Thursday, April 21, 2011

SEED.. Apa tu??

Social Enterprise For Economic Development (SEED) ialah program anjuran UMK bagi membantu kerajaan menyediakan pelan pembangunan perniagaan di kawasan desa. Shahida terlibat secara langsung dengan program ini kerana terlibat dengan program Padang awal bulan 1 hari tu dan bagi tidak mensia-siakan usaha tersebut, kami mendaftar di bawah USK 40ntah x hingat.. hehe.. tapi subjek kemasyarakatan la...

20 April 2011

Pada jam 8pagi semua dikehendaki berkumpul tapi Shahida lewat then, lepas semua perbincangan, kami pun bertolak ke Tumpat. On the way ke sana dah janji nak singgah makan...

"Pak cik, bila nak berhenti makan?" perut dah bernyanyi lagu rock Ella.. hohoho..

"Kita berhenti depe sikit.." kata Pok Zack.

"Tau dok camne nak cari tempat sedap?" tanya Pok Zack..

"Macam mana Cik?"

"Senang je, kita tengok tempat ramai orang, confirm sedap masakan tempat tu"

Oh.. practically la kan... hoho..

Then, berhentilah kami di satu tempat, tapi....

Pilihan makanan tak banyak dan...

"Shahida la ni laPOR sangat.." kata Helmi.. Cett!! Berani kamu mempersalahkan saya ye Helmi.. Sabor je la.... huhu..

Hari pertama ni just survey camne Mak cik dan Pak Cik sekeluarga tu mengambil upah buat batik. Kebanyakan masa kami bukan tumpu sangat pada batik sebab diorang pun bagi maklumat sekadar yang ditanya. Kami discuss hal ni di kedai kopi dengan Dr Yowan and Ustaz Shariman. Hebat jugak semua memberi idea untuk mempertingkatkan ekonomi family mak cik tu. Shahida pulak masih lekat dengan ayat2 buku tentang Social Entrepreneurship. Maklumlah, exam baru je lagi lepas.. huhu...

"Macam kes Taylor & Khoo tu, kita ambil produk yang mak cik tu siap buat, then kita pasarkan terus kepada customer melalui blog." macam bagus je idea kamu Shahida ..huhu..

Tapi ada banyak halangan..

"Mak Cik tu just tolong lukis, canting, and warna... modal semua dari pembekal/tuan syarikat"

dan bila Shahida bagi idea.. "Kalau cam Garmeen Bank tu, UMK jadi sebagai agen micro-finance loan?" haha... ayat skema dari buku.. tapi betul what, Garmeen pun boleh berjaya, kenapa tidak kita. Kalau UMK tak la kan. Silap Shahida di situ. Tapi Shahida amat bangga memahami syarat2 Garmeen Bank;

Bank Grameen telah menetapkan enam belas perkara yang perlu disematkan sebagai azam oleh peminjam sebelum permohonan diluluskan. 16 azam tersebut ialah:

1. Kami akan mematuhi empat prinsip Bank Grameen – Disiplin, Perpaduan, Keberanian, dan

Kegigihan – sepanjang hidup kami.

2. Kami akan membawa kemakmuran kepada keluarga kami

3. Kami tidak sepatutnya tinggal di rumah yang usang. Kami akan membaiki rumah kami dan

berusaha membina rumah yang baru secepat mungkin.

4. Kami akan menanam sayur-sayuran sepanjang tahun. Kami akan memakan sebanyak mungkin sayuran tersebut dan menjual yang selebihnya.

5. Sepanjang musim menanam, kami akan menyemai benih sebanyak mungkin.

6. Kami akan membina keluarga yang kecil. Kami akan meminimumkan perbelanjaan kami. Kami akan menjaga kesihatan kami.

7. Kami akan mendidik anak-anak kami dan memastikan mereka boleh menyara pendidikan mereka.


8. Kami akan sentiasa memastikan anak-anak dan persekitaran kami dalam keadaan yang bersih.


9. Kami akan membina dan menggunakan tandas gali.

10. Kami akan minum air dari perigi. Jika tiada, kami akan mendidhkan air atau menggunakan tawas.

11. Kami tidak seharusnya menerima hantaran daripada perkahwinan anak lelaki kami, tidak juga memberi hantaran semasa perkahwinan anak perempuan kami*. Kami akan memastikan pusat kami bebas daripada tradisi hantaran perkahwinan. Kami tidak akan mengahwinkan anak-anak kami yang masih kecil.

