Thursday, December 5, 2019

Interview VTO di ILP/CIAST MARANG

Assalamualaikum pembuka kata, 

Hai! Untuk entry ni shida nak tulis ringkas je, sebab nak tidur awal, hihi

Sebelum ke interview, sibuk duk hafal nama penuh TVET (Technical and Vocational Education and Training), CIAST (Centre for Instructor and Advanced Skill Training), dan VTO (Vocational Training Operation), HRDM (Human Resource Departmnet of Malaysia), JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran) dan Fourth Industrial Revolution (IR 4.0). Tapiii.. panel tak tanya pun, mungkin nak jimat masa. Huhu..

Waktu interview ni, panel akan panggil 5-6 orang sekali masuk. Ada sebab.. berguna bila masuk interview round ke-3. huhu..

TASK 1

Sila perkenalkan diri anda, dan beritahu serba sedikit latar belakang pendidikan anda dalam masa 2 minit setengah.

1) Pendidikan
2) Sukan
3) Persatuan/Kelab
4) Unit Beruniform
5) Kelebihan diri (yang orang lain tak ada)

Huh, yang lain semua boleh cerita, tapi bab nombor 5 tu, berpeluh juga fikir.

1st candidate beritahu kelebihan dia boleh mengendalikan mesin yang besar, yela sesuai dengan kursus dia bahagian fizik. 2nd candidate pula beritahu kelebihan dia boleh menginovasikan resepi dan handle event. Shahida orang ketiga, kebetulan masa tu cerita tentang Shahida ada handle misi Banjir di Kuala Krai di Kelantan pada tahun 2015. Masa tu handle dari jarak jauh, kawan-kawan duduk berbeza daerah dan negeri, so semuanya handle by phone.. Mereka bantu dapatkan contact, Shahida hubungi pihak IKBN Bachok untuk kerjasama program tukar minyak hitam motorsikal yang dilanda banjir, dapatkan sponser dari senior MRSM yang merupakan pembekal Minyak hitam, aturkan kawan untuk ambil minyak dari kilang, dapatkan sponser untuk beli Al-Quran baru dari ISMA Kuantan dan aturkan tempat sukarelawan, pegawai KBS dan pelatih IKBN berkumpul. Kesimpulannya, kelebihan Shahida ialah dapat mengumpulkan semua tenaga kerja untuk menjayakan sesuatu program atau Misi.

TASK 2

Panel temuduga akan memberikan satu tajuk dan semua candidate diberi masa dua minit setengah untuk membuat perbincangan. Macam sesi MUET, panel hanya menjadi pendengar. Kumpulan satu berbincang mengenai isu Viral, kumpulan dua tak pasti, dan kumpulan kami mendapat soalan berkaitan Buli. Panel mengarahkan kami untuk membincangkan punca dan penyelesaian Buli. Buli ni ada dua jenis yang dikenalpasti sebagai Cyber Bully dan buli fizikal. So kami bincang pasal adik tahfiz yang dibuli hingga mati, puncanya mungkin kerana si Pembuli kurang kasih sayang dan timbul rasa cemburu terhadap adik tahfiz yang mendapat lebih perhatian. Tak sempat nak bincang berjela masa ni sebab time constrains. Yang penting semua candidate kena bercakap dan memberikan pandangan masing-masing.

