Sunday, March 18, 2012

Jom Charge Iman!


Assalamualaikum kawan-kawan.. dah lama tak mengepost, rindu pula.. ^_^ Kali terakhir Shahida bercerita pasal kehidupan. Hari ni Shahida nak ajak kita sama-sama mengecas iman, insyaAllah.. Time tengah belek2 facebook, terjumpa link ke blogLangitilahi. Wah, terbaieq!! InsyaAllah, blog-blog macam ni lah bagus untuk kita topup iman. Selalu isi jiwa dengan sesuatu yang lagho, so, kena ambil kesempatan untuk pengisian rohani kita juga. Oh, teringat tiba-tiba. Mak pernah kata, pengisian rohani ni kan termasuk membaca Al-Quran. Korang pernah tak rasa rohani korang KENYANG?? Alhamdulillah, tanpa sedar, Shahida pernah SENDAWA ketika mengaji. Tak sangka punn..


"Erghh.. Alhamdulillah."

"Huh, dah banyak ngaji tu, cukup la lepas muka surat ni. Mak pun dah mengantuk.."

"Aik??" kata Shahida pelik.

"Orang kata, kalau kita sendawa waktu mengaji, maksudnya rohani kita dah kenyang.."

"??!" tak faham.. cuba mencerna dalam otak. Kalau jasmani, kita KENYANG bila kita makan. Sebaliknya, untuk Rohani, kita KENYANG bila kita mengaji.. Oh, faham, faham...

So, sekarang ni korang rasa rohani kita cukup tak makanan kalau kita tiap-tiap hari sibuk dengan pekerjaan dan hanya memenuhi masa dengan hobi berfacebook semata-mata? Kalau kita berkongsi ilmu melalui facebook, Alhamdulillah, terBAEQ! sO, sekarang ni Shahida nak ajak kawan-kawan menghayati artikel dari LangitiLahi ni. (Marilah kita sama2 hayati, renung2kan, dan amalkan, insyaAllah..)

Hidup ini sibuk bukan? Kadang-kadang, kepala kita penuh dengan pelbagai permasalahan yang menyumbat. Masalah diri, masalah keluarga, masalah kerja, masalah rakan-rakan. Segalanya menjadi mehnah dan tribulasi dalam kehidupan.

Sebagai manusia biasa, pasti ada suara di dalam hati kita yang inginkan kerehatan dari kemasyghulan dunia ini. Aku nak rehat! Mungkin itu jeritan jiwa kita.Boleh kah kita berehat dari kehidupan?Mungkin anda kata, mustahil. Kemungkinan anda melihat, kematian adalah satu-satunya cara untuk kita berhenti dari menjalani kehidupan.Tapi pada saya, rehat dari kehidupan ketika kita masih hidup adalah tidak mustahil.Marilah, kita ambil sedikit masa untuk berehat dari kehidupan kita.Duduk, Beriman Sebentar.

Mu’az bin Jabal RA pernah menyebut:


“ Marilah kita duduk untuk beriman sebentar”


Kata-katanya pada awal itu, dilihat pelik oleh para sahabat yang lain.

Namun akhirnya, semua memahami bicaranya. Manusia itu terlalu sibuk dengan kehidupannya.

Hal itu lah, hal ini lah, sehingga dia terlupa untuk mengecas bateri keimanannya kepada Allah SWT, sehingga dia terlupa untuk bermuhasabah akan kehidupannya, akan ketaatannya, akan pengabdiannya kepada Allah SWT.


“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” Surah Asy-Syams ayat 7-10

Maka, dalam kesibukan urusan kehidupan insan itulah, Mu’az bin Jabal RA menyarankan kita untuk duduk walaupun sebentar, untuk kita memperbaharui, memperkuatkan, mengecas kembali keimanan kita. Siapakah Yang Mewujudkan Ruang Ini Buat Dirinya?

Maka persoalannya, siapakah yang memberi ruang dalam hidupnya untuk dia mengecas keimanannya?Bapa saya pernah bercerita berkenaan seorang pemotong pokok. Pemotong pokok itu mempunyai sebatang kapak yang tajam. Lalu dia keluar mencari kerja dengan kapaknya itu. Dia bertemu dengan seorang pemilik hutan, yang ingin menggaji seorang pekerja untuk memotong pokok di dalam hutannya itu. Maka, Si Pemotong Pokok meminta pekerjaan itu.

