Tuesday, May 30, 2023

SELAMAT HARI RAYA 1444H

Assalamualaikum wbt,

Orang kata kat Johor Raya sampai Hari Raya Haji.. ye ek? baru tauu.. huhu..

So, kita nak simpan kenangan kat sini gambar pre-Raya dengan #anak2teddy Ramadhan yang lalu.. Simpan untuk kenangan ^_^


















Okey, jom lelap.. Huhu.. jap-jap...

Nak cerita asal usul hashtag anak-anak teddy dulu.. Ini kisah bedtime story.. Ngeh3... 

Once upon a time... In Ramadhan 1444H...

Halah3, tak rajin nak speaking.. nanti kang kita mintak ChatGPT je translate.. huhu..

Ramadhan yang lepas, waktu rehat pukul 1 petang dimanfaatkan untuk tidur qailullah sebelum Zohor.
One day, nampak la si ketua kelas ni bawak anak patung panda.

"Amboii, marah Mai nanti main bear dia", kata Shida. Masa tu si Mai duk baring kat kerusi sofa dalam bilik teori, memang dah ke bulan agaknya, tak sedar apa kami borak. Memang si Mai ni bawak bear dia dua-tiga hari sebelum, buat teman tidur waktu rehat katakann.. Si ketua kelas ni dengan selamba bawak panda tu keluar dari bilik teori. Sambil cakap, "Saya punyalah cikgu".

Ahhh, tak cayalah.. bergurau je ni..

"Cikgu, itu D****h punya la cikgu." kata Zahirah.

"Seriouslah! Saya ingat Mai punya, macam sama je."

"Betul la cikgu, itu dia punya..", tegas dia mengatakan kebenaran. Korang takkan boleh lawan dengan Zahirah. Kalau dia promote Ainaa Beauty tu, korang kena beli tau, kalau tak nanti dia debik atas bahu korang! Penat je dia explain tapi tak beli. HAHAHAHA...

Haloh, haloh haloh lah... Ke hulur ke hilir Si Ketua Kelas ni bawak Panda tu sebelum balik ke transit. Gelak dalam hati je la kita ni awak-awak.. ki kiki.. Asal bolehla.. Pastu sembang dengan si ketua kelas..

"Seriousla, tak tau pulak lelaki pun suka bear."

"Ada je la cikgu lelaki suka bear." serta disokong oleh Haikal. Alamak aii, dia bawak geng peminat anime. Elok la tu.. yang ni kumpul bear, sorang pulak kumpul Hot Wheel.. sanggup tu, waktu rehat pukul 10.00 pagi mintak izin nak pergi Speed Mart.. "Nak buat apa?"

"Ala cikgu, nak beli yang kecik-kecik tu, yang berbungkus tu.."

"Hah?? Semata-mata nak beli Hot Wheel? Tak payah! Tunggu waktu balik pun boleh pergi beli."

Hambik kau, ingat cikgu awak ni tak reti main teka-teki ke? Sekilas ikan di laut, sudah ku tau jantan betina.. Hahahaha... Sabar ya Afif, tak lari Hot wheel dikejar..

Okeyla #anak2teddy, gudnite.. nanti sambung cerita lain pulak.

#sekadarsimpananuntukkenangan
#giatmara #studentlife #anak2teddy #batchjan2023
#graphicdesignandadvertising #graphicdesign

Thursday, May 18, 2023





Bismillahirrahmanirrahim..

17 Mei 2023 | HARI TERBUKA GIATMARA PASIR GUDANG 2023 & SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023
.
Alhamdulillah, terima kasih kepada yang hadir. Update kehadiran Hari Terbuka GMPG iaitu para guru dan adik-adik dari SMK Pasir Gudang 1 (3 guru & 18 pelajar), SMK Taman Daya, SMK Kangkar Pulai (5 guru & 35 pelajar), dan dari SMK Dato' Penggawa Timur (1 guru, 5 pelajar). Semoga para belia kita mendapat input yang baik mengenai kursus-kursus yang kami tawarkan di GIATMARA Pasir Gudang.
.
Terima kasih juga kepada wakil-wakil anggota kerja dari MARA, GIATMARA Negeri Johor, GIATMARA Tebrau, GM Johor Bahru, GM Pulai, Ketua Kampung Senibong, Pegawai PPD, serta semua tetamu yang sudi menghadiri majlis kami.
.
Tahniah kepada anak-anak pelatih yang menjayakan 2 event ini dalam masa satu hari. Semoga menjadi pengalaman yang berharga buat kamu dalam mengendalikan majlis-majlis formal.
.
Maafkan kekurangan dari pihak kami. Semoga silaturrahim, kerjasama yang dijalinkan terus berkekalan. Aamiin, aamin ya rabbal alamiin...
.
#GIATMARA #PasirGudang #GraphicDesign #Advertising #ArtEducation #CreativeSkills #CreativeTalent #DesignCourses #VisualCreativity #ArtisticExpression #DigitalArt #VisualCommunication #GraphicDesignSchool #CreativeIndustry #DigitalMarketing #CareerOpportunities #TechnicalSkills #ProfessionalTraining #YoungCreatives #VisualArts #CreativeInnovation #PublicRelations #CreativeMarketing #advertisingindustry

*Boleh scan QR Code untuk ke post Instagram GIATMARA Pasir Gudang


Friday, December 2, 2022



Assalamualaikum wbt.

