa yang kau baca tidak putus-putus wahai anakku. Sila beritahu kepadaku.”
“Ibu, saya hanya membaca doa agar Allah mengampunkan dosa-dosa ibu.”

Demikian sikap terpuji seorang anak yang sukar ditemukan dalam hidup ini.
Lalu berkata ibunya lagi,” Kalau begitu, ibu mahu engkau berdoa agar Allah menyembuhkan penyakit sopakmu.”
“Ibu, masakan saya hendak menolak anugerah Allah kepada saya. Sopak ini adalah pemberian Allah kepada saya. Saya tak akan menolaknya, ibu.”
“Tidak. Sekali ini, ibu mahu engkau ikut cakap ibu.”

Maka tidaklah mampu lagi Uwais mengecewakan harapan ibu kesayangannya. Dengan hati yang amat berat, maka berdoalah Uwais dengan kata, “Ya Allah, kerana mentaati kemahuan ibuku, aku bermohon agar Engkau sembuhkanlah penyakit sopakku. Tetapi tinggalkan sedikit pada tubuhku agar aku tidak kufur akan nikmat-Mu.”

Apabila Saidina Umar dan Saidina Ali r.a. berjumpa dengan Uwais al-Qarni, benarlah ada tanda sebesar duit syiling di belakang tengkuknya. Itulah bekasan penyakit sopak yang masih terdapat pada tubuh Uwais. Lalu dua sahabat Rasulullah s.a.w. itu meminta Uwais berdoa kepada Allah agar dosa mereka diampunkan seperti yang diminta oleh Rasulullah s.a.w. itu.

Demikianlah kisah seorang insan kecil yang besar di sisi Allah. Beruntunglah sesiapa yang masih ada ibu bapa yang sudah tua. Mereka berpeluang berbakti kepada ibu bapa seperti yang telah dilakukan oleh Uwais al-Qarni ini. Di samping itu, jangan lupa untuk perbanyakkan istighfar. Sedangkan Saidina Umar dan Saidina Ali yang dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w. masih diminta memohon ampun, apa lagi kita yang belum tentu ke mana langkah penamat kita. WalLahu ‘alam.

Berubahlah. . .

Banyak orang yang mengeluh, sulitnya untuk mengubah orang lain. Tetapi tahukah wahai saudaraku, bahawa yang paling sulit sebenarnya adalah untuk mengubah diri sendiri. Bila diri sendiri sukar diubah, apatah lagi mahu menuntut orang lain untuk berubah?

Masalahnya, ada juga orang yang sudah ingin berubah, tetapi keadaannya belum membenarkannya untuk berubah. Ada juga yang sudah mula untuk mengubah perangai negatifnya, mengubah sifat buruknya, tetapi langsung tidak mendapat penghargaan dan perhatian dari orang terdekat dengannya. Akibatnya, dia merasa sia-sia berubah diri…


Ada juga yang berani mencari perhatian dari sekitarnya, maksud hatinya mahu memberitahu pada dunia kalau dia sudah berubah. Tetapi cemuhan dan kata-kata sinis yang dihadapinya. Ada yang akhirnya trauma untuk berubah kerana dikatakan hipokrit.

Kenapa kita harus mencemuh seseorang dahulunya freehair, sekarang berubah memakai tudung?

Kenapa mahu disindir orang yang dahulunya tidak solat, sudah rajin mengunjungi rumah Allah?

kenapa?

Yang ingin saya sampaikan di sini adalah, kita harus “Menghargai” Perjuangan seseorang untuk mengubah dirinya, dengan memberikan kesempatan padanya untuk memperbaiki dirinya. Berikan sokongan moral, dan dorongan kepada mereka yang ingin memperbaiki diri, memperbaiki hubungan dengan Tuhan dan seterusnya ‘hubungan’ yang kurang harmoni menjadi hubungan yang jauh lebih mesra. Berikan kesempatan bagi mereka yang ingin menjalin kembali tali-tali persahabatan yang telah putus..