Hari pertama, dia berjaya memotong 20 batang pokok. Pemilik hutan itu kagum dan Si Pemotong Kayu meminta untuk dia melakukan lagi kerjanya esok. Pemilik hutan mengalu-alukan.

Hari kedua, Si Pemotong Pokok hanya mampu memotong 17 batang pokok. Prestasinya menurun. Dia kehairanan. Kenapa? Lalu dia memberi alasan kemungkinan dia tidak memberikan yang terbaik dalam pekerjaannya hari ini. Lantas dia meminta kepada pemilik hutan untuk datang lagi esok, dan dia berjanji dia akan bersungguh-sungguh.

Hari ketiga, Si Pemotong Pokok bekerja dengan bersungguh-sungguh. Dia menghayun kapaknya kuat-kuat dan laju. Namun, pada penghujung hari itu, dia hanya berjaya menumbangkan 10 batang pokok. Dia amat terkejut. Lebih rendah dari semalam. Semakin hari semakin buruk. Si Pemotong Pokok meminta maaf kepada Pemilik Hutan. Dia berjanji, esok dia akan memperbaiki prestasinya.

Hari keempat, Si Pemotong Pokok bekerja dengan lebih kuat. Dia mencurahkan seluruh tenaganya. Namun, kerjanya semakin perlahan. Untuk menumbangkan sebatang pokok, memakan masa berjam-jam. Akhirnya, di penghujung hari, dia hanya mampu menumbangkan 5 batang pokok sahaja. Dia sedih, dan kehairanan kenapa prestasinya jatuh teruk sedemikian, walaupun dia berusaha kuat. Dia mengadu akan kelemahannya kepada pemilik hutan.

Pemilik hutan tersenyum. Lalu dia berkata:“ Kamu terlupa, mengambil waktu rehat, untuk mengasah kapak kamu dengan baik.” Penutup: Wujudkan Ruang Itu. Cas Keimanan Dirimu.

Ya. Ada waktu, selepas mengharungi pelbagai masalah, mehnah dan tribulasi, kerja dan tugasan, dalam kehidupan yang kita tidak tahu bila penghujungnya hendak menjengah, kita akan rasa keletihan dan kepenatan. Kadangkala kita tersungkur pula di tengah perjalanan.

Hal ini kerana, kita lupa mengambil sedikit masa, berehat untuk mengecas keimanan kita, muhasabah kehidupan kita, hubungan kita dengan Allah SWT. Kita terlupa untuk memperbaiki hubungan kita dengan Akkah, walaupun Allah tidak pernah meninggalkan kita.“ (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)” Surah Ad-Dhuha ayat 3Ambil lah sebentar masa rehat, duduklah berseorangan atau bersama teman, dan bermuhasabahlah akan perjalanan hidup, kondisi hati, dan hubungan kita dengan Allah SWT.

Sematkan azam baru, nyalakan semangat baru, dan suntiklah cita-cita segar untuk perjalanan seterusnya. Dalam setiap perhentian, kerehatan kita itu, kita perbaiki dan pertingkatkan keadaan diri. InsyaAllah, prestasi kita akan tertingkat, semakin tertingkat dan akan terus meningkat.

Mari Menjadi Hamba!

"Dalam keterusan kita melangkah, pastikan ada masa untuk pengecasan iman"

p/s: "Jaga Iman." Itu pesanan yang Shahida pernah terima dari seorang senior sewaktu di Maktab. Alhamdulillah, pesanan tu menyerap ke hati Shahida walaupun Shahida dah lupa nama akak tu. Moga pesanan ini akan menjadi pesanan kita kepada setiap ummah yang menjalin silaturrahim bersama kita. Tidak perlu leteran yang panjang untuk menyampaikan kebaikan.

Wah, kenangan maktab menjengah sekejap. Sikit je, sikit je.. pasai kakak senior ni. Korang tau apa tujuan hidup dia?

"Akak nak jadi orang yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain"

"Cita-cita akak?" tanya kami junior2 yang masih tidak faham erti kehidupan ketika itu. Kenapa cita-cita akak ni pelik sangat padahal dia ambik jurusan Perubatan dan minor dalam Microbiology.

"Kan akak dah cakap tadi, akak nak jadi orang yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain, tak kisah la akak jadi Doktor atau tidak. Yang penting, bermanfaat untuk orang lain dan baik di sisiNya.." terang akak tu.