Salam Hujung Minggu semua!! Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk membuat coretan.
Kali ini Shida nak mengarang sedikit sebanyak sebagai seorang pemerhati, dari mata ibu dan bapa.

Alhamdulillah kita sudah menerima perkabaran mengenai Kabinet Kerajaan Perpaduan. Namun, perjuangan masih perlu diteruskan dalam apa jua yang kita lakukan. Semangat untuk merubah nasib bangsa adalah terletak pada diri kita sendiri. Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri yang mengubahnya. 

Begitulah Shida yang pernah mengalami waktu remaja, suka explore ke sana ke mari mencari hala tuju hidup. Dan kini masih sama. Kita di bumi ini hanyalah seorang Musafir yang mencari "bekalan" untuk hidup yang kekal abadi di Akhirat sana. Mungkin kita pernah melakukan kesilapan di waktu dahulu, tetapi ia tidak menghalang kita untuk berubah. Sebab tu kalau kita jumpa seseorang yang berperangai tidak baik, kita perlu doakan dia supaya dia berubah. Mungkin hari ini kita lebih baik dari dia, tapi kita tak tahu mungkin pengakhiran hidup dia lebih baik dari kita. Allah nak uji kita samada kita ringan mulut tak nak doakan sesama saudara Mukmin kita.

Sebagai seorang yang banyak mengenal individu di luar sana, saya pasti seseorang ibu atau bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Rezeki anak-anak berbeza. Ada yang bijak, keputusan cemerlang-boleh masuk Universiti ternama dan dipermudahkan Allah swt untuk mendapat pekerjaan yang stabil. Manakala, ada pula graduan yang menganggur lama setelah graduasi. Ada juga yang tak mampu hantar anak ke Menara Gading kerana masalah kewangan dan berpendapat PTPTN hanya menambah hutang. Ada ibu bapa yang tak tahu mana arah tuju anak mereka dan risau jika anak-anak mereka tiada sumber pendapatan apabila mereka sudah menghadap ilahi.

Selain itu, tak kurang juga ibu bapa yang meletak syarat kepada anak-anak untuk habiskan pelajaran sebelum membina mahligai perkahwinan. Semuanya bersebab! Jikalau anak perempuan, pasti ibu bapa risau jika ikatan perkahwinan anak mereka tidak kekal lama apabila berkahwin muda. Selepas itu, siapa yang mahu menanggung anak dan cucu-cucu mereka. Lainlah jika bakal menantu memang sudah mempunyai pekerjaan yang stabil. Tapi tak juga, sebab zaman sekarang apa-apa pun boleh berlaku. Begitu banyak contoh yang berlaku dalam masyarakat kita yang perlu dijadikan iktibar. Anak-anak seharusnya cuba meletakkan diri mereka sebagai orang tua yang telah melahirkan, menjaga, mendidik mereka sejak kecil. Ya, bukan mudah untuk remaja berfikir dari sudut pandangan orang tua mereka. Oleh itu, banyakkan berkawan dengan orang yang lebih matang dan penuhkan circle anak-anak dengan orang-orang yang berjaya.

Baiklah, apa kaitan perkongsian mengenai ibu bapa yang risau akan masa hadapan anak-anak mereka ini dengan GIATMARA? 

Cuba kita tengok di sekeliling kita, apa ilmu yang paling penting untuk kita terus memberi manfaat kepada orang sekeliling. KEMAHIRAN, betul tidak? Dalam kehidupan sehari-harian pun kita memerlukan plumber untuk bantu kita baiki sistem perpaipan, juru elektrik, kontraktor rumah, tukang baiki laptop atau komputer, memasak dan lain-lain. Kemahiran ini jugalah yang menjadi modal buat usahawan-usahawan di luar sana untuk menjalankan perniagaan dan meneruskan kelangsungan hidup. Cinta semata-mata kalau tiada duit pun akan hancur. Duit tak menjanjikan kebahagiaan tetapi kalau tiada duit, isteri dan anak-anak nak makan apa? Memang janji Allah tu pasti. Rezeki semua orang telah ditetapkan. Namun sampai bila nak mengutip pucuk paku untuk bagi anak-anak makan, mereka pun teringin nak makan makanan yang sedap.

