Tuesday, July 26, 2011

Sihir Mainan Akhir Zaman

Pernah tak rasa sakit? Benci? Marah?? Ada! Sakit hati dengan orang yang berhasad dengki. Sakiiiit sangat kita rasa bila ‘orang tu’ buat orang yang kita sayang sakit. Benci? Memang benci! Tak boleh nak tipu diri sendiri. Kadang-kadang rasa diri hipokrit je bila terpaksa senyum pada orang yang memusuhi kita. Kenapa perlu bermusuh? Ya, mungkin ini akhir zaman. Dalam Islam memang ada menyatakan sihir tu memang banyak di akhir zaman. Tapi kenapa? kenapa manusia harus berhasad dengki? Perlu ke? Sikit pun tak boleh tengok bangsa sendiri maju. Kenapa harus dengki? Mungkin rezeki orang akan dibahagi-bahagikan kepada kita juga. Huh, zaman sekarang, mahu terima pemberian orang pun sudah jadi was-was. Santau la dan macam-macam lagi boleh jadi. Marah? memang marah! Tapi api kemarahan itu lebih baik dipadamkan kerana ianya dari syaitan. Berbuat baik sesama manusia, itulah yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W.. Orang buat jahat kepada kita, kita balas dengan kebaikan. Jangan takut untuk berbuat baik, dan jangan mengharapkan balasan dari kebaikan yang kita buat. Mungkin Allah balas dengan cara yang berbeza.

Kita masih ditakuk yang lama. Siapa? Melayu! Kenapa Melayu mundur? Kerana mereka tak boleh tengok orang lain lebih senang daripada mereka. Kenapa harus berdengki sedangkan orang lain juga mengimpikan kehidupan sederhana. Apa yang ada kalau kita kaya? Ya, memang kemewahan yang kita dapat. Tetapi tidak semestinya setiap yang kaya itu bahagia. Mereka perlu menjaga harta mereka. Sentiasa dalam ketakutan. Bimbang jika ada yang berniat untuk merompak mereka. Risau jika anak bini dijadikan tebusan. Kadang-kadang lebih sanggup memilih harta daripada saudara. Ah, dunia ini sungguh menggerunkan. Kadang-kadang aku juga menginginkan kemewahan tetapi bukan di atas kesakitan orang lain. Aku rasa diri tak berguna, sentiasa bergantung pada orang lain. Ya Allah, bantulah hambamu yang lemah ini, moga diri ini dapat hidup berdikari tanpa bergantung pada orang lain.

Apa salahnya menjadi orang miskin? Apa kalahnya menjadi orang susah? Kasih sayang lebih erat dan saudara-mara saling mengambil berat. Malah, kita sentiasa bersyukur di atas rezeki yang kita terima, sentiasa mengingati Allah. Bersyukurlah kerana Allah menguji kamu wahai orang-orang yang susah. Hal ini kerana jika Allah sayang pada seseorang, Allah berikan mereka Iman. Jika Allah sayang lagi, Allah bagi kekuatan untuk amalkan agama dengan sempurna, dan jika Allah sayang lagi, Allah akan susahkan mereka dalam urusan menegakkan agama Allah. Adakah begitu sukar untuk kita menimbang baik dan buruk dalam kehidupan? Jika niat kita benar kerana Allah, yakinlah dengan keputusan yang dibuat. InsyaAllah, redha-Nya sentiasa mengiringi perjuangan kita. Jika ianya buruk, hindarilah perkara tersebut, berdoalah agar diberikan keimanan dalam hati kita. Jika ada dendam di hati, padamlah ia dengan kemaafan kerana perkara yang paling manis ialah sebuah kemaafan. Hati kan menjadi tenang jika kita serahkan semua urusan kepada-Nya. Moga kita sama-sama dapat bersihkan hati daripada perkara-perkara yang mensyirikkan dan bertaubat kepada Allah kerana Dia Maha Pengampun lagi Maha Berkuasa ke atas hamba-hamba-Nya… Wallahualam…

No comments:

Post a Comment