"Ooo..."

Wallahualam...

Friday, March 2, 2012

Kenangan bersama Che Su...

EDISI KHAS- SPECIAL FOR YOU CHE SU!! ^_^

Firstly, assalamualaikum semua!! Huhu, edisi ni memang nak buat khas untuk Che Su sementelah dialah pembaca setia blog Shahida kan. Baru sebut nama dalam entry pun dia dah apPy, pasni ada keluaran entry khas untuk dia, xtau la melompat atas katil sampai runtuh ke.. hehe..

Okey, sedikit fakta tentang Che Su. Nama sebenar Salbiah. Gelaran Che Su tu datang dari keluarga. Tau kenapa? Sebab, sebab dia anak bongsu la.. huhu.. tapi kalau tengok tuan badan dah tak gaya anak bongsu pun.. matured, boleh! Tapi keanak-anakan, kuat mengusik tu serah kat Che Su key! Shahida pun kalah ngan die.. huhu..

Al-kisahnya perkenalan kami memang dah kenal selama 3 tahun di UMK, permulaan tu memang tak ingat. Tapi sebab dah satu kuliah kan, dan satu tutor untuk certain-certain subjek, kalau tak kenal memang biOL la Shahida ni kann.. hehe.. Dulu kami kenal, tapi tak rapat.. Tapi semenjak awal semester tujuh.. kisah-kisah inilah yang mengeratkan kami.. Kali ni biarlah gambar yang bercerita sebab Shahida dah penat menulis.. hehe...


*Shahida, Che Su, Kak Ya, Zila, & Kak Su


*tengok, siapa yang lagi over dari kanak2?? huhu..


*tengah pijak paku wat padang key.. ^_^ Che su wat pe la tu..


*Padang hampir siap setelah kami mencantas duri2 semalu..


Ini titik permulaan kami mula rapat dengan Che Su. Kan, kan Zila?? Masa ni Shahida ada krisis dengan Devi, tapi tu tak ada kaitan pun. Alhamdulillah, hubungan persahabatan kami semakin jernih. Shahida selalu teringat memori bersama Devi, semuanya penuh gelak ketawa. Anyway, sebab entry ni khas untuk Che Su, ruangan kenangan bersama Devi kita ceritakan kemudian key!

Waktu ni time Pesta Konvo Pertama UMK, kami menjadi AJK Sukaneka.. happy sangat2, SANGAT!! Hilang masalah sekejap join aktiviti-aktiviti cam ni.. tengok kanak-kanak bermain. Siap nangis-nangis sebab tak dapat hadiah. Semua tu pengalaman yang tak boleh dibeli...

*Belakang pentas masa penyampaian hadiah


*Penyampaian hadiah di Padang tanpa Upin & Ipin, So, kami ni pengganti Upin & Ipin laa, hehe..


*Suasana kanak2 bermain tiup tepung.. huhu.. abis comot muka diorang..


*Tiup belon, ada cerita disebalik tangan yang mendepa.. huhu..


Kemudian, takdir telah menemukan kami sebagai ahli kumpulan bersama untuk Business Start-Up Competition..

Terdapat banyak conflict masa ni.. Permulaan bermula dengan ahli Shahida, Zila, dan Devi. Maybe sebab Shahida yang nak kelainan cuba mencari dak lelaki untuk join kami tapi Kak Su rasa terbuang. Okey, Kak Su joint venture dengan Kak Niza, Katty, Kak Ya and 2 orang junior lagi Ros dan kawannya. Tiba-tiba.. Devi menarik diri sebab kesian kat Din dan Adi. Group dia tak cukup seorang lagi senior. Shahida pulak tak cukup lagi dua.. siapa? siapa lagi boleh join kami..

"Shahida cuba tanya Che Su, rasanya dia takdek group lagi.." kata Kak Su..

Di sinilah segalanya bermula... Kami menjadi satu kumpulan untuk BP Start Up tu.. mula kenal hati budi dan bertukar-tukar cerita. Satu je Shahida kena tahan dengan Che Su, dia suka menyakat.. huhu.. Okey, fine.. Shahida tak kisah semua tu, itu kan rencah kehidupan, menambah kemanisan hidup sebagai hamba Allah. Bersyukur kerana sentiasa dikelilingi rakan-rakan yang mampu berkongsi suka dan duka.. Ha, itu belum masuk bab time Shahida buat Thesis..

