Assalamualaikum Muslimin dan Muslimat yang dikasihi Allah sekalian.
Pertama sekali, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak! ^_^
Ahlan Wasahlan ya Ramadhan! Semoga kita semua memperbaiki amal di bulan yang barakah ini, in shaa Allah.
Hari ni tiba2 mendapat ilham untuk menyambung entry Perantisan PUNB, namun mata yang silau dek cahaya netbook ini menghadkan penulisan. Oleh itu, moga kita masih diberi ruang dan peluang untuk berkongsi pengalaman di masa hadapan. Anyway, Sakinah, Shahida dah reply message kamu pada komen PART II PUNB. Hope menjawab persoalan. Disebabkan Kinah juga, Shahida jumpa entry mengenai Margin Kasar ni, harap dapat memberi manfaat kepada rakan2 yang mahu belajar berniaga walaupun shahida pun baru belajar bertatih dalam industri perniagaan Butik Pengantin..
Tingkatkan margin kasar
Oleh MARK BILLINGTON
TIADA yang diktiraf secara lebih universal dalam menentu ukur
prestasi perniagaan kecuali margin kasar. Ini menimbulkan persoalannya, kenapa
dan mengapa, ia penting?
Margin kasar adalah nilai jualan selepas ditolak dengan kos jualan
langsung. Dalam erti lain: jika jualan ialah sebanyak RM2,000 dan kos jualan
ialah RM1,200, margin kasar ialah RM800 atau 40 peratus daripada jualan itu.
Mengapa ia sangat penting? Secara ringkas, lebih tinggi margin
kasar, lebih untung anda akan peroleh. Ini mungkin nampak mudah tetapi juga
adalah cara untuk membezakan cara perniagaan dijalankan. Jika margin kasar
seorang tukang emas ialah 50 peratus dan pengendali pelancong ialah 20 peratus
maka peniaga yang kedua perlu menjual dua setengah kali ganda nilai untuk
mencapai margin kasar yang sama. Oleh itu, margin kasar adalah perbandingan
asas unik untuk membezakan perniagaan. Ia bukan sahaja membuat perbandingan
merentasi pelbagai sektor tetapi juga merentasi sempadan negara.
Tambahan pula, untuk mengira keuntungan sesebuah perniagaan, anda
hanya perlu menolak overhed perniagaan daripada margin kasar. Jika margin kasar
berjumlah RM1,000 dan overhed pula berjumlah RM600, untung bersih ialah RM400.
Overhed biasanya tetap pada jangka pendek, oleh itu margin kasar adalah
penunjuk baik keuntungan dan boleh dikira dengan agak mudah.
Ini adalah penting bagi memastikan dalam semua rundingan
perniagaan, margin kasar tinggi yang sewajarnya boleh dicapai. Dalam sesetengah
sektor perniagaan di mana permintaan telah jatuh, ia menjadi amat sukar untuk
perniagaan mengekalkan margin kasar dan kebanyakannya tidak mempunyai pilihan
tetapi mengurangkan harga jualan sekali gus memberikan impak besar terhadap
pendapatan mereka. Persoalan yang lebih penting, berikutan ekonomi serantau
telah mula mendapati persekitaran perniagaan kian pulih, ialah bagaimana untuk
membangunkan semula dan meningkatkan margin kasar. Terdapat beberapa cara,
termasuk:
# dengan meningkatkan harga-harga jualan
# dengan mengurangkan kos pembelian bahan secara langsung
# dengan menambah baik jualan bercampur
# dengan mengurangkan pembaziran, kemusnahan dan kecurian stok
# dengan memperkenalkan rangkaian produk istimewa atau sementara
Apakah setiap satu menglibatkan?
1. Meningkatkan Harga-harga Jualan
Kebanyakan PKS mempunyai kekangan ke atas harga ditetapkan untuk
produk mereka - sememang tipikal ditentukan oleh harga runcit yang disyorkan
atau kos barangan spesifik. Bagaimanapun, dalam kebanyakan kes pengaruh
terbesar pada harga jualan perniagaan ialah persepsi mereka 'apa trafik yang
akan ditanggung'. Dalam keadaan peruncit, lokasi berperanan penting - seperti
cawangan pesaing yang berdekatan, dan sifat perdagangan (biasa atau jualan
sekali sahaja). Malah jika ada kesempatan (seperti kekurangan sesuatu produk)
membolehkan sama ada peningkatan sementara atau tetap. Sekali-sekala ia adalah
berbaloi untuk meningkatkan harga, sekurang-kurangnya ke atas rangkaian
terpilih, untuk mewujudkan kesan terhadap permintaan.
