Friday, August 11, 2017

Malam Anugerah Belia 2017


Assalamualaikum

Today I was thinking that I was born again. Hahaha.. Please la Shahida.. 😅😅

Harini rasa keyakinan yang berbeza, seperti lahir seseorang yang kembali pulang ke pangkal jalan. Alhamdulillah, perjalanan business semakin maju dengan bantuan Aisyah. Dan pada waktu yang sama aku mencari jati diriku semula. Berbekalkan azam, aku ingin buktikan aku juga mampu berjaya. Setelah lembaran lama diselak, meneliti kembali diri ini sejak zaman sekolah, aku hanyalah seorang yang low profile. Melihat keputusan subjek matematik, aku selalu mendahului dalam kelas, juga di Universiti, rupanya aku pernah mendapat markah tertinggi untuk subjek Operation Management, kelas Prof Sapto.. Tanpa aku sedari dan betapa ia mengingatkan aku jarang meraikan kejayaan2 kecil yang telah diri ini lalui. Betapa kerdilnya aku untuk belajar mensyukuri setiap titik mahupun langkah kejayaan. Kejayaan bukan dicipta untuk membangga diri malahan ia untuk memotivasi orang disekeliling. Walaupun usaha kecil ini tidak besar dimata orang, tetaplah menginspirasikan orang lain.. Semoga anak muda kita akan terus memajukan diri dalam apa jua  bidang yang diceburi. Tidak mengapa jika kita hanya bermula dari bawah, dari pondok sekalipun, yakinlah sesuatu kejayaan tidak akan muncul tanpa kegagalan. Bayi juga selalu jatuh ketika belajar bertatih, apatah lagi kita yang dewasa ini harus juga melalui proses yang sama untuk berjaya.

Aku banyak berfikir, Majlis Anugerah Belia dianugerahkan kepada insan2 yang banyak berjasa. Usaha ini amat bagus untuk menggalakkan anak2 muda terlibat dengan aktiviti2 sihat. Dari tidak kenal menjadi kenal. Dari tidak rapat, menjadi rapat. Namun, adab pergaulan haruslah dijaga antara wanita dan lelaki.

Aura malam anugerah tersebut membuat aku tidak mampu melelapkan mata. Bertemu dengan orang2 yang disegani dalam EXCO Pahang membuatkan aku rasa ingin berjaya seperti mereka. Kemahiran komunikasi adalah kelemahanku, namun pepatah orang berjaya mengatakan "jika ingin berjaya, kita harus berdamping dengan orang berjaya". Terima kasih liaa tumpangkan shida ke Zenith Hotel. Terima kasih Zura, walaupun baru kenal kita boleh berkomunikasi dengan baik. Terima kasih hari ini aku boleh break the ice, berborak dengan orang yang tak dikenali tanpa merasa gugup. Tapi lebih gugup pula bercakap dengan orang yang kita kenal dan segani. Ah, macam2lah Shahida ni.

Sebenarnya nak cakap, Saya nak aktif balik dalam pergerakan Kuatagh!! Sebab saya yakin, kalau kita ikhlas, kenderaan tu dah jadi masalah no 2. Biarlah tak pandai memandu pun, asalkan matlamat nak bantu orang lain berjaya. Shahida, please be ALERT! Kengkadang rasa macam diri sendiri tak peduli orang lain, tapi sebenarnya kita peduli.. Cuma time management yang kalut je menyebabkan diri huru hara.. Jom hijrah!! Man Jadda Wa Jadda.. Siapa usaha lebih, dia dapat lebih. Itu sahaja diari hari ni. 

Plan untuk esok:
Nak buat sos popia
Bawa Mango Flavour
Nak beli Oreo hancur
Jual chicken meatball dan takoyaki
Beli polistren @ bekas plastik
Dan yang paling penting, 
UPDATE AKAUN BULAN Jun, Julai, Ogos.

Gambate ne!!

Ps: Tagline "Love study before you love somebody" dah takley guna.. Kena tukar
"Love Allah swt before you love somebody"

Love yourself,
Love your family,
Love your friends,
Love your society,
Love ummah,
Love Islam,
Love Prophet Muhammad saw,

That is how you show you love Allah swt.

1 comment:

  1. hi shida. i love to back to the blogging world. its the place we seeing and muhasabah diri. jatuh bangun kita dipatri dalam monumen maya blog itu sendiri. so kipidap dongibab k.. pray Allah ease your journey too..amin

    ReplyDelete