Huh, dah lewat, t kita sambung cite yup.. key, cau cin cau...

p/s: Zila tengah tengok Termehek-mehek lagi kat sebelah ni.. huhu...

Maassalamah..


Termehek-mehek bersama Mandala Shoji

Salam, huh, nape makin bosan je catatan harian Shahida ni? Ookey, kali ni nak cerita hobi baru Zila yang terikut-ikut Kak Lily.

Termehek-mehek. Siapa tahu apa maksud termehek-mehek?? Mesti ramai rakyat Malaysia tak tahu sebab ini adalah bahasa Indonesia dan adalah satu program yang popular di Jakarta. Waa, sekali tengok, memang korang akan tengok lagi rancangan ni..

Termehek-mehek means Terhegeh-hegeh. Program ini berkonsepkan pencarian cinta. Cam Jejak kasih la. Tapi secara berdepan. Mencari bersama-sama krew dan host tetap mereka iaitu Mandala Shoji. Fuh, sekali tengok, hensemmm... tak puas mata memandang. Bila menonton program ni kamu semua akan mengenali hati budi Mandala Shoji ini yang sangat caring, penyayang.. Kalau dia geram dengan lelaki-lelaki yang bersikap curang terhadap wanita yang terlibat, siap la kamu..

Kisah ini adalah sebuah rancangan realiti kehidupan. Masalah kamu dibawa ke mata dunia. Termehek-mehek akan mencari suspek sehingga ditemui. Terlalu banyak kecurangan yang di bongkarkan. Kesiaan sangat kat satu kisah tu dimana seorang lelaki mencari pacarnya tetapi akhirnya terbongkar bahawa lelaki ni dah berkeluarga dan mempunyai dua orang anak. Mengamuk host perempuan tu. Kesian? kenapa Shahida kesian? Kesian kat siapa? Siapa lagi, Bini lelaki tu laa...

"Aku rela, kerna aku sangat mencintai dia.." adoii, baiknya isteri dia tapi still sanggup nak dimadukan.. Korang rasa kenapa cewek dia lari?? Mestila sebab tak sanggup melukakan sekeping hati seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu. Tapi kan, cewek dia tu memang cantik, cakap pun lembut je, mana lelaki tak tertarik kan.. Lelaki tu pun kaya, dia mampu, tetapi sepatutnya dia hargai isteri yang sanggup melahirkan zuriat untuk dia, kenapa masih mencari yang lain kalau dah beristerikan isteri yang baik?? Hmm, hati lelaki, siapa yang tahu..

So, camne?? rasa best tak rancangan ni? Kalau nak tengok realiti kehidupan yang menyakitkan dan menghayati erti kesusahan dan keperitan setia kasih wanita, silalah menonton di Youtube yup.. huhu.. Yang penting, Mandala Shoji, host Termehek-mehek memang hensem. Dah la Mualaf, bini cantik, bertudung, anak dia coooMELLL sangat, chubby!!

Mandala, anak, dan isteri.. sweet kan?? ^_^

Sekian..

Bershopping, Berhujan dan Ter'Beli' Payung yang tak Dirancang

Salam ukhuwah semua

Hari-hari sekarang kena aktif mengepost, huhu.. sedang memenuhkan ilmu di dada untuk menjadi pakar SEO. Menyahut cabaran Encik Azmi insyaAllah, huhu... mana tau boleh fight Encik Azmi, boleh dapat ranking dalam Alexa Malaysia.. hehehe...

Wah, hari ni rancangan sebenar nak jumpa Mak Imah, nak pesan buku rujukan SPM adik tapi lain jadinya.

Memang kalau ikutkan nak pergi McD dengan Kak Bella and Zila maghrib tadi. Tapi, tapii.. tak sempat kami nak berlama tunggu teksi, hujan dah rintik2. Kami pun tukar rancangan ke Jusco dulu mencari mesin deposit Maybank untuk transfer duit untuk adik Kak Bella. Huh, kami melintas jalan macam anak ayam kot. Yang penting, Shahida depan sekali, macam Mak Ayam pulak.. hish, bukan Mak Ayam yang jual anak ayam tu tau.. huhu, mintak jauh!

Kami kemudian singgah di Petronas dulu, alamak, ada Keychain Upin Ipin versus baby, coomeL! aih, tepi dia ada payung. 'Berapa harganya ni?' terdetik dalam hati nak beli tapi tak jadi.. Ala, Petronas pun tak ada mesin deposit Maybank. CIMB ada la.. hmm.. So, kitaorang pun menuju ke Jusco.

Sampai-sampai Jusco, terus cari Mesin Deposit tu, tak ada jugak. Nasib, nasib.

"Jomla kita gi makan dulu, malas nak fikir." kata Kak Bella.

Huh, pilih punya pilih, diorang makan Nasi goreng Seafood dengan Sup Gear Box. Huh, Shahida? On diet laa.. huhu.. diet la sangat! Kenyangla makan Kuew Tiaw Cik Mah tadi. So, sebab ari Ahad aritu teringin nak makan Blueberry Cheese Tart kan, laju la kaki ni melangkah ke kedai kek. Fuh, ingatkan RM2.50 sebijik, sekali RM2.80 daa.. taapiii, rasa die.. hmm, heaven giler, penuh lemak berkrim, cair dalam mulut.. emm, dap, dap nyee.. Tak caya? cuba try.. kat Food Court Jusco Equin Park tu je pun..

Waktu beli Tart tu nampak satu family..

"Ha, adik pilih, nak kek mana.." kata si Ayah.

"Emm, emm..." tengah memikir agaknya adik tu.

"Orang nak yang ni, yang ni.." kata kakak dan abang si Adik. Huhu, bithday siapa sebenarnya ni?? Si Ayah dan Emak hanya melihat. Huhu, bahagianya. Bila la tiba masa Shahida pulak bawak anak-anak gi jalan beli kek birthday, sambut kat luar ek?? Mesti seronok berjalan dengan suami dan anak-anak. Huhu.. berangan kuat!

Then, satu lagi adegan nampak seorang adik yang agak manja cara percakapannya..
"Abang, adik nak nasi.." kata si Adik kepada si Abang. Muka si Abang selamba je..aduhai, dah la Shahida tak pernah ada abang, mesti seronok ada abang kan? boleh melidungi kita... Teringat kisah Izzati mendapat surat cinta pertamanya pada umur 9 tahun di darjah 3. huhu.. Opss, sowry zati! Terpecah ahsia.. hehe... Hmm, masa tu abang dia cari budak yang hantar surat tu kat dia.. emm, bestnya ada abang yang melindungi kita kan, kan.. takpelah, moga Shahida mendapat suami yang mampu melindungi dan memimpin Shahida kelak. Amin, amin Ya Rabbal Alamin.

Eh, sambung balik cerita. Niatnya nak balik terus tapi Ter'singgah' pulak kat bahagian tudung Z&Z. Aduh, Kak Bella dah berkenan, Zila dah berkenan jugak, Shahida??

"Zila, try la dulu tudung ni"

"Cee Shahida yang try.." kata Zila.

"Shahida, warna ni masuk dengan baju kerja.." kata Kak Bella.

"Okey, orang try ea.." Shahida pun start la melilit selendang tu atas kepala.

"Waa.. sesuai dah tu Shahida, boleh la.." kata Kak Bella.

"Alaa..." Huh, dalam hati mengira-ngira, mencongak-congak duit.

"Sekali-sekala Shahida, mak saya kata kita kerja penat-penat, biarlah beli something yang nampak kan.." kata Kak Bella.

"Ooo, mentang-mentang semua dah pilih satu sorang kan.." kata Shahida perli bergurau.

"La, bukan la Shahida. Sekurang-kurangnya merasa la jugak gaji.."

Okey, fine! Shahida amik.. huhu.. kalah gak ngan diorang.

Dah lepas bayar nak terus balik taaaaaaapppiiiii HUJAN LEBAT daaaa... uhukhuk, terpaksa bertapa dalam Jusco! Pusing belakang, huh, cantiknya kot tuu..

"Kak Bella, nak try.." kata Shahida.

"Pergilaa.."

Apa lagi, laju la kaki ni pergi fitting room. Waa.. muat2.. tapi, tapi.. no money, no talk okey! Okey, okey, window shopping cukup! huhu..

Alahai, bosan la tunggu hujan berhenti!