Oleh itu, kami dari warga GIATMARA menyeru ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak untuk mengambil Sijil Kemahiran Malaysia yang kami tawarkan di sini demi membantu anak-anak tuan-tuan dan puan-puan agar mempunyai kemahiran berguna yang mereka boleh gunakan untuk masa hadapan mereka. Di GIATMARA, kami menawarkan pelbagai jurusan dan tuan puan boleh menyemak di laman web rasmi kami https://giatmara.edu.my/senarai-kursus/ untuk senarai kursus yang disediakan.

Namun di sini, saya ingin mewar-warkan bidang-bidang yang ditawarkan di GIATMARA Pasir Gudang. Di GMPG, kami menawarkan 5 Bidang utama iaitu:
  • GRAPHIC DESIGN AND ADVERTISING (GDA)
  • TEKNOLOGI FOTOGRAFI DAN GRAFIK (TFG)
  • TEKNOLOGI ANIMASI 3D (TAM)
  • STAGE OF BROADCASTING SPECIALIZED (SNB)
  • PATTERN AND CUTTING GARMENT (PCG)
Syarat kemasukan untuk GIATMARA adalah 3M, iaitu:
  1. Pandai Membaca
  2. Pandai Menulis, dan
  3. Minat
Umur layak masuk GIATMARA adalah dari usia 15 tahun dan ke atas.

Di GIATMARA kita menerima pelatih dari pelbagai peringkat umur. Oleh itu anak-anak dapat belajar dari kawan-kawan yang lebih matang dan belajar berkomunikasi dengan kepelbagaian umur. Mengenai isu buli alhamdulillah setakat ini saya sendiri tidak pernah mendengar isu tersebut di peringkat GIATMARA selaku bekas pelatih di sini malah anak-anak lebih seronok belajar dalam keadaan yang kondusif. Kami juga menyediakan kelas agama untuk pelatih-pelatih di GIATMARA kerana kami percaya bahawa pembentukan mukmin yang cemerlang adalah dari pegangan agama dan amalan ibadat yang sempurna. Jangan risau, untuk Non-Muslim Bumiputera juga kita sediakan pendidikan moral.

Maklumat Tambahan untuk Kursus Rekabentuk Grafik & Pengiklanan (SKM Tahap 3) yang ditawarkan di GIATMARA adalah seperti berikut:

Tempoh Masa Pembelajaran adalah selama 6 Bulan Pengajian + 3 Bulan Praktikal.

Antara Kelebihan-kelebihan yang diterima oleh para pelatih adalah:
  1. Yuran Pendaftaran Serendah RM160
  2. Menerima Elaun Sebanyak RM200 Setiap Bulan.
  3. Kemudahan Peralatan Yang Mencukupi Untuk Setiap Pelajar.
  4. Tempat Tinggal Disediakan Dengan Bayaran Bulanan Mampu Bayar.
Kami menerima pelatih dari seluruh Malaysia. Jika jarak jauh, transit disediakan dengan bayaran bulanan yang rendah. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Begitulah yang kami umpamakan buat pelatih Kami yang datang dari Kelantan, Perak, Pahang, dan Selangor sebelum-sebelum ini. Malah ini menjadi titik tolak untuk mereka belajar hidup berdikari.

Salah seorang pelatih semasa kami berasal daripada Kota Bharu, Kelantan dan sehingga kini menetap di transit untuk sesi pembelajaran. Apabila ditanya kenapa tidak pulang ke kampung, beliau mahu berjimat. Mengenai makanan, pelatih ini yang dikenali sebagai Mad berkata dia selalu masak di transit agar dapat berjimat wang simpanan yang pernah dikumpul sebelum menyambung pelajaran di sini. Apabila ditanya kepada Mad mengenai perancangan masa hadapannya, Mad mahu menyambung pelajaran ke peringkat Diploma di KKTM Rembau dalam bidang Grafik ini. Semoga cita-cita Mad tercapai. Mad menjadikan pusat ini sebagai platform untuk mencapai cita-cita sebagai seorang Graphic Designer Professional dan dia begitu matang dalam menguruskan kewangan dan kehidupannya di GIATMARA Pasir Gudang. Semoga lebih ramai anak-anak didik yang berilmu dapat dibentuk di sini, aamiin..

