WeLcOmE...

Kepada pengunjung blog ni, terima kasih kerana memberi sokongan.. walaupun saya baru berjinak-jinak dengan blog, moga saya dapat membawa manfaat kepada kita semua dan berkongsi pengalaman sebagai seorang muslim, anak, kakak mungkin, dan juga sebagai pelajar... mungkin ini adalah peluang untuk saya membantu adik-adik di luar sana yang masih mencari-cari apakah impian masa hadapan mereka. saya bukanlah sehebat pakar motivasi, tapi berminat untuk berkongsi pengalaman bersama orang luar... sekian, salam perkenalan dari saya... ^_^

Wednesday, March 23, 2011

Malunya!!!!

Hahaha... macam manalah hari ni boleh panggil En Dzul dengan nama En Zuraimi... eheh! Patutla En Dzul buat xtau je jalan menonong nak kejar solat berjemaah asar kat surau UMK...

Dalam otak duk mikir 'em, nama dia D.Z.U.L, nama panjang... em, em... EN DZURAIMI!'

"Encik Zuraimi, Encik Zuraimi, nak tanya soalan jap..."

'En Zuraimi' jalan je buat dek...

Eh, nape dengan Encik Zuraimi ni?? Buat tak layan je aku panggil... (bluurrr..)

EH!

Techno = En Zuraimi, Social equal tu.... EN DZUL! EN DZULKIFLI la!!!

"Encik Dzul, En Dzul, sorry, sorry, silap panggil..." ehehehe... =p camne la boleh silap ni! Ni mesti gara2 baru abis lecture techno, nama En Dzul pun dah jadi En Zuraimi... kehkehkeh...

En Dzul senyum je, gaya nak cepat, muka basah dengan air wudhu' dah tu...

"Ada apa?" tanya Encik Dzul dengan muka manis dia tu.

Shahida pun buka mukadimah dan sepecut kilat menghabiskan soalan pasal assignment Sosial..
"Begini, ...." dan bla bla bla.....

Erm, kenapa rasa macam suara ternaik degree lantunan? Bedal je la... cakap dengan En Dzul cam cakap jarak 2 meter kot hehe... gelabah sebab malu tadi kot, suara pun dah tak boleh nak control. Aduh, jatuh saham saya depan En Dzul, seb baik En Dzul dah kawen.. hehe...

Setelah selesai bertanya dan berjawab.. (ehehe.. bahasa apa tu? tak kisah la... bedal je!)

"wEH Devi, maluuunya, Shahida silap panggil nama En Dzul!"

"Tu la aku pelik, kenapa ko panggil Encik Zuraimi padahal En Zuraimi takdek pun.." kata Devi...

Tiba-tiba, nampak kelibat Panir...

"You ar... Suara you saya boleh dengar..."

Ye ke Panir?? Hehe, dah perasan tadi, juz wat2 xtau... Nak wat camne, nasib la muka ni gelap, xdek la kulit nak merah2 cam org Korea tu kan, malu sikit dah merah muka... hihi... Tapi teringin jugak tengok muka sendiri kalau merah2... kikiki... pengaruh Korean Drama betul!

"Nasib En Dzul tu bukan Encik Naqib, kalau tak dah lama dia potong markah ko!" kata Devi. Hehehe...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...