Wednesday, September 11, 2013

PERSIDANGAN MEJA BULAT: PERGOLAKAN DEMOKRASI DI MESIR - PERSPEKTIF GENERASI MUDA - Part 2

Demokrasi dan Rampasan Kuasa Tentera di Mesir
- Prof Dato’ Dr Muhammad Redzuan Bin Hj Othman
Pakar Asia Barat, Jabatan Sejarah Universiti Malaya

Menurut Prof Redzuan, media hanyalah memberi maklumat dan mereka tidak membuat kajian secara mendalam. Kebanyakan media masa kini sudah dimanipulasi oleh pihak tertentu. Kemudiannya, Prof menjelaskan rentetan peristiwa di Mesir seperti berikut;

8 Julai 2013     Demonstrasi beramai-ramai

14 Ogos 2013 Pembunuhan beramai-ramai di medan Rabaah, Nahda, dan medan Mustafa Mahmud di Giza telah melibatkan korban melebihi 5000 orang rakyat berbeza dari laporan yang diberikan iaitu media hanya menganggarkan seramai 2200 orang yang meninggal ketika itu. Hal ini berlaku berikutan peristiwa rampasan kuasa pada 30 Jun 2013.

                       Peristiwa subuh berdarah bidik tepat (sharp shooter) telah meragut lebih 300,000 rakyat. Liputan media memaklumkan bahawa Free Syrian Army (FSA) dengan kerjasama Algerian telah ditindas oleh El-Sissi dan menyebabkan mereka membalas dendam terhadap rakyat. Kemudian, seperti yang telah dirancang dengan baik, FSA berjaya dipersalahkan.

              Turut berlaku rentetan peristiwa tersebut ialah masjid di bakar (The Massacre) untuk menghapuskan bukti jenazah pembunuhan beramai-ramai.

                        Berlakulah kebangkitan reformism.

Dalam ucapan Prof, beliau mengatakan bahawa Ikhwanul Muslimin merupakan pengasas kepada pemakaian tudung bagi menutup aurat kaum muslimah, mereka juga mengajar cara yang betul untuk mengerjakan solat 5 waktu.

Kejatuhan Hosni Mubarak yang telah memerintah selama 30 tahun sejak 1981 telah berundur pada 12 Februari 2011 selepas 18 hari demonstrasi. Ketika zaman pemerintahan beliau, regim Mubarak mendapat dukungan daripada Barat. Mubarak telah memerintah secara kuku besi; rakyat disekat untuk berhubung dengan dunia luar, internet disekat, dan mereka hidup dalam kemunduran. Rakyat membenci Mubarak sehinggakan Eid-Mubarak (Hari Raya Aidilfiltri) juga diubah kepada Eid-Kareem ketika pemerintahannya. 

Pada ketika itu, para pelajar di Universiti Kaherah tidak mempunyai hala tuju selepas pengajian dan mereka dibiarkan berdikari sepenuhnya selepas bergraduasi tanpa garis panduan. Mereka digembar-gemburkan dengan kemajuan berbanding dunia luar sedangkan ianya tidaklah seindah apa yang mereka nikmati. Husni Mubarak lebih suka jika rakyatnya tidak berpelajaran dan mundur supaya lebih mudah untuknya memerintah. Ketika berlakunya Egypt Referendum 2011, Ikhwanul Muslimin tidak terlibat, namun 70% rakyat menyokong Negara Demokrasi. Di atas kesedaran IM bahawa mereka perlu bertanding dalam Pilihan Raya untuk perubahan, mereka telah bertanding sebagai Freedom and Justice Party. Kemudian, Mursi telah menang dengan majority 54.2% undi dan dilantik sebagai Presiden Mesir. Walaubagaimanapun, antara cabaran-cabaran yang harus dihadapi oleh Mursi ketika pemerintahan adalah;

i)                    Komitmen angkatan tentera kepada perubahan
ii)                  Keberkesanan kepimpinan beliau
iii)                Keyakinan rakyat terhadap perubahan
iv)                Hubungan dengan Israel dan Negara jiran serantau

