Wednesday, July 10, 2013

PUNB? Perantisan Bermula di alam Maya

Assalamualaikum Muslimin dan Muslimat yang dikasihi Allah sekalian.

Pertama sekali, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak! ^_^
Ahlan Wasahlan ya Ramadhan! Semoga kita semua memperbaiki amal di bulan yang barakah ini, in shaa Allah.

Hari ni tiba2 mendapat ilham untuk menyambung entry Perantisan PUNB, namun mata yang silau dek cahaya netbook ini menghadkan penulisan. Oleh itu, moga kita masih diberi ruang dan peluang untuk berkongsi pengalaman di masa hadapan. Anyway, Sakinah, Shahida dah reply message kamu pada komen PART II PUNB. Hope menjawab persoalan. Disebabkan Kinah juga, Shahida jumpa entry mengenai Margin Kasar ni, harap dapat memberi manfaat kepada rakan2 yang mahu belajar berniaga walaupun shahida pun baru belajar bertatih dalam industri perniagaan Butik Pengantin..

Tingkatkan margin kasar
Oleh MARK BILLINGTON

TIADA yang diktiraf secara lebih universal dalam menentu ukur prestasi perniagaan kecuali margin kasar. Ini menimbulkan persoalannya, kenapa dan mengapa, ia penting?
Margin kasar adalah nilai jualan selepas ditolak dengan kos jualan langsung. Dalam erti lain: jika jualan ialah sebanyak RM2,000 dan kos jualan ialah RM1,200, margin kasar ialah RM800 atau 40 peratus daripada jualan itu.

Mengapa ia sangat penting? Secara ringkas, lebih tinggi margin kasar, lebih untung anda akan peroleh. Ini mungkin nampak mudah tetapi juga adalah cara untuk membezakan cara perniagaan dijalankan. Jika margin kasar seorang tukang emas ialah 50 peratus dan pengendali pelancong ialah 20 peratus maka peniaga yang kedua perlu menjual dua setengah kali ganda nilai untuk mencapai margin kasar yang sama. Oleh itu, margin kasar adalah perbandingan asas unik untuk membezakan perniagaan. Ia bukan sahaja membuat perbandingan merentasi pelbagai sektor tetapi juga merentasi sempadan negara.

Tambahan pula, untuk mengira keuntungan sesebuah perniagaan, anda hanya perlu menolak overhed perniagaan daripada margin kasar. Jika margin kasar berjumlah RM1,000 dan overhed pula berjumlah RM600, untung bersih ialah RM400. Overhed biasanya tetap pada jangka pendek, oleh itu margin kasar adalah penunjuk baik keuntungan dan boleh dikira dengan agak mudah.

Ini adalah penting bagi memastikan dalam semua rundingan perniagaan, margin kasar tinggi yang sewajarnya boleh dicapai. Dalam sesetengah sektor perniagaan di mana permintaan telah jatuh, ia menjadi amat sukar untuk perniagaan mengekalkan margin kasar dan kebanyakannya tidak mempunyai pilihan tetapi mengurangkan harga jualan sekali gus memberikan impak besar terhadap pendapatan mereka. Persoalan yang lebih penting, berikutan ekonomi serantau telah mula mendapati persekitaran perniagaan kian pulih, ialah bagaimana untuk membangunkan semula dan meningkatkan margin kasar. Terdapat beberapa cara, termasuk:

# dengan meningkatkan harga-harga jualan
# dengan mengurangkan kos pembelian bahan secara langsung
# dengan menambah baik jualan bercampur
# dengan mengurangkan pembaziran, kemusnahan dan kecurian stok
# dengan memperkenalkan rangkaian produk istimewa atau sementara

Apakah setiap satu menglibatkan?

1. Meningkatkan Harga-harga Jualan

Kebanyakan PKS mempunyai kekangan ke atas harga ditetapkan untuk produk mereka - sememang tipikal ditentukan oleh harga runcit yang disyorkan atau kos barangan spesifik. Bagaimanapun, dalam kebanyakan kes pengaruh terbesar pada harga jualan perniagaan ialah persepsi mereka 'apa trafik yang akan ditanggung'. Dalam keadaan peruncit, lokasi berperanan penting - seperti cawangan pesaing yang berdekatan, dan sifat perdagangan (biasa atau jualan sekali sahaja). Malah jika ada kesempatan (seperti kekurangan sesuatu produk) membolehkan sama ada peningkatan sementara atau tetap. Sekali-sekala ia adalah berbaloi untuk meningkatkan harga, sekurang-kurangnya ke atas rangkaian terpilih, untuk mewujudkan kesan terhadap permintaan.