12. Kami tidak akan berlaku khianat terhadap sesiapa pun. Tidak juga kami akan membiarkan orang lain berlaku tidak adil kepada kami.

13. Kami akan membuat pelaburan yang lebih besar untuk pendapatan yang lebih tinggi.

14. Kami akan sentiasa bersedia membantu satu sama lain. Sekiranya seseorang ditimpa kesusahan, kami akan memberi bantuan kepadanya.

15. Sekiranya kami mendapat tahu terdapat salah laku disiplin di mana-mana pusat, kami akan pergi melawat dan mendisiplinkan pusat tersebut.

16. Kami akan mengambil bahagian dalam segala aktiviti kemasyarakatan.

*Di Bangladesh, keluarga perempuan yang memberi hantaran kepada keluarga lelaki.

Sumber: Grameen Bank at a Glance, Penerbitan Bank Grameen

16 azam ini merupakan sesuatu yang amat memberangsangkan bagi meningkatkan taraf hidup sesebuah keluarga. Setelah permohonan pinjaman mendapat kelulusan, mereka akan membuat pembayaran semula berdikit-dikit secara mingguan, bermula sebaik sahaja seminggu selepas kelulusan.


Dan ini kata mereka..

"Mak cik tu tak nak buat loan untuk buat business sendiri. Diorang takut tak mampu bayar balik" kata rakan-rakan seperjuangan.. Inilah masalah orang Melayu, takut nak ambil risiko. Tapi, ada lagi..

"Kalau Mak cik tu nak buat loan pun takkan lepas. Umur dia dah lepas umur pencen." .. anak dia kan ada? Aduh, banyak betul faktor penghalang..

Then, setelah pelbagai aspek dibincangkan. Kami kecilkan scope kepada meningkatkan production yang Mak cik tersebut boleh hasilkan dalam sehari. Pada waktu sekarang hanya 10 pasang kain Batik Fuji yang boleh disiapkan dalam masa satu hari. So, kami bercadang untuk menambah "gawangan" tempat mencanting dan mewarna batik mak cik tu. Cadangan Ikhwan adalah untuk menambah gawangan bertingkat.

Disebabkan harga upah yang diambil adalah serendah RM3 sepasang, kami mengambil inisiatif untuk meninjau harga upah di tempat lain dan juga turut meninjau harga jualan Batik yang dibuat di atas kain Fuji.

Kebetulan sementara menunggu van UMK mengambil kami, terdapat gerai menjual Akok dan kuih bakar di sebelah rumah Mak cik tersebut. Apa lagi, Helmi, Kak Wani, Kak Mun, Ikhwan, Farah, Kak Liza yang, memang gemar kuih tu pun memborong. Cam sedap je diorang makan, Shahida just makan secubit kot dari Akok yang Mak cik Akok tu bagi... hehe.. kurang minat. Kalau Akok Kuantan yang warna kuning tu saya suka la. Tu pun sekadar makan secukup rasa. Makan lebih2 nanti boleh kencing manis pulak.. huhu...

Then, kami pun menuju ke Pasar Buluh Kubu. Di situ kami survey harga batik yang menggunakan kain Fuji tu... "La, patut la murah. Memang kain ni just khas untuk baju kelawar." Betul! harga pun boleh dapat dari RM28- RM40 paling maksimum. Masa ni la nak belajar jenis2 kain.. huhuhu... Then, kami pun mengenal kain sutera crepe dan jacob.