Mudah untuk mencari musuh, tetapi sulit untuk mencari sahabat; mudah mencari pasangan hidup baru, tetapi sukar mempertahankan pasangannya sendiri; mudah mencari cinta nafsu, tetapi sulit mencari cinta yang ikhlas; mudah menyalahkan orang lain, tetapi sukar melihat kesalahan sendiri; mudah untuk berpisah, mengapa sukar untuk ‘bersatu’ lagi?

Mudah memberi ‘label’ pada seseorang, tetapi mengapa sukar mencabut ‘label’ yang sudah diberikan?

Bila anda seorang pejuang, maka akan sangat mengerti erti sebuah pengorbanan. Bila anda adalah seorang yang senang berkorban, maka anda akan sangat mengerti erti menjadi ‘korban’ itu sendiri. Apapun pengorbanan dan perjuangan anda, semua itu tidak akan sia-sia… Dan ingatlah, bila orang-orang masih sukar menerima anda, dari sudut lain, pasti banyak yang menanti kebaikan anda.

Yang paling penting, Allah sentiasa menerima segala pengorbanan hambanya kearah kebaikan.

Itulah adalah sebaik – sebaiknya, berubah kerana Allah.

Bila sahabat, pasangan anda yang lalu, tidak dapat kembali disisi lagi, jangan khuatir, pasti masih banyak orang yang ingin menerima anda menjadi sahabat, saudara, ataupun pasangan anda. Jangan menyerah… Tiada seorang pejuang yang mudah menyerah…

Semoga semua orang yang berhubungan dengan kita, akan dapat menghargai perjuangan kita untuk melangkah ke arah yang lebih terang, baik, damai, dan tenang.. Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaiki diri kita yang sekarang.Tidak perlu dengar “apa kata orang” tetapi dengarlah “apa kata hati mu”

Tentunya, mendengar dari kata hati yang tidak akan ‘makan hati’…


"Rasulullah SAW pernah berpesan bahawa tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihani dirinya sendiri. Apa yang dia suka diperlakukan ke atasnya dan apa yang dibenci berlaku terhadap dirinya."

Makhluk Halus

Soalan Apakah hikmahnya Allah menciptakan makhluk halus yang boleh melihat manusia sedangkan manusia tidak boleh melihat rupa asal mereka. Dalam masa yang sama makhluk ini memusuhi manusia dan sering menyakiti manusia. Senang mereka memperlakukan manusia kerana mereka dapat melihat manusia. Mengapa begitu, harap Dato' jelaskan.

Jawapan Bukan semua makhluk halus sentiasa mencelakakan manusia. Ada di kalangan mereka yang beragama Islam dan ada yang kafir. Yang Islam kebiasaannya seperti manusia. Makhluk halus yang benar-benar Islamnya tidak akan menyakiti mana-mana makhluk. Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): "Seorang muslim yang sebenar adalah seorang muslim yang akan memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada makhluk lain sama ada melalui lidahnya mahupun perbuatannya." Manusia muslim dengan makhluk halus yang muslim adalah bersaudara berdasarkan Firman Allah dalam al-Quran (mafhumnya):

"Sesungguhnya semua orang mukmin itu adalah bersaudara." Makhluk halus yang benar-benar muslim menjadi saudara kepada kita dan tidak akan menyakiti kita. Bagaimanapun, permusuhan merupakan salah satu sifat yang ada pada manusia dan makhluk halus. Seperti manusia, sesama mereka pun bermusuhan, berperang dan berbunuhan, sifat yang sama juga ada pada makhluk halus. Allah menganugerahkan suatu rahmat yang amat besar kepada manusia dengan mereka tidak dapat melihat makhluk halus. Allah menciptakan suatu 'filter' atau penutup di mata, iaitu pada kebiasaannya kebanyakan manusia tidak dapat melihat makhluk halus.