2. Mengurangkan Kos Pembelian Bahan Secara Langsung

Mengurangkan kos harga input bergantung terutamanya terhadap 'kelebihan' terhadap para pembekal. Jika anda merupakan pelanggan utama anda dijaminkan diskaun-diskaun besar. Jika anda adalah pelanggan kecil yang mewakili tiada perkongsian tidak penting jualan para pembekal anda tidak mungkin boleh menyakinkan mereka untuk mengurangkan bayaran. Bagaimanapun, jika anda mampu menawarkan bayar waktu terima kepada para pembekal anda mungkin boleh berunding untuk mendapatkan diskaun ke atas harga barangan sebagai balasan. Secara alternatif dimiliki oleh sebuah syarikat, yang memberikan kelebihan pembelian secara pukal, seperti sebuah rantaian besar, boleh membantu dalam perundingan untuk mengurangkan harga 
pembelian.

3. Menambah baik Jualan Bercampur

Jika sesebuah perniagaan menjual dua produk, A dan B, dan produk A mempunyai margin kasar sebanyak 30 peratus dan produk B sebanyak margin kasar 20 peratus maka margin kasar keseluruhan akan ditingkatkan dengan menjual lebih banyak produk A dan kurangkan produk B. Namun kalau, satu produk baru - C - boleh ditawarkan pada margin kasar 50 peratus, ternyata jelas ia lebih manfaat untuk dijual, dengan syarat ia boleh dilepasi tanpa kenaikan overhed. Dalam keadaan ekonomi yang sukar, adalah lebih penting untuk menumpukan sumber-sumber pada bahagian-bahagian perniagaan yang memberikan pulangan lumayan untuk pelaburan dalam overhed. PKS perlu cepat untuk mengenal pasti rangkaian produk yang memberikan margin kasar tertinggi dan pada masa yang sama pantas untuk bertindak untuk menyesuaikan produk bercampur untuk memaksimumkan margin apabila ini boleh dicapai tanpa sebarang kerugian keseluruhan dalam perolehan.

4. Mengurangkan pembaziran, kemusnahan dan kecurian stok

Bahagian ini membolehkan kebanyakan perniagaan meraih keuntungan besar dalam peratusan margin kasar mereka. Kecurian dijangka mewakili dua peratus daripada pendapatan perniagaan runcit. Ini mewakili peningkatan berpotensi melebihi 10 peratus dalam margin kasar jika ia boleh dibasmikan. Dengan keuntungan yang berpotensi seperti ini, adalah berbaloi untuk mempertimbangkan semua langkah keselamatan.
Perancangan teliti dan ramalan adalah alat penting supaya semua tahap pengeluaran dan stok cukup bagi memenuhi permintaan tetapi tidak berlebihan sehingga perniagaan perlu menawarkan diskaun ke atas barangan yang tidak terjual atau membuang stok tidak tahan lama yang menjangkaui tarikh luput, kerana ini juga akan memberi kesan ke atas margin kasar.

Perubahan secara tiba-tiba dalam persekitaran ekonomi di Malaysia dan negara lain di rantau Asia Tenggara pada 2008 dan 2009 bermakna perancangan tepat dan ramalan adalah amat mencabar. Kebanyakan perniagaan telah ditinggalkan stok yang tidak terjual dan telah mengurangkan harga dan menawarkan diskaun yang banyak bagi mencatat jualan. Berikutan persekitaran perniagaan kembali pulih dan menunjukkan pertumbuhan dalam sesetengah sektor, ramalan dan perancangan tepat kekal sebagai kemahiran penting bagi memastikan output perniagaan sepadan dengan permintaan tetapi tidak menghasilkan pengeluaran yang berlebihan yang disusuli dengan pengurangan dalam margin kasar.

5. " Memperkenalkan Rangkaian Produk Istimewa atau Sementara

Peniaga seharusnya mengkaji semula semua rangkaian produk atau perkhidmatan utama secara berkala. Kajian semula seharusnya merangkumi jualan produk yang diwakili dan sama ada mereka menyumbang secukupnya kepada margin kasar. Soalan penting yang harus ditanya termasuk: perlukah anda mengurangkan sedikit margin kasar produk-produk atau perkhidmatan? Terdapat rangkaian produk lain yang boleh diperkenalkan yang memberikan margin lebih besar? Apakah reaksi pelanggan? Adakah ia akan menarik para pelanggan baru? Apakah akibat lain yang akan disusuli? Kebanyakan perniagaan di Malaysia telah menunjukkan fleksibiliti hebat berhubung itu baru-baru ini dan menunjukkan bahawa mereka boleh mengubah model-model perniagaan untuk mengekalkan keuntungan meskipun berdepan dengan ketidaktentuan dalam pasaran.

Walau apa pun keadaan perniagaan, margin kasar merupakan penunjuk utama kejayaan perniagaan. Pastikan anda mengambil langkah betul untuk memaksimumkan potensi perniagaan anda. Dan jika anda memerlukan bantuan, bincang dengan seorang pakar, seperti seorang akauntan bertauliah, yang boleh memberikan pandangan sebagai orang luar terhadap perniagaan anda dan mungkin membantu mengenal pasti trend-trend dan menanyakan sesetengah soalan yang lebih sukar ditanya apabila anda sibuk terlibat dalam pelbagai kegiatan sepanjang hari.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Semoga ianya bermanfaat..

No comments:

Post a Comment