Monday, June 13, 2011

Cobaan satu, dua, tiga.. for "ask for more"...

Cuti2 sem kali ni nak kata bosan tak! nak kata happy.. erm.. certain day..
yang tak bosannya maybe sebab baby dah bertambah kat rumah kan... shafie, sayang Angah..

Yang happy? adala.. nak tau? moh kita baca.. ^_^



Happy2 @t Pantai Batu Hitam ataupun dalam bahasa Inggerisnya Black Stone Beach.. huhu..
Seronok pergi pantai.. nak2 kena time cuti sekolah kan.. bukan setakat kita yang ada kat situ, family lain pun ada.. walaupun kami=along, aten, syafiza, dan shahida je pergi for first day, disebabkan ramai orang tak la risau sangat kalau jadi apa2.. senang nak mintak tolong.. maklumlah semua perempuan kan...

Kami mandi pantai, tangkap anak ikan tepi pantai, letak dalam cawan.. excited bebenor tangkap ikan.. best!! tapikan, kesian ikan tu, sebab lama sangat duk dalam cawan, tinggal nyawa2 ikan je time kami lepas tu.. xtaula kalau ikan tu pandai berlakon kan.. hehe...

Ni cerita ke Pantai kali kedua pulak...
Kali ni adik and ikah join.. sian diorang, beria nak ikut haritu tapi ada kelas tambahan, so, kali ni bawak la jugak diorang kan, realese tension.. al-maklum, dua2 nak amik exam besar tahun ni.. sorang PMR, sorang SPM... hmm, dua2 duk pujuk Shahida ajar subjek diorang, tappiiii.. malasnya! ish, sian adik2 ku.. kalau nak ajar pun, tunggu datang mood la.. hehe.. x pun, rasuah la sikit dengan aiskrim ke, burger ke... baru la semangat nak ajar.. hehe...

Hmm, cuti ni pun happy2 wat kek.. actually makan kek sebenarnya! hehe.. Fatin yang buat, Shahida just join pergi beli barang and tolong cuci pinggan, mangkuk, belanga, yang kotor tu je.. hehe.. tapi, tapi, shahida tolong jugak buat topping chocholate.. okey what! hehe.. tapi kalau resepi depan mata, insyaAllah boleh buat.. Ha? korang nak resepi? kejap nak tanya atin.. hehe..

Bahan-Bahan kek:

Bahan A
1 cawan Serbuk Koko
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
3 biji telur gred AA
1 1/4 tepung gandum
1 'sudu kecil KFC' soda bikarbonat
1 'sudu kecil KFC' baking powder

Bahan Topping
100gm coklat masakan
30gm planta/butter

Cara-caranya..
1. Campurkan semua bahan A dan panaskan di atas dapur sehingga 'sedikit' pekat dalam anggaran 15 minit. Jangan terlalu pekat, nanti kek kita pun pekat-melekat, cepat muak, key! ^_^
2. Tutup api. Masukkan telur yang telah dipukul kembang dan gaul rata.
3. Masukkan tepung gandum+soda bikarbonat+baking powder yang telah dicampur bersama ke dalam Bahan A sedikit demi sedikit.
4. Aduanan siap untuk dibakar atau dikukus.

p/s:yang kukus memerlukan masa 45 minit untuk masak, manakala kek bakar memerlukan 1jam untuk masak pada suhu 180 degree menggunakan api atas dan bawah.. Pastikan kek betul2 masak dengan mencucuk garfu ke tengah kek.

Then, topping, panaskan sahaja kedua-dua bahan di atas dapur sehingga rata. At last, sapukan atas kek yang sudah disejukkan, siap!! ^_^ erm, nyum2...

No comments:

Post a Comment