Wednesday, February 29, 2012

Break Even Analysis

Assalamualaikum kawan-kawan,

Ops, sebelum masuk tidur, nak buat laporan LI sikit, hehe.. hari ni buat Break Even Analysis. Fenin, fenin... bukak sana, bukak sini, bukak apa? buka laman pencarian Laa... duk tanya Pak Cik Google tu. Mesti dia dah bosan ngan Shahida kan. Asyik budakk ni je yang duk bukak laman dia. Tapi takpe, duit Pak Cik Google masyuuuukkk... huhu.. Key, conclusionnya selepas kajian, Shahida mendapati . . .

Fixed Cost = Total Expenses
Variable Cost = Cost of Goods Sold
Price Selling = Harga jual ler per unit okey!! ^_^

The FORMULA is;

Break Event Point = Fixed Cost / (Price Selling – Variable Cost)

Arggg... punya berhari2 fenin, akhirnya, alhamdulillah, dapat jugak resultnya.. taaapiiiii...

Nak buat graph dia pulak satu masalah tau! Korek punya korek dalam data Pak Cik Google, maklumat yang dapat tu tak tepat2 jugak, nak kena kaji mendalam lagi ni.. huh, by the way, good luck lah kamu Shahida! Esok boss masuk nak tunjuk apa?? jawab, jawab....

jap, jap, sebelum tutup kedai kan, adik2 junior Shahida ada message tanya pendapat pasai Thesis, tajuk dan format, insyaAllah ada masa nanti kita kongsikan bersama..

Nyte, nyte!! Bangun pagi esok dengan ceria, insyaAllah. Sebab?? Sebab, hidup tak selalu indah, tetapi yang indah itu sentiasa hidup dalam kenangan. Camne nak dapat kenangan yang indah kalau kita hidup tak ceria. Kita yang memilih untuk ceria atau bemuram. Hadapilah hari2 dengan senyuman walaupun diri anda sedang berduka. Yang duka itu akan berlalu, hari esok kita yang tentukan. Kepada Allah jua kita berserah. Setiap suka duka tu biarlah kita mengadu pada-Nya. Jangan dibawa emo kepada orang yang tak bersalah. Wallahualam, selamat beramal! Ceria2 sLalu, Senyum sOkmo!! ^_^ Assalamualaikum.

Balas Dendam! Boleh gitu??

Assalamualaikum kawan2, ^_^

Wah, tajuk entry cam kejam je kan... Hmm, bukan apa, petang tadi pendam perasaan lawan kata dengan Kak Bella and Encik Azmi.. Yup, tajuk sebenar entry patutnya;

PERNIAGAAN VS SYARIKAT

Tak puas hati ni, petang tadi lawan2 kata ngan diorang, last2 shahida cari maklumat kat internet wat sejuk ati, then cakap sorang2, diorang bukan nak dengar.. wek!! =p

So, di sini Shahida nak copy and paste maklumat yang dapat dari laman web ni..

Ni dia isi2 penulis........ . . .

Mungkin anda tertanya-tanya kenapa agaknya saya membawa tajuk ini. Tak kurang jugak yang memandang sinis tentang kepentingan mengetahui beza antara kedua nama diatas. Perlu ke kita bincangkan berkenaan perbezaannya?? nampak macam sama aje. Anda rasa macam mana? sama atau tak sama.

Memang kalangan kita bila ditanya berkenaan dua nama diatas akan mengatakan bahawa kedua-duanya sama sahaja dan tiada beza. Hakikatnya saya ingin nyatakan di sini, keduanya TIDAK SAMA dan terdapat perbezaan ketara bila di praktikkan dua nama di atas dalam dunia perniagaan di negara kita MALAYSIA.

APA YANG BEZA SANGAT tu??

Berikut saya senaraikan beberapa perbezaan ketara antara SYARIKAT dan PERNIAGAAN di Malaysia :

BEZA.1 : Syarikat merujuk kepada samada Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau Berhad (Bhd.) MANAKALA Perniagaan merujuk kepada samada Milikan tunggal atau Perkongsian.