TASK 3

Kalau ikutkan, untuk tugasan ketiga ni better ada bahan bantu mengajar sebab kita diberi 2 minit setengah untuk mengajar di hadapan menggunakan papan putih. Masa ni Shahida dah memang hafal satu topik Graphic iaitu Memanipulasi Imej menggunakan perisian Adobe Photoshop. Kebanyakan calon akan memulakan tugasan mengajar mereka dengan ayat, "Memandangkan saya dari jurusan fashion, saya akan mengajar cara-cara mengambil ukuran badan".. calon bakery pula mengajar langkah-langkah membuat resepi, memang dihafalnya jadual buat resepi tu dan diconteng pada papan putih. Ada juga yang rasa memadam papan putih menghabiskan masa mereka sahaja, makanya hanya diajar secara lisan. Bagi Shida pula, shida tuliskan nama-nama sub topik Modul dan terangkan satu persatu.. tak sempat habis pun terang setiap sub-topik, hahaha.. yang penting kena bagi kesimpulan. "Kesimpulannya Adobe Photoshop sangat penting kepada Graphic Designer untuk mereka bentuk banner, bunting, flyers, poster, dan sebagainya." Huhu, itu je sempat fikir masa tu dalam keadaan tergagap sikit, yelah bom masa dah meletup.. kita pun jadi gubra. Tips shida, better korang ada banyak sub-topik supaya dalam masa dua minit setengah tu korang tak ulang perkara yang sama sahaja ketika mengajar dan untuk elakkan mati ayat. Nanti korang rasa 2 minit setengah tu macam lama sangat sebab xtau nak cakap apa dah.

Itu sahaja perkongsian pengalaman interview Shahida untuk CIAST. Semoga ada rezeki untuk menjadi tenaga pengajar dan berbakti kepada negara. Oh ya, soalan pertama panel, kenapa kalian nak jadi tenaga pengajar? Shahida jawab apa yang Shahida rasa.. sebelum tu dah bincang ngan kawan, so soalan tu dijawab spontan je, "Saya suka mengajar apa yang saya minat, dan apa yang saya tahu. Saya suka tengok orang berjaya menggunakan ilmu yang saya sampaikan." Pendek dan ringkas. Tak taula apa pandangan panel, harap dia nampak keikhlasan Shahida, in shaa Allah.. ada juga yang jawab latarbelakang diorang memang ramai pendidik, yang lain Shahida tak ingat.

Sekian, semoga maju jaya yang bakal menghadiri temuduga VTO!! Chaiyo'2!!

Untuk makluman, VTO membuat 3 sesi pengambilan setiap tahun. Had umur adalah 20-35 tahun sahaja. Untuk yang lebih 35 tahun boleh membuat VTO secara PPT tapi Shahida dimaklumkan pengambilan Disember 2019 adalah batch terakhir. maksudnya lepas ni dah x boleh buat VTO secara PPT.

Sekian, wallahualam bissawab.






GIATMARA PASIR GUDANG AWESOME!!!

Giatmara Pasir Gudang


Tempat di mana Aku menimba ilmu, mengenal software Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop.
Alhamdulillah, 6 bulan pelajaran teori yang sangat seronok, dan 3 bulan yang sangat bermakna dalam mengaplikasikan ilmu yang dipelajari.

Graphic Design and Advertising (GDA)

Aku rindu. Kerana suasana pembelajaran itu sudah berakhir, tetapi ilmu itu sentiasa menjadi peneman ku. Moga ianya menjadi ilmu pengetahuan yang dapat aku gunakan untuk membantu masyarakat yang berkongsi minat yang sama, in shaa Allah.

Guru yang Shida sangat hormati En Mohd Nor Hamzah Bin Hambali dan En Norhisham Bin Ab Razak. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa cikgu-cikgu.

Perjalanan untuk mengikuti kursus ini bermula dengan permohonan online di http://giatmara.edu.my/language/ms/permohonan-online/ atau pada yang berminat boleh juga menghantar borang secara manual ke Giatmara berdekatan anda..


Syarat-syarat kemasukan ke Giatmara ini sehingga umur 40 tahun manakala umur paling muda adalah berumur 16 tahun. 

Para pelatih juga akan menerima Elaun sebanyak RM200 setiap bulan. Yuran pendaftaran kemasukan pelatih pun tak banyak, dalam RM150 sahaja. Penginapan Transit bergantung pada setiap Giatmara dan ada yuran transit bulanan. Kebanyakan pelatih tinggal berdekatan, jadinya tak ramai yang tinggal di transit. Pelatih yang tinggal jauh macam Shida memang perlukan kemudahan transit ni sebab saudara mara yang paling dekat pun tinggal di Pulai Indah, tak larat tu nak ulang alik setiap hari. huhu.. Kalau dari transit, jalan kaki 6 minit pun dah sampai.

