Friday, December 2, 2022



Assalamualaikum wbt.

Salam Hujung Minggu semua!! Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk membuat coretan.
Kali ini Shida nak mengarang sedikit sebanyak sebagai seorang pemerhati, dari mata ibu dan bapa.

Alhamdulillah kita sudah menerima perkabaran mengenai Kabinet Kerajaan Perpaduan. Namun, perjuangan masih perlu diteruskan dalam apa jua yang kita lakukan. Semangat untuk merubah nasib bangsa adalah terletak pada diri kita sendiri. Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri yang mengubahnya. 

Begitulah Shida yang pernah mengalami waktu remaja, suka explore ke sana ke mari mencari hala tuju hidup. Dan kini masih sama. Kita di bumi ini hanyalah seorang Musafir yang mencari "bekalan" untuk hidup yang kekal abadi di Akhirat sana. Mungkin kita pernah melakukan kesilapan di waktu dahulu, tetapi ia tidak menghalang kita untuk berubah. Sebab tu kalau kita jumpa seseorang yang berperangai tidak baik, kita perlu doakan dia supaya dia berubah. Mungkin hari ini kita lebih baik dari dia, tapi kita tak tahu mungkin pengakhiran hidup dia lebih baik dari kita. Allah nak uji kita samada kita ringan mulut tak nak doakan sesama saudara Mukmin kita.

Sebagai seorang yang banyak mengenal individu di luar sana, saya pasti seseorang ibu atau bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Rezeki anak-anak berbeza. Ada yang bijak, keputusan cemerlang-boleh masuk Universiti ternama dan dipermudahkan Allah swt untuk mendapat pekerjaan yang stabil. Manakala, ada pula graduan yang menganggur lama setelah graduasi. Ada juga yang tak mampu hantar anak ke Menara Gading kerana masalah kewangan dan berpendapat PTPTN hanya menambah hutang. Ada ibu bapa yang tak tahu mana arah tuju anak mereka dan risau jika anak-anak mereka tiada sumber pendapatan apabila mereka sudah menghadap ilahi.

Selain itu, tak kurang juga ibu bapa yang meletak syarat kepada anak-anak untuk habiskan pelajaran sebelum membina mahligai perkahwinan. Semuanya bersebab! Jikalau anak perempuan, pasti ibu bapa risau jika ikatan perkahwinan anak mereka tidak kekal lama apabila berkahwin muda. Selepas itu, siapa yang mahu menanggung anak dan cucu-cucu mereka. Lainlah jika bakal menantu memang sudah mempunyai pekerjaan yang stabil. Tapi tak juga, sebab zaman sekarang apa-apa pun boleh berlaku. Begitu banyak contoh yang berlaku dalam masyarakat kita yang perlu dijadikan iktibar. Anak-anak seharusnya cuba meletakkan diri mereka sebagai orang tua yang telah melahirkan, menjaga, mendidik mereka sejak kecil. Ya, bukan mudah untuk remaja berfikir dari sudut pandangan orang tua mereka. Oleh itu, banyakkan berkawan dengan orang yang lebih matang dan penuhkan circle anak-anak dengan orang-orang yang berjaya.

Baiklah, apa kaitan perkongsian mengenai ibu bapa yang risau akan masa hadapan anak-anak mereka ini dengan GIATMARA? 

Cuba kita tengok di sekeliling kita, apa ilmu yang paling penting untuk kita terus memberi manfaat kepada orang sekeliling. KEMAHIRAN, betul tidak? Dalam kehidupan sehari-harian pun kita memerlukan plumber untuk bantu kita baiki sistem perpaipan, juru elektrik, kontraktor rumah, tukang baiki laptop atau komputer, memasak dan lain-lain. Kemahiran ini jugalah yang menjadi modal buat usahawan-usahawan di luar sana untuk menjalankan perniagaan dan meneruskan kelangsungan hidup. Cinta semata-mata kalau tiada duit pun akan hancur. Duit tak menjanjikan kebahagiaan tetapi kalau tiada duit, isteri dan anak-anak nak makan apa? Memang janji Allah tu pasti. Rezeki semua orang telah ditetapkan. Namun sampai bila nak mengutip pucuk paku untuk bagi anak-anak makan, mereka pun teringin nak makan makanan yang sedap.