Jika kita boleh nampak mereka sebagaimana mereka nampak kita, manusia tidak akan senang duduk, sentiasa terancam dan diancam. Nescaya manusia tidak boleh berehat dan jauh sekali hendak tidur nyenyak kerana asyik terlihat rupa-rupa mereka yang menakutkan. Disebabkan kita tidak dapat melihat mereka, maka kita boleh duduk bersenang lenang, berehat dan tidur tanpa sebarang gangguan, meski pun mereka berada di sekeliling kita.

Cuba kita bayangkan, jika sekiranya kita berada di dalam bilik tidur, tiba-tiba ternampak makhluk seperti ular atau pun seperti anjing hitam lari masuk ke bawah katil kita, tentulah kita akan mencarinya hingga dapat. Jika tidak dapat, sudah tentu kita tidak akan nyaman tidur dan mungkin berpindah ke bilik lain. Oleh kerana itu, kita harus faham bahawa dengan tidak dapat melihat makhluk halus dikatakan dikatakan suatu nikmat yang besar. Makhluk halus boleh menyakiti manusia, jangan lupa, manusia juga boleh menyakiti makhluk halus. Manusia takut kepada mereka, jangan lupa mereka juga takut kepada kita.

Malah sebenarnya makhluk haluslah yang lebih takut kepada manusia, khasnya orang-orang yang sangat tinggi darjat ketaqwaannya kepada Allah SWT. Disebut dalam satu hadis, Nabi s.a.w mengatakan (mafhumnya): "Sekiranya Umar al-Khattab mengikuti suatu jalan ke suatu arah, tiba-tiba ada syaitan (makhluk halus) mereka akan bertempiaran lari mengikut jalan lain kerana tidak mahu berjumpa dengan Umar." Dengan berlakunya makhluk halus menyakiti manusia, maka manusia boleh mempertahankan dirinya dengan cara mendekati Allah, memohon perlindungan kepada Allah SWT.

Firman Allah (mafhumnya): "Dan jika kamu ditimpa suatu gangguan atau godaan dari syaitan, maka berlindunglah dengan Allah SWT, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."(Surah al-A'raaf, ayat 200) Firman Allah (mafhumnya): ""Dan jika kamu ditimpa suatu gangguan atau godaan dari syaitan, maka berlindunglah dengan Allah SWT, sesungguhnya Dia lah sahaja yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Fussilat, ayat 36)

Kedua-dua ayat ini membawa maksud yang sama, cuma dalam Surah Fussilat, ada penambahan ayat "hua" atau Dia lah sahaja. Ayat ini Allah memberi penekanan bahawa Allah sahaja yang akan memberikan perlindungan kepada manusia, mempertahankan manusia daripada kecelakaan yang akan dikenakan makhluk halus.

Insan mukmin sewajibnya hanya takut kepada Allah SWT sahaja, bukan takut kepada makhluk halus. Jika kita takut dengan mereka, ertinya penggantungan kita masih rapuh dan perlu ditingkatkan. Ingatlah bahawa manusia adalah khalifah di muka bumi, kita adalah "bos" atau "ketua" atau "pemerintah" yang memerintah alam, semua makhluk di muka bumi termasuk makhluk halus kena patuh kepada manusia.

Inilah yang menyebabkan iblis dengki serta iri hati kepada Nabi Adam a.s kerana Adam dan anak cucunya diangkat menjadi khalifah. Maka dengan itu manusia tidak seharusnya takut kepada makhluk halus. Manusia perlu sedar, manusia diberi kelebihan yang tidak diberikan kepada makhluk halus. Firman Allah (mafhumnya):

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai kenderaan di daratan dan di lautan; dan Kami memberikan rezeki kepada mereka dari benda yang baik baik, serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang Kami ciptakan." (Surah al-Isra', ayat 70) Salah satu daripada kelebihan yang Allah berikan ialah, manusia dapat mempertahankan dirinya dari sebarang gangguan musuhnya termasuknya makhluk halus dengan berpegang dan bergantung kepada Allah SWT.