Akhir kata, jika ada tuan puan, anak-anak yang berminat untuk mengambil Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang grafik, boleh menghubungi nombor 012-407 7520 atau tekan link www.wassap.my/60124077520/daftar_sesi _Julai_GDA



Tuan puan dijemput follow, comment di Official Page Facebook kami: https://www.facebook.com/gda27

Di page tersebut tuan puan, anak-anak boleh melihat hasil kerja dan aktiviti-aktiviti yang pernah dilaksanakan di GIATMARA Pasir Gudang, in shaa Allah ^_^

GIATMARA PASIR GUDANG LOT PTD 147021
JALAN PERMAS SELATAN BANDAR BARU PERMAS JAYA
81750 MASAI JOHOR  

#giatmara #sambungbelajar #grafik #graphic #graphicdesigner #adobe #illustrator #photoshop #printing #pengiklanan #percetakan #education #skm #sijilkemahiranmalaysia #newintake #creative #creativedepartment

Sekian coretan hari ini. Segala yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu juga dariNya tetapi melalui kelemahan diri saya. Wallahualam bissawab.

Thursday, September 22, 2022

Bad Day

Hari takkan tenang kalau permulaannya pun dah kalut kan.. Betul sangat!

Pagi-pagi dah kalut cari kunci. Then banyak perkara terjadi. Silap switch kelas, aircond, terasa hati, semuanya buat saya tak kuat. Macam ada sesuatu tak kena.

Tapi as sebab kejadian, minta doa dari adik beradik supaya kunci jumpa.. Mak call malam tadi.. Saya minta redha mak, mak cakap mak dah redha.. Kalau tak.. Panjang lagi kisahnya.. Subhanallah, walhamdulillah, walailahailallah.. Rasa tenang bila dapat restu mak.. Semoga dipermudahkan urusan ibadat di sini, aamiin..

Tengahari semalam message bestie dan dia suh makan lunch sedap2 supaya boleh tenangkan jiwa.. Kebetulan order Bento dari CU Mart.. Nyum3


Semalam dah daftar lesen memandu. Boss reply status suh bawak kereta pergi Bangi.. Ades.. Lemah lutut ni, macam nak ambil SPM semula tau nak menghadap Ujian JPJ nanti.. 


Allah Ya Bariq, aku serahkan segala perancangan kepadaMu.. Aamiin...

Wednesday, September 21, 2022

21 Sept 2022 RABU

Alhamdulillah, hari ini walaupun tak berjalan lancar sepenuhnya, Allah permudahkan.. Syukur dengan nikmat Allah swt masih diberi peluang untuk hidup dan mendidik anak bangsa.

Pagi hari ini Allah bagi ilham supaya waktu briefing dengan anak-anak didik untuk share pengalaman mula-mula bekerja di sebuah badan berkanun. Kami hanya 8 orang sambilan ketika itu, tiada kursus untuk memulakan pekerjaan hakiki kami. Sistem yang digunakan adalah sistem Mentoring, Mentor dan Mentee.. What should we do if mentor and sub mentor tak ada? Bertanya pada yang lebih senior. Begitulah adab mencari ilmu, kita yang mencari guru, bukan guru yang mencari anak murid.

Mengimbau kisah mula2 berkhidmat dengan badan tersebut, memang mula-mula ianya agak sukar, rasa mahu menangis dan berhenti. Semua kena hadap.. Nama pun bekerja kan, kena la bertemu dengan client dan lalui perkara yang semuanya pengalaman first time. Bila dah tiga bulan, baru nak rasa selesa tetapi kena kejar KPI.. Struggle is true. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Bila dah 11 bulan di sana, punyai rakan-rakan yang menyayangi, boss yang baik, colleague yang sporting dan tak mengira pangkat dan darjat.. Sedih untuk tinggalkan! Tapi kini di sinilah seketul Shahida berada, di sebuah institusi yang sebenarnya tak ramai pandang tapi kami yakin semua orang pasti ada peluang untuk belajar dan melanjutkan pelajaran. Moga minat dalam bidang graphic ni, saya dapat turunkan kepada anak bangsa. In shaa Allah.

Dua hari lepas, Shida ada menghadiri jemputan pameran kerjaya di sebuah sekolah. Ada ibu2 dan guru yang berminat dengan institut kami. Tak kurang juga ada juga guru yang memandang institut kami sebelah mata. Sedih juga kerana kebanyakan guru hanya mengutamakan institut-institut yang gah sedangkan kami bekas-bekas mahasiswa tahu hakikat zaman sekarang, kebanyakan institut swasta di luar sana lebih mengutamakan keuntungan mereka, wallahualam.. Itu pendapat peribadi saya.. Jika mahu gagalkan pelajar, fikirlah masak-masak.. Banyak pengalaman yang saya dengar, dan ianya menjadi pelajaran buat saya.

Pagi tadi, saya kongsikan juga beberapa point mengenai Adab menuntut ilmu. Ialls google hokey.. Huhu.. Dah lama tak join usrah, rindunya pada Ustazah dan Naqibah Shida.. 