Oleh itu, kami dari warga GIATMARA menyeru ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak untuk mengambil Sijil Kemahiran Malaysia yang kami tawarkan di sini demi membantu anak-anak tuan-tuan dan puan-puan agar mempunyai kemahiran berguna yang mereka boleh gunakan untuk masa hadapan mereka. Di GIATMARA, kami menawarkan pelbagai jurusan dan tuan puan boleh menyemak di laman web rasmi kami https://giatmara.edu.my/senarai-kursus/ untuk senarai kursus yang disediakan.

Namun di sini, saya ingin mewar-warkan bidang-bidang yang ditawarkan di GIATMARA Pasir Gudang. Di GMPG, kami menawarkan 5 Bidang utama iaitu:
  • GRAPHIC DESIGN AND ADVERTISING (GDA)
  • TEKNOLOGI FOTOGRAFI DAN GRAFIK (TFG)
  • TEKNOLOGI ANIMASI 3D (TAM)
  • STAGE OF BROADCASTING SPECIALIZED (SNB)
  • PATTERN AND CUTTING GARMENT (PCG)
Syarat kemasukan untuk GIATMARA adalah 3M, iaitu:
  1. Pandai Membaca
  2. Pandai Menulis, dan
  3. Minat
Umur layak masuk GIATMARA adalah dari usia 15 tahun dan ke atas.

Di GIATMARA kita menerima pelatih dari pelbagai peringkat umur. Oleh itu anak-anak dapat belajar dari kawan-kawan yang lebih matang dan belajar berkomunikasi dengan kepelbagaian umur. Mengenai isu buli alhamdulillah setakat ini saya sendiri tidak pernah mendengar isu tersebut di peringkat GIATMARA selaku bekas pelatih di sini malah anak-anak lebih seronok belajar dalam keadaan yang kondusif. Kami juga menyediakan kelas agama untuk pelatih-pelatih di GIATMARA kerana kami percaya bahawa pembentukan mukmin yang cemerlang adalah dari pegangan agama dan amalan ibadat yang sempurna. Jangan risau, untuk Non-Muslim Bumiputera juga kita sediakan pendidikan moral.

Maklumat Tambahan untuk Kursus Rekabentuk Grafik & Pengiklanan (SKM Tahap 3) yang ditawarkan di GIATMARA adalah seperti berikut:

Tempoh Masa Pembelajaran adalah selama 6 Bulan Pengajian + 3 Bulan Praktikal.

Antara Kelebihan-kelebihan yang diterima oleh para pelatih adalah:
  1. Yuran Pendaftaran Serendah RM160
  2. Menerima Elaun Sebanyak RM200 Setiap Bulan.
  3. Kemudahan Peralatan Yang Mencukupi Untuk Setiap Pelajar.
  4. Tempat Tinggal Disediakan Dengan Bayaran Bulanan Mampu Bayar.
Kami menerima pelatih dari seluruh Malaysia. Jika jarak jauh, transit disediakan dengan bayaran bulanan yang rendah. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Begitulah yang kami umpamakan buat pelatih Kami yang datang dari Kelantan, Perak, Pahang, dan Selangor sebelum-sebelum ini. Malah ini menjadi titik tolak untuk mereka belajar hidup berdikari.

Salah seorang pelatih semasa kami berasal daripada Kota Bharu, Kelantan dan sehingga kini menetap di transit untuk sesi pembelajaran. Apabila ditanya kenapa tidak pulang ke kampung, beliau mahu berjimat. Mengenai makanan, pelatih ini yang dikenali sebagai Mad berkata dia selalu masak di transit agar dapat berjimat wang simpanan yang pernah dikumpul sebelum menyambung pelajaran di sini. Apabila ditanya kepada Mad mengenai perancangan masa hadapannya, Mad mahu menyambung pelajaran ke peringkat Diploma di KKTM Rembau dalam bidang Grafik ini. Semoga cita-cita Mad tercapai. Mad menjadikan pusat ini sebagai platform untuk mencapai cita-cita sebagai seorang Graphic Designer Professional dan dia begitu matang dalam menguruskan kewangan dan kehidupannya di GIATMARA Pasir Gudang. Semoga lebih ramai anak-anak didik yang berilmu dapat dibentuk di sini, aamiin..