Wallahu a'lam.

Tuan Guru Dato' Dr Haron Din _______ Dipetik dari kitab : "Menjawab Persoalan Makhluk Halus : Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan - Bersama Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din"

Islam itu indah

Bukan susah nak faham... kenapa? kenapa? ikuti siri satu..

Seorang lelaki British datang kepada seorang Muslim dan bertanya, “Kenapa wanita Islam tidak dibenarkan berjabat tangan dengan lelaki?”
Muslim itu bertanya kembali, “Bolehkah kamu bersalam dengan Queen Elizabeth?” Lelaki itu menjawab, “Sudah tentu tidak, hanya orang tertentu sahaja dibenarkan untuk bersalaman dengan Queen Elizabeth.”
Muslim itu tersenyum lalu berkata. “Wanita muslim adalah ratu dan ratu tidak bersalam dengan lelaki asing"

Tuesday, August 2, 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Tazkirah di pagi hari... luangkan 11 minit anda...

Syukur itu hak Allah~~
Moga kita sentiasa mensyukuri nikmat-Nya..
Nikmat iman, nikmat melihat, mendengar, makan, minum, bersilaturrahim dll..
Sesungguhnya semua itu hanyalah pinjaman sementara sahaja dari Ya Rabb..
Alhamdulillah, kita masih diberi waktu untuk merasai nikmat berada di bulan Ramadhan yang pernuh berkat ini.

Sama2 kita mencari keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t


Monday, August 1, 2011

Ramadhan Datang Lagi...

⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥

SEMOGA RAMADHAN PADA TAHUN INI MEMBERI LEBIH KEBERKATAN KEPADA KITA SEMUA.....

Tuesday, July 26, 2011

Sihir Mainan Akhir Zaman

Pernah tak rasa sakit? Benci? Marah?? Ada! Sakit hati dengan orang yang berhasad dengki. Sakiiiit sangat kita rasa bila ‘orang tu’ buat orang yang kita sayang sakit. Benci? Memang benci! Tak boleh nak tipu diri sendiri. Kadang-kadang rasa diri hipokrit je bila terpaksa senyum pada orang yang memusuhi kita. Kenapa perlu bermusuh? Ya, mungkin ini akhir zaman. Dalam Islam memang ada menyatakan sihir tu memang banyak di akhir zaman. Tapi kenapa? kenapa manusia harus berhasad dengki? Perlu ke? Sikit pun tak boleh tengok bangsa sendiri maju. Kenapa harus dengki? Mungkin rezeki orang akan dibahagi-bahagikan kepada kita juga. Huh, zaman sekarang, mahu terima pemberian orang pun sudah jadi was-was. Santau la dan macam-macam lagi boleh jadi. Marah? memang marah! Tapi api kemarahan itu lebih baik dipadamkan kerana ianya dari syaitan. Berbuat baik sesama manusia, itulah yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W.. Orang buat jahat kepada kita, kita balas dengan kebaikan. Jangan takut untuk berbuat baik, dan jangan mengharapkan balasan dari kebaikan yang kita buat. Mungkin Allah balas dengan cara yang berbeza.

Kita masih ditakuk yang lama. Siapa? Melayu! Kenapa Melayu mundur? Kerana mereka tak boleh tengok orang lain lebih senang daripada mereka. Kenapa harus berdengki sedangkan orang lain juga mengimpikan kehidupan sederhana. Apa yang ada kalau kita kaya? Ya, memang kemewahan yang kita dapat. Tetapi tidak semestinya setiap yang kaya itu bahagia. Mereka perlu menjaga harta mereka. Sentiasa dalam ketakutan. Bimbang jika ada yang berniat untuk merompak mereka. Risau jika anak bini dijadikan tebusan. Kadang-kadang lebih sanggup memilih harta daripada saudara. Ah, dunia ini sungguh menggerunkan. Kadang-kadang aku juga menginginkan kemewahan tetapi bukan di atas kesakitan orang lain. Aku rasa diri tak berguna, sentiasa bergantung pada orang lain. Ya Allah, bantulah hambamu yang lemah ini, moga diri ini dapat hidup berdikari tanpa bergantung pada orang lain.