2. Mengurangkan Kos Pembelian Bahan Secara Langsung
Mengurangkan kos harga input bergantung terutamanya terhadap
'kelebihan' terhadap para pembekal. Jika anda merupakan pelanggan utama anda
dijaminkan diskaun-diskaun besar. Jika anda adalah pelanggan kecil yang
mewakili tiada perkongsian tidak penting jualan para pembekal anda tidak
mungkin boleh menyakinkan mereka untuk mengurangkan bayaran. Bagaimanapun, jika
anda mampu menawarkan bayar waktu terima kepada para pembekal anda mungkin
boleh berunding untuk mendapatkan diskaun ke atas harga barangan sebagai
balasan. Secara alternatif dimiliki oleh sebuah syarikat, yang memberikan
kelebihan pembelian secara pukal, seperti sebuah rantaian besar, boleh membantu
dalam perundingan untuk mengurangkan harga
pembelian.
3. Menambah baik Jualan Bercampur
Jika sesebuah perniagaan menjual dua produk, A dan B, dan produk A
mempunyai margin kasar sebanyak 30 peratus dan produk B sebanyak margin kasar
20 peratus maka margin kasar keseluruhan akan ditingkatkan dengan menjual lebih
banyak produk A dan kurangkan produk B. Namun kalau, satu produk baru - C -
boleh ditawarkan pada margin kasar 50 peratus, ternyata jelas ia lebih manfaat
untuk dijual, dengan syarat ia boleh dilepasi tanpa kenaikan overhed. Dalam
keadaan ekonomi yang sukar, adalah lebih penting untuk menumpukan sumber-sumber
pada bahagian-bahagian perniagaan yang memberikan pulangan lumayan untuk
pelaburan dalam overhed. PKS perlu cepat untuk mengenal pasti rangkaian produk
yang memberikan margin kasar tertinggi dan pada masa yang sama pantas untuk
bertindak untuk menyesuaikan produk bercampur untuk memaksimumkan margin
apabila ini boleh dicapai tanpa sebarang kerugian keseluruhan dalam perolehan.
4. Mengurangkan pembaziran, kemusnahan dan kecurian stok
Bahagian ini membolehkan kebanyakan perniagaan meraih keuntungan
besar dalam peratusan margin kasar mereka. Kecurian dijangka mewakili dua
peratus daripada pendapatan perniagaan runcit. Ini mewakili peningkatan
berpotensi melebihi 10 peratus dalam margin kasar jika ia boleh dibasmikan.
Dengan keuntungan yang berpotensi seperti ini, adalah berbaloi untuk
mempertimbangkan semua langkah keselamatan.
Perancangan teliti dan ramalan adalah alat penting supaya semua
tahap pengeluaran dan stok cukup bagi memenuhi permintaan tetapi tidak
berlebihan sehingga perniagaan perlu menawarkan diskaun ke atas barangan yang
tidak terjual atau membuang stok tidak tahan lama yang menjangkaui tarikh
luput, kerana ini juga akan memberi kesan ke atas margin kasar.
Perubahan secara tiba-tiba dalam persekitaran ekonomi di Malaysia
dan negara lain di rantau Asia Tenggara pada 2008 dan 2009 bermakna perancangan
tepat dan ramalan adalah amat mencabar. Kebanyakan perniagaan telah
ditinggalkan stok yang tidak terjual dan telah mengurangkan harga dan
menawarkan diskaun yang banyak bagi mencatat jualan. Berikutan persekitaran
perniagaan kembali pulih dan menunjukkan pertumbuhan dalam sesetengah sektor,
ramalan dan perancangan tepat kekal sebagai kemahiran penting bagi memastikan
output perniagaan sepadan dengan permintaan tetapi tidak menghasilkan
pengeluaran yang berlebihan yang disusuli dengan pengurangan dalam margin
kasar.
5. " Memperkenalkan Rangkaian Produk Istimewa atau Sementara
Peniaga seharusnya mengkaji semula semua rangkaian produk atau
perkhidmatan utama secara berkala. Kajian semula seharusnya merangkumi jualan
produk yang diwakili dan sama ada mereka menyumbang secukupnya kepada margin
kasar. Soalan penting yang harus ditanya termasuk: perlukah anda mengurangkan
sedikit margin kasar produk-produk atau perkhidmatan? Terdapat rangkaian produk
lain yang boleh diperkenalkan yang memberikan margin lebih besar? Apakah reaksi
pelanggan? Adakah ia akan menarik para pelanggan baru? Apakah akibat lain yang
akan disusuli? Kebanyakan perniagaan di Malaysia telah menunjukkan fleksibiliti
hebat berhubung itu baru-baru ini dan menunjukkan bahawa mereka boleh mengubah
model-model perniagaan untuk mengekalkan keuntungan meskipun berdepan dengan
ketidaktentuan dalam pasaran.
Walau apa pun keadaan perniagaan, margin kasar merupakan penunjuk
utama kejayaan perniagaan. Pastikan anda mengambil langkah betul untuk
memaksimumkan potensi perniagaan anda. Dan jika anda memerlukan bantuan,
bincang dengan seorang pakar, seperti seorang akauntan bertauliah, yang boleh
memberikan pandangan sebagai orang luar terhadap perniagaan anda dan mungkin
membantu mengenal pasti trend-trend dan menanyakan sesetengah soalan yang lebih
sukar ditanya apabila anda sibuk terlibat dalam pelbagai kegiatan sepanjang
hari.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Semoga ianya bermanfaat..