Krisis Kemanusiaan di
Mesir: Pengalaman di Lapangan
-
En Mohd Faiz Yusof
Pelajar Perubatan
Universiti Al-Azhar
Saudara Faiz merupakan
pelajar tahun 5 di Universiti al-Azhar. Dia telah berada di Mesir sejak zaman
pemerintahan Husni Mubarak dan telah melihat cara pemerintahan yang berbeza
antara Mubarak dan Mursi. Corak pemerintahan di zaman Husni Mubarak adalah
dalam bentuk diktator dan menggunakan sistem Amn daulah (polis) serta
menggunakan media tertutup. Manakala di zaman Mohamed Mursi, pemerintahan
adalah secara moderate dan terbuka.
Melalui pengalaman
sepanjang berada di Mesir, Encik Faiz melihat bahawa rakyat Mesir tidak
menjiwai Revolusi. Setelah peristiwa Arab Spring, rakyat tidak bercakap
mengenai pembangunan mahupun kemajuan, mereka menyerahkan sebulat-bulatnya
kepada tampuk pemerintahan. Mereka membuat media sendiri melalui kedai-kedai
kopi secara verbal, penyampaian mesej melalui lukisan graviti di
dinding-dinding bangunan, juga menggunakan media sosial facebook, dan twitter.
Perancangan El-Sissi sangat terperinci dengan mengajak rakyat menjatuhkan Mursi
melalui lukisan seperti “Irhal” yang membawa maksud berambus berserta gambar
Mursi yang bakal dijatuhkan. Kesan daripada kekurangan media televisyen, mereka
melakar gambar televisyen yang membawa mesej yang serupa untuk menggulingkan
kerajaan sedia ada. Di Mesir, politik mereka tidak begitu meluas dan sokongan
yang diberikan kepada Mursi adalah 50%-50%. Melalui propaganda El-Sissi, dapat
dilihat bahawa rakyat tidak kisah siapa yang memerintah, apa yang penting isu
ekonomi mereka selesai.
Menurut Saudara Faiz,
ketika malam diumumkan kerajaan telah diambilalih oleh tentera El-Sissi, dia
sedang berada di restoran untuk menikmati makan malam apabila siaran langsung
yang memaparkan barisan kepimpinan baru El-Sissi dan sekutunya. Didapati bahawa
hanya 4 orang yang menangis di atas kejatuhan Mursi manakala pelanggan lain
yang merupakan rakyat Mesir bersorak gembira dengan pengambilalihan kuasa
tersebut. Pada malam tersebut, jalan ditutup dan jalan dipenuhi oleh penyokong El-Sissi
yang mana dalam kalangan mereka terdapat muslimah-muslimah yang bertudung dan
berniqab (purdah). Hal ini jelas menunjukkan mereka bukanlah mengalami krisis
agama semata-mata tetapi masalah fahaman politik yang tidak jelas kerana
pemikiran mereka tertutup sejak zaman pemerintahan Mubarak dan sukar menerima
perubahan. Mereka tidak kisah siapa yang memerintah.
Setelah itu bermulalah
demonstrasi secara aman terhadap penggulingan Mursi di medan rabaah yang telah
mengumpulkan 1 hingga 2 juta penduduk Mesir. Mereka berpengkalan di sana selama
sebulan dan selama mereka berada di medan Rabaah, mereka menyediakan dapur
untuk memasak, klinik mini, anggota keselamatan dan lain-lain keperluan asas di
sana untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kudeta El-Sissi menjangkakan rakyat
Mesir akan lemah menjelang Ramadhan tetapi jangkaan mereka meleset, malah
demonstrasi semakin hebat di bulan yang penuh kemuliaan itu. Selama 30 hari di
sana, mereka menjalankan ibadah tahajjud beramai-ramai, SubhanAllah. Rakyat
risau akan terlepas subuh menyebabkan mereka tahajjud beramai-ramai sepanjang
malam sehingga subuh dan tidur setelah habis waktu subuh. Ketika rakyat sedang
lena tidur, tentera El-Sissi telah menembak tepat ke arah mereka pada 8 Julai
2013.
Dijangka 5000 rakyat
yang terkorban berbeda dengan kenyataan media yang mengatakan hanya 2200 orang
yang syahid. Para syuhada ditembak tepat pada bahagian kepala dan perut, tiada
tembakan secara rambang, rakyat Mesir yang tersedar sempat melarikan diri.
Tidak cukup dengan itu, hospital dan masjid dibakar oleh tentera kudeta untuk
menghapuskan bukti pembunuhan secara bramai-ramai. Doktor dan jururawat menyelamatkan
diri bersama mereka yang cedera dan masih mampu berjalan. Stesen minyak turut
dibakar dan dalam masa yang singkat terus dicat oleh tentera-tentera kudeta
untuk menghapuskan bukti perbuatan kejam mereka. Saudara Faiz turut menunjukkan
gambar sebuah bangunan 9 tingkat yang terbengkalai dimana setiap penjuru pintu
terdapatnya snipper.
Tidak cukup dengan
kekejaman terhadap rakyat mereka, pelajar Malaysia telah terpecah kepada dua
blok pandangan berdasarkan pemikiran Syeikh Al-Azhar; Tajarud dan Tamarrud.
Tajarud adalah penyokong Mursi, manakala Tamarrud adalah protester Mursi. Apa
yang menyedihkan, pelajar Malaysia yang masih muda berumur dalam kalangan 21
hingga 23 tahun terpengaruh dengan Tamarrud sehingga sanggup menghalalkan
pertumpahan darah demi membenarkan guru mereka sedangkan kita masih boleh
persoalkan apa yang ditegakkan oleh seorang guru.
Seperti yang kita sedia
maklum, pintu Rafah telah dibuka oleh Mursi untuk pelarian Palestine namun
setelah pengambilalihan kuasa, bantuan sudah tidak boleh masuk ke Rafah.
Walaubagaimanapun Saudara Faiz memberikan pandangan beliau bahawa tentera
kudeta tidak bersalah, yang bersalah adalah perancangnya iaitu El-Sissi. Hal ini
kerana terdapat tentera yang tidak mahu mendengar arahan untuk membunuh rakyat
yang tidak bersalah telah ditembak mati.
Bagi menutup
perkongsian pengalamannya, Saudara Faiz menegaskan bahawa pro-demokrasi tidak
semestinya penyokong Mursi. Mereka ada yang menyokong demokrasi tetapi tidak
mendukung pemerintahan Mursi. Terdapat belia pro-demokrasi yang telah
merosakkan harta benda telah memfitnah Ikhwanul Muslimin yang melakukannya.
Selain itu, tentera yang terlalu sibuk campur tangan dalam urusan pentadbiran
menyebabkan ekonomi negara tidak terjaga.
No comments:
Post a Comment