Sunday, June 19, 2011

Dakwah 5 Tahun

Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah. Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah. Lari daripada jalan kebenaran.

Moh kita ikuti perjalanan Dakwah sebenar...


Dakwah Solat. Tersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setia...p kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi. “Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita”, kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut. “Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye”, jawab pemuda tersebut secara sinis. Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan.

Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini. “Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” , sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya. Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “Sekadar ingin berkenalan. Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”. Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat. Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain. Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh.

Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk, terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat. Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar di tempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?” Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut. “Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”, jawab Ahmad memberikan alasan. “Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?” “Permintaan apa itu wahai tuan?” “Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai. Boleh?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan. “Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan. “Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja”, Jawab Syeikh sambil tersenyum. “Baik, dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahawa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad. “Benar Tuan Syeikh” "Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi, apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya. “Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan. Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya. “Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya. Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira apabila melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum.

Gembira dengan perubahan tersebut. Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya, “Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad. Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?” Ahmad menjawab dengan yakin, “Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini.” “Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engkau benar-benar menunaikan janjimu.”

“Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”. “Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan. Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?” Syeikh menerangkan kepada Ahmad. “Benar apa yang tuan katakan. Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan.” “Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad. “Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan, kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar.” “Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan?

Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian. “Ya benar Tuan.” “Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat.

Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad. Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”. Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan. Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan.

Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut. Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah. Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad. “Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara. “Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan” “Baguslah begitu. Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.” Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad. “Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu?

Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?” Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan. “Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”. “Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?” Tanya Tuan Syeikh menguji. “Sudah tentu wahai Tuan Syeikh,” jawab Ahmad dengan penuh semangat. “Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami. Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad. Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad. Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat. Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini.


Seperti yang telah termaktub di dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud:

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (iaitu) orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Tuhannya dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya”. (Al-Baqarah: 45-46)

































































Suatu hari yang tenang pabila cik Izzati kita ajak keluar... pi Teluk Chempedak a.k.a TC.. hehe..













Wah, kalau tak silap waktu ni puasa.. main2 air laut tu, tup2 masuk dlm mulut.. perkhh! Apa lagi.. ptui! hikhik.. kotor punya orang.. yelah, xkan nak telan pulak, sah2 batal nanti.. Then singgah KFC and McD kejap.. huhu.. menyempat!




























Hai, Mak Tiey ni kan.. [Izzati la, sape lagi, hehe] time Faiq dok main air, dia relax je biarkan Faiq main sorang2.. eh2, xpe.. meh Kak Ida tolong.. hoho.. xnk jd auntie lg la ni... tapi dah lama pun dapat pangkat Mak Ngah Ida.. hikhik.. anak sepupu yang panggil..
p/s: Zati, thanks. nyempat jugak tolong singgah Acer amik Laptop Shahida.. ^_^

Monday, June 13, 2011

Cobaan satu, dua, tiga.. for "ask for more"...

Cuti2 sem kali ni nak kata bosan tak! nak kata happy.. erm.. certain day..
yang tak bosannya maybe sebab baby dah bertambah kat rumah kan... shafie, sayang Angah..

Yang happy? adala.. nak tau? moh kita baca.. ^_^



Happy2 @t Pantai Batu Hitam ataupun dalam bahasa Inggerisnya Black Stone Beach.. huhu..
Seronok pergi pantai.. nak2 kena time cuti sekolah kan.. bukan setakat kita yang ada kat situ, family lain pun ada.. walaupun kami=along, aten, syafiza, dan shahida je pergi for first day, disebabkan ramai orang tak la risau sangat kalau jadi apa2.. senang nak mintak tolong.. maklumlah semua perempuan kan...

Kami mandi pantai, tangkap anak ikan tepi pantai, letak dalam cawan.. excited bebenor tangkap ikan.. best!! tapikan, kesian ikan tu, sebab lama sangat duk dalam cawan, tinggal nyawa2 ikan je time kami lepas tu.. xtaula kalau ikan tu pandai berlakon kan.. hehe...

