Wednesday, February 9, 2011

Keputusan yang sukar

*Kota Kinabalu kami datang...

Balik dari Keratong, ada perjumpaan Wataniah yang join ke Sabah..

Ayu nak tarik diri,

Duit banyak keluar untuk subjek Financial Planning,

Kawan paling rapat, satu kuliah dalam wataniah tu, Ayu je!

Tak biasa ngan senior2 & junior lelaki,

Nak tarik diri ke tak???

"Ayu, nak tarik diri?" tanya Along dengan serius.

"Muktamad!" kata Ayu.

Shahida dah serba salah...

"Shahida pun nak tarik diri.." kata Roziyana a.k.a Roxy.

Shahida dah menyorok tepi kerusi.. 'nak tarik diri ke tak?'

"Betul nak tarik diri ni?" tanya Along still dengan muka dan suara yang serius.

Shahida tak jawab, badu nak jengul muka keluar dari tepi kerusi..

"Betul tak jadi pergi? takpe, cakap je, tak marah pun.." kata Along lagi..

Ades, tak marah, tapi muka habis serius! Buat cuak je.

"Tak." sepatah Shahida jawab.

Along pun teruskan dengan agenda hari tu, tubuhkan jawatankuasa untuk program mendaki gunung Kinabalu.

"AJK Promosi sape nak volunteer?" tanya Along.

'Shahida nak' bergema dalam hati je. Shahida minat la bab2 publisiti ni.. hmm, dah tarik diri duduk je la senyap2 kat situ!

Perbincangan pasal Ahli Jawatankuasa bertindak dah settle.

"Okey, Along bagi peluang, sape2 nak tarik diri sebelum 8 februari sebab lepas tu dah nak book ticket dengan tempat kat Kinabalu sana."

Nak tarik diri ke tak nak? Nak tarik ke tak nak? Aiseh, tanya mak dulu la..

"Mak, kawan kita Ayu dah tarik diri pergi Sabah. Kita taktau lagi." kata Shahida minta pendapat mak.

"Tarik la diri jugak, nanti takdek kawan pulak" kata mak. Mak faham sangat Shahida tak pandai bawa diri kalau tak ada kawan rapat.

Tapi... macam rugi je kalau tak pergi...

Tanya pendapat Katty.

"Shahida pergi je. Nanti dah tak ada peluang nak pergi dengan kawan2" nasihat Katty.

Terima kasih Katty!! Tu Shahida rasa nasihat yang amat bermakna dan membantu Shahida buat keputusan.

Shahida PERGI! ^_^


p/s: Malam tu jugak kami isi borang keselamatan untuk aktiviti luar 'Misi banjir ke Segamat, Johor' pulak.. berjalan je la sekarang...


2 comments:

  1. Ala, sekarang ada masalah pulak, jadual kat tanah rata tengah gunung kinabalu pad, just ada 17 tempat. Skrang ni diorang tengah nak disqualified orang la zati.. tengokla kekuatan stamina and komitmen t.. ni pun tgh sakit2 badan lepas latihan semalam... uhukhukhuk...

    ReplyDelete