Monday, June 17, 2013

Program Motivasi Siswazah Perantis PUNB 34/2013 (Intake 2) PART 1

13 - 16 Jun 2013

Impian Rimba Resort
Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan

Tepat jam 8.30 pagi, 13 Jun 2013 bermulanya jejakku di PUNB. Berdaftar sebagai Perantis Usahawan Muda PUNB. Dengan tekad yang ada dan motivasi yang masih bersisa, aku gagahkan diri untuk teruskan perjuangan ini. Semangat semakin menyusut semenjak menganggur 2 bulan yang lalu tetapi tetap aku gagahkan.

Kata Encik Helmi, Faktor Kejayaan ada 3;
1. Kawan
2. Bacaan, dan
3. Belajar dari kesilapan orang lain.

Bamboo Networking. Seperti biasa didengari tetapi jarang diamalkan dalam perniagaan. Serumpun, mudah dilentur, itulah sifat buluh yang perlu kita teladani. Dalam perniagaan, kita harus membantu sesama usahawan, buangkan hasad dengki. Serumpun kita sebangsa, ayuh contohi sejarah Rasulullah s.a.w. dan membina empayar perniagaan yang pernah kita pelopori dahulu. Tak perlu hasad, tak perlu dengki, setiap orang rezeki berbeza. Banyakkan dhuha, banyakkan doa, kuatkan usaha, tawakal jua. 

Katanya lagi, kita perlu ambil alam sebagai contoh. Pokok Pisang salah satu daripadanya. Ditebang beribu kali, tetap akan tumbuh. Begitu juga dengan Usahawan, berapa kali jatuh pun, perlu bangun juga untuk berjaya! Buah Pisang itu kejayaan bagi pokok pisang, tetapi Kejayaan Usahawan itu apabila mampu berbakti kepada bangsanya! Usahawan yang mewujudkan pekerjaan. Jika kita tidak membantu bangsa kita, siapa lagi... Namun, Usahawan Berjaya terletak pada HATI. Usahawan yang Jujur itu lebih mulia di mata Allah s.w.t..

Perkenalan bermula dengan beberapa peserta dan kami sama-sama membina impian. Kami didedahkan dengan Product Life Cycle dan Strategi-strategi dalam perniagaan oleh Encik Hamimi.


9.00am, 14 Jun 2013
Keusahawanan Islam - Etika dan Amalan
Ustaz Zawawi Bin Zakaria

Ustaz Zawawi ada menyebut tentang bidalan Orang Cina yang membawa maksud "Kalau jatuh bangun semula". Beliau berkisah tentang seorang lelaki berjalan, tersepak batu, dan tertekup mukanya di dalam lopak air sedalam 5 inci, lalu mati. Persoalannya, kenapa? Why? Jawapannya, kerana dia tidak berusaha untuk bangun. Sama sahaja dengan usahawan, jika jatuh, kita perlu bangun. Bangun agar dihujungnya kita akan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat in shaa Allah.
Usahawan itu sentiasa mengejar kemajuan, memperbaharui produk atau servis mereka dari semasa ke semasa. Berbeza dengan Peniaga yang menjual barangan dari orang lain.
6 Syarat sesebuah perniagaan menjadi IBADAH ialah;
1. Niat yang betul.
2. Perlaksanaan tepat mengikut syarak.
3. Perkara Sah mengikut syariat.
4. Tidak meninggalkan perkara asas / teras Ibadah iaitu Solat.
5. Natijahnya mesti baik dan tidak membawa kepada pergaduhan.
6. Dilakukan dengan Optimum.

Nota Kaki dari Ustaz Zawawi:
# Keuntungan Trading tidak boleh melebihi 100% (termasuk kos penghantaran dll).
# Tiada penipuan, dan tidak boleh melebihi harga pasaran.
# Perkara yang membebankan pelanggan tidak dibenarkan dalam Islam. Contohnya seperti Riba.



2 comments:

  1. @sakinah wahbi, nasib shahida perasan ada message.. huhu

    100% (termasuk kos penghantaran dll) tu maksudnya
    Contoh harga Tudung RM5 x 20 helai (sekodi) = RM100
    Kos Penghantaran Pos Laju oleh pembekal RM12
    Upah pekerja RM5/jam (contoh la..)

    So, total kos jualan RM117 kalau jual dlm masa sejam (tu belum masuk elektrik bagai lagi... hehe)

    Harga Jual RM20 X 20 helai = RM400

    Formula Margin Kasar :

    (Harga Jual - Harga Kos) / Harga Jual x 100
    = (400 - 117) / 400 X 100
    = 70.75 % (x lebih dr 100% tp dah kira mahal kan.. huhu..)

    wallahualam... kalau salah, tlg perbetulkan..

    Ni, terjumpa pasal artikel Margin Kasar masa cari formula, hehe.. bagus utk rujukan bersama...

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm#ixzz2YiQ3cuXZ

    ReplyDelete
  2. atulex-ru1988 Colleen Kennedy Download
    stanontugood

    ReplyDelete