Ni cerita ke Pantai kali kedua pulak...
Kali ni adik and ikah join.. sian diorang, beria nak ikut haritu tapi ada kelas tambahan, so, kali ni bawak la jugak diorang kan, realese tension.. al-maklum, dua2 nak amik exam besar tahun ni.. sorang PMR, sorang SPM... hmm, dua2 duk pujuk Shahida ajar subjek diorang, tappiiii.. malasnya! ish, sian adik2 ku.. kalau nak ajar pun, tunggu datang mood la.. hehe.. x pun, rasuah la sikit dengan aiskrim ke, burger ke... baru la semangat nak ajar.. hehe...

Hmm, cuti ni pun happy2 wat kek.. actually makan kek sebenarnya! hehe.. Fatin yang buat, Shahida just join pergi beli barang and tolong cuci pinggan, mangkuk, belanga, yang kotor tu je.. hehe.. tapi, tapi, shahida tolong jugak buat topping chocholate.. okey what! hehe.. tapi kalau resepi depan mata, insyaAllah boleh buat.. Ha? korang nak resepi? kejap nak tanya atin.. hehe..

Bahan-Bahan kek:

Bahan A
1 cawan Serbuk Koko
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
3 biji telur gred AA
1 1/4 tepung gandum
1 'sudu kecil KFC' soda bikarbonat
1 'sudu kecil KFC' baking powder

Bahan Topping
100gm coklat masakan
30gm planta/butter

Cara-caranya..
1. Campurkan semua bahan A dan panaskan di atas dapur sehingga 'sedikit' pekat dalam anggaran 15 minit. Jangan terlalu pekat, nanti kek kita pun pekat-melekat, cepat muak, key! ^_^
2. Tutup api. Masukkan telur yang telah dipukul kembang dan gaul rata.
3. Masukkan tepung gandum+soda bikarbonat+baking powder yang telah dicampur bersama ke dalam Bahan A sedikit demi sedikit.
4. Aduanan siap untuk dibakar atau dikukus.

p/s:yang kukus memerlukan masa 45 minit untuk masak, manakala kek bakar memerlukan 1jam untuk masak pada suhu 180 degree menggunakan api atas dan bawah.. Pastikan kek betul2 masak dengan mencucuk garfu ke tengah kek.

Then, topping, panaskan sahaja kedua-dua bahan di atas dapur sehingga rata. At last, sapukan atas kek yang sudah disejukkan, siap!! ^_^ erm, nyum2...

Saturday, June 4, 2011

Kisah Pak Cik Teksi

Assalamualaikum semua... ^_^

Rindunya nak ber'blogging'.. hehe.. al-kisah sekarang ni kerja sukarela dengan belia, sebelum tu sempatla jugak Shahida belajar buat baju blouse sehelai.. buat ala-ala baju tidur je la kot sebab guna kain cotton.. corak pun dh ada gaya kain alas meja, redha jelah.. hehehe...

Sepanjang belajar dan bekerja ni, selalu la naik teksi.. rm3 satu kepala kot for 20minit perjalanan ke bandar Kuantan tu... banyak sangat cerita dan ragam Pak cik teksi..

Teksi satu; "Macam biasa la tengok pak cik ni... pak cik tinggal kat mana ye?" tanya Shahida.

"Pak cik tinggal kat kawasan Beserah ni je. Anak tinggal di mana?" jawab Pak cik Teksi.

"Oh, erm kat kawasan naik teksi tadi je.. tapi rumah Pak cik kat mana ye?" tanya Shahida lagi. Pak cik pun bercerita panjang lebar jalan ke rumah dia..

"La, dekat la dengan rumah nenek saya tu Pak cik.."

"Siapa neneknya?"

"Orang panggil Mak Tih Tun"

"Oh, rumah arwah H***** ke?" tanya Pak cik lagi.

"A'ah, betul la tu Pak cik."

"Oh, saudara dengan Pak cik Ali kan?"

'Ha? Pak cik Ali? Arwah Pak cik Ali sebelah rumah Atok ke?' tertanya2 dalam kepala otak sendiri sementara Along kat belakang pasang telinga je...

"Oh, Pak cik Ali...", 'Ish, saudara ke? Bukan jiran je ke? konfius, konfius!'

"Yang duduk kat Sungai Ketam tu.."

"Oh, Tok Ngah Ali..." hmm, baru betul!

"Ha, kawan Pak cik la tu.. mana tak selalu nampaknya, kalau kenduri-kendara kat rumah nenek tu, Tok ada la kat sana... hmm, tak sedap pulak orang panggil Pak cik, panggil Tok je la..." kata Tok. Okey la Tok, Atok pun Atok la.. Shahida senyum je...