Apa salahnya menjadi orang miskin? Apa kalahnya menjadi orang susah? Kasih sayang lebih erat dan saudara-mara saling mengambil berat. Malah, kita sentiasa bersyukur di atas rezeki yang kita terima, sentiasa mengingati Allah. Bersyukurlah kerana Allah menguji kamu wahai orang-orang yang susah. Hal ini kerana jika Allah sayang pada seseorang, Allah berikan mereka Iman. Jika Allah sayang lagi, Allah bagi kekuatan untuk amalkan agama dengan sempurna, dan jika Allah sayang lagi, Allah akan susahkan mereka dalam urusan menegakkan agama Allah. Adakah begitu sukar untuk kita menimbang baik dan buruk dalam kehidupan? Jika niat kita benar kerana Allah, yakinlah dengan keputusan yang dibuat. InsyaAllah, redha-Nya sentiasa mengiringi perjuangan kita. Jika ianya buruk, hindarilah perkara tersebut, berdoalah agar diberikan keimanan dalam hati kita. Jika ada dendam di hati, padamlah ia dengan kemaafan kerana perkara yang paling manis ialah sebuah kemaafan. Hati kan menjadi tenang jika kita serahkan semua urusan kepada-Nya. Moga kita sama-sama dapat bersihkan hati daripada perkara-perkara yang mensyirikkan dan bertaubat kepada Allah kerana Dia Maha Pengampun lagi Maha Berkuasa ke atas hamba-hamba-Nya… Wallahualam…

Saturday, July 9, 2011

Sirih Pulang Ke Gagang 2011

SPKG 2011

Kenapa rasa tak gembira pun.. sekarang!
Maybe sebab Shahida sekarang melihat ke atas! Cuba pandang ke bawah jap.. positif kan diri.. insyaAllah dapat ketenangan... Fareha, you must read this! Shahida rinduuuu sangat kat Fareha....

Okey, this is a story about previous weekend yang mana Shahida habiskan bersama Syai yang sanggup turun ke Kuantan demi berjumpa adik2 juniornya di MRSM Kuantan yang penuh memori!

Sedih! Kenapa Shahida sedih?? Shahida rasa Otak Shahida ni amat2 la dalam keadaan yang tak normal. Banyak memori yang Shahida dah lupa.. cannot recall!! Argghhh!! Maybe this statement is right; 'Hidup Tak Selalu Indah, Tapi Yang Indah Itu Tetap Hidup Dalam Kenangan'.

Begitulah yang Shahida rasa bila menatap video klip yang kakak2 and abang2 k93 sediakan bagi mengenang memori mereka di MRSM Kuantan suatu masa dahulu. Nasib tak meleleh air mata ku.. siap dengan lagu latar Laskar Cinta bagai.. memang menusuk kalbu la.. tak sabar pulak nak join k96 @t 2014 di mana Kuatagh 2006 dapat menyambung tradisi membantu senior merancang SPKG'14.. Moga masa ni semua dah ada kerjaya masing2.. sobsobsob, dah tak lama nak meninggalkan zaman belajar... kerja 2 kali seminggu pun dah tension, nanti apatah lagi...

Sepanjang SPKG, Syai, Izzati, Hafizah, Syuhada, Rahman, Muhaimin, Husna, Wan, Siti Hajar, Fatin Syahirah, Farlyana Alia, Pa'an, Alep, Asiah joined the program mewakili Kuatagh 2006.