BEZA.2: Syarikat didaftarkan di SSM bahagian pendaftaran syarikat (kini di Plaza Sentral, Kuala Lumpur Sentral) MANAKALA Perniagaan didaftarkan di SSM bahagian pendaftaran perniagaan di tingkat 16, The Mall, Kuala Lumpur.

BEZA.3: Pendaftaran Syarikat jauh lebih mahal dan rumit MANAKALA Pendaftaran Perniagaan jauh lebih murah dan senang.

BEZA.4: Syarikat yang ditubuhkan wajib melantik syarikat setiausaha (yang diketuai seorang setiausaha) dan syarikat juru audit (yang diketuai oleh minimum seorang auditor) MANAKALA Perniagaan tidak perlu.

BEZA.5: Syarikat wajib mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) dan menghantar laporan tahunan beserta akaun diaudit setiap tahun kepada SSM MANAKALA Perniagaan tidak perlu.

BEZA.6 : Syarikat tertakluk kepada AKTA SYARIKAT 1965 MANAKALA Perniagaan tertakluk kepada AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956

Dan banyak lagi perbezaan lain antara kedua nama yang dari segi luarannya nampak sama, akan tetapi dari segi praktikalnya di Malaysia keduanya ibarat langit dengan bumi. Cukup jauh perbezaannya.

oKey, ni maklumat 1, t kita kongsi maklumat 2 plak yup... Semoga dapat memberi manfaat kepada semua. sLamat maju jaya! Maassalamah! ^_^

Monday, February 27, 2012

Sebelum Kamu Mengeluh


Sebelum Kamu Mengeluh...

Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.

Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa pun untuk dimakan.

Sebelum kamu mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri anda, pikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor karena pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, pikirkan tentang orang-orang yang tinggal di jalanan.

Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah memandu, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.

Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahwa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

Saturday, February 25, 2012

Diari Latihan Industri

Bismillahhirrahmanirrahim…

Assalamualaikum saya ucapkan kepada pembaca2 blog ni.. Yang Shahida tau yang akan singgah sini biasanya izzati, fareha, che su, dan sakinah… OLLa semua.. huhu… eh, jap2, skrang ni ada pembaca baru, Encik Azmi gamaknya, risau gak nak menulis, takut dia report kat boss. Tappiii, takpe la, kitaorang gang satu pejabat. Encik Azmi pecah rahsia, xnak kawan, huhuhu…

Alhamdulillah hari ni diberikan kesempatan di mana Shahida terbuka hati nak buat entry baru.. huhu.. [actually dah karang lama, tapi xdek masa nak post, huhu..]


Seminggu lagi berlalu untuk latihan industry di Seri Kembangan dilalui dengan penuh suka, duka, gelak, tawa, dan muram durka.. ahaks!! cam intro cerita sedih je.. Yelah, manusia hanya ingat waktu suka2 je, waktu sedih yang datang sekali sekala tak pernah la pula kita mengambil pengajaran dan peringatan di masa hadapan.


Alhamdulillah setakat ni Allah tak pernah bagi ujian yang Shahida tak dapat lalui. Risau juga suatu hari nanti, tapi kita manusia hanya mampu merancang dan berdoa untuk kesejahteraan di masa hadapan. Doa kan senjata Mukmin! Kalau orang Barat-Einstein boleh kata ;

“Imagination is more important than knowledge. For knowledge is limited to all we now know and understand, while imagination embraces the entire world, and all there ever will be to know and understand.”
Then, for us, imagination or visualization kita adalah D.O.A… Doa adalah kekuatan umat Islam. Moga kita selalu mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah s.w.t. insyaAllah. Shahida nak petik sedikit nukilan email by Irfan Khairi untuk renungan;

Imagination juga boleh disebut sebagai gambaran dalam fikiran kita. Oleh kerana manusia adalah insan yang merealisasikan cita-cita melalui gambaran, imaginasi adalah langkah pertama dalam mencapai kejayaan.
VS

Tiga langkah untuk mengasah imaginasi kita:

  1. Bayangkan sesuatu yang kita inginkan sekerap yang mungkin (pagi, petang, siang, malam)
  2. Bayangkan sesuatu yang kita inginkan dengan penuh teliti & detail (sekiranya mempunyai rumah idaman, bayangkan jenis rumah, berapa tingkat, halaman besar mana, apa ada di halaman, apa ada di dalam rumah)
  3. Bayangkan sesuatu yang kita inginkan dalam jangka masa yang lama (simpan bayangan tersebut didalam kepala untuk lebih daripada 30 saat. Lebih daripada 1 minit sebaiknya)

Ha, amacam?? Fikir2 dan renung2kan.. hehe, cam ayat Encik Azmi la plak kan..

Huh, actually hari ni nak cerita pasal life Shahida 3-4 hari ni.. huhu.. cam happy, tapi then hati tak tenang.. entahla, banyak sangat berserabut dalam otak ni..

Key, hari Khamis 16 Februari adalah janji pertemuan Shahida dan Syai...

Ya Allah ya tuhanku, tak pernah terbayang Syai sebenarnya nak bawa Shahida ke suatu tempat yang tak pernah terfikir punn. At First kitaorang menuju ke Damansara dari Seri Kembangan, sesatttt…. Ahaks! Nasib baik Syai tak malu bertanya. Macam2 tempat kami singgah. Dari stesen Minyak, Kedai Cina jual Gingseng, Kedai India jual bunga mangga pemujaan dia, hehe.. memang satu Malaysia betul la… Syai ajak makan kat Restoran Jom Cari Makan tapi just sempat minum air je, nasi Monggolia yang Syai puji2 sedap tu terpaksa dibungkus sahaja.

Tiba ditempat yang Syai nak bawak, orang dah main tarik2 tangan dengan Syai, katanya nak bawak jumpa someone yang dah buka hati dia. Shahida orang pertama tahu, wah bertuahnya!! Tappiii… ish, segan kot.. apa la Shahida, cam Syai nak kenalkan jodoh untuk dia pulak. Huhu, bukan apa, riaksi Syai tu cam ada something hidden agenda je.. huhu..

“Ni la tempat kerja Syai..”

“Oh..” tu je yang terkata.. Wah, ramainya orang..

“Sha cakap nak tau Sya buat kerja apa kan? Nilah office Sya..”
Dalam hati.. ‘Wow, ada office…’

“Jom masuk..” ajak Sya. Shahida pun ikut je..

“Sha duduk kat sana” kata Sya lagi. Yelah, masa tu tak tau apa-apa. Innoncentnya kamu Shahida.. hmm..

Okey, Shahida pun mengambil tempat…

‘Alahai Sya ni, mana dia ni, tinggal aku sorang-sorang. Jangan tinggal sorang-sorang Amin, ahaks.. tiba-tiba teringat kat Yasmin pulak’ Shahida bermonolog sendiri.

Ah sudah, tempat apa ni? Oh, ada ceramah ke? Ceramah agama… Bagusnya kawan aku ajak datang tempat-tempat camni. Alhamdulillah.. Huhu, tengok intro la, memang Islamik gilerr, sekali… hmm, akhirnya, meleset tanggapanku! Preview MLM rupanya. Ada terbaca, orang kata MLM ni a.k.a “Masuk Lewat Mampus”. Huhu.. ntah la kat mana benarnya.

Malam tu nak balik sesat lagi. Kami dah la berdua, atas jalan raya malam2 buta.. huh, Yakin! Yakin dengan Sya.. Entah berapa kali kami berhenti tanya jalan. Nasib baik Sya nekad, kalau tak?? Tidur kat lebuhraya la jawabnyaaa.. huhuhu..

Itu cerita hari Khamis. Malam Jumaat pulak boss ajak tengok wayang. Boss mintak Zila pilih cerita apa nak tengok. Kitaorang discuss-discuss then pilih cerita Chronicle. Entahla cerita apa, kitaorang pun tengok preview kat Youtube.. cam menarik jee..

