BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog yang terjumpa atau sengaja singgah di sini, hehe.. ada ke?
Post kali ini Shahida nak berkongsi pengalaman yang tak pernah shahida sebut dalam blog ni.. Mungkin sebab selama 6 bulan training di bawah Kementerian Belia dan Sukan masa terlalu padat dan kekangan masa menyebabkan Shahida tiada masa berkongsi rasa dan ceritera sepanjang menjalani program Perdana Leader Fellowship (PLF) tersebut.
Disebabkan hidup Shahida sudah beralih kembali menggapai IMPIAN MENJADI USAHAWAN bersama PUNB - Program Perantis Usahawan Siswazah di AQIZA Bridal. HOOYEA2!! Oleh itu perkongsian kita akan banyak kepada gambar...
Bermula dengan Kem Pemilihan di Universiti Kebangsaan Malaysia, perlu menjalani 6 module termasuk ujian Fizikal. shahida sebilik dengan Kak Nina.. ^_^
Memperkenalkan diri di sesi Ice Breaking Kem Penilaian
Mesyuarat Jawatankuasa Kem Penilaian *Dr Wasitah dan Dr.
Mesyuarat Pemilihan calon gamaknya, hehe...
Bersama Kumpulan ketika sesi pemilihan
Then, Alhamdulillah, Shahida telah menerima tawaran mengikuti program Perdana Leader Fellowship selama 6 bulan;
Malam Persembahan Hari Orientasi 3 Hari 2 malam, Kumpulan ini terkena cabutan lagu Hindustani..Weewit.. ^_^
Kumpulan Shahida menjayakan lagu Rasa Sayang dan joget Zapin Usik Mengusik Senario, huhu... tunggang langgang berjoget zapin...
Okey, selesai Hari Orientasi 3 hari 2 malam, kami terus bertolak ke Lumut, Perak untuk menjalani Program Team-Building bersama Outward Bound School Lumut. Pengalaman kedua di tengah laut untuk Shahida selepas 5 tahun yang lalu di mana Shahida menyertai Program Wilderness di Pulau Langkawi ketika masih belajar di Matrikulasi. Seronok sangat naik WHAILER ni.. tapi ada yang mabuk Laut jugak la.. "Mabuk bukan mabuk, mabuk laut," huhu... lagu Spider dah kena tukar la...
Kumpulan Bintang yang sentiasa mendahului dalam pengayuhan Whaler. *Shahida bertopi kuning.. ^_^ Asyik tergelincir je pengayuh tu, huhu...
Kelihatan kumpulan Berinchang di sana bersama Fasi mereka Encik Syukri kalau tak silap..
Amir, Miza dan Encik K.A memberi kata-kata semangat dan menghiburkan kami sementara kami mengerah kudrat mengayuh Whailer, tak lupa juga sesi berpantun versi lagu Rasa Sayang yang menghangatkan suasana kami di tengah laut. Penangan lagu Zairin ketika hari Orientasi. hehe..
Pagi-pagi selepas subuh terus kami loading barang naik Whailer semula untuk meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor.. *Sekarang di Pulau Rumbia.. destinasi Pertama
haha.. terpaksa guna apa yang ada untuk tutup muka, last-last burned jugak muka Shahida...
Apala yang serius sangat dibincangkan tu, huhu...
Hiyaaa!!! Kayuh, jangan tak kayuh... =)
Santai selepas berpenat lelah, sempat membuat ampaian.. ^_^ terima kasih kepada Nazmi yang biasa mengikuti ekspedisi Gunung, kepakaran anda sangat kami hargai.. hehe..
Sementara lelaki bersantai, kami terjun masuk air, mandi sakan nampak, hehe.. harap la ada jaket, kalau tak jangan harap nak mandi lebih paras pinggang, dahla ada batu karang kat bawah tu.. teritip pun ada kat tepi-tepi batu, arghh, kalau kena memang parah la tinggal parut...
HAHAHA, Miza buat renangan ala-ala puppy yang tengah berenang, katanya tak pandai berenang, sementara Iqa yang memang ada sijil Scuba jadi Assistant dia pulak mengajar berenang, hehe...
1, 2, 3, LomPATT!!! ^_^
Dah siap siaga mandi, tukar baju bagai, santai-santai makan dan bersiap untuk masak makan malam..
Ni area bukit kat Teluk Batik, sesi muhassabah diri. ingatkan jauh sangat perjalanannya, dekat je rupanya. Alhamdulillah semua menjaga keselamatan ahli kumpulan. Yang lemah semangat didahulukan, yang ada lampu tolong-tolong suluh untuk kawan yang tak ada lampu dan kehabisan bateri.. =)
Sesi Rope course, wah, sangat mencabar, di akhir titian, kami perlu membunyikan loceng! TAHNIAH kepada semua ahli Bintang kerana semua berjaya membunyikan loceng tersebut.. ^_^
Selepas Rope Course, sesi bergambar pula.. ^_^
Tak ingat la Pulau apa.. hmm..
Ha, ni persinggahan terakhir menaiki kayak.. takdek pulak gambar kayak kan. Shahida jadi Navigator dengan Azmi, siap kena marah dengan Kapten Azri lagi pasal kami laju sangat, sabor jela, huhu.. time balik, tukar, kami duk tengah tapi kena ikut rentak Kapten, haish, kapten saje je cari pasal dengan kitaorang, time kitorang laju, dia slow, time kitaorang slow, dia plak g main belah ombak la bagai.. sabor ye Azmi, hehe..
Akhirnya, malam penutupan disudahi dengan santapan Berbeku yang kumpulan Bintang masak dan persembahan Pantun OBM versi Rasa Sayang dan lagu Lemak Manis dari kumpulan Berinchang yang menghiburkan.. To Serve, To Strive and Not To Yield, moto OBM, cayalah! ^_^ *opss, muka semua dah burned yup.. hehe..
Next, kita sambung kemudian, ada rezeki yang datang menjengah sekarang ni, jangan ditolak.. Chaiyo'2 Shahida, esok dah nak start Perantisan, Gambate ne! ^_^
Wassalam dan Maassalamah!! =)
Senyum Sokmo...
No comments:
Post a Comment