Cinta itu adalah perbuatan mengikut perspektif Islam. Cinta adalah anugerah dari Allah s.w.t. tetapi haruslah mengikut batasan yang ditetapkan selagi seseorang itu belum menjadi hak @ halal bagi kita. "Islam tidak pernah memandulkan Cinta, Islam menyuburkan Cinta tetapi biarlah pada tempatnya".
Apabila kita dibangkitkan di akhirat nanti, kita akan dihimpunkan bersama-sama orang yang kita cintai di dunia. Siapakah mereka? Rasul? Ibu? Ayah? atau dot..dot..dot?!! Di akhirat, umat Islam adalah ibarat satu pulau yang dikelilingi oleh orang kafir. Kenapa? Sebabnya, kebanyakan umat Islam tidak mengendahkan yang mana halal atau haram kerana terlalu cintakan duniawi. Oleh itu, letakkanlah Cinta pada tempat yang betul.
Kita sebagai manusia iaitu hamba Allah s.w.t haruslah mengikut hukum Allah (Pencipta alam sekeliling) yang telah ditetapkan. Allah melarang perempuan dan lelaki berdua-duaan kerana yang ke-tiganya adalah syaitan. Setinggi mana pangkat seseorang meskipun seorang Imam, mereka tetap akan digoda oleh syaitan durjana. Oleh itu, apabila berbicara perempuan dan lelaki yang bukan mahram, janganlah melunakkan suara sehingga orang yang sakit jiwanya mengambil kesempatan. Janganlah kamu ikuti pandangan pertama dengan kedua dan ketiga kerana ia bukan hak kamu.
"Katakanlah wahai Muhammad kepada para perempuan agar menundukkan pandangan, menjaga maruah dan tidak memperlihatkan perhiasan kecuali yang terzahir sahaja." [ayat31:Surah An-nur]
Janganlah perempuan menghentakkan kaki kerana menunjukkan perhiasan yang dimilikinya. Orang perempuan yang memakai wangian apabila dicium pula baunya oleh lelaki ibarat seorang pelacur. Nauzubillahhiminzalik...
Bercinta @ belajar dahulu?
Ketahui posisi kita. Sebagai pelajar, habiskanlah pelajaran dahulu. Walaupun banyak orang berjaya dimotivasikan oleh 'Cinta' mereka, lebih ramai yang kecundang. Jangan pula kita menyesali perkara yang telah kita lakukan. Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara...
sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati... Jadilah remaja yang CEMERLANG agar generasi akan datang juga akan cemerlang dari segi ibadat, akhlak dan akidah, juga keterampilan. Jadilah pelajar yang BERKUALITI, BERNILAI & BERMARUAH!
Bercinta A.S.A.P --> CoUpLe
Manusia mengalami langkah tumbesaran yang berbeza. Bermula dengan alam kanak-kanak, remaja dan dewasa. Tidak seperti binatang yang lahir terus pandai berjalan. Manusia tidak boleh membatasi had yang ditetapkan. Manusia haruslah mengikut waktu yang sesuai untuk bercinta. Sebenarnya kita sudah tahu. Oleh itu, letakkanlah CINTA pada tempat dan masa yang betul...
p/s: Anjing boleh hidup 10 hari jika tidak diberi makan
tetapi, mati dalam masa 3 hari disebabkan menahan kencing kerana tidak jumpa tiang
Moral of the story: JANGANLAH TERLALU MENGIKUT TREND, NANTI AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI. Sama2lah kita beramal... wallahualam...
No comments:
Post a Comment