Akhir kata, jika ada tuan puan, anak-anak yang berminat untuk mengambil Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang grafik, boleh menghubungi nombor 012-407 7520 atau tekan link www.wassap.my/60124077520/daftar_sesi _Julai_GDA



Tuan puan dijemput follow, comment di Official Page Facebook kami: https://www.facebook.com/gda27

Di page tersebut tuan puan, anak-anak boleh melihat hasil kerja dan aktiviti-aktiviti yang pernah dilaksanakan di GIATMARA Pasir Gudang, in shaa Allah ^_^

GIATMARA PASIR GUDANG LOT PTD 147021
JALAN PERMAS SELATAN BANDAR BARU PERMAS JAYA
81750 MASAI JOHOR  

#giatmara #sambungbelajar #grafik #graphic #graphicdesigner #adobe #illustrator #photoshop #printing #pengiklanan #percetakan #education #skm #sijilkemahiranmalaysia #newintake #creative #creativedepartment

Sekian coretan hari ini. Segala yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu juga dariNya tetapi melalui kelemahan diri saya. Wallahualam bissawab.

Thursday, September 22, 2022

Bad Day

Hari takkan tenang kalau permulaannya pun dah kalut kan.. Betul sangat!

Pagi-pagi dah kalut cari kunci. Then banyak perkara terjadi. Silap switch kelas, aircond, terasa hati, semuanya buat saya tak kuat. Macam ada sesuatu tak kena.

Tapi as sebab kejadian, minta doa dari adik beradik supaya kunci jumpa.. Mak call malam tadi.. Saya minta redha mak, mak cakap mak dah redha.. Kalau tak.. Panjang lagi kisahnya.. Subhanallah, walhamdulillah, walailahailallah.. Rasa tenang bila dapat restu mak.. Semoga dipermudahkan urusan ibadat di sini, aamiin..

Tengahari semalam message bestie dan dia suh makan lunch sedap2 supaya boleh tenangkan jiwa.. Kebetulan order Bento dari CU Mart.. Nyum3


Semalam dah daftar lesen memandu. Boss reply status suh bawak kereta pergi Bangi.. Ades.. Lemah lutut ni, macam nak ambil SPM semula tau nak menghadap Ujian JPJ nanti.. 


Allah Ya Bariq, aku serahkan segala perancangan kepadaMu.. Aamiin...

Wednesday, September 21, 2022

21 Sept 2022 RABU

Alhamdulillah, hari ini walaupun tak berjalan lancar sepenuhnya, Allah permudahkan.. Syukur dengan nikmat Allah swt masih diberi peluang untuk hidup dan mendidik anak bangsa.

Pagi hari ini Allah bagi ilham supaya waktu briefing dengan anak-anak didik untuk share pengalaman mula-mula bekerja di sebuah badan berkanun. Kami hanya 8 orang sambilan ketika itu, tiada kursus untuk memulakan pekerjaan hakiki kami. Sistem yang digunakan adalah sistem Mentoring, Mentor dan Mentee.. What should we do if mentor and sub mentor tak ada? Bertanya pada yang lebih senior. Begitulah adab mencari ilmu, kita yang mencari guru, bukan guru yang mencari anak murid.

Mengimbau kisah mula2 berkhidmat dengan badan tersebut, memang mula-mula ianya agak sukar, rasa mahu menangis dan berhenti. Semua kena hadap.. Nama pun bekerja kan, kena la bertemu dengan client dan lalui perkara yang semuanya pengalaman first time. Bila dah tiga bulan, baru nak rasa selesa tetapi kena kejar KPI.. Struggle is true. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Bila dah 11 bulan di sana, punyai rakan-rakan yang menyayangi, boss yang baik, colleague yang sporting dan tak mengira pangkat dan darjat.. Sedih untuk tinggalkan! Tapi kini di sinilah seketul Shahida berada, di sebuah institusi yang sebenarnya tak ramai pandang tapi kami yakin semua orang pasti ada peluang untuk belajar dan melanjutkan pelajaran. Moga minat dalam bidang graphic ni, saya dapat turunkan kepada anak bangsa. In shaa Allah.

Dua hari lepas, Shida ada menghadiri jemputan pameran kerjaya di sebuah sekolah. Ada ibu2 dan guru yang berminat dengan institut kami. Tak kurang juga ada juga guru yang memandang institut kami sebelah mata. Sedih juga kerana kebanyakan guru hanya mengutamakan institut-institut yang gah sedangkan kami bekas-bekas mahasiswa tahu hakikat zaman sekarang, kebanyakan institut swasta di luar sana lebih mengutamakan keuntungan mereka, wallahualam.. Itu pendapat peribadi saya.. Jika mahu gagalkan pelajar, fikirlah masak-masak.. Banyak pengalaman yang saya dengar, dan ianya menjadi pelajaran buat saya.