♥♥♥Kuatagh 06♥♥♥


Ketika di surau, menemani Syai study untuk testnya after this event [Fuh, menyempat syai datang Kuantan even dia ada projek & test untuk diselesaikan], Shahida & Izzati mengenang kisah2 nostalgia kami bersama..

"Izzati, ingat tak masa perjumpaan JDI dulu"

"Haha.. nape?" tanya Izzati cuba mengimbas memori lama.

"Ala, adalaa.. masa tu telekung aku longgar, pastu aku pinjam telekung ko.."

"Aaa..." izzati menanti Shahida menyambung cerita.

"Aku pakai double telekung kot on the spot. Masa tu pengirai tengah surau ni mana ada setebal ni.. dulu kan transparent je.. diorang tunggu kita sambil memerhati kot.. eEee.. malunya!" sambung cerita Shahida.

Izzati masih cuba recall...

"Ala, masa tu Syahmi, Ijlal Hasif, semua ada..."

"Haha.. Oh, Syahmi apa cerita sekarang ya?"

"Ntah, Facebook pun takde.."

"Izzati, ingat tak kejadian masa aku kena sampuk?"

"A'ah, apa cerita ek masa tu?"

Panjang ceritanya... Hanya kerana bermula dengan Blackout dan menyebabkan Shahida hilang semangat sebentar... Ya Allah, Moga diriku sentiasa dalam perlindungan-Mu.. Amin.

Fuh, sebagai ex-JDI la kan, perubahan ketara pada surau memang dapat dikesan.. kat luar ada lokar, tempat solat budak laki dah bertambah besar, tempat ambil wudhu wanita dah tambah tembok, pengirai dah tebal, langsir pun dah tebal.. surau belah wanita sekarang dah betul2 privacy! boleh buka tudung kot kat dalam.

Dewan Selera pulak memang dari tahun lepas dah ada CCTV supaya takdek lagi peristiwa campak waffle atas syiling.. hahaha.. selipar/kasut pun dah kena cabut bila masuk DS. Makan sekarang dalam pinggan.. tak macam dulu, guna trail gituu.. huhu..

Suatu ketika adik angkat Syai nak jumpa.

"Diorang cakap diorang kat Dewan Terbuka." kata Syai.

"Alamak, kat mana pulak ni.. DI ada la.." kata Shahida. DI a.k.a Dewan Ilmu.

Oh, akhirnya baru teringat dekat blok baru adalah Dewan Terbuka.. Terimbas kembali nostalgia di mana kami menyertai pertandingan Fear Factor - Makan makanan pelik2.. Kalau tak silap ada pertandingan minum telur mentah, minum budu dan lain-lain.

Peristiwa minum budu paling ingat sebab masa ni berlaku peristiwa hitam di mana Gee terjatuh dekat longkang, budak2 lain yang berasak-asak nak berebut minum budu terpijak dia kot. Kesian dia. Habis bengkak kepala.. tak pasal2 masuk hospital kejap..

Oh, lupa nak cakap kenapa Shahida rindu Fareha.. sebab, sebab, dalam semua peristiwa JDI, Sampuk, Fear Factor.. Fareha wujud di sana cuma tak tahulah Fareha ingat atau tidak. Then, when I feel sad, Shahida ingat kat Fareha laaa.. ingat sangat2 sebab kita selalu lepak belakang maktab sambil study sama2, jogging sama2 & luah perasaan sama2..

p/s Fareha; nak tau, izzati dah berubah sekarang! Dulu dia benci MRSM Kuantan, sekarang dia nak balik semula ke zaman kita study dulu untuk ubah semua tu. Tapikan, semua tu kita tahu tak mungkin. Cuma jika ianya MUNGKIN.... Wallahualam...


