Tuesday, April 19, 2011

Bebas dari buku!!! suke2... ^_^

Bebas dari buku tapi tak bermakna bebas dari program!! Hohoho.... Alhamdulillah, Final Exam sem 6 ni dah berakhir.. seksanya dunia, hanya tuhan dan orang sekeliling je yang tau... Konflik + tension + study + research dan macam2 tanggungjawab la ada... maaf kepada semua yang saya "terbuat" hati anda luka.. saya tak berniat, tetapi saya gagal emotional management!! I'm sorry! Alamak, cam Amir Raja Lawak la pulak... erm.. apakah hari mendatang akan memberi sinar yang lebih cemerlang untuk saya yang kelam kelibut dalam menguruskan hidup?? terfikir jugak, bagaimana seorang Shahida akan menguruskan sebuah rumah tangga kelak... mesti tangga pun duk atas bumbung agaknya..hohoho... soalan cepu emas dari Mak Cik Sakinah hari ni.. oH, lupa nak perkenalkan.. Mak Cik Sakinah a.k.a majikan SIEP(student in enterprise progam) saya... soalannya berbunyi;

"Shahida dah berpunya??" tanya Mak Cik Kinah..

Aish.. nak jawab apa ye? jawapan selamat..

"Ehm, kita je minat kat orang, orang tak minat kat kita pun..." huhu... okey tak jawapan tu? entah ikhlas ke tidak..

"Nabila?" tanya mak cik kepada Kak Bila pula.. huh... selamat! Perasan la Shahida, cam Mak cik tu nak sangat amik kamu buat menantu, berangan jela.. tapi kalau betul, apa salahnya.. hoho..

"Bukan apa, anak mak cik kat UIA tu dah nak abis belajar, suruh cari la mana2 calon. Mak cik ni pun tak reti nak milih".. ha sudah.. apakah?? Anda rasa??? haha... hampir tepat prasangka saya.. kikiki.. alamak, kena control macho la cam ni time wat praktikal.. oH tidak, saya tak suka berlakon!! Saya suka menjadi diri saya sendiri... em, rasa cam anak yang baik je 'dia tu' yang mintak mak carikan jodoh.. betul ke teori tu?? entah!! anda jawab...

Satu lagi cerita time SIEP ni..

"Mak Cik nak ajak la kamu2 ni pergi makan kat rumah mak cik masak sama2, kenal rumah.." kata Mak Cik Kinah meluahkan hajat dihati.. Eh, mak cik ni nak suruh anak dia pilih gadis2 UMK ni sebagai calon bini ke?? haha... tak habis2 Shahida...

Kak Bila membuat keputusan, "Nanti raya kami datang la kumpul rumah mak cik.."

Wah, idea bagus! Em..

"Mak cik, nanti sediakan Tat Nenas ya!" hoho... tak malunya kamu Shahida! Ala, luahkan sahaja isi hati..kikiki..

"Ala, Shahida sorang je makan.." kata Kak Bila. Mak Cik Sakinah sengih.

"Nanti orang lain pun boleh makan, bukan Shahida je.." eh, macam adik beradik bergaduh kan.. kiut.. suka3.. sayaaaang Kak Bila! huhu..

"BoooLeh!" kata mak cik. Suke3.. Kan mak cik dah bagi green light! hehe... sukanya saya!!! ^_^

Selesai SIEP-Time for bercerita dengan kawan2... oH kak Wani...

"Sudah Shahida dapat TOK TUA dah..." apakah? TOK TUA = MERTUA... haHahHAa... nak gelak guling2 boleh? Hm, mak dah lama pesan tak nak menantu Orang Kelate = Orang jauh kot... Yelah, anak dia asyik merayap je...

Malam tadi pukul 8 kami dah janji nak keluar.. antara orang2 yang membuat MoU ialah.. Nadia merangkap perancang aktiviti malam ni, + Suzila + Kak Aniza + Kak Su (belum pasti), + Kak Wani + Kak Bila + Saya..hehe... dan akhirnya, Kak Su dan Kak Bila tarik diri sebab penat dengan aktiviti masing2 petang tadi...

Kami pun menuju ke KB Mall menaiki prebet Mak Cik Jah... dengan harga RM15 = RM3 satu ke-pa-la... Fuh, agak mahal.. erm... enjoy Mak Cik JaH mulut kepoh.. hoho.. terima kasih kerana menghidupkan suasana!! Kami happy naik prebet dengan Mak Cik!! ^_^

Lampu merah...

