Diskusi Mejabulat
Kemudian,
pembentangan diikuti dengan sesi diskusi mejabulat di mana saudara Mohd Faiz
telah menyuarakan pandangannya bahawa rakyat Mesir memperlakukan layanan double standard terhadap pemerintahan
yang islamik. Isu pergolakan di Syria juga menjadi persoalan sama ada puncanya
berkait antara satu sama lain kerana Mursi pada pemerintahannya telah membuka
pintu Rafah untuk pelarian Palestine.
Prof
Redzuan menjawab persoalan dan pandangan Mohd Faiz dengan sebuah cerita iktibar
di mana Rachel Corrie, seorang warganegara Amerika bukan beragama Islam telah
terbunuh dilanggar bulldozer ketika mempertahankan hak kemanusiaan rakyat
Palestine. Di sini dapat dilihat bahawa isu di Syria dan Mesir bukanlah hanya
sekadar isu keagamaan, malah ianya adalah isu kemanusiaan keseluruhan.
Disamping itu, Prof juga menyatakan terdapat segelintir rakyat Malaysia yang
mempersoalkan bantuan ke Palestine berbanding bantuan untuk rakyat miskin di
Malaysia. Beliau berkata, ini adalah isu kemanusiaan, hanya orang yang berjiwa
kecil yang menyoalkan persoalan tersebut kerana umat Islam itu bersaudara dan
kita haruslah menanganinya secara bersama sebagai isu kemanusiaan.
Encik
Suhail Kamarruddin kemudian memberi pandangan beliau bahawa Mesir tiada bukti
menyatakan bahawa Ikhwanul Muslimin terlibat dengan terrorist.
Saudara
Syafiq Syafie yang merupakan pelajar Al-Azhar membangkitkan isu slogan “Ikhwanul
Muslimin ingin mengikhwankan Mesir”. Ketika Mursi naik katanya Turkey
mengatakan bahawa Mursi bekerja untuk Ikhwanul Muslimin dan bukannya untuk
rakyat.
Saudara
Syahrir Azhar kemudiannya mencadangkan perbincangan
ulama’ untuk membantu umat Islam di Mesir perlu diadakan. Berdasarkan
rentetan peristiwa sebelum ini, Mursi telah menyatakan sokongan terhadap Syria.
Saudara Syahrir juga membuka sedikit lembaran sejarah Syria dimana Hafiz
Al-Arshad, ayah kepada Basyar telah membunuh lebih 40,000 rakyat kerana
Ikhwanul Muslimin telah bangkit menentang. Mereka telah menerapkan bahawa FSA
sebagai pengganas. Setelah jatuhnya Mesir, Turkey sahaja yang tinggal menyokong
Syria. Isu Syria telah dipencilkan daripada tindakan OIC dan mata dunia. Pada
pendapat saudara Syahrir, isu kedua-dua Negara haruslah seimbang dan ditangani
bersama.
Encik
Suhail kemudian bertanyakan kesahihan daripada perwakilan Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) sama ada penggunaan senjata
kimia terhadap rakyat Syria dilakukan oleh kerajaan atau rakyat mereka sendiri.
Perwakilan
MLL4S, Encik Syahrir mengatakan sememangnya penggunaan senjata kimia adalah
daripada kerajaan Syria sendiri berdasarkan maklumat yang diterima oleh mereka.
Pada masa yang sama, pihak PBB telah dihalang untuk masuk ke Syria dan Mesir.
Tn
Hj Shamsul kemudiannya menyatakan kelompok Salafi telah memenangi undi lebih
dari 20% di Mesir ketika pilihanraya. Puak Salafi adalah lebih ekstrem
gerakannya berbanding Ikhwanul Muslimin dimana dalam Manifesto mereka dengan
jelas ingin menutup bank-bank riba serta kawasan pelancongan yang memberi
keuntungan kepada pihak Israel. Hal ini menyebabkan ketakutan kepada kuasa barat
kerana ianya akan melumpuhkan ekonomi mereka.
Puak
Salafi ini adalah satu kelompok Mesir yang masih mengamalkan sifat-sifat
peribadi dan pakaian ketika zaman Nabi. Undian yang diterima kebanyakannya
datang dari kawasan kampung kerana mereka banyak menyebarkan dakwah melalui
surau-surau dan masjid-masjid. Oleh itu, puak Salafi telah menuduh Ikhwanul
Muslimin apabila mereka kalah dalam pilihanraya yang lalu. Hal ini berlaku
kerana terdapat fitnah yang disebarkan dalam kalangan penduduk menyatakan calon
mereka telah meninggal dunia. Disebabkan akses komunikasi yang terhad dengan
dunia luar untuk mendapatkan maklumat, mereka tidak dapat mengesahkan perkara
tersebut dan terpaksa mengundi calon lain.
Tn
Hj Shamsul juga menerangkan bahawa puak Salafi dengan tegas mengatakan mereka
ingin menegakkan Negara Islam dalam manifesto manakala Ikhwanul Muslimin hanya
tegas dengan pendirian mereka selepas peringkat ke-3 pilihanraya. Apabila Puak
Salafi kalah, mereka tidak berpuas hati kerana merekalah yang berusaha keras
untuk demonstrasi Arab Spring selama 18 hari tetapi Ikhwanul Muslimin pula yang
diberi kuasa untuk memerintah. Namun harus dilihat bahawa sebenarnya perjuangan
IM adalah lebih lama berbanding puak Salafi iaitu bermula sejak tahun 1928 dan
telah banyak darah yang tumpah sepanjang perjuangan mereka termasuklah
pemimpin-pemimpin IM yang telah digantung mati. Kemudiannya, El-Sissi cuba
mendapatkan sokongan puak Salafi kerana jika Mursi jatuh, parti ke-2 terbanyak
undian akan memerintah.
Tn
Haji Shamsul menambah bahawa Syeikh Al-Azhar sebenarnya tidak dipilih oleh
rakyat untuk bersuara bagi rakyat Mesir tetapi dipilih oleh parti-parti yang
berkepentingan.
Prof
Redzuan mengatakan bahawa puak Salafi tergolong dari golongan taariqat dll dan
merupakan pelampau dalam beragama. Ciri-ciri mereka adalah berjambang dan calon
wanita dalam pilihanraya diwakili bunga mawar menggantikan gambar mereka. Pada
zaman pemerintahan Abdel Nasser, beliau menggunakan sepenuhnya media untuk
propaganda memburukkan Ikhwannul Muslimin. Hal ini memberi kesan terhadap
rakyat masa kini yang mendapat berita palsu mengatakan Mursi mahu mengikhwankan
Mesir.
Kuasa
media adalah amat besar. Hal ini terbukti apabila rakyat Turkey
mengeksplotasikan media bahawa tunjuk perasaan di Taksin secara live adalah
satu kebangkitan rakyat walhal yang hadir tidaklah seramai yang
digembar-gemburkan. Turkey
merupakan kuasa ekonomi ke-5 terbesar di dunia kerana mengamalkan demokrasi dan
tidak tunduk kepada tentera.
*Sejarahwan
ada mengatakan jika mahu Mesir maju, bangunkanlah Sinai, sebuah daerah dalam
Mesir. Namun pada pemerintahan Husni Mubarak, dia tidak membangunkan Sinai dan
lebih selesa membiarkan rakyat hidup miskin serta mundur dalam teknologi bagi
memudahkannya memerintah. Setelah Mursi mengambilalih tampuk pemerintahan,
Mursi telah membangunkan kawasan Sinai yang merupakan tanah yang subur untuk
tanam-tanaman dan sekaligus meningkatkan ekonomi Mesir.
Seorang
pegawai IPPBM mempersoalkan mengenai maksud demokrasi dan fungsi duta Negara.
Prof
Redzuan menjawab bahawa perubahan yang berlaku tidak drastik melalui demokrasi.
Universiti Al-Azhar adalah di bawah kuasa kerajaan. Namun, Ahmed Muhammad Ahmed
el-Tayeb telah dilantik sejak pemerintahan Husni Mubarak dan masih setia dengan
Husni. Hal ini menyebabkan pendapat yang berat sebelah oleh imam terbabit
terhadap pemerintahan Mursi.
Encik
Muzzamil dari Persatuan Belia Selangor kemudiannya membangkitkan isu
perhimpunan Bersih 1, 2, dan 3 sama ada ianya adalah agenda Amerika Syarikat
semata-mata bahawasanya orang muda tidak boleh diberi peluang untuk bersuara.
Seharusnya Malaysia menjadi model bagi Negara-negara luar.
Prof
Redzuan mengatakan bahawa keadaan di luar dan dalam Negara tidak sama. Di
Mesir, tentera tidak mengundi manakala di Malaysia tentera dan polis dibenarkan
mengundi. Walaubagaimanapun, masih ada tentera yang menyokong pembangkang
walaupun mereka berkerja untuk kerajaan. Hal seperti ini haruslah ada
kesepakatan supaya dapat hasilkan Negara yang maju. Selain itu, Malaysia
mengamalkan dasar rundingan dalam menyelesaikan apa jua masalah.
Encik
Nasaruddin daripada Universiti Malaya kemudian bertanyakan persoalan kenapa
Malaysia tidak bersuara di peringkat antarabangsa terhadap isu Mesir dan Syria
walaupun Turkey dengan beraninya mengatakan sokongan mereka mendukung Mursi.
Prof
Redzuan menjawab bahawa sebelum ini
Malaysia ada menyatakan sokongan mereka bersama Turkey.
No comments:
Post a Comment