Pagi tadi, saya kongsikan juga beberapa point mengenai Adab menuntut ilmu. Ialls google hokey.. Huhu.. Dah lama tak join usrah, rindunya pada Ustazah dan Naqibah Shida.. 


Intipatinya saya ambil dari sini.. https://dalamislam.com/akhlaq/adab-menuntut-ilmu

Semoga ianya bermanfaat buat mereka. Perasaan apabila menyampaikan sesuatu kebaikan ni, seperti saya kuat membebel tapi saya tahu remaja perlu diulang-ulang berkenaan sesuatu agar mereka menghargai setiap perkara yang berlaku dalam hidup dan ketahui hikmah di setiap kejadian. Kita semua sama, mengharungi masa muda untuk menjadi dewasa. Tapi tak semua punya peluang yang sama dari segi pendidikan dan kasih sayang keluarga, oleh itu marilah kita meraikan kepelbagaian dan menerima rakan, sahabat kita seadanya. Kita tak boleh mengubah dunia, tapi kita boleh ubah diri kita sendiri. 

Hari ni kena handle dua batch tanpa Ketua Bidang. Kiranya ini second day yang chaotic untuk Shida selepas pameran. Terima kasih pada dua pelatih yang teman Shida pada hari pameran, Nazs daan Yayayea.. Tanpa mereka rasanya hari akan lebih kalut, huhu. Dan hari ni kena settlekan gambar ukuran passport untuk lantikan baru, take a breath dan cuba settle apa dalam email dulu. Pelatih Shida semoat tengok hasil potrait mereka, ada improvement dan ada yang dah nak siap. Ada salah seorang student siao explore Graphic Style Libraries yang binatang2 tu, dia siap susun2 lagi kat potrait muka dia, hahaha.. Lelaki hokey.. Mat, mat.. Sabor je la.. 

Then, saya cuba repeat pengajaran yang saya pernah sampaikan dulu, blend sedikit dengan pengalaman sebagai Graphic Designer. Kalau tengok muka2 student, diorang macam bosan, maaf la kalau cikgu kamu ni terlalu kaku, saya masih belajar dan mengharap ilham dari Ilahi. Mula2 risau juga nak buat pembahagian kumpulan kerana melihat kelemahan dan kekuatan individu dalam setiap kumpulan, saya harap mereka berjaya bekerjasama.

Kami ada menerima beberapa orang pelatih kurang upaya seperti masalah pendengaran dan komunikasi. Disebabkan tidak mampu untuk mempraktikkan sign language, shida guna status whatsapp sebagai medium kami berbual. Golongan ini mungkin perlukan lebih perhatian, tapi kami juga melatih mereka untuk berdikari. Semoga semua pelatih di sini akan terus berjaya walau di mana berada.

Shida cuba mengawal kekalutan dalam diri, cuba menyemak laporan akhir student batch Januari, betulkan ejaan dan format mereka. Masa dah tak banyak, harap diorang dapat siapkan awal dan boleh study lebih banyak.

Rasa serba salah juga yang mana student yang shida tak sempat nak semak dulu, padahal dia dah siap awal.. Tapi relax sikit sebab nampak usaha student tersebut yang rajin study Nota sementara tunggu turn dia. Terima kasih sebab memahami dan jadi contoh pada adik-adik.

Tiba-tiba juga hari ni rakan satu batch hadir untuk ambil sijil serta tumpangkan pulang sampai rumah. Thank you Haikal. In shaa Allah rezeki awak lebih berkat sebab jaga mak. Sekecil-kecil perkara yang dilakukan pasti ada ganjarannya. Jarangla dengar anak lelaki memasak sedangkan ada adik perempuan. Semoga awak jadi suami yang baik dan soleh Haikal, akak doakan awak, aamiin..

So malam ni kita nak study sikit untuk ajar basic format penyediaan laporan amali kepada pelatih esok. Gambate ne! Moga ada coretan lagi selepas ini untuk ingatan dan catatan rujukan di kemudian hari.