Eh, kenapa boss belanja wayang?? Hahaha.. mana tidaknya, muka Kak Bella dan Zila dah macam cekodok basi time key-in data syarikat.. huhu.. sian diorang. Alhamdulillah kerja Shahida mudah sikit mencari tempat-tempat menarik, sumber pengiklanan dan salin contract… Tapii, tunggu la minggu depan apa pulak yang jadi..

E’eh, berbalik pada wayang, mula2 memang bosan, sekaLi dia punya ending, ambik ko… Boom sana, BiNG sini, Pung sana, Pung sini.. ahakhak… sound effect ntah apa2 la Shahida ni.. memang dahcat kot diorang dua cousin tu berlawan. Kesian kat Hero, last2 mati sebab badan dia dah kena control dengan Parasit Asing.. uhukhuk.. sedey, sedey…

Wargh, sebelum wayang, Encik Boss kita dah janji nak belanja kami dan Encik Azmi makan. Namun begitu, Shahida dah lahap ¾ Popcorn kot dalam wayang tadi… Huh, boleh pulak dapat nasik penuh dengan pelbagai jenis lauk atas meja. Dan, dan, kami pun dipaksa makan sampai penuh perut. Nasib baik tak pecah perut tau! Cuma effectnya esok pagi kami bangun, semua melaburr.. huhu…

Boleh pulak sebab nak bagi kami habis makan, Encik Boss bukak ayat sedih…

“Makannn, ingat orang yang tak dapat makan kat luar sana tu” kata Encik Boss.

Dan dengan selambanya Shahida menambah..

“A’ah, ingat kat India tu, orang kutip nasik dalam longkang untuk makan” huhu.. muka Shahida relaks je jamah nasi depan mata..

“Pandai betul Shahida pilih cerita tengah makan ni” kata suara mana ntah.. hehehe.. antara Kak Bella, Encik Azmi atau Encik Boss.. huhu.. Lantoklaa.. tadi suruh makan sangat. Nak hargai nasi kann.. Tappii… memang pun. Orang lain kebulur kat luar sana, kita kat sini tidur kekenyangan..

Bersyukurlah dengan apa yang Allah dah kuniakan..

Okey, cerita sampai kat situ je hari Jumaat. Hari Sabtu pulak.. penat, penattt.. sehari suntuk dengar ceramah MLM. Masa balik perut lapar, tapi tahan je la Shahida.. Maggi ada kat bilik.
Wah, rezeki Allah, tak bagi makan maggi selalu kannn, nasi lemak Zila ada lagi, lahap je la.. huhu.. Sian Zila, pasal malam tadi makan kenyang sangat, hari ni cirit-birit. Sabar la Zila..

Ahadnya pulak. Janji nak jumpa pukul 11 pagi, tapi pukul 11.15 pg baru Shahida siap. Hehe.. ampuuunnn kawan2… lepas subuh tak tidur, ngantuk.. tidur semula, sebab tu la lambat, hehe.. Devi dah membebel, Naza dah sampai, Kinah pun pukul 9 dah keluar ke jalan TAR dengan adik dia, Najwa dan kawannya Fatin. Fuh, dah panjang tulis ni, dialog pun kurang. Sian korang penat baca an.. Okeyla malam ni Shahida cerita serba ringkas je sebab dah ngantuk. Huhu.. lain kali kita imbas dialog2 menarik ea.. hehe.. Dipendekkan cerita, Ahad tu kami round Mid Valley area PC Fair dan MPH jeee lepas main Bowling.. Huhuhu… Shahida ingatkan dah menang main Bowling dengan mata 111. Rupa2nya at minit terakhir, Abang Yash maju dengan strike dan mengumpul 112 mata.. Huhu.. Hebat ego lelaki kan.. Nngak bisa kalah di tangan cewek.. hehe… Dan apa yang membahagiakan, Shahida terselamat daripada belanja diorang Basket Robbin’s.. huhu.. tapi abang Yash tak belanja pun selaku pemenang.. tak aci ni, tak aci.. Devi, ti nak tuntut tauuu.. huhu… Tak jemput kahwin ti, siap!