"Ni, bawak anok2 takdok pok!!" kata Mak cik Jah selepas membuka cermin tingkap sisinya.. bercakap dengan pemilik kereta sebelah... hoho... tak ada pok? mak ayah kami kat kampung.. uhukhuk...

"Belajar, tak kuar suka2, main bowling tok sedap!" huhu... saya setuju! Dah abis exam kan, mestila enjoy kejap.. lepas ni tanggungjawab lain pula menanti... Then, cam2 cerita keluar dari mulut Mak Cik Jah selepas lampu hijau. Dari kisah hidup mak cik prebet yang ditegur tadi, kisah Jojie yang tak pernah berkesempatan face-to-face dengan Mak Cik Jah, kisah "orang" takdek kepala, kisah tempat makan kat kawasan jajahan Kota Bharu ni.. dan macam2 lagi.. huhu..

"Cik Jah, kat mana lagi tempat sedap makan sini?" tanya Shahida.

"Huh, tempat make dia gi tanyo.. kalu tanya tempat2 balasoh ada faedah jugak" kata Cik Jah. Alamak, kena tepat atas batang hidung! kuikuikui... Balasoh=Surau..

'Ala, nanti tak la segan sangat kalau orang tanya mana tempat makan sedap kat kawasan ni setelah 3 tahun lebih bermastautin'... kata hati...

Cik Jah ada sebut satu-Pengkalan 'something missing' Kassim... berada di kawasan Pantai Sabak dan Mak Cik JAH offer kami RM15 pergi&balik satu kereta ke sana... hoho... betul ke?? kira murah la tambang tu... insyaAllah kalau ada rezeki kami pergi..

Pergi KB mall- makan KFC - shoppig tudung - pergi Bowling tapi penuh - tepon Cik Jah ajak pergi Wakaf Che Yeh - Beli belah kain pasang, dll - 12.30am, 20/4/2011 Balik Hostel! hoho... sempat lagi singgah 7Eleven dengan Cik Jah.. Cik Jah memang sporting la! suke3x... rOck ckit pun ada.. hehe... then kami pulang dengan selamat dengan bayaran RM40=RM8 setiap seorang untuk perjalanan pergi balik hari tu... Alhamdulillah, duduk sini makanan murah, tambang prebet murah, tapi kena pandai urus kewangan juga kata Cik Jah... ^_^

Oh, teringat pula, tambahan2... Kak Wani, Nadia and Kak Niza, tiga2 anak jati Kelantan sesat di Wakaf Che Yeh.. hoho... maaf kamu2... just for bercerita..

"Kak Wani lambat lagi ke?" Shahida bertanya setelah Kak Wani angkat call...

"Kami sesat ni... tunggu sekejap nanti kami sampai, tengah cari jalan" lebih kurangla ayatnya.

"Loh, gitu Shahida pusing balik cari korang la, kitaorang kat tempat Kak Niza nak beli skirt tadi.." kata Shahida.

"Eh, takpe2, tunggu je situ" bimbang ke"sesatan" makin teruk kalau kami tak bertembung. Sambil cakap, sambil Shahida patah balik jalan tadi untuk cari mereka.. Fuh, suasana seram sejuk campur hangat sebab dengan cuaca panas, penjaja2 lelaki bukak baju... Ya Allah seramnya! Ayat Kursi pelindung diri.. Telefon diletak.

Jalan ke simpang kanan, teruuuuusss je sampai kat simpang 2 depan kedai... eH, mereka!

"Kak Wani!" jerit Shahida. Zila mengekor kat belakang.

Eh, mereka tak dengar! Jalan straiiiight je.. Shahida bukak langkah sepuluh, seratus, dua ratus.. hehe... zrup! "Kak Wani!" dengan satu laungan lantang dan nafas yang dikawal. Mereka berpaling. Fuh, selamat! Kalau tak, makin panjang la kisah kami sesat... hohohoho...

"Wani!" jerit seorang penjaja... alamak, dia buat dah.. maaf la Kak Wani, jual nama Kak Wani.. hehe...

key, that's all for today!

Esok pergi Tumpat untuk SEED-program kemasyarakatan lanjutan Misi Padang... moga semua berjalan lancar insyaAllah...

Time to 'Mengemas'!! Gambate ne!!

2 comments:

  1. rasa macam baca novel je.

    ReplyDelete
  2. hoho.. shahida memang minat baca novel... kikiki.. tu yg menulis pun ada tempias sikit2 kan... ^_^

    ReplyDelete