"Jomla kita beli payung.." a'ah, kalau tunggu jugak hujan ni, mau kami kena halau ngan Guard Jusco.. huhu.. Jalan punya jalan cari kedai yang ada payung, last-last singgah Watson.. Pilih punua pilih, Zila still ngan Payung pilihan hati berwarna Ungu, Kak Bella;"Saya nak warna ni".., dan Shahida masih keliru; "biru muda atau biru tua??"... "Eh, warna Maroon! teringat kat payung lama, Shahida nak warna maroon laa..".

"Berapa harga ni?"

"Yang ni berapa?" tanya kitaorang bertindih-tindih, padahal ambik design sama je. huhu.. sehinggalah..

"Kat sana ada scan harga.." kata Pak Cik Guard. Hahaha, wat malu je.. beria pilih payung sampai orang perhati dan dengar apa yang kitaorang cakap.

Kaki pun bergerak ke scanner.

"Oh, RM10.90.. eh, Kak Bella pun amik Maroon ke?? Alaa... orang nak Maroon..." kata Shahida.

"La, kan saya dah cakap tadi.."

Hmm, mengalah la, mengalah.. saya ambil warna biru tua..

Wah, akhirnyaaaaa.. Ter'Beli' jugak tudung dan payung.. ahaks.. malam ni betul-betul exercise... dari rancangan awal nak naik teksi pergi McD, akhirnya ianya menjadi senaman kaki dan mata yang sihat... haha... senaman kaki berjalan ke Jusco, senaman mata- Shopping tanpa dirancang.. huhu..

Thursday, March 1, 2012

Kitaran Hidup Membahagiakan

Assalamualaikum.

Belajar dari kesilapan yang lalu!! Huhu… okey tak? Okey tak entry tajuk ni? Kita tengok isi kandungannya dululah kan.. hehehe..

Walaupun kami hidup dalam kekurangan, kami masih mampu membuat KEK BATIK… HiHihu…. Apa bunyi daa??

Alhamdulillah, kami tiga sahabat (Kak Bella, Zila, & Shahida) Berjaya menyiapkan kek batik malam ni. Setelah melalui keGAGALAN dua hari yang lepas di mana kek batik menjadi kek Moist.. urmm.. dap-dap nyee.. tapi lemau sikit biskut ‘marry’nye sebab terlebih susu and milo.. huhu.. Okey, that’s why we all try buat sekali lagi. Kali ni tambah marjerin and panaskan atas periuk. Bahan-bahan dan cara-caranya ialah…. Jeng jeng jennnggg…


Bahan-bahan Kek Batik Ala-ala hostel
1. 1 bungkus biskut Marry (dipatah-patahkan)
2. 100gm Milo
3. 1/3 susu pekat F&N
4. 100gm Marjerin
Cara-caranya
1. Panaskan periuk dan masukkan Marjerin.
2. Masukkan susu dan milo. Gaul rata.
3. Kacau sehingga likat dan tutup suis periuk.
4.Biarkan adunan sejuk sebentar kemudian baru masukkan biskut marry secukupnya. p/s: adunan Milo hendaklah sekadar menutup biskut marry dan tidak terlalu berlebihan untuk elak jadi cam Batik Moist kami yang dulu. Huhu..)
5. Tuang adunan ke dalam bekas. Kalau letak plastic dulu kat bawah untuk alas lagi bagus. Nanti potong kek confirm texture dia cantik. Then, penyek-penyek sehingga rata. p/s: Sesiapa yang duduk kat rumah tu, boleh la alas atas kek dengan plastic and giling guna Alu Lesung. Huhu… terbaeq resultnya ti.. cantikkk je texturenya.
6. Siap!!! ^_^ Selamat mencuba!

Ha, amacam?? Jangan ingat kami duduk asrama tak boleh makan kek buatan sendiri! Hebat tak? Hebat tak? Huhu… Alamak, riak la pulak. Huh, mintak jauh.. erm, erm, selain kek batik, masa kat asrama dulu kami ada buat bubur, agar-agar, or pudding buah, and siap jual ‘goreng-goreng’ lagi. Happy life at campus! Miss that moment! Dah nama pun ambil course keusahawanan kannn, so darah ni dah mengalir dengan darah entrepreneurship!! Huuu… terharu gitu..

Yup, teringat sem tujuh baru ni, kami banyak guna duit sehinggakan duit PTPTN tak cukup. Dengan thesisnya nak kena jilid, ambik lesen kereta, duit makan,and bayar duit exam Malaysian Financial Planning Council (MFPC) nya lagi, memang tak cukup duit tu sebenarnya... Then...