Intipatinya saya ambil dari sini.. https://dalamislam.com/akhlaq/adab-menuntut-ilmu

Semoga ianya bermanfaat buat mereka. Perasaan apabila menyampaikan sesuatu kebaikan ni, seperti saya kuat membebel tapi saya tahu remaja perlu diulang-ulang berkenaan sesuatu agar mereka menghargai setiap perkara yang berlaku dalam hidup dan ketahui hikmah di setiap kejadian. Kita semua sama, mengharungi masa muda untuk menjadi dewasa. Tapi tak semua punya peluang yang sama dari segi pendidikan dan kasih sayang keluarga, oleh itu marilah kita meraikan kepelbagaian dan menerima rakan, sahabat kita seadanya. Kita tak boleh mengubah dunia, tapi kita boleh ubah diri kita sendiri. 

Hari ni kena handle dua batch tanpa Ketua Bidang. Kiranya ini second day yang chaotic untuk Shida selepas pameran. Terima kasih pada dua pelatih yang teman Shida pada hari pameran, Nazs daan Yayayea.. Tanpa mereka rasanya hari akan lebih kalut, huhu. Dan hari ni kena settlekan gambar ukuran passport untuk lantikan baru, take a breath dan cuba settle apa dalam email dulu. Pelatih Shida semoat tengok hasil potrait mereka, ada improvement dan ada yang dah nak siap. Ada salah seorang student siao explore Graphic Style Libraries yang binatang2 tu, dia siap susun2 lagi kat potrait muka dia, hahaha.. Lelaki hokey.. Mat, mat.. Sabor je la.. 

Then, saya cuba repeat pengajaran yang saya pernah sampaikan dulu, blend sedikit dengan pengalaman sebagai Graphic Designer. Kalau tengok muka2 student, diorang macam bosan, maaf la kalau cikgu kamu ni terlalu kaku, saya masih belajar dan mengharap ilham dari Ilahi. Mula2 risau juga nak buat pembahagian kumpulan kerana melihat kelemahan dan kekuatan individu dalam setiap kumpulan, saya harap mereka berjaya bekerjasama.

Kami ada menerima beberapa orang pelatih kurang upaya seperti masalah pendengaran dan komunikasi. Disebabkan tidak mampu untuk mempraktikkan sign language, shida guna status whatsapp sebagai medium kami berbual. Golongan ini mungkin perlukan lebih perhatian, tapi kami juga melatih mereka untuk berdikari. Semoga semua pelatih di sini akan terus berjaya walau di mana berada.

Shida cuba mengawal kekalutan dalam diri, cuba menyemak laporan akhir student batch Januari, betulkan ejaan dan format mereka. Masa dah tak banyak, harap diorang dapat siapkan awal dan boleh study lebih banyak.

Rasa serba salah juga yang mana student yang shida tak sempat nak semak dulu, padahal dia dah siap awal.. Tapi relax sikit sebab nampak usaha student tersebut yang rajin study Nota sementara tunggu turn dia. Terima kasih sebab memahami dan jadi contoh pada adik-adik.

Tiba-tiba juga hari ni rakan satu batch hadir untuk ambil sijil serta tumpangkan pulang sampai rumah. Thank you Haikal. In shaa Allah rezeki awak lebih berkat sebab jaga mak. Sekecil-kecil perkara yang dilakukan pasti ada ganjarannya. Jarangla dengar anak lelaki memasak sedangkan ada adik perempuan. Semoga awak jadi suami yang baik dan soleh Haikal, akak doakan awak, aamiin..

So malam ni kita nak study sikit untuk ajar basic format penyediaan laporan amali kepada pelatih esok. Gambate ne! Moga ada coretan lagi selepas ini untuk ingatan dan catatan rujukan di kemudian hari.

Thursday, January 2, 2020

Cara Tukarkan Wang Pos

Pembayaran menggunakan Kiriman Wang Pos

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah Shida akan mengambil sijil VTO di CIAST ILP Marang bermula 20 Januari 2020 ni. Makanya persediaan untuk masuk asrama, yuran pendaftaran sebagainya sedang giat dilalukan. Huhu.. Kebetulan pihak ILP memohon supaya semua pelatih menyediakan pembayaran yuran dan insurans menggunakan Kiriman Wang Pos; makanya, selepas bertanya Pak Cik Google, caranya mudah je rupanya, hanya perlu tukar di Pejabat Pos berdekatan.

Wang Pos ini hanya boleh ditukar dan ditunaikan di Pejabat Pos. Kiriman Wang Pos kini masih digunakan oleh institusi pendidikan untuk pembayaran Yuran dan Insurans. Dengarnya, blogger jiran sebelah kata ada juga customer dari business online dia yang masih menggunakan Wang Pos ni disebabkan kekangan seperti:

i)  Lokasi Bank yang jauh dari kediaman
ii) Tiada Akaun Bank
iii) Kawasan Pedalaman
iv) Syarat yang ditetapkan oleh sesuatu agensi (macam kes ILP ni la, huhu)

Cara untuk menukar duit Kiriman Wang Pos adalah dengan membayar sejumlah wang yang telah ditetapkan termasuk surcharge daripada Pejabat Pos. Katanya surcharge 0.60 sen sahaja, Tahun baru ni tak pasti pulak berapa.. so, kita check it out esok.. ^_^

So, nilah contoh Wang Pos yang Shida sempat google tadi.. huhu


Okey, kalau nak tebus atau tunaikan Wang Pos ni pulak, ceritanya kita memang kena pi Pejabat Pos untuk tukar kepada tunai.. Mudah je kan? Zaman di hujung jari ni, bila kita tak tau, google je, in shaa Allah dapat jawapan.. kalau takde, itulah gunanya network kengkawan yang bekerja dipelbagai bidang. Apa guna Facebook Friend List sampai 5000 kalau seorang pun tak mampu tolong jawab soalan kita kan.. ringankan tangan untuk bantu orang yang memerlukan pertolongan. Mungkin as sebab tu Allah permudahkan urusan kita kelak.. wallahualam *senyum 

Thursday, December 5, 2019

Interview VTO di ILP/CIAST MARANG

Assalamualaikum pembuka kata, 

Hai! Untuk entry ni shida nak tulis ringkas je, sebab nak tidur awal, hihi

Sebelum ke interview, sibuk duk hafal nama penuh TVET (Technical and Vocational Education and Training), CIAST (Centre for Instructor and Advanced Skill Training), dan VTO (Vocational Training Operation), HRDM (Human Resource Departmnet of Malaysia), JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran) dan Fourth Industrial Revolution (IR 4.0). Tapiii.. panel tak tanya pun, mungkin nak jimat masa. Huhu..

Waktu interview ni, panel akan panggil 5-6 orang sekali masuk. Ada sebab.. berguna bila masuk interview round ke-3. huhu..

TASK 1

Sila perkenalkan diri anda, dan beritahu serba sedikit latar belakang pendidikan anda dalam masa 2 minit setengah.

1) Pendidikan
2) Sukan
3) Persatuan/Kelab
4) Unit Beruniform
5) Kelebihan diri (yang orang lain tak ada)

Huh, yang lain semua boleh cerita, tapi bab nombor 5 tu, berpeluh juga fikir.

1st candidate beritahu kelebihan dia boleh mengendalikan mesin yang besar, yela sesuai dengan kursus dia bahagian fizik. 2nd candidate pula beritahu kelebihan dia boleh menginovasikan resepi dan handle event. Shahida orang ketiga, kebetulan masa tu cerita tentang Shahida ada handle misi Banjir di Kuala Krai di Kelantan pada tahun 2015. Masa tu handle dari jarak jauh, kawan-kawan duduk berbeza daerah dan negeri, so semuanya handle by phone.. Mereka bantu dapatkan contact, Shahida hubungi pihak IKBN Bachok untuk kerjasama program tukar minyak hitam motorsikal yang dilanda banjir, dapatkan sponser dari senior MRSM yang merupakan pembekal Minyak hitam, aturkan kawan untuk ambil minyak dari kilang, dapatkan sponser untuk beli Al-Quran baru dari ISMA Kuantan dan aturkan tempat sukarelawan, pegawai KBS dan pelatih IKBN berkumpul. Kesimpulannya, kelebihan Shahida ialah dapat mengumpulkan semua tenaga kerja untuk menjayakan sesuatu program atau Misi.

TASK 2

Panel temuduga akan memberikan satu tajuk dan semua candidate diberi masa dua minit setengah untuk membuat perbincangan. Macam sesi MUET, panel hanya menjadi pendengar. Kumpulan satu berbincang mengenai isu Viral, kumpulan dua tak pasti, dan kumpulan kami mendapat soalan berkaitan Buli. Panel mengarahkan kami untuk membincangkan punca dan penyelesaian Buli. Buli ni ada dua jenis yang dikenalpasti sebagai Cyber Bully dan buli fizikal. So kami bincang pasal adik tahfiz yang dibuli hingga mati, puncanya mungkin kerana si Pembuli kurang kasih sayang dan timbul rasa cemburu terhadap adik tahfiz yang mendapat lebih perhatian. Tak sempat nak bincang berjela masa ni sebab time constrains. Yang penting semua candidate kena bercakap dan memberikan pandangan masing-masing.

TASK 3

Kalau ikutkan, untuk tugasan ketiga ni better ada bahan bantu mengajar sebab kita diberi 2 minit setengah untuk mengajar di hadapan menggunakan papan putih. Masa ni Shahida dah memang hafal satu topik Graphic iaitu Memanipulasi Imej menggunakan perisian Adobe Photoshop. Kebanyakan calon akan memulakan tugasan mengajar mereka dengan ayat, "Memandangkan saya dari jurusan fashion, saya akan mengajar cara-cara mengambil ukuran badan".. calon bakery pula mengajar langkah-langkah membuat resepi, memang dihafalnya jadual buat resepi tu dan diconteng pada papan putih. Ada juga yang rasa memadam papan putih menghabiskan masa mereka sahaja, makanya hanya diajar secara lisan. Bagi Shida pula, shida tuliskan nama-nama sub topik Modul dan terangkan satu persatu.. tak sempat habis pun terang setiap sub-topik, hahaha.. yang penting kena bagi kesimpulan. "Kesimpulannya Adobe Photoshop sangat penting kepada Graphic Designer untuk mereka bentuk banner, bunting, flyers, poster, dan sebagainya." Huhu, itu je sempat fikir masa tu dalam keadaan tergagap sikit, yelah bom masa dah meletup.. kita pun jadi gubra. Tips shida, better korang ada banyak sub-topik supaya dalam masa dua minit setengah tu korang tak ulang perkara yang sama sahaja ketika mengajar dan untuk elakkan mati ayat. Nanti korang rasa 2 minit setengah tu macam lama sangat sebab xtau nak cakap apa dah.

Itu sahaja perkongsian pengalaman interview Shahida untuk CIAST. Semoga ada rezeki untuk menjadi tenaga pengajar dan berbakti kepada negara. Oh ya, soalan pertama panel, kenapa kalian nak jadi tenaga pengajar? Shahida jawab apa yang Shahida rasa.. sebelum tu dah bincang ngan kawan, so soalan tu dijawab spontan je, "Saya suka mengajar apa yang saya minat, dan apa yang saya tahu. Saya suka tengok orang berjaya menggunakan ilmu yang saya sampaikan." Pendek dan ringkas. Tak taula apa pandangan panel, harap dia nampak keikhlasan Shahida, in shaa Allah.. ada juga yang jawab latarbelakang diorang memang ramai pendidik, yang lain Shahida tak ingat.

Sekian, semoga maju jaya yang bakal menghadiri temuduga VTO!! Chaiyo'2!!

Untuk makluman, VTO membuat 3 sesi pengambilan setiap tahun. Had umur adalah 20-35 tahun sahaja. Untuk yang lebih 35 tahun boleh membuat VTO secara PPT tapi Shahida dimaklumkan pengambilan Disember 2019 adalah batch terakhir. maksudnya lepas ni dah x boleh buat VTO secara PPT.

Sekian, wallahualam bissawab.






GIATMARA PASIR GUDANG AWESOME!!!

Giatmara Pasir Gudang


Tempat di mana Aku menimba ilmu, mengenal software Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop.
Alhamdulillah, 6 bulan pelajaran teori yang sangat seronok, dan 3 bulan yang sangat bermakna dalam mengaplikasikan ilmu yang dipelajari.

Graphic Design and Advertising (GDA)

Aku rindu. Kerana suasana pembelajaran itu sudah berakhir, tetapi ilmu itu sentiasa menjadi peneman ku. Moga ianya menjadi ilmu pengetahuan yang dapat aku gunakan untuk membantu masyarakat yang berkongsi minat yang sama, in shaa Allah.

Guru yang Shida sangat hormati En Mohd Nor Hamzah Bin Hambali dan En Norhisham Bin Ab Razak. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa cikgu-cikgu.

Perjalanan untuk mengikuti kursus ini bermula dengan permohonan online di http://giatmara.edu.my/language/ms/permohonan-online/ atau pada yang berminat boleh juga menghantar borang secara manual ke Giatmara berdekatan anda..


Syarat-syarat kemasukan ke Giatmara ini sehingga umur 40 tahun manakala umur paling muda adalah berumur 16 tahun. 

Para pelatih juga akan menerima Elaun sebanyak RM200 setiap bulan. Yuran pendaftaran kemasukan pelatih pun tak banyak, dalam RM150 sahaja. Penginapan Transit bergantung pada setiap Giatmara dan ada yuran transit bulanan. Kebanyakan pelatih tinggal berdekatan, jadinya tak ramai yang tinggal di transit. Pelatih yang tinggal jauh macam Shida memang perlukan kemudahan transit ni sebab saudara mara yang paling dekat pun tinggal di Pulai Indah, tak larat tu nak ulang alik setiap hari. huhu.. Kalau dari transit, jalan kaki 6 minit pun dah sampai.