Segala cabaran yang besar ini berlaku kerana masih terdapat sekutu Mubarak dalam segenap pengurusan kerajaan, ketenteraan, guaman dan sebagainya menyebabkan agak sukar untuk Mursi melakukan perubahan dalam masa yang singkat. Walaubagaimanapun, Mursi mendapat sokongan penuh daripada Presiden Turkey, Recep Tayyip Erdoğan yang dengan jelas dan terang-terangan menyatakan pendirian beliau menyokong perjuangan Mursi sebagai Presiden yang sah dipilih melalui pilihanraya yang adil. Berbeza ketika pemerintahan kuku besi Mubarak, mahupun mereka membuat pilihan raya hampir setiap tahun, hanya 10% yang keluar mengundi kerana kawalan yang terlalu ketat oleh tentera menyebabkan kebimbangan rakyat untuk keluar mengundi. 

~~~~

Shahida dapati Prof Redzuan telah meng'upload' rakaman pembentangan beliau di dalam Youtube tetapi Shahida masih belum jumpa link tersebut. Dalam pencarian video tersebut, rupa-rupanya begitu banyak video mengenai Mesir yang telah diulas oleh beliau. Cuba kawan-kawan search nama Prof Dato’ Dr Muhammad Redzuan Bin Hj Othman di Youtube dan pastinya anda yakin beliau adalah orang yang tepat untuk merujuk mengenai krisis di Mesir, wallahualam...

p/s: baca tak ucapan Dr Mursi dalam gambar tu? Ianya amat terkesan bagi shahida sebab ianya lebih kurang macam ucapan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar ketika dilantik menjadi Khalifah Allah.. Subhanallah..

After assuming the office of Caliphate Abu Bakr's first address was as follow:
I have been given the authority over you, and I am not the best of you. If I do well, help me; and if I do wrong, set me right. Sincere regard for truth is loyalty and disregard for truth is treachery. The weak amongst you shall be strong with me until I have secured his rights, if God wills; and the strong amongst you shall be weak with me until I have wrested from him the rights of others, if God wills. Obey me so long as I obey God and His Messenger. But if I disobey God and His Messenger, ye owe me no obedience. Arise for your prayer, God have mercy upon you.              
source: Wikipedia 

1 comment:

  1. Prof ada cakap, Pelajar beliau di Mesir tidak mengenal ciri-ciri orang Malaysia hingga mengatakan Prof berasal dari Monggolia. Hal ini kerana keterbatasan mereka mengakses internet sejak zaman Mubarak. Malah, apabila Tesco dibuka di Mesir, mereka bertanya adakah di Malaysia terdapatnya Tesco.. "Ada, malah lebih besar lagi.." jawab Prof. Perkara ini menjadi gurauan bagi kami tetapi itulah hakikatnya. Orang Mesir telah tertutup pemikiran mereka sejak berpuluh-puluh tahun dan media mereka banyak menghentam Dr Mursi dan Ikhwanul Muslimin. Mereka tidak boleh menerima perubahan, apatah lagi apabila tersebarnya berita mengatakan Mursi mahu mengikhwankan Mesir (menegakkan negara Islam)..

    Bak kata saudara Faiz, mereka tidak kisah siapa yang memerintah, asalkan isu ekonomi selesai. Kenapa mereka tidak melihat perubahan yang telah dilakukan oleh Mursi? Kerana media masih dikuasai oleh konco-konco Mubarak dan sebarang peningkatan ekonomi disorokkan dari pengetahuan umum.. Sedih mendengar penerangan dari saudara Faiz! Yang menyokong As-Sissi termasuk saudara seIslam yang bertudung, yang berniqab (purdah).. Ya Allah, agar ada hidayah untuk mereka membezakan antara yang baik dan buruk.

    Lagi menyedihkan mendengar keterangan saudara Faiz bahawa ada dalam kalangan pelajar dari Malaysia yang menyokong As-Sissi kerana mem"Benar"kan apa yang dikatan oleh guru mereka, iaitu imam Al-Azhar. Mereka sehingga sanggup menghalalkan darah saudara seIslam agar terkorban dalam menegakkan tentera kudeta.. penerangan ini Shahida kongsikan dalam laporan Part 3..

    Perbetulkan pemahaman Shahida jika ianya salah, tetapi semua ini adalah berdasarkan pengalaman pelajar Malaysia sendiri yang melihat kekejaman As-Sissi di Mesir.. wallahualam..

    ReplyDelete