Waktu survey harga ni bukan setakat survey untuk pemerhatian, malah diorang semua shopping Batik satu sorang.. haha.. takley blah! duit elaun pagi tadi mesti dah masuk poket penjual2 Batik tu... Akhir sekali kami makan di kedai Nasi Ulam Cikgu. Memang Popular kat KB ni tapi baru 1st time cuba. Sedap! Makan dengan budu, kuah ikan patin masuk tempoyak + Ikan Keli + Ulam and air bandung selasih. kalau tolak ulam RM4 je, murah la tu. tapi ulam seikat RM2, xley blah.. hohoho...

Second day pulak kami terus ke SJ Batik di Kampung Berangan, Tumpat. Wah, luar nampak kecik je, masuk dalam macam supermarket! Semua ada. Cyber cafe and Butik Batik dia pun termasuklah. Kat belakang kedai ada kilang Batik.. Fuh, cantik gak Batik yang dicanting kat sini.. Yelah, pak cik yang buat canting tu pun dah 20 tahun pengalaman. Terkezuuut kami, muka muda tue... huhu.. Pak cik tu pun sengih sekali. Kat sini pun kawan2 ku tak lepaskan peluang shopping. Diorang duk beli Pario pulak.. ala2 kain pergi pantai tu... huhu... jenuh nengok diorang memilih sakan. Shahida tak minat la.. huhu...

After that, kami pergi pula ke Nordin Batik. Wah, kat sini lagi WAH LA... memangla, business dah besar ala2 setaraf Noor Arfa Batik la kan.. kami pergi ke tempat demonstrasi batik. Ada akak tu yang tengah mencanting, amat peramah orangnya. Tak kedekut ilmu. Bagus! Nilah kita nak dalam bangsa Melayu. Ni tidak, sikit2 simpan ilmu sorang2, bukan nak kacau business dia pun. rezeki masing2... kamu punya business di sini, kami buka di tempat lain yang ada potensi. indak begitu dong?? huhu.. masalah negara yang tak pernah selesai ni. serabut otak fikir. MAJULAH MELAYU DI NUSANTARA!!! JANGAN KEDEKUT ILMU, NANTI ILMU TU TAK BERKEMBANG... KALAU KITA IKHLAS MENCURAH ILMU TU, INSYAALLAH JADI BEKALAN DALAM KUBUR.. kan, kan...

Fuh, penat ke Nordin Batik tak hilang lagi. Hari ke tiga, tugasan kami lebih ringan. Selepas interview sikit, kami pergi melihat perusahaan Mak cik tadi di pasar Pantai Geting. Selepas melalui MRSM Tumpat, masuk jalan kiri. Bukan kanan tau, huhu... kami tersesat ke sana tapi lagi cantik di Pantai Seri Tujuh berbanding Pantai Geting walaupun hanya bersebelahan. Baru angan2 nak turun di Pantai Sri Tujuh, silap rupanya. Kecewa kami! huhu.. Walau apa pun, bila tengok MRSM Tumpat, amatlah jelez... Wah, amat luas tempatnya, tapi nak jalan amat memenatkan kot... huhu.. tu pun sebab bandingkan dengan MRSM Kuantan tempat ku menimba ilmu.. hoho.. MRSM Kuantan sempit kan kawan2?? Tapi Alhamdulillah still survive kat sana. Banyak kenangan indah di sana. Opss, tersasar dari tajuk pula. huhu..

Berada di pantai, kami just santai2 dan berbincang di wakaf picnic.. huhu.. Then mak cik tu blanja jemput goreng. Then kami beli-belah makanan sikit, jagung bakar yang dicurah santan lemak (dah rasa cam bubur jagung pulak, huhu), eTOK yang ala2 cam remis tu.., jambu batu, ais blended.. Wah, makan sakan kitaorang dalam van. Then, malam buat report dan sekarang dalam pukul 3 kami dah nak kumpulkan report. key, cau cin cau... moga kami dapat Conclude kan yang terbaik untuk kursus ni... amin... wallahualam dan wassalam... ^_^

1 comment: