Sunday, August 14, 2011

Berubahlah. . .

Banyak orang yang mengeluh, sulitnya untuk mengubah orang lain. Tetapi tahukah wahai saudaraku, bahawa yang paling sulit sebenarnya adalah untuk mengubah diri sendiri. Bila diri sendiri sukar diubah, apatah lagi mahu menuntut orang lain untuk berubah?

Masalahnya, ada juga orang yang sudah ingin berubah, tetapi keadaannya belum membenarkannya untuk berubah. Ada juga yang sudah mula untuk mengubah perangai negatifnya, mengubah sifat buruknya, tetapi langsung tidak mendapat penghargaan dan perhatian dari orang terdekat dengannya. Akibatnya, dia merasa sia-sia berubah diri…


Ada juga yang berani mencari perhatian dari sekitarnya, maksud hatinya mahu memberitahu pada dunia kalau dia sudah berubah. Tetapi cemuhan dan kata-kata sinis yang dihadapinya. Ada yang akhirnya trauma untuk berubah kerana dikatakan hipokrit.

Kenapa kita harus mencemuh seseorang dahulunya freehair, sekarang berubah memakai tudung?

Kenapa mahu disindir orang yang dahulunya tidak solat, sudah rajin mengunjungi rumah Allah?

kenapa?

Yang ingin saya sampaikan di sini adalah, kita harus “Menghargai” Perjuangan seseorang untuk mengubah dirinya, dengan memberikan kesempatan padanya untuk memperbaiki dirinya. Berikan sokongan moral, dan dorongan kepada mereka yang ingin memperbaiki diri, memperbaiki hubungan dengan Tuhan dan seterusnya ‘hubungan’ yang kurang harmoni menjadi hubungan yang jauh lebih mesra. Berikan kesempatan bagi mereka yang ingin menjalin kembali tali-tali persahabatan yang telah putus..

Mudah untuk mencari musuh, tetapi sulit untuk mencari sahabat; mudah mencari pasangan hidup baru, tetapi sukar mempertahankan pasangannya sendiri; mudah mencari cinta nafsu, tetapi sulit mencari cinta yang ikhlas; mudah menyalahkan orang lain, tetapi sukar melihat kesalahan sendiri; mudah untuk berpisah, mengapa sukar untuk ‘bersatu’ lagi?

Mudah memberi ‘label’ pada seseorang, tetapi mengapa sukar mencabut ‘label’ yang sudah diberikan?

Bila anda seorang pejuang, maka akan sangat mengerti erti sebuah pengorbanan. Bila anda adalah seorang yang senang berkorban, maka anda akan sangat mengerti erti menjadi ‘korban’ itu sendiri. Apapun pengorbanan dan perjuangan anda, semua itu tidak akan sia-sia… Dan ingatlah, bila orang-orang masih sukar menerima anda, dari sudut lain, pasti banyak yang menanti kebaikan anda.

Yang paling penting, Allah sentiasa menerima segala pengorbanan hambanya kearah kebaikan.

Itulah adalah sebaik – sebaiknya, berubah kerana Allah.

Bila sahabat, pasangan anda yang lalu, tidak dapat kembali disisi lagi, jangan khuatir, pasti masih banyak orang yang ingin menerima anda menjadi sahabat, saudara, ataupun pasangan anda. Jangan menyerah… Tiada seorang pejuang yang mudah menyerah…

Semoga semua orang yang berhubungan dengan kita, akan dapat menghargai perjuangan kita untuk melangkah ke arah yang lebih terang, baik, damai, dan tenang.. Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaiki diri kita yang sekarang.Tidak perlu dengar “apa kata orang” tetapi dengarlah “apa kata hati mu”

Tentunya, mendengar dari kata hati yang tidak akan ‘makan hati’…


"Rasulullah SAW pernah berpesan bahawa tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihani dirinya sendiri. Apa yang dia suka diperlakukan ke atasnya dan apa yang dibenci berlaku terhadap dirinya."

No comments:

Post a Comment