Tok ni ada satu je kemusykilan sejak 2 kali saya dan Along naik teksi dia..

*Time ni Pak cik tak suruh panggil Tok lagi.. hehe

"Pak cik musykil la, ada budak SPM ni dapat 6A tapi tak dapat tawaran U. Yang seorang lagi dapat 1A tapi dapat pulak masuk U. Macam mana tu ya?" tanya Tok.

"Erm, sebenarnya bergantung kepada pilihan UPU yang dibuat la Pak cik. Kalau pilih perubatan memang susah sikit. Mungkin yang satu A tu jurusan dia lebih kepada teknikal" ...atau mungkin juga lebih kepada kemahiran seni, IT dan lain-lain kan...

"Kelayakan untuk masuk lebih mudah macam tu. Pak cik tau tak budak yang masuk U tu dapat course apa?" sambung Shahida bertanya.

"Pak cik tak pasti la pulak".. hmm, maybe besar peratusan ibu bapa yang tak tahu tentang pemilihan UPU yang dibuat oleh anak-anak mereka lalu mereka terlepas peluang untuk melanjutkan pelajaran. Oleh itu, saya sarankan supaya orang diluar sana tak kira adik2, ibu bapa, kakak, atau abang alert tentang sistem pemilihan student ke IPTA... moga tiada lagi yang mendapat nasib seperti adik 6A tadi. Satu Tips untuk adik-adik yang bakal mengambil SPM. Jika anda berminat untuk mengambil jurusan perubatan tetapi memperoleh kelayakan cukup makan, mohonlah jurusan yang berkaitan seperti Farmasi dan Fisioterapi. Dah dapat nanti, boleh la cuba buat rayuan dengan universiti untuk tukar course. TAPI, yang penting sem 1 adik-adik kena pastikan kamu semua layak untuk perubatan dengan memperoleh pointer 4.00 flat. Kalau dah terbukti, senangla urusan Fakulti kan..

Itu kisah Teksi 1, Teksi 2...

"Adik kerja ke?" tanya Pak cik tu..

"Ya, baru je start 1 june hari ni. Kerja sukarela je. Sementara cuti U ni..."

"Oh, yang belakang ni?" tanya Pak cik merujuk kepada Along.

"Saya? Saya belajar menjahit. Tapi dah dapat Kolej Komuniti." jawab Along.

"Ambil course apa?" tanya Pak cik lagi.

"Memasak. sebelum ni dah belajar kat Giat MARA" kata Along lagi.

"Oh, minat memasak. Habis, kalau suruh masak, boleh la ni?"

"InsyaAllah boleh.."

"Kenal tak Chef Zam? Yang potong usus tu, yang dah jadi kurus sekarang."

"Aaaa... kenal! Kenapa Pak cik?" tanya Along.

"Yang mana? Bukan Chef Ismail ke nama Chef yang buat pembedahan tu?" kata Shahida.

"Eh, tak..." kata Pak cik sambil menyebut nama penuh Chef tu bersama namanya.

'Oh, adik-beradik la tu..'

Teksi 3; Pak cik ni kuat melatah, baru jumpa pagi tadi...

macam-macam yang dilatahnnya, tak boleh pickup.. ceritanya ada 2 event dalam satu masa..

"kalau boleh belah badan aku ni jadi dua ni, satu kat sana, satu kat sana.." sambil mengarah tangan seperti bilah pisau ke tengah badan dan menunjuk ke kanan dan ke kiri.

"Belah!" cokek mak cik depan.

"OoooW BELAH!" latah Pak cik.. dan banyak lagi yang dilatahnya... kesian pun ada, tapi gelak jela, kang mak cik sebelah kata sombong pulak kan.. dalam hati pulak berdoa moga takdek kecelakaan. Mana tidaknya, setiap kali latah, Pak cik tu akan pandang Mak Cik yang cokek dia tu.. aduai... Alhamdulillah selamat jugak kami sampai...

Itulah sedikit biodata Pak cik2 teksi yang kami naiki... selepas ni kisah kite2 mandi pantai pula di Black Stone.. hohoho... dah lama rancang kot... at last pergi berempat je... enjoy!!! ^_^