Bermula dengan Nadia a.k.a Kak Ya and Kak Niza yang mengorak langkah mengambil idea Shahida untuk menjual bubur, kami (Shahida, Zila, Kak Su, & Kak Bella) pun menyahut cabaran menjual Bebola goreng. Huhu.. Tapi, jangan ingat kami ni menjual goreng-goreng ni kerja mudah.. banyak cabaran dan persaingan amat sengit tau!

Bawah blok 6 tiap-tiap hari mesti ada je kotak-kotak yang penuh dengan makanan untuk jualan, termasuk lah Nasi Air dan Bihun Sup Kak Ya. =) Jap, salah seorang pelanggan nasi air Kak Ya adalah Shahida. Hehe.. seedap Kak Ya wat ngan Kak Niza. Diorang ni bila dah start niaga, memang gian. Tiap-tiap hari kot jual. Dah sedap dapat pulangan modal and untung kan, diorang tambah pulak produk.. sosej rebus! Ha, rebus tau, bukan goreng… sebab, sebab periuk Kak Ya tak boleh goreng-goreng, ti dia rosak. Walaupun kami dah jadi pesaing, kitaorang still support business kawan2. Ha, camnila kita nak. Barulah orang Melayu boleh maju!

At first Shahida jual sosej, mesti singgah bilik Che Su. Kat sana ada Kak Ain yang kuat makan. Huhu… ibu muda, nak buat camne, redha je la. Then, Kak Marshida, Ummu and Anis pun ada. Diorang-diorang ni la pelanggan tetap Shahida. Che Su banyak sikit pantang larang dia, tak makan susu, tak makan roti2 yang bau susu, makanan goreng-goreng ni pun dia nak yang "dogol" je.. huhu.. means, dia tak suka bebola yang ada serbuk roti warna oren tu, dia nak yang plain nye. Oleh sebab itu, kebanyakan gorengan yang laku untuk che su hanyalah sosej dan popia. Popia sedap tau, resepi Shahida.. hehe.. koya jee.. mudah sangat buatnya.. t kita kongsi resepi popia ala-ala hostel plak ea.. huhu.. insyaAllah..

Nak ceritanya shahida punya marketing, cabaran tau… Dalam Kak Su, Zila, and Kak Su duk sibuk-sibuk bungkus produk goreng-goreng kitaorang cam Bebola Ketam, Udang, Sotong, Nugget, Sosej, Drumstick Ketam, Kerepek ubi and so on, Shahida akan busy mengetik-ngetik jari ni menghantar SMS kepada kenalan-kenalan di UMK bertanyakan siapa yang lapar, kami ada jual goreng-goreng. Huhu.. Ini memang memerlukan kesabaran sebab hanya 4/5 sahaja yang akan balas message on the spot dan hanya ½ sahaja yang akan membeli. Tapi takpe, selain berbusiness, sambil-sambil hantar makanan tu, boleh la kitaorang bertukar-tukar cerita mengeratkan silaturrahim kan, kan.. Huhu… ni la tabiat Shahida yang Kak Su, Zila, and Kak Bella marah sangat. Tiap kali hantar makanan tu, mesti berhenti lama, sempat lagi bercerita! Sabarlah ye kawan-kawan…

Cop, cop, selain hantar message, Shahida pun buat marketing word of mouth dan pergi bilik ke bilik. Cara pemasaran ni memang memerlukan kesabaran dan tenaga sebab kena naik turun tangga. Anyway, this was become my sweet memories with those people. Sweet Senorita Life right…

Okey la, nak dipendekkan cerita, pengajaran yang kita boleh ambil hari ni ialah… “Enjoy your life! Kebahagiaan takkan datang sendiri. Bukan orang senang je boleh hidup gembira. Susah atau senang, kita yang tentukan kita bahagia atau tidak. Think positive! Setiap perkara tu berlaku ada hikmahnya. Kalau kita jatuh basikal tinggal parut kat lutut pun, kena bersyukur. Sebab Allah nak lindungi kita daripada mendedahkan aurat. Kan ke bagus tu? Nampak sangat Allah sayang kita. Itu untuk orang perempuanla kan. So, mulakan hari-hariMU dengan senyuman dan berfikiran baik terhadap orang disekeliling. Husnuz Zon, insyaAllah hati kita akan tenang dan bahagia.”


Wallahualam.