Peringkat Pertama Permohonan - Isi Borang Online

Pada peringkat ni, kita perlu isikan maklumat asas dalam borang online dan wajib memilih tiga Giatmara yang kita nak. Macam Shida, shida mohon;

1) Giatmara Kuantan - Graphic Design and Advertising
2) Giatmara Pasir Gudang - Graphic Design and Advertising
3) Giatmara Wangsamaju - Graphic Design and Advertising

Nampak tak kat situ, Shida memang mohon kursus yang Shida minat sahaja. Lagipun nanti masa interview, panel akan tanya juga betul ke kita minat kursus tu. Kalau minat kita sebenarnya bahagian Photography, so panel akan bantu kita untuk tukar ke jurusan tu juga, better terus mohon bidang yang kita minat. 

Peringkat Kedua Permohonan - Interview

Peringkat interview ni wajib ada salinan ic dan sijil akademik tertinggi.
Ada dua peringkat interview;

1) Ujian Melukis
2) Ujian Lisan

Waktu ni para panel akan menilai hasil lukisan kita dan melihat sejauh mana minat kita dalam bidang Graphic. Time ni boleh pulak dapat soalan "awak datang sini bukan nak cari jodoh kan?" Hahaha.. Tidaklah, sebab memang minat yang mendalam dalam bidang Graphic ni sebab tu la Shida sampai ke Pasir Gudang. Kalau ikutkan pilihan pertama adalah Giatmara Kuantan, tetapi ketentuan Allah, Giatmara Pasir Gudang yang call dulu untu interview dan penempatan. Makanya, disanalah Shida menimba ilmu. Alhamdulillah dapat terus ilmu dari Ketua Bidang Graphic Giatmara yang disegani.

Peringkat Pembelajaran Teori (6 Bulan)

Masuk belajar macam biasa kita ada Orientasi selama seminggu. Then terus masuk kelas-kelas mengikut module NOSS.

Module 1: Pengurusan Keselamatan dan Kecemasan
Module 2: Membangun Kajian Komunikasi Visual
Module 3: Menghasilkan Ilustrasi Vektor
Module 4: Memanipulasi Imej Digital
Module 5: Menghasilkan Rekabentuk Tipografi
Module 6: Menghasilkan Rekabentuk DTP (Identiti Korporat)
Module 7: Menghasilkan Pelbagai Medium Pengiklanan
Module 8: Membangunkan Pengiklanan Lengkap

Antara hasil kerja sepanjang di sana yang dapat Shida banggakan adalah:








Peringkat Pembelajaran Praktikal (3 Bulan)

Pada peringkat ni, semua pelatih akan menjalani latihan industri di tempat pilihan mereka. Kalau dapat syarikat yang besar bestla, silap2 dapat elaun sekali kan. Elaun Giatmara still dapat masa ni RM200 sebulan, kalau company praktikal pun bagi Alhamdulillah, boleh la buat belanja makan, duit minyak pergi balik kerja. 

Shida praktikal di Kuantan sahaja..





Ni diorang tengah isi borang manual Giatmara, seorang dah lepas masuk, seorang lagi dah kerja ^_^





Athirah dan Suharah, Student Practical KV Muadzam, ni la buat teman gelak tawa usik mengusik sepanjang praktikal =D
Itu jelah perkongsiannya, nanti nak update gambar suasana belajar kat Giatmara Pasir Gudang ni, mana tau ada yang berminat nak belajar kat sini.. Oh, next entry pun nak share pasal interview VTO untuk sijil mengajar Vokasional, itu antara cabang untuk korang lebarkan sayap dalam industri Graphic ni samada jadi tenaga pengajar di Pusat Bertauliah atau buka pusat latihan sendiri dan boleh join SLDN.

Next entry in shaa Allah.

wassalam.




Monday, April 27, 2015

SINGAPORE TRIP 3D2N (BUDGET TRIP)

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar..

Sesungguhnya nikmat Allah yang manakah yang engkau dustakan..
Shahida sangat bersyukur masih diberi peluang untuk melancong bersama rakan-rakan sekolah.

HIDUP GENG VAN HIJAU (GVH)!!

Perancangan telah dibuat namun kita manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

Peringatan: Buat Research sebelum Melancong!

Di sini Shahida selitkan Itinerary yang Shahida sediakan di awal trip kami:






#Take note: Jangan lupa bawak MRT Map untuk memudahkan perjalanan anda menggunakan train.



Gambaran kawasan sekitar Waterfront Station
Datang sini semata-mata untuk ambil gambar depan Globe Universal Studio Singapore (USS). Ngeee.. ^_^

Mula-mula nak pergi Trick Eye Museum tapi jadi hilang minat bila tengok tempat dia cam simple je. Dahla camera pun tak bawak! AiyoO.. ini kesilapan besar yang Shahida buat. Take note tau, jangan lupa bawa KAMERA anda. Kalau ada Iphone pun dah memadai untuk capture gambar-gambar kenangan yang indah di sana! Shahida menyemak dalam phone Zati jer. hehe.. ampunn..