Tuesday, June 24, 2014

Alamak, gian la plak nak mengepost kat Blog ni, hehe..

Pagi tadi sebenarnya teman Yue adik Yuz interview kat UPM, sebelum tue jadi navigator untuk Ayu ke PTPTN untuk hari last Cikgu ayu berkhidmat untuk PTPTN. 1 Julai Ayu dah nak start berkhidmat dalam pendidikan. alhamdulillah rezeki Ayu posting awal.. Tahniah sahabat.. ^_^

Tadi bersesat-sesat kot dari Damansara High ke Mount Kiara, Pastu nak masuk ke Sprint Highway berapa kali ami

PERSIDANGAN MEJA BULAT: PERGOLAKAN DEMOKRASI DI MESIR - PERSPEKTIF GENERASI MUDA - Part 4

Krisis Kemanusiaan di Mesir: Pengalaman di Lapangan
- En Mohd Faiz Yusof
Pelajar Perubatan Universiti Al-Azhar

Saudara Faiz merupakan pelajar tahun 5 di Universiti al-Azhar. Dia telah berada di Mesir sejak zaman pemerintahan Husni Mubarak dan telah melihat cara pemerintahan yang berbeza antara Mubarak dan Mursi. Corak pemerintahan di zaman Husni Mubarak adalah dalam bentuk diktator dan menggunakan sistem Amn daulah (polis) serta menggunakan media tertutup. Manakala di zaman Mohamed Mursi, pemerintahan adalah secara moderate dan terbuka.

Melalui pengalaman sepanjang berada di Mesir, Encik Faiz melihat bahawa rakyat Mesir tidak menjiwai Revolusi. Setelah peristiwa Arab Spring, rakyat tidak bercakap mengenai pembangunan mahupun kemajuan, mereka menyerahkan sebulat-bulatnya kepada tampuk pemerintahan. Mereka membuat media sendiri melalui kedai-kedai kopi secara verbal, penyampaian mesej melalui lukisan graviti di dinding-dinding bangunan, juga menggunakan media sosial facebook, dan twitter. Perancangan El-Sissi sangat terperinci dengan mengajak rakyat menjatuhkan Mursi melalui lukisan seperti “Irhal” yang membawa maksud berambus berserta gambar Mursi yang bakal dijatuhkan. Kesan daripada kekurangan media televisyen, mereka melakar gambar televisyen yang membawa mesej yang serupa untuk menggulingkan kerajaan sedia ada. Di Mesir, politik mereka tidak begitu meluas dan sokongan yang diberikan kepada Mursi adalah 50%-50%. Melalui propaganda El-Sissi, dapat dilihat bahawa rakyat tidak kisah siapa yang memerintah, apa yang penting isu ekonomi mereka selesai.

Menurut Saudara Faiz, ketika malam diumumkan kerajaan telah diambilalih oleh tentera El-Sissi, dia sedang berada di restoran untuk menikmati makan malam apabila siaran langsung yang memaparkan barisan kepimpinan baru El-Sissi dan sekutunya. Didapati bahawa hanya 4 orang yang menangis di atas kejatuhan Mursi manakala pelanggan lain yang merupakan rakyat Mesir bersorak gembira dengan pengambilalihan kuasa tersebut. Pada malam tersebut, jalan ditutup dan jalan dipenuhi oleh penyokong El-Sissi yang mana dalam kalangan mereka terdapat muslimah-muslimah yang bertudung dan berniqab (purdah). Hal ini jelas menunjukkan mereka bukanlah mengalami krisis agama semata-mata tetapi masalah fahaman politik yang tidak jelas kerana pemikiran mereka tertutup sejak zaman pemerintahan Mubarak dan sukar menerima perubahan. Mereka tidak kisah siapa yang memerintah.

Setelah itu bermulalah demonstrasi secara aman terhadap penggulingan Mursi di medan rabaah yang telah mengumpulkan 1 hingga 2 juta penduduk Mesir. Mereka berpengkalan di sana selama sebulan dan selama mereka berada di medan Rabaah, mereka menyediakan dapur untuk memasak, klinik mini, anggota keselamatan dan lain-lain keperluan asas di sana untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kudeta El-Sissi menjangkakan rakyat Mesir akan lemah menjelang Ramadhan tetapi jangkaan mereka meleset, malah demonstrasi semakin hebat di bulan yang penuh kemuliaan itu. Selama 30 hari di sana, mereka menjalankan ibadah tahajjud beramai-ramai, SubhanAllah. Rakyat risau akan terlepas subuh menyebabkan mereka tahajjud beramai-ramai sepanjang malam sehingga subuh dan tidur setelah habis waktu subuh. Ketika rakyat sedang lena tidur, tentera El-Sissi telah menembak tepat ke arah mereka pada 8 Julai 2013.

Dijangka 5000 rakyat yang terkorban berbeda dengan kenyataan media yang mengatakan hanya 2200 orang yang syahid. Para syuhada ditembak tepat pada bahagian kepala dan perut, tiada tembakan secara rambang, rakyat Mesir yang tersedar sempat melarikan diri. Tidak cukup dengan itu, hospital dan masjid dibakar oleh tentera kudeta untuk menghapuskan bukti pembunuhan secara bramai-ramai. Doktor dan jururawat menyelamatkan diri bersama mereka yang cedera dan masih mampu berjalan. Stesen minyak turut dibakar dan dalam masa yang singkat terus dicat oleh tentera-tentera kudeta untuk menghapuskan bukti perbuatan kejam mereka. Saudara Faiz turut menunjukkan gambar sebuah bangunan 9 tingkat yang terbengkalai dimana setiap penjuru pintu terdapatnya snipper.

Tidak cukup dengan kekejaman terhadap rakyat mereka, pelajar Malaysia telah terpecah kepada dua blok pandangan berdasarkan pemikiran Syeikh Al-Azhar; Tajarud dan Tamarrud. Tajarud adalah penyokong Mursi, manakala Tamarrud adalah protester Mursi. Apa yang menyedihkan, pelajar Malaysia yang masih muda berumur dalam kalangan 21 hingga 23 tahun terpengaruh dengan Tamarrud sehingga sanggup menghalalkan pertumpahan darah demi membenarkan guru mereka sedangkan kita masih boleh persoalkan apa yang ditegakkan oleh seorang guru.

Seperti yang kita sedia maklum, pintu Rafah telah dibuka oleh Mursi untuk pelarian Palestine namun setelah pengambilalihan kuasa, bantuan sudah tidak boleh masuk ke Rafah. Walaubagaimanapun Saudara Faiz memberikan pandangan beliau bahawa tentera kudeta tidak bersalah, yang bersalah adalah perancangnya iaitu El-Sissi. Hal ini kerana terdapat tentera yang tidak mahu mendengar arahan untuk membunuh rakyat yang tidak bersalah telah ditembak mati.

Bagi menutup perkongsian pengalamannya, Saudara Faiz menegaskan bahawa pro-demokrasi tidak semestinya penyokong Mursi. Mereka ada yang menyokong demokrasi tetapi tidak mendukung pemerintahan Mursi. Terdapat belia pro-demokrasi yang telah merosakkan harta benda telah memfitnah Ikhwanul Muslimin yang melakukannya. Selain itu, tentera yang terlalu sibuk campur tangan dalam urusan pentadbiran menyebabkan ekonomi negara tidak terjaga.