Assalamualaikum semua... ^_^
Rindunya nak ber'blogging'.. hehe.. al-kisah sekarang ni kerja sukarela dengan belia, sebelum tu sempatla jugak Shahida belajar buat baju blouse sehelai.. buat ala-ala baju tidur je la kot sebab guna kain cotton.. corak pun dh ada gaya kain alas meja, redha jelah.. hehehe...
Sepanjang belajar dan bekerja ni, selalu la naik teksi.. rm3 satu kepala kot for 20minit perjalanan ke bandar Kuantan tu... banyak sangat cerita dan ragam Pak cik teksi..
Teksi satu; "Macam biasa la tengok pak cik ni... pak cik tinggal kat mana ye?" tanya Shahida.
"Pak cik tinggal kat kawasan Beserah ni je. Anak tinggal di mana?" jawab Pak cik Teksi.
"Oh, erm kat kawasan naik teksi tadi je.. tapi rumah Pak cik kat mana ye?" tanya Shahida lagi. Pak cik pun bercerita panjang lebar jalan ke rumah dia..
"La, dekat la dengan rumah nenek saya tu Pak cik.."
"Siapa neneknya?"
"Orang panggil Mak Tih Tun"
"Oh, rumah arwah H***** ke?" tanya Pak cik lagi.
"A'ah, betul la tu Pak cik."
"Oh, saudara dengan Pak cik Ali kan?"
'Ha? Pak cik Ali? Arwah Pak cik Ali sebelah rumah Atok ke?' tertanya2 dalam kepala otak sendiri sementara Along kat belakang pasang telinga je...
"Oh, Pak cik Ali...", 'Ish, saudara ke? Bukan jiran je ke? konfius, konfius!'
"Yang duduk kat Sungai Ketam tu.."
"Oh, Tok Ngah Ali..." hmm, baru betul!
"Ha, kawan Pak cik la tu.. mana tak selalu nampaknya, kalau kenduri-kendara kat rumah nenek tu, Tok ada la kat sana... hmm, tak sedap pulak orang panggil Pak cik, panggil Tok je la..." kata Tok. Okey la Tok, Atok pun Atok la.. Shahida senyum je...
Tok ni ada satu je kemusykilan sejak 2 kali saya dan Along naik teksi dia..
*Time ni Pak cik tak suruh panggil Tok lagi.. hehe
"Pak cik musykil la, ada budak SPM ni dapat 6A tapi tak dapat tawaran U. Yang seorang lagi dapat 1A tapi dapat pulak masuk U. Macam mana tu ya?" tanya Tok.
"Erm, sebenarnya bergantung kepada pilihan UPU yang dibuat la Pak cik. Kalau pilih perubatan memang susah sikit. Mungkin yang satu A tu jurusan dia lebih kepada teknikal" ...atau mungkin juga lebih kepada kemahiran seni, IT dan lain-lain kan...
"Kelayakan untuk masuk lebih mudah macam tu. Pak cik tau tak budak yang masuk U tu dapat course apa?" sambung Shahida bertanya.
"Pak cik tak pasti la pulak".. hmm, maybe besar peratusan ibu bapa yang tak tahu tentang pemilihan UPU yang dibuat oleh anak-anak mereka lalu mereka terlepas peluang untuk melanjutkan pelajaran. Oleh itu, saya sarankan supaya orang diluar sana tak kira adik2, ibu bapa, kakak, atau abang alert tentang sistem pemilihan student ke IPTA... moga tiada lagi yang mendapat nasib seperti adik 6A tadi. Satu Tips untuk adik-adik yang bakal mengambil SPM. Jika anda berminat untuk mengambil jurusan perubatan tetapi memperoleh kelayakan cukup makan, mohonlah jurusan yang berkaitan seperti Farmasi dan Fisioterapi. Dah dapat nanti, boleh la cuba buat rayuan dengan universiti untuk tukar course. TAPI, yang penting sem 1 adik-adik kena pastikan kamu semua layak untuk perubatan dengan memperoleh pointer 4.00 flat. Kalau dah terbukti, senangla urusan Fakulti kan..
Itu kisah Teksi 1, Teksi 2...
"Adik kerja ke?" tanya Pak cik tu..
"Ya, baru je start 1 june hari ni. Kerja sukarela je. Sementara cuti U ni..."
"Oh, yang belakang ni?" tanya Pak cik merujuk kepada Along.
"Saya? Saya belajar menjahit. Tapi dah dapat Kolej Komuniti." jawab Along.
"Ambil course apa?" tanya Pak cik lagi.
"Memasak. sebelum ni dah belajar kat Giat MARA" kata Along lagi.
"Oh, minat memasak. Habis, kalau suruh masak, boleh la ni?"
"InsyaAllah boleh.."
"Kenal tak Chef Zam? Yang potong usus tu, yang dah jadi kurus sekarang."
"Aaaa... kenal! Kenapa Pak cik?" tanya Along.
"Yang mana? Bukan Chef Ismail ke nama Chef yang buat pembedahan tu?" kata Shahida.
"Eh, tak..." kata Pak cik sambil menyebut nama penuh Chef tu bersama namanya.
'Oh, adik-beradik la tu..'
Teksi 3; Pak cik ni kuat melatah, baru jumpa pagi tadi...
macam-macam yang dilatahnnya, tak boleh pickup.. ceritanya ada 2 event dalam satu masa..
"kalau boleh belah badan aku ni jadi dua ni, satu kat sana, satu kat sana.." sambil mengarah tangan seperti bilah pisau ke tengah badan dan menunjuk ke kanan dan ke kiri.
"Belah!" cokek mak cik depan.
"OoooW BELAH!" latah Pak cik.. dan banyak lagi yang dilatahnya... kesian pun ada, tapi gelak jela, kang mak cik sebelah kata sombong pulak kan.. dalam hati pulak berdoa moga takdek kecelakaan. Mana tidaknya, setiap kali latah, Pak cik tu akan pandang Mak Cik yang cokek dia tu.. aduai... Alhamdulillah selamat jugak kami sampai...
Itulah sedikit biodata Pak cik2 teksi yang kami naiki... selepas ni kisah kite2 mandi pantai pula di Black Stone.. hohoho... dah lama rancang kot... at last pergi berempat je... enjoy!!! ^_^
No comments:
Post a Comment