WeLcOmE...

Kepada pengunjung blog ni, terima kasih kerana memberi sokongan.. walaupun saya baru berjinak-jinak dengan blog, moga saya dapat membawa manfaat kepada kita semua dan berkongsi pengalaman sebagai seorang muslim, anak, kakak mungkin, dan juga sebagai pelajar... mungkin ini adalah peluang untuk saya membantu adik-adik di luar sana yang masih mencari-cari apakah impian masa hadapan mereka. saya bukanlah sehebat pakar motivasi, tapi berminat untuk berkongsi pengalaman bersama orang luar... sekian, salam perkenalan dari saya... ^_^

Tuesday, April 4, 2017

Wan's Family Day May 2016 Tasik Kenyir Terengganu

Alhamdulillah, one of my impian untuk travel bersama keluarga dah tercapai. Cuma, Mak, Along, Atih tak dapat sertai.

Dah lama sangat blog ni menyepi. So, sekarang nak jadikan blog ni lubuk simpan album. Lenkali senang nak carik balik gambar2 kenanngan, huhuhu..

Tersilap masuk Jeti Utama, huhu.. at least dapat snap gambar kat Tatu Kenyir nih. Hehehe..
Seri Bayu Houseboat adalah tourist guide kami. Gambar ni sekadar hiasan, hehe..

Gambar sebelum meneruskan trip kami. Nampak tak Houseboat warna biru belah kanan sekali tu.. Tulah Houseboat yang kami sewa. Walaupun tak mewah, alhamdulillah perjalanan semua selamat.

Nak bagi tips sikit untuk kengkawan yang nak pergi Tasik Kenyir.

#1 Survey dulu harga houseboat dengan kemudahan yang mereka sediakan. Average yang saya dengar ada dari harga RM2,500-14K, Wallahualam. yang murah tu hati-hatilah, Biasanya kemudahan tak berapa sangat, lihat pada kondisi houseboat. Kebanyakan pemilik houseboat dah buat renovation, dan tak kurang juga yang tak renovate, tapi still naikkan harga sewa..

#2 Survey samada kemudahan mereka boleh beroperasi atau tidak. Generator make sure ada 2 atau lebih untuk supply elektrik. Kalau tak, nak karok waktu petang pun tak boleh. Huhu.. Kalau tuah badan, korang dapat bilik berhawa dingin sekali. Tapi waktu malam memang dah sejuk,cuma petang la membahang sikit. Alaa, barula rasa ala-ala law of the jungle sikit, hehe.. Make sure ada freezer dan peti jugak. Sebab haritu tengok ada houseboat yang hanya menggunakan ice box oren tu je. ais memang tahan 3 hari dalam tu, tapi untuk minum lagi, korang nak simpan hasil pancing dan blablabla bahan masakan camne. Kalau silap, harap maafkan, sebab ni berdasarkan pemerhatian terhadap jiran2 houseboat kami bermalam. Ada houseboat yang ada baby tu, tak pasti pulak buaian renjut tu dia bawak sendiri atau ada disediakan.

#3 Terdapat Huseboat yang menyediakan kayak dan jetski.. pergh, jelez tengok, tapi harga sewa houseboat tu dalam 10k-14k kalau tak silap.

#4 Beli ais secukupnya. Macam keluarga kami, beli 4 beg ais pun tak cukup, siap sebat orang punya. Haha, ada customer before us tinggalkan ais lebih, Kami pun apa lagi, sebat jelah.. pasal last day pergi Santuari Kelah, penat sangat, nak recharge aircond dalam badan. hehehe...

#5 Beli tiket santuari awal2. Tiket cepat habis. Kami pun hari isnin last day tu je yang available tiket. Nasib baik first houseboat yang sampai. Pagi2 lagi kami dah bertolak. Bila sampai ke houseboat semula dari Santuari, ada 9 Houseboat tengah landing baik parking sebelah-sebelah tepi and belakang houseboat kami. Patutla ramai je berjalan melawan arus masa nak balik tu. huhu... Haa, peruntukan bermanja-manja dengan kelah tu setengah jam je tau untuk setiap houseboat, tak kisah korang sampai dulu ke kemudian ke, asalkan korang satu trip/ satu family. Time tu cousin Shahida paling lewat sampai, nasib baiklah masih ada budi bicara, yang lewat diberikan masa tambahan. Makanan ikan hanya boleh beli masa kat tapak penerangan tu, yang kami duk parking houseboat. belilah banyak2 sikit, kami beli 6 bungkus pun tak cukup. Ikan2 tu kalau tak bagi makan, taknya nak main dengan kamo. huhuhu.. T test isi makanan dalam tangan, genggam, celup dalam air.. perggghhh, geli yang amat, ikan tu sedut makanan dari celah tangan koram. Tengok orang main seronokkk.. sekali buat, memang mejerit la jawabnyaa.. hahaha

#6 Rancanglah Game untuk korang main dengan family cam kotak beracun ke, apa ke.. sebab, kat atas houseboat tu, geng lelaki memang mancing je kerja diorang, huhu.. kami plak, kalau tak mengelamun menghayati ciptaan Allah yang indah, kami tidur je, hehehe.. Nak karok pun, generator bukak waktu malam je.. wuuwuu..

#7 Bawak sarapan dari rumah siap2, perap ayam BBQ siap2, malam kedua terus bakar and makan, tak penat sangat, huhu...




























Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...