Peringkat Pertama Permohonan - Isi Borang Online

Pada peringkat ni, kita perlu isikan maklumat asas dalam borang online dan wajib memilih tiga Giatmara yang kita nak. Macam Shida, shida mohon;

1) Giatmara Kuantan - Graphic Design and Advertising
2) Giatmara Pasir Gudang - Graphic Design and Advertising
3) Giatmara Wangsamaju - Graphic Design and Advertising

Nampak tak kat situ, Shida memang mohon kursus yang Shida minat sahaja. Lagipun nanti masa interview, panel akan tanya juga betul ke kita minat kursus tu. Kalau minat kita sebenarnya bahagian Photography, so panel akan bantu kita untuk tukar ke jurusan tu juga, better terus mohon bidang yang kita minat. 

Peringkat Kedua Permohonan - Interview

Peringkat interview ni wajib ada salinan ic dan sijil akademik tertinggi.
Ada dua peringkat interview;

1) Ujian Melukis
2) Ujian Lisan

Waktu ni para panel akan menilai hasil lukisan kita dan melihat sejauh mana minat kita dalam bidang Graphic. Time ni boleh pulak dapat soalan "awak datang sini bukan nak cari jodoh kan?" Hahaha.. Tidaklah, sebab memang minat yang mendalam dalam bidang Graphic ni sebab tu la Shida sampai ke Pasir Gudang. Kalau ikutkan pilihan pertama adalah Giatmara Kuantan, tetapi ketentuan Allah, Giatmara Pasir Gudang yang call dulu untu interview dan penempatan. Makanya, disanalah Shida menimba ilmu. Alhamdulillah dapat terus ilmu dari Ketua Bidang Graphic Giatmara yang disegani.

Peringkat Pembelajaran Teori (6 Bulan)

Masuk belajar macam biasa kita ada Orientasi selama seminggu. Then terus masuk kelas-kelas mengikut module NOSS.

Module 1: Pengurusan Keselamatan dan Kecemasan
Module 2: Membangun Kajian Komunikasi Visual
Module 3: Menghasilkan Ilustrasi Vektor
Module 4: Memanipulasi Imej Digital
Module 5: Menghasilkan Rekabentuk Tipografi
Module 6: Menghasilkan Rekabentuk DTP (Identiti Korporat)
Module 7: Menghasilkan Pelbagai Medium Pengiklanan
Module 8: Membangunkan Pengiklanan Lengkap

Antara hasil kerja sepanjang di sana yang dapat Shida banggakan adalah:








Peringkat Pembelajaran Praktikal (3 Bulan)

Pada peringkat ni, semua pelatih akan menjalani latihan industri di tempat pilihan mereka. Kalau dapat syarikat yang besar bestla, silap2 dapat elaun sekali kan. Elaun Giatmara still dapat masa ni RM200 sebulan, kalau company praktikal pun bagi Alhamdulillah, boleh la buat belanja makan, duit minyak pergi balik kerja. 

Shida praktikal di Kuantan sahaja..





Ni diorang tengah isi borang manual Giatmara, seorang dah lepas masuk, seorang lagi dah kerja ^_^





Athirah dan Suharah, Student Practical KV Muadzam, ni la buat teman gelak tawa usik mengusik sepanjang praktikal =D
Itu jelah perkongsiannya, nanti nak update gambar suasana belajar kat Giatmara Pasir Gudang ni, mana tau ada yang berminat nak belajar kat sini.. Oh, next entry pun nak share pasal interview VTO untuk sijil mengajar Vokasional, itu antara cabang untuk korang lebarkan sayap dalam industri Graphic ni samada jadi tenaga pengajar di Pusat Bertauliah atau buka pusat latihan sendiri dan boleh join SLDN.

Next entry in shaa Allah.

wassalam.