Hari ni pulak Shahida bekerja dalam dilemma. Uhukhuk.. hati betul2 tak tenang. Berserabut! Tak sangka Kak Lily pun ada masalah. Patutla office macam tak bernyawa je petang tadi. Huhu.. lagi2la Encik Boss ada hampir 6 jam dari 8 jam kami kat office. Huhu.. parah, parah..siap dengan meeting dan latihan sebagai operater by Cik Nabila.. huhu.. Then, waktu dia hilang tu bukan tanpa sebab. Rupa2nya dia pergi beli pokok untuk hias office. Power betul la boss ni. Hari tu beli ikan laga, hari ni beli pokok pudding, esok apa pulak dah la.. lama2 office pun jadi rumah lengkap dengan peti sejuk tv, penimbang bagai lagi.. hahaha.. rak yang kak Bella mintak pun tak dapat lagi.. tengokla camne ti, huhu..

Key, dah ngantuk. Cau Cin Cau.. Assalamualaikum w.b.t.

Wassalam dan Maassalamah! Ceria2 seLaLu, Senyum Sokmo!! ^_^

Friday, February 10, 2012

Gosok Gigi


Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah hari ni masih diberi peluang untuk bernafas. Hari ni nak berkongsi sedikit sunnah untuk pedoman kita semua...

Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (4:59)

Ayat di atas mengingatkan Shahida kepada Izzati, hehe... peristiwa paling tak boleh lupa, pasal kami berbantah pasal gosok gigi tu adalah sunnah nabi. Masa tu memang Shahida takdek bukti, rasanya risalah ni dah banyak tersebar sekarang. Kalau tak silap, dalam iklan ubat gigi Mukmin pun ada. Alhamdulillah, walaupun sunnah tu kecil, moga ia membawa manfaat kepada kita. Shahida ada terbaca dalam majalah Anis, Rasulullah S.A.W sentiasa menggosok giginya setiap kali mahu solat dan sebelum tidur. Amalan menggosok gigi sebelum tidur tersebut adalah tanda Rasulullah mengingati mati. Kita tak tahu bila masa kita akan tiba. Rasulullah juga sempat menggosok gigi sebelum baginda dijemput ke Rahmatullah. Diriwayatkan juga bahawa Rasulullah suka memulakan gosokan gigi dari bahagian tengah. Wallahualam. Kalau ada masa, nanti Shahida kongsikan risalah tu...

Sunday, February 5, 2012

Itulah Wanita_copy

Hebatnya wanita tiada tandingan. Jika dibandingkan dengan lelaki, wanitalah lemah. Namun, hebatnya wanita dapat diserlahkan semasa mengandungkan anaknya. Mari kita bayangkan 9 bulan 10 hari. Membawa ke hulu ke hilir, tanggungannya. Bukannya boleh main pass pass.. pagi si ibu bawa, malam pula si ayah yang membawanya. Tanggungan ini hanya untuk wanita.





Allah SWT berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya"

Kelembutan, kemanisan dan kemesraan kasih sayang tidak dapat ditandingan oleh sang ayah. Allah menganugerahkanya mutiara ini dan menjadi fitrah setiap mereka yang terpahat dalam dirinya. kepriabadiaan mereka seperti kebuah kebun dihisai dengan kuntuman-kuntuman bunga yang mekar dan keharumannya menyusuk kalbu.

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikandiantara kamu rasa kasih dan sayang. sunguh, pada yang dmikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang terfikir." Ar-Ruum~21

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Engkaulah wanita istimewa

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

[DeHearty]
[Wanita]


Bilamana wanita menjadi derhaka.. pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata, Tapi binalah kekuatan atas ketaqwaan dan keimanan serta kepimpinan. Pimpinlah mereka menuju mardhatillah.

Namun, jinakkanlah dirimu dahulu, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu. jangan mengharapkan isterimu semulia Fatimah Az-Zahra, seandainya diri kita tidak sehebat Saidina Ali.

Wallahualam..