Al-Quran banyak menceritakan kedegilan bangsa Yahudi seperti bagaimana orang Yahudi mengingkari perintah Tuhan walaupun sebahagian besar Rasul dan Nabi adalah dari kalangan kaum itu.Allah SWT melalui wahyunya dalam Al-Quran telah menggambarkan sifat buruk orang Yahudi yang zalim, membuat kerosakan di muka bumi, dan memusuhi bangsa lain, terutama sekali kaum Muslimin.


Berikut merupakan 22 sifat buruk bangsa Yahudi seperti yang disebut di dalam Al-Quran:


Keras hati dan zalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)

Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)

Mengubah dan memutarbelitkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imran:71,78;
An-Nisa:46; Al-Maidah:41)

Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imran:71)

Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)

Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran Al-Quran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imran:70)

Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)

Mencampur adukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

Hati mereka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)

Kuat berpegang pada semangat kebangsaan mereka dan mengatakan bahawa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan meyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)

Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)

Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)

Berlindung di sebalik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imran:72; An-Nisa:46)

Mengada adakan perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)

Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)

Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)


Credit to: http://foren-6.blogspot.com/2011/07/22-sifat-buruk-bangsa-yahudi-seperti.html#ixzz1RgO6DNSw

Sunday, June 19, 2011

Dakwah 5 Tahun

Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah. Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah. Lari daripada jalan kebenaran.

Moh kita ikuti perjalanan Dakwah sebenar...


Dakwah Solat. Tersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setia...p kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi. “Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita”, kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut. “Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye”, jawab pemuda tersebut secara sinis. Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan.

Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini. “Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” , sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya. Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “Sekadar ingin berkenalan. Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”. Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat. Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain. Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh.

Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk, terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat. Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar di tempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?” Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut. “Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”, jawab Ahmad memberikan alasan. “Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?” “Permintaan apa itu wahai tuan?” “Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai. Boleh?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan. “Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan. “Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja”, Jawab Syeikh sambil tersenyum. “Baik, dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahawa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad. “Benar Tuan Syeikh” "Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi, apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya. “Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan. Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya. “Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya. Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira apabila melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum.

Gembira dengan perubahan tersebut. Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya, “Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad. Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?” Ahmad menjawab dengan yakin, “Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini.” “Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engkau benar-benar menunaikan janjimu.”

“Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”. “Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan. Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?” Syeikh menerangkan kepada Ahmad. “Benar apa yang tuan katakan. Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan.” “Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad. “Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan, kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar.” “Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan?

Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian. “Ya benar Tuan.” “Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat.

Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad. Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”. Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan. Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan.

Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut. Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah. Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad. “Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara. “Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan” “Baguslah begitu. Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.” Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad. “Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu?

Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?” Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan. “Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”. “Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?” Tanya Tuan Syeikh menguji. “Sudah tentu wahai Tuan Syeikh,” jawab Ahmad dengan penuh semangat. “Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami. Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad. Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad. Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat. Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini.


Seperti yang telah termaktub di dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud:

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (iaitu) orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Tuhannya dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya”. (Al-Baqarah: 45-46)

































































Suatu hari yang tenang pabila cik Izzati kita ajak keluar... pi Teluk Chempedak a.k.a TC.. hehe..













Wah, kalau tak silap waktu ni puasa.. main2 air laut tu, tup2 masuk dlm mulut.. perkhh! Apa lagi.. ptui! hikhik.. kotor punya orang.. yelah, xkan nak telan pulak, sah2 batal nanti.. Then singgah KFC and McD kejap.. huhu.. menyempat!




























Hai, Mak Tiey ni kan.. [Izzati la, sape lagi, hehe] time Faiq dok main air, dia relax je biarkan Faiq main sorang2.. eh2, xpe.. meh Kak Ida tolong.. hoho.. xnk jd auntie lg la ni... tapi dah lama pun dapat pangkat Mak Ngah Ida.. hikhik.. anak sepupu yang panggil..
p/s: Zati, thanks. nyempat jugak tolong singgah Acer amik Laptop Shahida.. ^_^